Ahad, 12 September 2010

MELARAM DI PAGI SYAWAL

Selamat Hari raya semua.......

seronok makan lemang,ketupat dan rendang?? Hohoho aku lagi gempak sebab mak mertua masak rendang daging,paru,limpa dan ayam, serta kuah kacang. Kuah kacang benda wajib yang perlu ada sebab makanan kegemaran My love. Tahun ini turn My love so berayalah aku di ibukota Kuala lumpur.

Pagi raya memang sebak, sebab teringat family pulang beraya di Terengganu dan Kelantan. tapi nasib baik asyik berjalan aje so sedih tu tak terasa sangat.

Sayang seribu kali sayang, gambar raya hari pertama hilang kerana terdelete..hancur hatiku tapi redha aje sebab benda dah jadi :)


Sempat tu make-up dalam kereta..i kan datin youuuu hahahaha.



My love menikmati nasi lemak yang dimasak oleh nenek sunah..sedappp oooo, tuba-tiba terliur ni.



Eh anak dan isteri siapalah yang sopan dan anggun ini?? ( angkat bakul sendiri ) bersama adik iparku yang sebaya dengan ku, otaknya pun boleh tahan gilanya hahahaha.


 


 Ye..ye..ye aku tahu ramai bertanyakan tentang pipiku yang gebu sejak 2 menjak ni..Jawapannya sebab i kene makan ubat yang diberi oleh doktor ok.harap jawapan itu dapat selesaikan persoalan anda itu hahaha..eh tapi masih comelkan ;)



Sempat lagi tu bergambar walaupun panas terik..Cantik tak gaya make-up aku untuk raya kali ini?? akhirnya aku berjaya jugak walaupun berpandukan tutorial Dato' siti ahakkk.



 Masa ini beraya di Rumah Cik Mur di Cheras..best oo dapat makan rendang masakannya..



 Waktu pulang yang dinantikan sebab nak tengok Dato Siti punya program ;)





Lemang yang sedap sehingga menjilat jari ooo. beli masa balik dari rumak Cik Mur di cheras.Mak cik yang jual ni pun sangat rilex habislah.



Di rumah nenek Shidah di Ampang.Makan mee kari yang memang berapi telingaku hahaha.



 Setelah mendapat keizinan dari Mylove, aku pertontonkan hadiah sempena ulangtahun perkahwinanku yang ke 2. Cincin bertahtakan batu pink dan putih sangat bergelip-gelip gitu.


 


 


Ko tengok kasutku itu..sebenarnya aku pakai kasut warna merah tapi yang sedihnya bibik aku terambil dan masukkan ke dalam kereta papa, dia ingat tu kasut adik ku haiyaaaaa langsung tak dapat melaram jadi datin merah pagi raya. Nasib baiklah ada kasut yang tak pakai lagi so lepas My love dah berdehem barulah aku reti nak pilih kasut lain. Adik iparku Dila terkejut tengok kasut yang belum pakai masih tersadai 5 pasang dalam beg plastik hahahaha. terkejut ko yer.



Model baju kurung jahitan mama mertuaku..siap malam raya sebab Dila lambat sembat. Masa ini angin kuat sangat tu yang gatal nak ambik gambar konon-kononnya di tengah sawah padahal di taman permainan jer.toing..toing..toing..


Oklah ini aje yang sempat aku updatekan.Now jam dah pukul 12.45malam, esok dah nak balik Kelantan dan Terengganu, flight jam 10.45am huhu tak sabarnya..good night semua i love you...eh My love tengah tengok Cerita Pisau cukurlah pulak!! 

Rabu, 8 September 2010

PERUTUSAN RAYA

 Malam tadi aku tidur jam 3 pagi, sedangkan esoknya masih bekerja. Entahlah kenapa mataku sangat degil malam ni. Sebelum tidur aku dan My love bersahur dulu, aku makan kuey teow kungfu dan My love nasi goreng daging merah. Mungkin disebabkan pagi tersebut keluargaku akan berangkat pulang ke Terengganu. Tahun ini aku raya di keluarga mertua..memang seronok tapi iyelah sedihlah bila pa,ma dan adik-adik tiada disisi. Aku dari kecil mana pernah berpisah dari keluarga itu yang jadi macam ni.


Pagi tadi jam 6am mata dah terbeliak tanpa sikit pun rasa ngantuk. iye aku hairan ;( aku mandi dengan pantas dan sempat jugak menangis sambil mandi **kantoi** Tepat jam 7 am, keluargaku memulakan perjalanan..uhhhhh sedihnya bila bersalam dengan pa,ma dan adik-adik. Nadia siap berpesan " jangan menangis pulak yer " iyelah tu aku tak menangis..sebaik saje kereta hilang dari pandangan mataku,  terus laju air mataku keluar. sedih ooooo.


Dengan rasa rendah diri, saya Nurul Hasmiza Bt Mohd Azemi dan keluarga memohon ampun dan maaf sekiranya selama kita berkenalan ada salah dan silap. Balik kampung hati-hati dalam perjalanan yer..


Kepada Che su, Rahaimi, Kak Mimi, Kimi duit raya yang korang requestkan tu pada entry ini akan menyusul selepas Aidilfitri yer...Hahahaha yang lain siapa suruh tak letak dalam komen ada anak bawah 17 tahun?? kan dah melepas ;) Kak Lieya drop komen kat blog Nurul ni tapi dia tak bagitahupun duit raya untuk anaknya heheheehe tapi oleh kerana dia selalu komen di blogku ini so dengan ini Kak lieya termasuk sekali..happy tak kak?? tunggu duit raya sampai ok hehehehe ;)


Oklah Pemilik blog nak tunjuk mukanya selepas facial hahahaha...gebu gitu ahahahaha... T______T


 


 


 Tak sabar nak sarung baju,kasut,handbag,rantai,gelang dan cincin baru di pagi Aidilfitri hahaha..meroyan sekejap!! Bye luv you..


 

Khamis, 2 September 2010

PORT DICKSON I COMING!!

Rabu 11.19pm

Manalah My love yang masih belum pulang lagi ni dari menemui abang sepupunya. Tadi aku kepenatan sehingga tertidur itu sebab aku tak join sekali, lagipun beg belum berkemas ahhh malaslah nak cerita pasal kemas mengemas ni.

Ok ok i cerita..u all ni kan kalau i tak cakap mana i pergi mesti ada email bertanykan mana i pergi  hahaha sangat lucu disitu! Aku kene pergi kursus Penghayatan Ramadhan selama 2 hari 1 malam, boleh dikatakan setiap tahun pasti officeku akan melaksanakan kursus sebegini. Kali ini tempat yang dipilih ialah di Port Dickson. eleh dekat aje tu lagipun dah 20 kali pergi situ ok tipu aje. Kerajaan dapat duit raya RM500 yer?? aku dapat sebulan gaji keh..keh..keh.. rezeki nak raya katakan hahaha tetiba tukar topik!

Memandangkan blog akan diluar kawalan owner yang cun ini, inshaAllah selama 2 harilah blog tidak akan diupdate yer cik pun dan en sekalian harap maklum. adios... ada sekeping gambar buat tatapan anda semua yang mungkin merinduiku nanti ***tetiba jadi macam ni hahaha.


Di kampung kelip-kelip Kuantan..masa ni tengah berkursus sebenarnya tapi sempat menerjah jugak hahaha. Oklah bye-bye semua jumpa lagi daaaaa....

Rabu, 1 September 2010

SAMPUL RAYA @ DUIT RAYA

Ya Allah lagi 8 hari kita semua akan menyambut lebaran..Allahuakhbar!! sungguh cepat masa berlalu. Tahun ini, turn aku beraya di Kuala Lumpur rumah My love, bukan main lagi gembira sakan terselah dimukanya bahkan segala persiapan sungguh hebat...adios!

Baju raya aku belum siap dijahit lagi. Ya ampun mama mertuaku risau anak menantumu ini HAHA. Mak mertuaku tukang jahit so memandangkan tahun ini beraya bersamanya,  so nampak gayanya memang last minit lah siap T__________T  tapi tidak mengapa janji siapkan..kan..kan..

Ehh siapa nak duit raya??? syarat-syaratnya ialah umur mesti TIDAK  lebih 17 tahun. Lebih terus ditolak ketepi walaupun menangis air mata PINK tetap tak bagi kecuali cakap Nurul comel dan sweet macam pink ok tak pe boleh di timbang rasa HAHA..sangat jelek situ kedengarannya..My love baca,  pasti semua budak-budak yang salam ngan aku disuruhnya cakap " nurul comel dan sweet macam pink "  lagi haru kang.bukan betul pun Mr Fendi.

Tahun ini sampul raya familyku ditempah khas dan BUKAN SEMUA yang akan dapat tapi hanya SEGELINTIRNYA SAHAJA sebab limited edition punya KAH..KAH..KAH.. orang lain dah bertahun buat tak kecoh pun. aku yang baru 2 tahun buat kecoh 1 dunia HAHA..aku tak kisah pun janji aku cerita apa yang aku nak cerita..nak dengar cerita aku tadah aje mata tu ngeh..ngeh..ngeh.. Memandangkan tahun ini tema MERAH hah dah bocor warna tema..ini mesti sepupuku Anis, Fatini,Syahmi, Noraini baca dah tahu warna tema familyku tahun ini..ehh tak aci ni..korang tema apa yer?? cepat mesej bagitahu tau.

Aku dan suami akan pulang ke Kelantan & Terengganu pada pagi raya ke 3, menaiki pesawat AK 123 ehh entahlah apa no sirinya pun aku tak tahu semuanya akan diketahui bila lagi sehari dua nak terbang barulah terkedek-kedek print tiket. Hah masa tu baru tahu dengan jelas butiran segala mak neneknya. Tetiba rasa tak sabar nak raya..biasalah perantauan katakan. Hari ini membebel bagai mak nenek hilang tongkat..ada ke pepatah macam ini?? andaikan ada cukuplah ye. ;)


 

Inilah sampul raya familyku untuk tahun ini hasil rekaanku..wah merah mak ngah oiiiii...hehehehe..Mama aku saje je nak lain dari yang lain terus out dari tema.. Gambar ni diambil sebelum hantar Khairul ke airport. Sedih tahun ini pun Khairul tak sempat beraya bersama kami sekeluarga. Tuntutan ilmu punya pasal tidak mengapa.

Ok now nak pergi siap design kad raya pulok hehehe.
 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy