Khamis, 30 Disember 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA - KHAIRUL FAHMI CHE MAT

Wowww Malaysia JUARA !!!! fuhhh berbaloi - baloiiiii...baru negara-negara lain buka mata dengan kemampuan pemain bola sepak Malaysia..

Memang tabik springlah dengan pemain-pemain semalam terutamanya penjaga gol Malaysia..walaupun serangan bertubi-tubi tapi dia boleh baca mana arah bola tendangan pihak lawan cayalah beb !!

Semalam masa aku buka Twitter, fuhhh ramai betul cari khairul fahmi ni dan tak semena-mena terjumpa link blog awek dia hehehe...comel wehhh...tapi jangan pulak lepas ni ada individu-individu tertentu nak ngorat Khairul Fahmi ni udah yeee, dia tu dah berpunya sila hormatilah sikit perasaan aweknya..

Maaflah ye pada jiran tertangga bab rumah aku macam stadium semalam almaklumlah sepupu sepapat turun so meriah gilorrrrrr hahahaha...



Inilah muka-muka kebanggan negara Malaysia ;)


AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA !!!

Rabu, 29 Disember 2010

SEGARKAN MATAMU DENGAN PINK HEHEHE

Rehat seketika untuk entry Bandung, sebabnya semalam mata aku dah kedaung tak boleh tunggu lagi almaklumlah untuk entry Bandung seterusnya gambar mencecah 40 keping koooo.. itupun nasib baik aku dah gabungkan gambar-gambar tersebut kalau tak ia menjadi 80 keping kooooo. Biasalah nama pun isi dan kuku dengan kamera nak buat macam-mana hahaha..

Ok..ok.. entry ni pun sebenarnya mengenai di Bandung juga tapi aku Khaskanlah sikit sebab ada kene mengena dengan PINK !! iaitu warna kegemaranku...


Kuda ni sebenarnya warna pink pada bulu ekor dan bulu badannya cuma sebab aku ambik gambar hala bahagian hadapan so kurang nampaklah sikit..nanti aku close-up sikit untuk gambar kuda tu ye..masih mencari lagi gambar tu hehehe..



Boot ni ambik koooo..berpinar mata kalau aku yang pakaikan hahaha..kalau aku cakap aku beli macam-mana??? memang cantik gilossss.. dah pulak 100% kulit asli ok !! ini tak payah aku pakai seluar pun tak pe kan ;) Memang masa semua nampak kasut ni aje terus panggil nama aku, nampak sangat kalau Pink aje mesti dituju kepadaku hehehehe...

Betul lah orang kata pink itu lembut sama macam diriku sebab bila aku nak mengamuk aje, adik-adik bukannya takut malah siap gelakkan tengok mimik muka ku hampehhh betul !!

Selasa, 28 Disember 2010

HARI KEDUA DI KOTA JAKARTA

Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku dan keluarga ke Kota Jakarta...Padat,panas dan macet gilerrrr itulah gambaran yang dapat aku gambarkan suasana disana...beda sungguh ya dengan Kota Bandung yang sejuk,nyaman dan enggak macet hahaha...



Sarapan pagi selama 5 Hari 4 Malam di Hotel Penginapan kami iaitu Karang Setra Spa & Suite..Nyaman sekali duk dihotel ni ialah dikelilingi tasik kooo siap ada angsa dan itik putih yang chumel ;) Kalau sesiapa nak duk Chalet pun boleh, kiranya betul-betul berhadapan tasik...Menu sarapan pagi memang kasi aku naik badanlah weiiii..apa tidaknya nasi goreng, sosej, kentang, bubur nasi, soto padang, buah-buahan, kuih mueh dan telur omlet fuhh telur nilah yang aku tak tinggal kalau datang Indonesia mesti cari ooooo hehehe..Kak zana, Kak Sue & sesiapa yang nak g Indonesia mesti cuba tau telur omlet ni terangkat ooooo...Nurul siapa tanya lagi apa yang dimasuk dalam telur tu hahaha..



Nasib baik 2 bulan sebelum aku kesana, aku dah diet seimbang sebab aku tahu punya makanan Indonesia sangat superrrrr best dan aku tak akan menolaknya...rugi oo kalau aku tak makan, bukan senang tau nak makan masakan sini..walaupun dekat Kg Baru berlambak ada jual masakan Indonesia tapi tak sama dengan yang betul-betul asli hehehe...



Ok lepas sarapan pagi,  tanpa membuang masa kami semua terus bertolak ke Jakarta menaiki bus. Perjalanan ke  Jakarta mengambil masa 2 jam 45 minit...



Sangat terhibur semasa dalam perjalanan ini,  ialah ada aje lawak jenaka yang kami dapat sepanjang perjalanan hehehe adoiii teringat kenangan tersebut..



Berhenti rehat untuk seketika di R&R menuju ke Jakarta..sini pun hentian rehat & highway macam negara kita tau, lagi bersimpang siul jalannya sampai pening aku dibuatnya hahaha..nampak tak air yang aku pegang tu??? itulah teh botol perisa ribena kegemaranku..selain tu ada jugak perisa strawberry.



Inilah penjaga kedai air teh botol tu hahahaha..acah ajelah ini patung apa nama tah..cak pong..cak pong..



Banyak giler kot tol yang ada sepanjang highway menuju ke Jakarta ni...ada satu tu baru jalan tak sampai 10 minit dah kene tol balik herrrmmmm pokai kalau macam ni ;) Fuhhhhh macet gilerrrrr dah pulak tu lepas tol tu ada lagi 1 tol yang menanti sebaik sahaja keluar aje dari tol ni pelik bukan?? mahu tak jem ;(



Yahooooo inilah lambang kita sudah sampai KOTA JAKARTA dabedabeduuuuuu...shopping time !!!



Cantik kan dengan air pancutnya dan dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit..tapi suhu panasnya time ni kalah Malaysia hehe.



Touch-up dulu sebelum pergi belanja ya ibu..ibu..bapak..bapak..



Inilah bukti kami semua sudah jejak Tanah Abang di Jakarta hehehe..Oh ye kalau ke Tanah Abang contohnya termasuk pintu yang hanya menjual  barang-barang belian secara borong jangan susah hati sebab korang boleh membeli secara sikit-sikit juga dengan melintas ke bangunan sebelahnya yang sama colour melalui jejantas yang disediakan dan terus naik ke lantai 6. Dekat sini FLOOR dipanggil lantai ye. kalau tak jumpa juga boleh pergi ke kaunter pertanyaan dan segala yang pertanyaan akan dijawab dengan lemah-lembut oleh pengawai disitu..



Dekat sini banyak jugaklah aku shopping sebab murah sikitlah berbanding Bandung..mungkin semua barang dekat sini dihantar ke Bandung kot..tapi kene pandai tawar menawarlah ya semua..contohnya dia letak 100 ribu rupiah, korang tawarlah 5o ribu rupiah tapi kalau dia tak kasi blahlah dulu compem diaorang akan panggil balik hehehehe...ni aku kasi tip ni cepat tulis ya hahahaha...ingat tawar separuh harga tau..


Mama dengan shopping barang-barangnya..aku pulak apa lagi masa nilah menghabiskan wang gitu dengan barang-barang keperluanku juga dan ko tengok muka adik bongsuku itu muncung bukan main sebab papa tak belikan dia beg sekolah yang dia nak..tapi last-last dapat jugak..papa mana tahan dengan godaan Nazurah tu almaklumlah anak bongsu katakan hehehe..


Dekat sini aku banyak beli baju hehehe mana tak geram kalau sehelai dalam 15 ribu rupiah kiranya ringgit RM4.50 je...ikutkan nak borong je 1 kedai hahahah..


Lepas penat bershopping di Tanah Abang, perut semua barulah terasa lapar hehehe...




Kami makan tengahari di SELERA BUNDO..fuhhhh sodap koooo sampai licin semua lauk-pauk diatas meja yang disediakan khas untuk kami hehehe..kami sampai-sampai ajekan,  makanan memang sudah siap terhidang tunggu nak ngap aje..Inilah barisan meja untuk group kami seramai 16 orang


Lepas sudah selesai makan dan solat sesi bergambar pula dipelamin yang disediakan hahaha..inilah keluargaku tapi tak sepenuhnyalah sebab 2 orang adik ku Nadia & Khairul tak dapat join..sedihnya kalau tak lagilah meriah..


Dari kiri En Mad, En Fendi, Cik Nazurah dan Pn Sherry hehehe



Kami berdua tak kan korang tak kenal kot???


Bersama si debab iaitu adik second bongsuku dan mama mertua bersama kakaknya yang turut serta..dimana ada mamaku disitu ada mama mertuaku hahaha


Geng ladies versi atas pelamin perkahwinan rakyat Indonesia.


Inilah menara masjid tertinggi di Jakarta dan Dunia kalau tak silap...Kubah masjid diperbuat daripada emas sepenuhnya dasyatkan..jangan risau kawalannya sangat ketat ooooo untuk mengelakkan dicuri... 

Ohhh ye gambar-gambar di Mangga 2 tak banyak ambik sebab semuanya sibuk shopping tak ingat dunia..banyak benda-benda cantik dan agak mahal di Malaysia, boleh dapat disana dengan harga murah so secara tak sengaje kamera dilupakan hahaha..


Selepas penat bershopping di Mangga 2, kami terus pulang ke Bandung dan perjalanan untuk keluar dari Mangga 2 pun mengambil masa 1 jam sebab macet gilerrrr. ohh noo!! Kami ke Jakarta balik hari je bukan jauh sangat pun hehehe...apa orang kata janji sampai idok hehehe..Kami berhenti makan malam di Restoran Sederhana masakan padang fuhhh nikmat makan masakan padang...terangkat katakan hehehe...gambar masa di restoran tu pun lupa ambik sebab lapor bebenor almaklumlah dah habis shopping baru gagau cari nasi, kalau tak langsung tak ingat dan rasa lapar pun tak der kata papaku...Oklah aku akhiri cerita hari kedua di Kota Jakarta dengan gelagat mama mertuaku minum jus espokat dengan penuh perasaan yaaaa hehehe..


Dah bacakan silalah komen ya hehehe ;)

Isnin, 27 Disember 2010

CONTEST MUSLIMAH ANGGUN 2


Click gambar diatas untuk ke blog penganjur ye..


Assalamualaikum, Ya Allah ko bukakan juga hatiku untuk join Contest ini syukur..dan contest yang pertama aku join ialah CONTEST MUSLIMAH ANGGUN..mungkin sebab contest ini menarik dan unik..

So gambar yang aku pertaruhkan ialah :



" HIASILAH PERIBADIMU DENGAN APA SEKALI PUN,  TANPA MENJATUHKAN MARUAHMU, KELUARGAMU,NEGARA, BANGSA & AGAMAMU "

 Oh ye Contest bermula dari 26th Dec hingga 30th Dec 2010, so apa lagi ditunggu cepatlah join ok..selain itu kita dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain hehehe..Hadiah yang ditawarkan pun menawan tau iaitu


Prize : Shawl + accesorries + suprise gift

Cepat tau tarikh dan waktu tamat ialah pada 30 DEC jam 10.00am

Mangsa Tag seterusnya ialah :

1) Kak Zana Mama Batrice

2) Kak Mimi Mama Farhan

3) Kak Lieya Mama Mia & mija

JOM EX - CHANGE LINK BLOG ;)

Buat seketika entry Bandung di skipkan sebab gambar tak upload masuk laptop lagi hehe..

Hai kawan-kawanku tidak kiralah dari negara mana anda datang, Nurul nak ucapkan terima kasih sebab sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini.. Yang menghantar pertanyaan di email mahupun di formspring Nurul sudah menjawab pertanyaan anda semua.

Oh ye baru-baru ni, blog ada masalah sikit berkaitan hostingnya so ada banyak link blog telah hilang huhuhu sedihnya terputus kasih..so boleh tak yang sudi nak beri link blog silalah tinggalkan dikomen entry ini ye..tidak kiralah yang selama ini hanya pembaca secara senyap pun tidak salah kita berkenalan iya tak ;)

InshaAllah start esok entry Bandung sahaja yerkk jangan korang jemu udahlah hehehe...

Rabu, 22 Disember 2010

HARI PERTAMA DI KOTA BANDUNG

Jam 5.00 pagi dah bangun sebab nak hantar My love, Kak Yah, Mira dan nenek ke Kl sentral. Diaorang ni trip pertama ke Bandung jam 10.15 pagi menaiki Airasia..Kitaorang pula menaiki Mas jam 12.00 tgh hahaha mesti pelikan apasal setengah naik Mas setengah lagi naik Airasia, jawapannya sebab masa My love summit tiketnya dia dapat murah dan last minit punya tiket...Oh ye, yang join trip ni kali ni ialah seramai 16 orang semuanya...

Biasalah kalau bab bergaya serah aje dekat aku hahaha, masa bincang dengan mama nak pakai baju ni dan legging terus mama suruh pakai boot baru kene..so apalagi ikut ajelah cakap mamaku..mamaku kan kawan baik ku hahahaha..Hah!! kan sebelum ni aku ada cerita, ada orang risik aku di KLIA kan hehehe..ok gini ceritanya masa tu aku baru keluar dari toilet secara tiba-tiba ada seorang mak cik ni menegurku sambil asyik memandang shawl dan baju aku pakai...serius dia cakap macam ni " comelnya dia, pandai match baju, seluar dan boot..nak pergi mana ni almaklumlah cuti sekolah kan mesti berjalan tak" sebelum aku minta diri sempat pulak tu dia cubit pipiku yang gebu ni hahaha...sedang elok aku berpusing kebelakang rupanya mama mertuaku dari tadi sudah memerhatikannya hahaha...kelakarnya bila diingat kembali ;)


Inilah papa dan mamaku..sama-sama teruja tau nak shopping itu ini..bukan aku sorang yang terlebih teruja tau keh..keh..keh..



Flight berlepas jam 12.00 tgh tapi kerana gila kentang kitaorang masuk jam 11.45 pagi hahahaha..rupanya kitaorang orang terakhir masuk flight. adik bongsu aku cakap " kitakan VVIP mesti kene masuk lepas semua orang dah masuk hahahahaha " selamba badak aje dia tu..


Tengok 2 orang kawan baik yang akan kemana-mana bersama..masa ni si nazurah nak g toilet si Haikal pun samalah nak g toilet jugak..lepas tu nak duk dibahagian belakang pula sebab pramugara tu suruh duk kat situ sebab senang nak bagi gift hahahahah


Masa dalam flight, aku, mama mertua dan afifa duduk dibahagian belakang, yang lain semua duduk dibahagian hadapan tapi syok jugak rupanya duk dekat-dekat ngan "dapur" semua dapat tanpa diminta ngeh..ngeh..ngeh..


2 Flight yang berlainan nama hehehe..masa aku jumpa My love dan..dan..aku keluarkan coklat dan makan depannya sambil cakap "Airasia bagi coklat apa yer" hahahaha angin aje dia ;)


Semua jus aku mintak hahahahaha..dah keboringan aku lepak berborak dengan pramugara dan pramugari di " dapur " mereka..best betul lepak ngan diaorang semua kepala gila-gila kentang  ;)


Inilah airport Bandung yang sangat kecil sekali, yelah bandung mana ada airportnya sendiri, inipun cukup baik tentera mereka bagi pinjam airport diaorang kalau tak, tak merasalah ke bandung ooooo..Cuba tengok gambar macam peta tu..huhu padat sungguhkan penempatan merekakan..


Alhamdulillah akhirnya sampai jua di Kota Bandung selepas berperang dengan kerisauan dan ketakutan sebab angin kuat meyebabkan flight bergoyang sampai habis air  jus aku tumpah..boleh bayangkan tak macam mana keadaan aku masa tu?? dah lah aku gayat huhuhu



Yeeeaayyyy dah masuk bus, Tourguard kami ialah Pak Leh, sangat sporting habislah...semua muka dah tak sabar-sabar nak menjelajah kota bandung hahaha..rilexxxxx ok


Kita jamu selera dengan masakan Padang yeeee..best betul makan dekat Restoran Simpang Raya ni..


Minuman wajib yang aku akan order bila di Indonesia ialah Air jeruk fuhhhhh sedap ooo dan adik aku pula Espokat...Korang nampak tak cili hijau tu?? tengok pun dah seram ye  tapi bila makan tak pedas pun menambah nasi adalah hahaha..


Semua sedang enak menjamu selera..fuhhh dekat sini tak sempat nak merasa lapar, dah makan balik..lauk pauknya pun banyak tak tahu nak makan yang mana satu hehehe..


Dah kenyang apalagi posinglah..ini sepupu aku tau hehehe..saje temannya menghembus " asap keretapi "


Donatello..cantik sungguh kasut-kasut kat sini..harga pun berpatutan..aku beli kasut kat sini dalam rm35.00 je. sedap pulak tu bila pakai selesa aje hehehe


Candid masa tengah try kasut oleh My love..dah beli terus pakai ko. Boot pulak yang masuk kotak hahaha..aku ni memang tak sbaar-sabar kalau ada benda baru dan..dan.. tu jugak nak pakai.


Heritage!! syurga membeli belah My loveku..entah berapa helai dia borang..memang sakan habislah..kitaorang lepak sini dari petang sampai malam bab solat terus kat sini..


Bergaya sambil posing itu wajib hehehe..masa aku letak jari dalam kolam tu ada ikan koi tu nak gigit jari aku oiiiii nasib baik dapat diselamatkan..jinak rupanya ikan dekat sini huhuhu


Berborak-borak bila nak datang lagi bandung gamaknya hahaha..Masa ni menunggu semua orang pergi beli simcard Mentari...ehh kalau sesiapa nak pergi Indonesia pakailah simcard Mentari memang save banyak dari Simpati..tak caya trylah..


Makin gemuk sungguh adik bongsu ku ituu..khairul ko tengoklah adik ko ni hahaha dah gemuk kot!!!


Makan malam pula menyusul selepas pulang dari Heritage..Kitaorang makan malam di KARAMBA..MASAKAN SUNDA..dekat Bandung memang banyak masakan Sunda..lagipun masakan Sunda ni jenis tak menggunakan santan so dia banyakkan sup sahaja.


Selepas check in kitaorang terus ke bilik masing-masing..saje je aku adjust bagi semua dapat sama floor hahaha..


Besar jugak biliknya..puas hatilah nak tidur


Kami menginap di Hotel Karang Setra berdekat dengan Chiampelas dan 10 minit kalau berjalan kaki menuju ke Pasar baru...swimming pool,spa dan karaoke pun ada memang cukup lengkaplah..

Ok nanti kita sambung untuk hari kedua pulak yeeee...

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy