Khamis, 28 Oktober 2010

MODEL CHERATING

Assalamualaikum, jawab tau! Chop nak bagitahu, ni gambar selepas raya tempohari hehehe baru sekarang ada masa nak upload.. Sebenarnya gambar ni semua diambil,  masa kami sekeluarga ke Kemaman menghadiri Majlis Pertunangan sepupu My loveku.


Dah nama pun dekat dengan pantai Cherating, so apa lagi brooommmm lah kita kesana sambil membawa pak kamera hehe..modelnya mestilah aku hahaha.. seronok giler masa ni sebab buatlah apa-apa gaya pun mesti gambar diambil, so bila dah penat naik kereta barulah pilih gambar mana yang cun babe T__T yang tak cun lantingkan aje ke laut tu balik HAHA.



Batu ni tinggi ooo, sampai aku nak turun My love kene dukung auwwww romantis gitu ahakkk.



Tengok adik iparku Si Dilot, suka buat lompat-lompat almaklumlah nak dapatkan ketinggian maksimum hahaha.



 Ehh..ehh alahaiii ayunya gitu ehemmmm pendamkan ajelah ye bila mood perasaan dah terkeluar hahaha



 Sejuk tu yang selimut tepi pantai..orang lain ada buat?? nan ado kan so aku cipta rekod sendiri ajelah  T______T



 Suka betul buat gaya macam tu entahlah nampak macam comel aje ahakkkkk..



 Ehh buat lagi over tau..sekali sudahlah ;)



 Yang belakang tu model sampingan hahaha..ampun ya!!



 Mak Mertua dan adik ipar buat jahat kat aku..ada ke patut nak tarik kain pario tu, habislah diriku nanti huhu kalau mak salleh jap lagi baru tau!



Ni nak tolong ke wat eksyen ambik gambar je?? nasib baik mood Dila tu ok..diikatnya kain pario tu cantik-cantik untuk aku hehe.


 


Korang nak tahu kat mana aku menginap masa di Cherating??  tunggu entry seterusnya ye sebab tempat yang aku menginap ni baru dibuka tambah pulak tu berdekatan dengan pantai sooo menarikkkkkk..


- Bye mahu pergi shopping hehehe  -


 

Rabu, 27 Oktober 2010

DARI RUSIA KE PWTC

Alhamdulillah, masa entry ini dipostkan adik lelaki aku, si Khairul telah selamat sampai di Rusia.. Ramai yang bertanya padaku berapa lama masa yang diambil oleh Khairul untuk sampai ke tempat menimba ilmunya dan inilah jawapanku hehehe. Dari Klia --> Singapore 45mimit --> dari Singapore ke Moscow 10 jam tak silap --> dari Moscow ke Volgo 2 jam kalau menaiki flight tapi kalau menaiki keretapi dan bas boleh makan masa antara 15 jam hingga 18 jam.

Tahun ni dah 3 kali dia pulang ke Malaysia, 1st bulan Feb yang lepas sebab mimpikan mama, 2nd balik bercuti selama sebulan hujung bulan 7 dan last bulan 10 baru ni sempena Perhimpunan Umno. Kiranya balik kali ini semua tiket flight Umno tanggung. Adik aku sorang ni memang dari kecil lagi dah tunjuk minat untuk memimpin, kiranya dari sek ren,men dan ke alam Universiti sikap memimpinnya masih kuat..ikut siapa ye?? ohhh nanti aku ceritakan adik aku ikut siapa di entry akan datang ok..



Mohd Khairul Afham B. Mohd Azemi anak lelaki tunggal dalam keluargaku, kami sangat rapat kiranya walaupun duk jauh beribu batu namun sentiasa berhubung. Masuk tahun ni hampir 4 tahun Khairul tak beraya bersama kami huhuhu sedih ooo tapi Webcamelah penghubung dimalam raya ;)


 


Nampak tak anak panah tu?? hah itulah adik aku...terkejut gak bila dia suruh aku belikan surat khabar ingat saje nak baca rupanya ada makna ooo..



Inilah ucapan ringkasnya pada wartawan yang menemuramahnya..haiii mula-mula aku tengok tak perasan pun cuma aku peliklah hai apek cina mana lak pakai songkok ni hahahahaha rupanya adik aku daa bila dia tunjuk kahkahkah..Semalam, Khairul selamat pulang ke Rusia, kami hantar ke Klia...sedih tak sedih jugaklah sebab dia kerap balik..inshaAllah bulan 7 tahun depan muncullah dia kembali di bumi Malaysia...

Rabu, 20 Oktober 2010

SEKITAR MAJLIS PERSANDINGAN BIENDA

Salam semua, kali ni nak cerita tentang isu dah lama..tapi lama tak lamalah jugak masih panas!!! ;)

Oklah sebenarnya Bienda ni kawan adik aku Nadia, pertemuan mereka di dalam flight fireflyz  sewaktu pulang ke Hospital Kubang Kerian. Adik aku ni masa tu praktikal di hospital tu so setiap minggu dia ni berulang dari Kelantan ke Kl..kopak papa aku melayan kerenah dia ni huhuhu. Perkenalan secara tidak sengaja ni berlaku sewaktu bienda hampir nak pengsan dalam flight, iyelah masa tu,  Bienda ni baru lepas pembedahan jantungkan..Adik aku hanya membantu memberi minuman untuk memudahkan Bienda makan ubat. Ingatkan sampai disitu aje perhubungan mereka, tapi rupanya mereka berhubung sehingga kini.


Chopppp jangan ko tanyakan bila Bienda nikah udah ye sebab itu memang adik aku akan zippppppp mulutnya hahaha..ehhh bukan korang  je yang tak tahu malahan aku ni, kakak kandungnya pun dia tak bagitahu huhuhu betu;-betul pegang amanah ni ;)


So untuk Bienda, Selamat pengantin baru semoga kekal hingga akhir hayat bersama Boy ye....nanti boleh kita keluar lagi yerk hehehehe...


 



Boy,Bienda dan Nadia



 Farahwahida dan Nadia..



 Betty dan Nadia



 Masa persalinan ala Bollywood, sangat cantik ko masa ni hehehe, adik aku dah mula berangan nanti dia kahwin nak pakai warna ni hahahaha


 



 Tudung dan handbag aku sponsor baju 1 set dan rantai mengelip mamaku, adik aku ni hanya tadah badan aje menunggu orang belikan. kalau nak tunggu dia beli memang idokkkk lah jawabnya hehehehe. apa yang dia tahu belajar..belajar..belajar..



 Ramai artist masa ni hadir..



 Nadia, Mustafa kamal dan wifenya



 Elyana ni tak sombonglah adik aku cakap, rilex dan sempoi habislah!!



 Yatt datang ngan anak dan suaminya..kecik aje orangnya ye hehehehe



 Eh cantik shawl ko tu hehehehe



 Ko bila lagi ye??? dengan siapa jeng..jeng..jeng..



Shida ibu  Bienda, maaf tak dapat datang berbuka dengan family auntie ramadhan lalu bab malu hahahaha.. ini ayat adik aku Nadia ;)


 


Ok sudah tamat...


 

Isnin, 18 Oktober 2010

DATING DIMALAM MINGGU DITEMANI MAK MERTUA SEBAB DIA NAK TENGOK WAYANG

Wah lama betul tak update blog wakakaka, ni tengah bersin sebab tengah sapu habuk-habuk yang tersangkut dekat blog ni asyemmmmmmmmmmm..fuhhh bersin pulok.


Maaf sekarang ni aku betul-betul sibuk dengan bisnes tudung, biasalah bisnes baru nak naik mesti banyak guna tenaga dan masa tapi sekarang aku telah kembali ke alam blog kembali dan tak nak lagi tinggalkan blog kesayanganku ini hehehe :)

Masa memblogging ni, aku tengah makan keropok nyum..nyum..nyum.. sedap hehehe. Mak mertuaku, My love dan mak long pergi kenduri kahwin di kg pengantin aku tinggal sebab tanganku belum pulih lagi dari kecederaan yang tak serius sangat tapi sampai pergi mengurutlah huhuhu sakit sampai anak tekak ko tau hahahaha..

Aku dah melalut panjang ni hehehe..ok lah ni jom tengok gambar masa aku keluar dating dengan My loveku tapi jangan ko terkejut bila mak mertua aku join sekali. Ini gara-gara sebab mak mertuaku dah gian nak tengok wayang hahahahaha.


Kami sepakat ke Times Square, ni depan pintu masuk hotelnya..



Ohhh kalaulah aku jadi model begini ok tak?? pirahhhhhhh



Minah Pinky posing ni sila beri laluan hahaha..cantik tak tudung aku yang berwarna pink tu???auuuu i like tau sejuk aje kainnya hahaha promosi sekejap ;)



Eh My love saya lagi hensem ye mintak maaf tak dapat cium awak kah..kah..kah.. uwekkkkk



Ok belakang tu adalah pengawal peribadiku hahaha kemana-mana pergi semestinya dia mengekoriku. ada siapa nak berkenalan ke?? choppp aku tipu aje ni adik iparkulah hahahaha.



Aku rasa best aje pakai krim muka yang terbaru ni..nampak muka licin bak mutiara kooo dah lah murah save duit aku hahahahha..mintak maaflah aku memag dari dulu tak ajar kulit mukaku pakai yang mahal sebab tak semestinya mahal elok..sebab aku dah terkena hahahahaha



Ini masa aku ke negara China tempohari cisss aku tipu aje..ehh perasan tak clip bentuk love kat tudungku itu?? comelll sangat, sempat rembat di pasar malam pinggiran batu caves..



Wow rambang mataku...semua nak beli nasib baik duit akaunku dikawal oleh My love, kalau tak langsaiiii aku habiskan malam tu jugak!!!! Eh aku dah terkantoi ngan mama aku sebab dia masuk bilik ku utk tumpang solat, last2 dia terjumpa 7 kotak kasutku yang belum dipakai..apa lagi jeleslah tu sebab kakinya tak muat hahahah aku size 4 maaaa.



Disebelah kiri mama mertuaku dan disebelah kanan adik iparku...single lagi tu......



Oklah nak balik dahhhh bye.....Ehhh nanti aku upload cerita aku dipantai Cherating yer...sebenarnya cerita dah basi tapi sebab ada masalah dengan masa so terpaksalah aku update esok ye...hehehehe. Eh meh lah singgah blog tudungku, banyak koleksi yang cantik-cantik dengan harga yang sangat berpatutan. click sini ye.

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy