Isnin, 30 Ogos 2010

BAG ORGANIZER PINK COLOUR

Aku beli bag hehe..tapi bukan handbag tau, cuba baca balik tajuknya ngeh..ngeh..ngeh.. disebabkan bila aku nak mencari sesuatu dalam bag pasti seperti orang sakit jiwa so aku putuskan untuk dapatkan sebuah organizer bag. Yang pasti bag ini sangat memudahkan segala kerja-kerjaku dalam menyusun barang. Nak ambik kunci pun dalam 1 saat aje, kalau tidak boleh mencecah 10 minit sehingga kadang-kadang segala isi perutnya termuntah.sangat benci ok! depan pak we-pak we hensem lak tu ;)..cehhwahhh berlagak ko lepas pakai bag ni hahaha.

Material yang digunakan pun sangat bagus. Mr fendi masa i told nak beli bag ini, dia dah jenggilkan mata, sebab dah banyak bag katanya. tapi bila aku bagitahu sebabnya barulah senyuman terukir dibibir..ehh duit bulanan aku jangan haraplah Mr Fendi nak masukkan dalam akaun maybank, sebab dia dah tahu kalau ada duit kat situ memang kerja shopping online aje hahaha..itulah bila aku dapat duit je terus lari kooo pergi jumpa tok harimau masuk duit nanti senang aku nak click..click.. ngeh..ngeh..tapi sebelum aku nak click tu aku pasti beritahu sepatah dua kat Mr Fendi.cukuplah sepatah dua kang kalau berjeler tak dapat beli terus lagi geramkan? 


Wajib warna pink!!



Barang yang disusun dengan teratur..



Bila masuk dalam bag sangat kemas sekali susun aturnya..memudahkan aku nak ambik barang dalam 1 saat  hehehe


 


Oklah kalau ada sesiapa nak suruh aku belikan, bagitahu yer jangan malu-malu tau...bye..


 


 

Jumaat, 27 Ogos 2010

TONG SAMPAH COMEL

Sebenarnya entry ini sudah lama ku peramkan sebab mood untuk berkarya hilang dibawa sang bayu..aduhh bermadah. Aku gembira! tak sangka blog cipisan macam ini pun ramai sudi singgah..Thanks semua.

Now aku sangat sibuk berlari kesini-sana, mana nak siapkan tempahan manik raya, mana nak handle kedai baru nak buka huhu tapi apa-apa pun aku happy dengan hidupku walaupun penat..Iye penat sekarang inshaAllah dikemudian hari penat itu akan berbalas. aku pegang kata-kata papaku.

Nasib baik aku dikurniakan keluarga dan suami yang memahami diriku ini.. aku dan My love perlu melipat usaha lagi untuk masa hadapan ialah tak seumur hidup akan hidup berdua pasti akan bertiga,berempat dan seterusnya ;) so aku kena mulakan dari sekarang.

Kan aku dah bilang lain nak cerita lain yang ditaipnya haha..oklah aku pun bingung + penat. Minggu lepas, aku keluar pergi Jaya Jusco (JJ) semata-mata untuk beli bekas letak kapas muka ku. Menyampah tau kalau tengok kapas tu asyik nak terkeluar dari bungkusannya. Aku jumpa tong sampah mini sangat comel tapi bila tengok harga mak aiii tak padan langsung dengan bendanya,  so pulanglah aku dengan hampanya..esok, aku ceritakan pada budak officeku dan alangkah gembiranya bila seorang kakak ni belikan aku tong sampah yang aku berkenan tu dengan harga rm3.00 sahaja..mak datuk murahnya..sebijik tau bukan sedebik! nak tengok ke??? jom


 Comel tak??? lepas ni kapas mukaku tersusun gitu T_____T


 


 Yang ni tak boleh pijak bila nak bukanya, kalau tak ya ampun patahlah jawabnya.


 


Eh waktu aku nak berblog sekarang pada lewat malam. kadangkala time semua orang dah tidur baru aku terkedek-kedek buka laptop huhu..pedih mataku tapi nak buat macam-mana dah minatkan hehehe..itu yang kadang-kala aku tak sempat update sebab dah tertidur awal hahaha...


Oklah bye..tengah sibuk buat sampul duit raya hehehehe...nak duit raya?? umur berapa?? ngeh..ngeh..ngeh..


 

SINOPSIS SINETRON CINTA KIRANA EPISOD 11

Kirana dan Aida terpukul mendengar berita kematian Rama. Apalagi Galang tak juga diketahui keberadaannya. Kirana sedih dan terpukul.

Ramiro yang merasa bersalah dengan kematian Rama, mendatangi rumah Galang untuk mengembalikan ponsel Galang. Namun saat melihat kesedihan yang dialami Kirana juga Aida, Ramiro mengurungkan niatnya.

Riana yang melihat berita kecelakaan Galang di televisi merasa senang. Riana segera menunjukkan cek kosong dengan tanda tangan Galang pada Sandra. Sandra gembira bukan alang kepalang.

Riana dan Sandra menggunakan cek itu untuk menarik semua uang di rekening Galang. Akibatnya Galang dinyatakan bangkrut dan kehilangan asset perusahaan. Aida yang menerima kabar itu shock. Kirana memutuskan untuk tinggal di rumah Galang menemani Aida.

Ramiro yang merasa bersalah mengutarakan kegalauannya pada sahabatnya, Choky. Meski Choky mengatakan semua itu hanyalah kecelakaan. Namun Ramiro tetap tak bisa menepis rasa bersalahnya.

Aida yang sangat terpukul menjadi histeris. Atas saran Dokter, Kirana terpaksa menyimpan semua benda-benda yang bisa mengingatkan Aida pada Galang dan Rama. Saat sedang membereskan barang-barang, ponsel Kirana berbunyi. Tertulis nama Galang di layar LCD. Kirana terbelalak kaget.
kredit : helloskyblue

Khamis, 26 Ogos 2010

SEMPERIT OH SEMPERIT

Alhamdulillah sudah 15 hari kita berpuasa, itupun sedar sebab terdengar lagu raya keudara tadi, sesuci lebaran. Tiba-tiba semangat raya muncul,  rasa macam tak mahu pergi kerja dan terus menunju Sogo!! Tapi tiba-tiba ingat Allah so tak jadilah nak pergi menabung duit disana.

Ehh marilah dekat sikit..nak bagitahu sesuatu ni wahai Cik kak & En abang oii...dah beli kuih raya?? kalau belum, mehlah rembat sebalang dua..semperit warisan turun temurun..murah aje tau!! 


 semperit yang sempat disnap selepas masak...



1 balang ada 50 biji berharga rm15.00 sahaja...


Berminat sila email ayumieza@yahoo.com atau terus call ke number 012-2281492



 


Sekitar Kuala lumpur kami boleh tolong hantarkan tapi 4 balang ke atas yer & sesiapa nak terus datang ambik pun tak pe ;)


 


 


 

Selasa, 24 Ogos 2010

SINOPSIS SINETRON CINTA KIRANA EPISODE 11

Rama marah besar mengetahui pertunangan Galang dan Riana. Apalagi berita itu didengarnya bukan dari Galang, tapi dari televisi. Rama makin merasa bersalah pada Sita. Apalagi setelah Rama dan Sita mengetahui bahwa Kirana sudah jatuh cinta pada Galang.

Galang meminta maaf pada Rama sampai bersujud di kaki Rama. Galang juga mengakui bahwa selama ini kemesraannya dengan Kirana hanya pura-pura. Rama sangat kecewa. Tapi Rama tak punya pilihan lain. Akhirnya Rama pasrah melihat Galang bertunangan dengan Riana.

Sementara Baim akhirnya menyatakan cintanya pada Kirana. Kirana malah menangis. Baim bingung. Sejak itu, Kirana jadi jaga jarak pada Baim. Kirana tak mau makin menyakiti hati Baim. Selain itu, Kirana lebih sering sedih dan menyendiri karena mengetahui Galang bertunangan dengan Riana. Baim akhirnya tahu alasan sebenarnya Kirana berubah pendiam, yaitu karena Kirana mencintai Galang. Baim langsung patah hati.

Sementara itu, Galang sedikit-demi sedikit mengetahui kebohongan Riana. Tapi Riana selalu berhasil membela diri. Sampai akhirnya, Galang melihat sendiri Riana menghina Rama. Galang kecewa dan memutuskan pertunangannya dengan Riana.

Bersambung esok dengan episod 12 daaaaaaa..
kredit : helloskyblu

Isnin, 23 Ogos 2010

SINOPSIS CINTA KIRANA ISNIN 23/8/2010

Ya Allah, masa nak update blog baru teringat banyak gambar yang diambil sebelum ni guna DSLR Khairul, tapi sekarang dia dah pulang ohh sedihnya..entry pasal Khairul nanti aku cerita yer!!

Oleh sebab tak ada gambar,  so terpaksa nurul gagahkan jua mencari sesuatu untuk tidak mengterbengkalaikan blog ini HAHAHA ayat perancis tu ;) Nurul tahu ramai tengah mencari pasal cerita CINTA KIRANA ini kan?? so nurul akan update sinopsisnya setiap hari. Maknanya korang dah tahu sinopsisnya dulu,  barulah petang tu cerita itu dimainkan hehehehe...best tak?? Semoga terhibur!!!!

kredit Pak Google


 

Karena menolong Galang, Kirana terjatuh dari tangga. Akibatnya Kirana harus dirawat di Rumah Sakit, sementara kakinya digips. Galang yang merasa bersalah lalu memutuskan untuk merawat Kirana hingga Kirana sembuh.

Hubungan Kirana dan Galang menjadi dekat. Rama yang melihat semua ini merasa senang. Sementara Aida kesal. Baim yang juga melihat kedekatan Kirana dan Galang, menjadi cemburu. Tejo lalu menyuruh Baim untuk cepat-cepat mengungkapkan perasaannya pada Kirana.

Galang menerima undangan pesta pertunangan salah satu temannya. Rama yang mengetahui hal ini, meminta Galang untuk mengajak Kirana. Kirana dan Galang sama-sama tak mampu menolak.

Sesampainya di pesta, Kirana sempat merasa canggung. Namun Galang berusaha membuat Kirana merasa nyaman. Kirana yang haus tanpa sengaja minum minuman beralkohol. Kirana mabuk. Galang lalu mengendong Kirana di pungungnya. Kirana yang tidak sadar malah meneriakkan kata-kata yang memuji kebaikan Galang. Galang tersenyum mendengarnya.

Ke-esokan harinya Galang membawakan minuman untuk Kirana yang masih merasa pusing. Saat berdua dengan Kirana, tiba-tiba Riana muncul. Cemburu melihat kedekatan keduanya, Riana marah dan mengingatkan Galang akan janjinya untuk menjadikan Riana sebagai istri. Riana lalu melemparkan cincin pertunangan mereka pada Galang. Kirana kaget melihatnya.

Sinopsis seterusnya esok yer sayang ;)
Kredit : helloskyblue

Jumaat, 20 Ogos 2010

IFTAR --> 4 RAMADHAN

Kisah 2 hari lepas...

Pagi tadi dengan jayanya, berjaya bangun walaupun pada mulanya untuk bancuh nestum! ohh bukan untuk baby tapi untuk aku. Alarm handphone menjerit sampai rumah sebelah turut terjaga sama T___T so kita sahur bersama-sama. Acah aje. Mulanya macam tak endahkan pada lauk yang terhidang, sebab nestum lagi cepat  diminum,  lepas tu boleh sambung tidur balik dengan cara pantas dan hebat HAHA.. Tak kelakar pun..TAPI bila terpandangkan pada ikan kering terus JATUH CINTA pada nasi yang telah ku pandang serong tadi. Maaf pada nasi. Tak banyak pun makan, separuh senduk pun tak sampai HAHAHAHA.

Wah sudah panjang berbicara yer tapi bukan itu yang hendak ceritakan HAHAHA..maafkan saya gitu.

Tukar cerita*****

Pada 4 Ramadhan lalu, keluarga aku telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kaum keluarga yang menetap di Kuala Lumpur. Memang setiap tahun kami adakan majlis ini, secara tak langsung dapat berkumpul dan berborak-borak,  iyelah dah lama tidak ketemu walaupun tinggal di Kuala lumpur jugak..kekangan masa. Lauk-pauk pada majlis itu semuanya disediakan oleh Pn Norizan selaku mamaku hahaha dan aku hanya menolong yang mana patut.


 Ayam bakar..diperap terlebih dahulu, lepas tu barulah dipercikkan ;)



 Tokey ikan kembung bakar..



 Terliur aku secara tiba-tiba HAHA..



Inilah lauk-pauk yang disediakan..ehh kuih muih tu bukan buat tau...saudaraku yang beli ngeh..ngeh..ngeh..



 Sibuk menghidang lauk-pauk



 Inilah kaum kerabatku..silap haribulan jiran tertangga ingat ada majlis merisik koooo..



 Wahhhh berbuka sudah...sangat seronok sekali sebab kekenyangan..Tarawih bila nak pergi ni??


 


Hari Jumaat dan Sabtu Iftar di Sri Gombak dan Kg Nakhoda Selayang..so gantung kualilah yahooooooooooooooooooooo...ehh aku sedih ni sebab esok adik lelaki aku dah nak balik Rusia...sedihnya huhuhu ;( Masuk tahun ni dah 4 tahun berturut-turut tak dapat beraya bersama keluarga tercinta..apa boleh buat menuntut ilmu terpaksalah berkorban..ehhh masuk salam perantauan tak??? nak tengok surat khabarlah hahaha...gila secara tiba-tiba jadi bengong!


Luv you!


  

Rabu, 18 Ogos 2010

KOLEKSI PINK DAKU

Arggghhh tak sedap perutlah pagi ni, rasa angin aje dari pagi tadi asyik tersedu-sedu!  %&^()%$& dahlah tu, muka tak siap menonong pergi office huhu tak ada mood, update pun dalam keterpaksaan!!! Pagi tadi sekali lagi gagal untuk bangunkan diri bersahur hanya minum air sahaja. Dah sediakan sebelum tidur lagi di sebelah katil T______T

Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila mood tak der. Semua benda nak buat mesti tak menjadilah ;(

nak masak-memasak ayat pun tak ada idea huh..ada yer ayat macam tu?? konfius pada diri sendiri HAHA. Dengan itu korang cuci mata ajelah dengan sebahagian koleksi pink daku, sebelum ini aku ada update dekat blog lamaku tapi itu biarlah berkubur disana ;) Layan ajelah gambar-gambar yang bertaburan di entry ini...


 


 


 


 


Cerita sudah tamat..apa lagi sila tinggal jejak lah hahahaha...maaf tak boleh nak goreng kencang bab mood yilekkkkkkk ;(


 

Selasa, 17 Ogos 2010

KERJA DIMALAM HARI

Now 11.17pm mata suam-suam kuku, entah mengapa malam ini aku rasakan sangat panas berbanding malam sebelumnya. Hari ini tidak berkesempatan untuk menunaikan solat tarawih hanya Khairul, My love dan papa ku sahaja yang ringan " badan"  T_______T

Lepas solat magrib tadi, tangan dengan sepantas kilat menyambar beg berisi jarum,benang,manik dan baju dipungut!! ohh ayat keji gila bila menyebut dipungut, sedangkan benda yang pungut itulah rezekimu wahai Cik Nurul....ohh tiba-tiba rasa menyesal..Malam ini aku menyambung kembali jahitan manik yang ditempah orang..baru buat pada baju yang pertama sedangkan lagi 4 helai masih menunggu giliran bila tukang manik nak geletak atas badannya HAHAHA..kelakar tak??? gelaklah tapi 2 saat aje, lebih terpulang pada diri anda!

Tengok sebelah My love dah tidur dengan lenanya..ohhh apa yang dimimpinya?? adakah bermimpikan aku?? seronoknya kalau begitu HEHEHE..Oklah semua,  memandangkan suhu sudah agak sejuk SERTA  bantal,tilam dan selimut bagaikan memanggil, jadi aku sudahi dengan lafaz

Sekian Jumpa lagi HAHAHAHA....Ehhhh dah baca sila komenlah baru tahu siapa datang singgah teratak Pink ni ;)

Sungguh comel kamu semua..T_______________________________________T

Isnin, 16 Ogos 2010

MAKE - UP DI PAGI AIDILFITRI

Salam semua, Pagi ini entry lambat di post sebab charger laptop tertinggal di office, nasib baik My love tidak memarahi atas kecuaianku malah sentiasa membuat muka comel aje...i love youlah HAHA..


Pagi-pagi buka email menjadi amalanku, entah sudah menjadi tabiat yang terbaik sejak 2010 muncul, TIBA-TIBA ada 1 email yang membuatkan hatiku berbunga riang ialah Elianto sale sebanyak 70% untuk raya ini...Elianto,  ini iklan percuma untuk anda sebab salegirl di cawangan Juya jusco Wangsa Maju sangat besttttttt!!!

Aku menjadi pengguna tegar produk elianto ini sejak tahun 2008 lagi. Bukan mudah untuk muka aku menadah dengan pelbagai produk no..no..no..silap haribulan boleh jerawat batu muncul ooooo..muka sensitif yang amat!!! sangat memerlukan belaian manja dariku HAHA..Ko bayangkanlah dalam 1hari aku mencuci muka sebanyak 5 @ 6 kali, setiap kali rasa muka berminyak memang aku segera pergi menadah muka di toilet, akukan jenis wanita yang bermake-up sentiasa, so mudah sangat untuk menjemput jerawat singgah ;)


Ehh tak silap, aku belum pernah publish tutorial bagaimana aku make-up kan?? aku make-up jenis simple aje dan aku rasa orang lain lagi cantik make-up dari aku..nantilah ada masa aku tunjukkan cara make-up aku yer..

So, apa kata korang cuba produk elianto ni?? eyeshadownya 1 colour baru rm6.00 murahkan...bergayalah anda semua di Pagi Aidilfitri nanti yer pasti semua memandang berkali-kali kerana terpegun dengan kecantikkan anda T________T

Oklah aku nak pergi merewang blog member-member pulak....daaaaa

Jumaat, 13 Ogos 2010

KEJUTAN BUAT KEKASIHKU..

Salam 1 Malaysia semua tetiba semangat waja keluar mungkin pepagi ni buang tabiat HAHA..mengantuk betul mata ini nak kata syaitan bertenggek tak jugak sebab dah kene ikatkan so mungkin aku sendiri yang kepenatan tambahan pula semalam memang tak sempat aku nak post entry baru, so nak tak nak pepagi sampai office godek dululah luppy pink aku ni sambil mata terbeliak cerah T__T


Minggu lepas memang aku sengaja pergi merewang sambil cuci mata, tapi bukan untuk aku tapi untuk mencari hadiah birthday untuk My love tersayang...puaslah aku fikir nak belikan apa untuknya tahun ni.Pikir punya pikir dapatlah aku idea nak belikan apa untuknya HAHAHA..lagipun ini memang permintaannya dalam gurauan so apa kata aku tunaikan didalam realitinya pulak.Amoi salegirl tu punya baik aku ngorat sampai dapat harga memang kaw-kawlah dan disamping itu banyak jugaklah free gift yang aku mintak peduli apa aku,  janji aku dapat apa yang aku nak. Jenis aku, sebelum nak beli tu aku terus tanya harga paling rendah, apa hadiah dia nak bagi, seach dulu dalam internet betul ke idak nama companynya berdaftar ( ini aku suruh adik lelaki aku yang cari ) dan yang last aku akan bagi harga yang aku mahukan HAHA jahat tak aku??  Harga yang dia bagi memang best so aku angkat 2 set terus sebab 1 set tu Khairul suruh belikan, untuk tangkap gambar kuman agaknya HAHA ampun ya!!


Oklah nak tahu apa hadiahnya tahun ini jeng..jeng..jeng


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


 



Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......NIKON D5000


 



Alhamdulillah akhirnya!!!! Ini dari pandangan depan..


 


Skrin menjadi rujukan untuk mengambil gambar tempat yang tinggi atau tersorok..


 



 

Boleh pusing ke arah mana-mana aje hehehe..


 


 

Kan bagus kalau gambar girl tu tukar ke wajahku hehehe..Oklah sekiranya anda semua nak tahu lebih lanjut boleh rujuk pada Pak Nikon.Buat yang tersayang lepas ini jangan lupa ambik gambar by walaupun tanpa disuruh tau, ingat janjimu dulu ya hehehehe...Hadiah sampingan yang aku dapat semasa membeli DSLR ni akan aku post later yer sebab tok sempat aku nak ambik gambarnya lagi...


Psstt : Malam ini mahu merayau di Bukit bintang, My love dah booking suruh i jadi modelnya HAHAHA...seronok aku!!!! Choppp aku terawih dululah sebelum pergi T________T


 


Jumpa lagi ya di entry akan datang   * sign out now*


 


 

Khamis, 12 Ogos 2010

KEPALA BLOG BARU ;)

Kenyangnya perut sampai sekarang masih terasa, padahal kenyang dengan hanya minum air pink (BANDUNG) yang dibuat oleh Nadia..perghhh tawar koooo...macamlah dekat rumah ni gula tak ada ayoyoyo...ehhh malu ke??sorok aje muka tu kat mana-mana bukan orang kenal pun siapa itu Nadia HAHAHA...jangan ada yang gatal tangan pergi google  " Nadia" sudah, jawapannya berlambaklah yang keluar T____T

Malam ini aku tak dapat pergi tarawih, menyesal pun ada tapi apa boleh buat keadaan yang tidak mengizinkan..cop!! aku bukan uzur ok tapi disebabkan tangan aku terseliuh, masa tidur tengahari di office..TEEEETTTTTTT kantoi aku tidur kat office HAHAHAHA...ada aku kisah?? dah mengantuk itu ajelah jawapannya...tapi memang betul lah masuk aje bulan Ramadhan terjadilah surau penuh muatan manusia..bukan untuk bersolat atau berwirid tapi bertiduran...tak termasuk aku yer sebab aku tak tidur disurau!! aku ada bilik khas punya diwakili dalam 6 orang peserta, ada siapa mahu join?? sila beri nama yer HEHEHE...Adik-adik aku semua pergi solat Tarawih tapi aku aje yang tinggal huhuhu ruginya!!! tak pe inshaAllah esok aku pergi sekiranya diizinkan olehNya...

Eh aku dah melalut sampai London HAHAHA, padahal benda lain yang nak aku hebohkan cisss ada rasa riak yer Nurul..sila hindarkan!! Ohh ini bukan riak tapi pengumuman sahaja..Buat pertama kalinya aku berjaya mengubah RUPA WAJAH blogku.Itu pun atas jasa-jasa seperti Kak Sumi dan Kak Jie...Kalau tiada pertunjuk dari anda mungkin Nurul mash tidak berjaya..terima kasih atas tunjuk ajar sekalian ;)

Oklah tanpa membuang masa lagi aku ingin menunjukkan header baru blogku jeng..jeng..jeng..


Cantik tak?? inilah hasilan yang dapat aku lakukan dalam masa 3 jam...


 


 


 

Rabu, 11 Ogos 2010

HADIAH DARI DUBAI

Baru ada masa untuk aku publishkan entry ini, adik aku si Khairul tu dah nak balik ke Rusia dah pun barulah aku terhegeh-hegeh nak update cerita dia balik hahahaha...Ohh ye entry ini sebenarnya aku nak pravitekan tapi bila aku fikirkan balik bukan aku nak menunjuk,  tapi nak buat kenangan untuk aku dan keluarga cenderamata yang dibawa oleh Khairul untuk kami semua pada tahun 2010. Aku harap janganlah ada yang anggap aku ni nak menunjuk pulak...  


  


 Kami sampai 1 jam awal di Klia..iyelah mama dan papa aku memang dah tak sabar lagi nak jumpa anak lelaki tunggal balik bercuti hehehe..aku memang tak sabar nak jumpa Khairul gak bab nak tahu apa hadiah yang dia bawa untuk aku kali ini hahahaha keji sungguh dapat kakak macam ini hahaha...   


  


Budak nakal yang ada saje benda yang boleh dibuat main...muka baru bangun tidur dari dalam kereta...     


  


 Aku suka sangat gambar ini...entahlah aku sendiri pun tak tahu sebab apa tapi aku tengok sangat comel anatara aku dan Nazurah dalam keadaan sebegini...mungkinkah sebab pink semuanya???    


  


  Masa ni nazurah entah berapa kali tanya pada aku, " bila abang adik nak sampai ni?? " apa yang mampu aku jawab " sabarlah dik, kejap lagi muncullah abang tu "   


  


Apa lagi bila nampak aje kelibat abangnya terus berlari mendapatkannya tanpa menghirau polis bantuan Klia yang menjaga di pintu ketibaan antarabangsa tu...suka betul dapat jumpa abangnya tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memandangnya hehehehehe...iyelah setahun sekali aje dapat berjumpakan tu yang jadi macam tu hahahaha...nanti time abang dia nak balik semula ke Rusia mahu dia melalak...Oh ye Khairul akan pulang semula ke Rusia, tak silap aku lagi seminggu nak raya...sedihnya tapi nak buat macam mana tuntutan mencari ilmu harus ditunaikan untuk mengejar cita-cita...lagipun Rusia raya awal sehari dari Malaysia...     


  


 Bukan main lagi ko berkepit dengan ma yer..tepi sikitlah aku pun nak join tau huhuhu...    


 


Sampai aje ke tanah air, terus ajak kami semua ke chicken chop dekat Kg Baru...iyelah setahun tak jamahkan mahu mengidam tak ingat dunia hahahaha.... malam tu makan sepuas hati sehingga mengidam tu hilang hahahahahaha...  


  



 Inilah hadiah yang kami sekeluarga dapat...untuk aku tuuuuu perfume warna pink nampak tak hehehehe...thanks Khairul sebab sentiasa berikan kak yu hadiah yang best-best...Nadia,My love dan mama jugak dapat perfume.Afifa dapat hp nokia,papa dapat beg kulit tuuuuu dan Nazurah dapat satu set baju dah seluar daru butik Zara..tapi kata Khairul, butik zara dekat sana sangatlah murah dan menjadi pakaian harian orang sana, tak seperti di Malaysia dimana harga baju dan sebagainya di Butik Zara agak tinggi berbanding luar negara..tapi aku beli jugak iyelah dah lawa siapa tak nak..rugilah kan hehehe..  

 

 


Inilah hadiah untuk Nazurah..beruntung dia boleh dikatakan setiap tahun pasti abangnya akan membeli baju untuk adik bongsunya...warna pink tu yang memikat hatiku ini hehehehe..nasib baik tak muat kalau tak aku dah sambar dululah hahahaha  


Coklat dari Dubai dan Rusia...sangat sedap oooooo...tak silap aku coklat yang tinggal lagi hanyalah yang kotak besar tu ...yang lain yilekkkkk sebab permintaan pada coklat tu sangat tinggi sebab dark coklatkan hehehehehe....Oklah berjumpa lagi di cerita yang lain pulak byeeee... 


 

Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN DARIKU UNTUKMU

Assalamualaikum semua,

Tak sangka kejap aje masa berlalu iyelah pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan dah menjelma kembali...alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana aku dan keluarga diberi peluang untuk bernafas dan dapat mengecapi kenikmatan Ramadhan...

Macam biasalah bulan Ramadhan memang agak sibuk sikit bagi aku dan My love,  ialah dalam masa yang sama aku membantu My love mensiapkan tempahan kuih semperit yang di tempah...alhamdulillah rezeki kami..

Dikesempatan ini Nurul & FENDI memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini ada yang terasa hati dengan kami secara sedar atau tidak...harap dengan kedatangan bulan mulia ini kemaafan dapat dipohon...Akhir kata salam ramadhan dari inidiarinurul.com untuk anda semua..nurul sayang anda semua....love youuuu!!!

Azam aku untuk Ramadhan kali ini, diharap Allah memberi kekuatan pada diriku dan keluarga untuk menunaikan solat tarawih sepenuhnya untuk tahun ini...

Salam Ramadhan semua......

Isnin, 9 Ogos 2010

KOTA KINABALU PART LAST

Sori semua yang menanti entry last ni ( ada ke yang menanti??) ..bukan aku sengaja lambatkan publish entry ini tapi masa yang membataskan untuk aku update blog..aku kene pergi kursus daaaa hehehe..ok cerita pergi kursus nanti aku update lain kali yer... Oklah aku sambung kembali cerita part last di Kota kinabalu..



 Masa ni lagi 2 jam nak checkout hotel pun sempat lagi aku mengajak papa dan My love temankan aku untuk shopping gelang kaki kristal untuk kali terakhir hahaha..aku punya terlupalah nak tempah gelang kaki tu, itu pasal last minit baru teringat apalagi geraklah seperti lipas kudung..ko bayangkan lagi 2 jam nak checkout!!! sempat lagi posing walaupun dah semput-semput ayam ;) pernah tengok ke ayam semput??


 



My love aku yang berjiwa " rakyat" sentiasa lampu hijau dengan apa yang aku nak hahahaha...tapi cuaca disini berangin dan agak panaslah..habis basah ketiak aku huhuhu..  



 Selepas singgah di Jamilah tempat aku borong mutiara dan tempah gelang kaki kristal, kami terus menuju ke shopping mall untuk membeli cenderamata untuk menampakkan yang kami sudah menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu..Papa belikan kami adik beradik t-shirt hehehehe...nak beli orang utan ni tapi bila fikir balik nak muat tang mana bab beg udah penuhhh oooo..niat dihati mahu datang makan seafood ajo hahahaha... 




 Inilah gelagat kami bila nak checkout..semua sibuk tengok barang masing-masing iyerlah kalau tertinggal alamaknya simpan dalam hatilah..ingat dekat ke Kl dengan Kota kinabalu tu..kalau dapat tiket murah bolehlah tiket puluhan ringgit macam aku dapat tu kalau idokkk ratusss lah ko nok membayor ;( 
 
 
 

Inilah kaum kerabatku yang mengikuti percutian kali ini..walaupun berjiran tapi kami tetap rapat seperti keluarga sendiri...  



 Di airport Kota kinabalu...masa ni nasib baik sepupu aku tak kantoi bawa barang lebih sebab aku tolong bawakan begnya kalau tak membayorlah jawabnya hehehehe... 



 Ini budak sangat manja tau hehehe..kalau budak ini tak der aku rasa amatlah kebosanan... 



Ohhhh selamat tinggal Kota Kinabalu..tahun depan kita jumpa lagi yer..kalau den dapat tiket murahlah...Airasia sila bagi potongan yang murah gilar ok!!!! 



Ini aje yang den boli dalam flight sebab sebelum check in tadi dah melantak kfc hahahaha... 


 



 Kepenatan berjalan dan memburu mutiara sudah berakhir...so tidurlah sepuas hati semasa dalam flight..boring betul dalam masa 2 jam tu sampai dah tak tahu nak buat apa lagi..nasib baik mata dah ngantuk so zzzZZZZZzzzz... 



Dah nak sampai LCCT..masani baru perasan yang flight lalu di port dickson hehehehe...tapi agak lama jugaklah flight nak turun sebab tak dapat signal yang boleh turun..so kami semua main pusing-pusinglah dulu sementara isyarat turun dari menara kawalan diberi...agak gayat jugak masa ni iyelah pusing sana..pusing sini huhuhu dahlah tepi laut pulak tu  ngeh..ngeh..  



Masa ini tengah menunggu beg masing-masing yang penuh berisi ikan dan udang kering fresh dari sabah beserta mutiara hahahaha..sebab tu mama aku nak sertai masa nak ambik beg ni kalau tidak jangan harap dia nak tunggu sekali kat situ hahahahaahaha...ada kfc disebalik pizza hut..ehhh pepatah dari mana yer ni??? entahh aku main bedal aje hahahha...


Habis sudahhh aktiviti kami di Kota kinabalu..inshaAllah ada rezeki kami akan kesana lagi tapi kali ini untuk ke Pulau pula hehehehe...byeeeee...


 

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy