Isnin, 29 November 2010

INI KAWAN SAYA YANG CUN SEKALI

Assalamualaikum semua, saya ada kawan baru sangat cun,comel dan sweet serta baik hati hehehe...rugi kalau tak berkenalan dengan dia hehehe..tapi awas dia sudah berpunya tau!!! ketuk pala kang siapa yang nak ngorat dia huhuhu..

Memang tak sangka dan diduga, dari alam maya kami boleh berhubung ke alam realiti..kuasa Allahkan...Dia seorang yang gojes dengan koleksi tudungnya..comel betul, berilah tudung atau shawl apa pasti dia boleh gayakannya kira terbaiklah wokkkk..

Kalau korang ada nak tanya pasal gaya tudung atau tutorial inshaAllah dia boleh tunjukkan hehehe..alahhh tinggalkan je komen diblog dia pastu kalau ada masa pasti dia akan tunaikan permintaan korang..kan aku dah kata dia baik & perihatin hehehehe ;)

Alahaiii kesiannya, lupa pulok nak perkenalkan namanya hehehe DIA ialah Nurul Ain hahaha dan aku pulak Nurul Hasmiza, kami lahir sama tahun tapi tak sama bulan,pangkal nama aje yang sama tapi BT lain-lain hahahaha ..ada tali kekeluargaan iaitu sesama islam hehehehe...meh kita serbu blog Nurul Ain cepat...



Wahhhh dasyat tuuuu header blog Ain...otaiii dengan icon tumbok-tumbok pipi, tapi tumbuklah banyak mana darah tetap enggak mahu keluarin hehehe..Speak RayBan tu fuhhh stylo habis hahahaha...

So apa lagi jom singgah blog dia ok..serbuuuuuuu!!!

TUTORIAL MAKEUP NAK NAMPAK COMEL..NAK COMEL TAK??

Good morning...lama tak update blog huhu bukan apa, ada masalah hosting dan domain tapi now dah setle hehehe....

Ok, sebenarnya aku nak update cerita lain, tapi memandangkan ada seorang ni email padaku tanya tentang gaya aku makeup..Hohoho nak wat tutorial memang den tak dok masa asyik terkejar sana terkejar sini sampai nak makan pun tok sompat dibueknyo hahaha..

Oklah aku dah menghabiskan segala tenaga untuk mencari balik video-video yang penah menjadi rujukanku untuk makeup ni..so sekarang aku tunjukkanlah pada anda semua dari mana aku pelajari teknik-teknik makeup ni yer..share is caring right??? T_______T
Lepas ni siapa nak tutorial apa-apa jangan segan-segan boleh email pada aku inshaAllah aku akan tunaikan...





Dah habis tengok?? ok now cepat-cepat bersiap pergi shopping barang makeup ok hehehe..aku selalu layan Elianto bab barang dia murah dan sangat sweet..hehehehe

^T^

Selasa, 23 November 2010

Auto Draft

Jumaat, 12 November 2010

AL-FATIHAH BUAT KELUARGA SHAMRIN FOTOGRAF

Al-Fatihah.........

Semalam, dalam jam 8.30pm aku, mama dan Nazurah ke Hospital Al-Islam Kampung Baru melawat papa yang batuk agak teruk.. Masa nak masuk pintu hospital tu aku dah pelik sebab nampak Linda onn buat liputan. Aku ingatkan nak perkenalkan Hospital tu pada umum HAHA..

Apa yang aku fikirkan semua meleset...Bila nak melangkah ke bilik papaku lagilah aku berdebar tengok ramai artis berkumpul depan pintu bilik papa..aikkk papa aku berkawan dengan artis ke??? detik kata hati. Rupa-rupanya penyanyi Shamrin dari kumpulan Fotograf meninggal dunia. Biliknya betul-betul disebelah bilik papaku.

Dari apa yang aku dengar dan diperkatakan oleh salah seorang pelakon gerak khas..alamakkk lupalah namanya T_____T arwah sempat membuat show pada sebelah tengahari semalam dan pada belah petang itu arwah bermain bola sepak. Tak sempat pun 15 minit bermain arwah jatuh pengsan dan doktor sahkan arwah meninggal dunia. Senangnya dia pergi menghadap penciptanya, meninggal pada hari khamis malam jumaat pulak tu,  bukan senang tau. mungkin itu rezeki arwah.

Hanya aku seorang aje tidak pergi melawat arwah,  kerana aku tak kuat semangat so aku hanya duduk ditepi pintu bilik papaku sahaja sambil memerhati mereka-mereka semua. Malam tadi jugak arwah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur  untuk dibedah siasat untuk mengetahui apa punca kematian arwah. Arwah akan dikebumikan pada hari ini 12 Nov 2010.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..Takziah Cik Nurul dan keluarga ucapkan pada keluarga arwah...Al-fatihah...aminn


Al-Fatihah buat arwah Shamrin....


Gambar dari Pak Google

Khamis, 11 November 2010

KERANA KULIT KAYU MANIS AKU MERAUNG

Assalamualaikum semua, hari ni mood kelaut...banyak benda yang nak kene siapkan sebab minggu depan dan bulan depan Nurul akan bercuti agak kepanjangan sikit hehehehe so banyaklah kerja-kerja yang perlu den siapkan T______T 

Ok kerana tidak mahu menghampakan seseorang yang nak tengok wajah Nurul tanpa secalit makeup, so hari ini Nurul tunaikan ye... Sejak kahwin, Nurul memang banyak amalkan petua orang-orang tua. Yang paling best masa muka penuh jerawat dulu, ada seorang kakak ni bagi petua suruh tumbuk kulit kayu manis hingga lumat dan sapu dekat tempat jerawat tersebut..apalagi meraunglah Nurul sebab pedih yang amat sekali macam berdenyut tahu. Tunggu sehingga kering, tapi nak tunggu kering tu Nurul duduk muka mengadap kipas kasi sejuk sikit hehehe. Bila dah kering, muka pun rasa tegang aje so teruslah g cuci. Mula-mula tu agak terkejut jugaklah bab muka jadi merah tapi lepas sapu toner diseluruh muka, merah tu hilang sikit demi sikit..Rupa-rupanya kesakitan yang Nurul alami tu adalah proses untuk mengecutkan jerawat hingga ke akarnya dan sekarang jerawat pun tiada muncul lagi kecuali time i perioddddd. Siapa nak cuba petua ni silakan ye... 

 

Inilah wajahku tanpa sebarang solekan..time ni baru sampai di Bangi bab sukan antara Wilayah. Now dalam proses menurunkan berat badan hehehe dapat 50kg  memang cunlah babe LOL. sikit aje lagi hehehe. 

Meh tengok sini sekali hehehe 

comel, cantik dan murah

Rabu, 10 November 2010

ANGIN LONDON ADA ZON KERETA TUNDA


  • Date Penerbangan : 9 Oktober 2010

  • Masa Pergi : 12.00 pagi (waktu Malaysia)

  • Masa Balik : 4.00 pagi ( waktu LonMalay)


Salam semua, wahhh kalau teringat kembali kenangan lalu melalui gambar ni mashaAllah kesejukkannya sampai ke tulang oooo..sejukkkkkkkk giler! Biasalah Londonkan hahaha.. Seronok giler time ni rilex habis, hanya fikirkan keseronokkan sahaja  tiada fikir tentang kerja atau bisnes...freee.

Kali ini yang pergi,  aku, My love dan 2 orang adik iparku..adik-adik aku masa ni tengah sibuk dengan exam so next time kak yu akan bawa korang pulak ye, sebelum ni nadia dah penah join so tak der masalah bagi dia hehehe.

Suhu time ini dalam 15'c fuhhh kalau takat beku tu mahu aku pengsan kesejukkan dah.. kata dah sejuk.. so aku makan burger 2 biji dan air strawberry fuhhh kenyang untuk 2 jam je hahahahaha.Meh layan gambar jom.....


Cantik kan hall ni..sweet betul nampaknya..belakang tu adik ipar aku dah berangan lah tu..



Unik betul pasu-pasu dekat sini dah lah besar gajah semuanya..kiranya campak aku dalam tu pun muat..



Menahan kesejukkan yang amat..bibir aku jadi kering yang amat masa ni...ehh tetiba ada buble hehehe



Korang tengok kekuatan anginnya...bisa buat aku terbang sekali hahaha



Aikkkk dekat london pun ada zon tunda??? hahahaha



Pelbagai gaya dipamerkan untuk sesi panaskan badan hahahaha...



Gambar akhir,  bila kesejukkan yang melampau sudah tidak ku tahan lagi peluklah jawabnya hahahaha...Sebenarnya gambar ini semua diambil di Puncak Genting pada jam 2.00 pagi hahaha..kami buat kerja giler bila secara tiba-tiba teringin naik genting jam 12.00 malam...Syokkkk beb..jam 4.00 pagi kami pun menyusul turun semula..begitulah cerita Angin London ada Zon Tunda hehehehe..


 

Selasa, 9 November 2010

EHH NAK TAYANG MUKA KE SHAWL??


 

Salam 1 Malaysia & Dunia... 

Hari ini tak tahu nak update pasal apa sebab no idea..idea datanglah wahai ko...nasib baik Kak azah bagi gambar aku ni so secara tak langsung boleh update janji tak tinggal blog tanpa sebarang update gitu...uwekkkk 

Dalam banyak-banyak shawl yang aku ada, inilah shawl yang paling aku suka sebab bila pakai terletak aje hehehe..pulak tu ada bling-bling gitu lagilah bertambah syokkkkkk. First, aku pakai di office 2 minggu yang lalu,  now kak azah dan Kay pun sudah menyusul yahoooooo ada geng!! Bila korang nak tayang yer?? 

Belum lagi daku pakai warna merah, hijau dan banyak lagilah hehehehe..ehh lupa nak bagitahu shawl ni aku ada jual di blogshop onlineku RM20.00 je hehe. Macam-macam colour ada, sampai rambang mataku T______T yang penting En Fendi suka, i akan pakai lagi..lagi dan lagi tapi lain-lain colourlah hahaha..bila aku pakai colour lain aku update yer.. 

 

Ehh rasa macam dah kurus sikitlah ahakkkkk..mesti My love baca dia tergelak-gelak punya..tak pe by akan buktikan and now dah ada perubahan sikit..tungguuuu!! Ok bila dah menjadi apa yang aku amalkan ni, nanti Nurul kongsikan ye hehehe..kene cuba dulu sebelum beri Tip pada orang kang tak menjadi tak pasal-pasal aku yang kene hehe. Tapi kan nurul dah jumpa vitamin untuk gebukan, putihkan dan cantikkan kulit muka dan badan luar dalam..seriusss..yang nurul tahu tu, sebab ada sorang dua member di office tegur T____T harganya dalam RM150.00 untuk stok 2 bulan berbaloilah kan?? 

Oklah bye..assalamualaikum -sign out-

Isnin, 8 November 2010

THANKS NUFFNANG..TAK PASAL-PASAL DAPAT FACIAL MUKA FREE ;)

Selamat Pagi Cikgu!! gaya upin ipin tau ahakkk..  


Hari Sabtu lepas, i pergi Times Square youuuu...dapat invite dari Pusat Kecantikan Skin 11 melalui Nuffnang. Berbaloi tau letak iklan Nuffnang kat dalam blog, secara tak langsung kita dapat jemputan untuk mana-mana produk baru dipasaran selain dapat menambah kenalan baru. Hye nama saya Nurul Pinky tetiba-tiba T___T  


Kami kesini atas jemputan, so mari kita tengok gambar sambil kuterangkan lagi afdal aminnn.  


 Inilah orang penting dibelakang saya selain ma,papa, dan adik-beradik..Jurugambar saya memang dikhaskan untuk saya seorang.. ada orang nak pinjam?? no..no..no..memang setiap kali saya kemana-mana gambar mesti diambil secara saya sedar atau tidak..Good!!  



 Kalau sesiapa nak buat facial di SKIN 11, boleh juga menggunakan kredit kad sekiranya wang tunai enggak dibawa ya buk. Bagi sesetengah orang memang tak suka bawa duit tunai boleh juga bawa debit kad. Den freee hehehe mak mertua aje kono bayar.  



 Nyaman aje bila masuk sini..tak sabar-sabar rasanya nak menadah muka ini, lagipun akukan baru habis main bola tampar so sedang elok benarlah tu yer..compem banyak bintik hitam tengah bermaharajalela..lepas ni ko rasalah tamparannya bila suka suki aje buat sarang di kulit mukaku ini HAHAHA.  


 Produk disini semua dari Singapore Lab..setiap botol seperti pembersih,penyegar dan pelembab semuanya dalam botol yang agak besar, kiranya berbaloilah sebab boleh tahan lama hehehe contohnya macam Clinique punya set.  



 Sebelum dipanggil, mari chat-chat dulu..rehatkan minda, fikirkan apa yang nak shopping lepas facial ni supaya rasa tidak bersalah..ehh tak..tak..  


 Hah kali ni bawa ibu mertuaku, ajak mama dia tak nak sebab minggu lepas baru pergi facial muka dengan adikku Nadia..ooo patutlah jual mahal yer.   Aku punya facial treatment free, mama mertua aku je kene RM38.00 untuk 1 pakej lengkap termasuk collegen sekali..kalau ikutkan harga sebenar Rm 300++ tapi kerana ada promosi hanya Rm38.00 sahaja..sangat-sangat best ooo  



 Muka tak sabar nak buat facial muka hehehe..  



 Ehh lentok pulak..ni muka sebelum di facial yer..  



 Inilah Pusat Kecantikan tersebut..tingkat 2 berdekatan dengan Elianto  


 Nampak tak promosi belakang tu?? hah apa lagi ditunggu cepatlah kesini yer, suasana biliknya fuhhh sangat nyaman..masuk bilik aje disuruh tukar dengan pakaian yang disediakan sebab untuk menyenangkan mereka mengurut kita..Yang bestnya bila letak scrub, masker dan collogen sejukkkkkkkkk rasanya hehehe, ambik masa 2 jam  sampai pinggangku ini pusing kiri kananlah sementara nak siap..walaweiiii rasa nak pergi lagilah T___________________________T  

Mukaku rasa licin oooo sekarang ni hehehe ;)

Khamis, 4 November 2010

TUKANG BAWA BEG MAMA KANDUNG DI KLCC

 Salam Bulan November, tak sabarnya tunggu Disember tapi tak sanggup untuk melangkah ke alaf 2011.


Ini cerita semasa di KLCC hanya untuk cuci mata pada niat asal kedatangan HAHA.. niat aku dan mama mula terpesong bila nampak CADAR, BAJU,KASUT, HANDBEG DAN MACAM-MACAM lagi yang tidak mampu disebut.Nafsu perempuan memang begitu.tidak boleh dinafikan..sila terima kenyataan yer..


Ohh kebetulan masa tu ada pelancaran perfume Dior yang terbaru, apa lagi kutadah badan oooo bukan tangan. apa barang tadah tangan sikit aje dapat, tadah badan depan belakang ada bauuuuuu! tapi tak beli pun, mama tak bagi sebab ada perfume yang masih belum dibuka kat rumah HUHU melepas!!!



 Aku suka gambar ni, macam disatu lorong yang dilimpahi dengan daun-daun hijau dan bunga rose..ehh tetib teringat WINTER SONATA..nak aje aku rembat perfume gergasi tu compem 3 tahun ko tak habis HAHAHA.



Alamak muka diambik dari arah dekat benciiiiiii..masa ni dahlah ada jerawat seketul..tu diiaaaa nampak tak??



Hahhhhh cantik tak?? ingat nak rembat aje tapi memandangkan baru aje beli handbeg so pendam duluuuu..PINK youuuuu



Ok mari balik, sudah penat hanya melihat aje..mama tak belanja, sebab dia habiskan duit untuk dirinya..aku hanya membawa beg..beg..beg yang mengandungi barang mamaku..tak pe boleh syer-syer gitu ahakkkkk..


Love you all...

Rabu, 3 November 2010

" YOU NI ANAK SOSILAWATI KE??? "

Ya ampunnnn..sebenarnya cerita ni aku dah shoot di FB dan Twitter tapi gambar diriku sewaktu kejadian tu, tak tunjuk pun bukan apa MALU rasanya HEHE..Ok aku cerita semula yer..mari sini semua meh..meh..kita kiss pipi gebu dulu hehehe..almaklumlah dah bagi petua untuk pipi gebukan! perghhh belagak sehhh T____T

Kes ni jadi selepas seminggu umat islam diseluruh dunia menyambut Syawal..ehh bukan syawal Af tu tau..tak perlu kot ngeh..ngeh..ngeh..Aku macam biasa, setiap hari Sabtu adalah hari aku dan mama berjalan-jalan mencari barang untuk di pow..ok dengan sekali lagi untuk dipow hahaha biasalah anak bertuah memang macam ni ;) kebetulan masa tu mama ajak singgah Avon, katanya ada sale so aku ikut aje..elok masuk pintu butik Avon tu tiba-tiba salegirl ni terus pandang dan bertanya " eh..ehh macam kenal aje tapi siapa yer??? Ohh yer you ni anak Sosilawati pangasas produk kecantikan tu kan?? " terpinga-pinga aku, dahlah masa tu semua mata bertumpu padaku dan tak pasal-pasal terpancul dari mulutku " lerrr ingat mcam Siti Nurhaliza kah..kah..kah.., "

Mama cakap lepas ni bela lagi pipi ni hehehe, nak wat macam-mana dah pipi ni nak naik, tak dapat aku nak menghalangnya..kata nak nampak gebu..aikkk dari tadi asyik gebu-gebu je ?? Nak tengok ke gambar aku diketika itu? wah ayat begitu dramatis sekali caiiittttt..good night,  bantal dah panggil auwwww bestnya hehehe..ehh lupa nah tengoklah gambar tu.


Best betul ais krim dekat sini, sebelum beli boleh rasa semua perisa yang ada disitu hahaha kenyang dengan tester ajelah..nanti janganlupa singgah di Mid Valley yer..




Over !! saje besarkan gambar..ehh boleh tolong aku?? tang mana yang sama hah, rasanya jauh beza nohhhh.agaknya mata salegirl tu lupa pakai lens kot hahaha. Tapi tipulah kalau i tak bangga you KAHKAHKAH.. 


Sekian terima kasih.

Selasa, 2 November 2010

PETUA UNTUK HILANGKAN PARUT DAN GEBUKAN KULIT MUKA

Fuuyooooo kalau bab petua kulit muka laju aje search hehehe..


Eh petua ni aku jumpa masa baca buku majalah Wanita and then aku pun mencubanya.Korang tak nampak ke kegebuan kulit muka ku ini?? hah nampak badan ku yang tembam aje ke?? aishhhh nyampah mak tau ahakkkk!


Dulu waktu zaman belajar di Sek Men, kulit muka aku ni sangat sensitif pantang duduk bertenggek lama bawah matahari siaplah naik jerawat bagai dahlah tu merah pulak macam badut aje dihidung dan pipi. Aku dah cuba produk mahal dan murah semuanya separuh jalan. Last-last ikut petua aje alhamdulillah kulit mukaku sampai sekarang masih sihat dan tidak lagi melalui episod keradangan kulit.


Selalunya hujung minggu, aku selalu ambik perahan jus lemon dan sapu diseluruh muka sehingga kering..best ko buat macam tu rasa nyaman dan tegang aje kulit mukaku hikhikhik..Sebelum ni aku pakailah 1 set penjagaan muka jenama Antarabangsa, makan ratus jugaklah harganya siap nak meleleh aje aku tengok duit yang keluar nak membayornya tapi makin teruk adalah muka ni. Sekarang aku pakai jenama murah je tak sampai RM100 pun 1 setnya..alhamdulillah barang halal memang cukup indah.


Oklah meh sini rapat-rapat tapi jangan pegang-pegang tau hahaha, Nurul nak ajar cara bagaimana wat masker limau purut untuk muka nampak gebu ;) cepat salin yer.. T__________T

1) Ambil putih telur ( putih aje kuning campak masuk kuali goreng pun sodap )


2) Potong limau purut dalam 2 biji dan perah hingga ketitisan akhir ok


3) Gaulkan sebati putih telur dengan air perahan limau purut tadi


4) Sila sapu ke atas muka anda semua, kiranya buat macam mask lah yer..sekiranya terasa pedih biarkan aje sebab itu adalah proses pengecutan bekas jerawat tersebut..selalulah amalkan yer...dah gebu bagitahu i hehehehe


byeeeeeeeee luv you ;)


 

Isnin, 1 November 2010

BILA NURUL BERMAIN BOLA TAMPAR

Assalamualaikum,  


Mendung sehh cuaca pagi ni di Kuala Lumpur, nyum..nyum.. sedap ni kalau nak buat taik mata ngeh..ngeh..ngeh.. T_____T ok cukuplah pendek ini sahaja intronya.  


Siapa kata orang pendek tak bola main bola tampar??? dulu iya aku sokong sebab kalau dah pendek macam mana nak surf bola kan, almaklumlah kalau ketinggian 151cm macam aku ni ada ke orang nak pandang?? Now aku buktikan HAHAHA sebab aku menang walaupun naib Johan kira bangga gak lah.. Eh ni 1st time tau kitaorang masuk game ni hehehe ( rasa malu-malu bangga pulak ;) )  


   


  


Berbaju merah tu coach kami, sudah berkahwin anak 2 hahaha  


  


Meraikan kemenangan walaupun ditempat ke 2, kalah 2 mata dengan pasukan dari Wilayah Kelantan  


  


Ambil kesempatan bergambar dengan pengadil, chop kami dijemput oleh pengadil tersebut untuk join game persahabatan hehehe  


  


Bersama dengan pasukan menjadi Johan...Tahniah yer  


  


Game tengah bermula, cuba teka aku dimana?? kalau nampak yang comel tu, akulah tu hahaha  


  


Bergambar dulu sebelum bermain, ceria aje muka sorang-sorang tapi gelodak hati siapa tahu. Aku sampai tak makan tau takut punya pasal hahaha  


  


Penerimaan pinggat, ambik pingat pakai selipar pink aje sebab kaki sakit ;(  


  


Bangganya pakai baju biru + merah itu  


  


Debaran mulai menyerap masuk ke dalam diri masing-masing  


  



Huuhuhuhu gementarnya nak terima bola itu...boleh tak kalau saya tak main coach?? " boleh, tapi pelempang sekali; nehi hay!!  


  

Muka gembira walaupun naib johan tidak mengapa, tahun depan cuba lagi ye...ehhh gelapnya muka aku?? lepas aje game bolatampar tamat, terus balik bilik cuci muka, mandi dan tidur ZZzzzzZZZZ  jam 4.30 ptg baru bangun sebab perut menari dangdut..Thanks Kak Azah sebab sudi belikan makanan hehehehe.  


Tahun depan Wilayah Kedah menjadi tuan rumah so ke Kedahlah aku yahooooo, boleh singgah pekan rabu beli kuah rojak Mak Bee 10 dozen!!  


 

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy