Rabu, 30 November 2011

MAC EYESHADOW 168 COLOR

Assalamualaikum,

Wah tetiba aje mood untuk bermakeup wujud sejak malam tadi hehehe. Semangat masak secepat mungkin untuk ke agenda seterusnya iaitu buat tutorial makeup :)

InsyaAllah esok Cik Nurul Pinky ( CNP ) akan upload satu tutorial makeup untuk anda semua. Ingat, cuba sekali gagal bukan bererti gagal untuk selamanya tau. Kalau ada masalah boleh email aje pada CNP ok. I mesra email ngeh..ngeh..

Untuk tutorial kali ini dengan semangat wajanya CNP telah rembat eyeshadow baru HAHAHA..kalau malas jugak tak dapat nak nolonglah yer. Eyeshadow kali ni saje beli yang tak shiny, sebab yang sebelum ni dah beli yang shiny hehehe. 

Mac Eyeshadow pallete 168 color RM55.00

 


Terujunya nak main color-color ni hehehehe.. Jangan lupa ye temujanji kita esok pagi, kali ni nak tunaikan tutorial yang ramai request dekat CNP.. nak tahu tutorial apa tunggu esok ok...

Love youuu !!

Sign out secara tiba-tiba **

Isnin, 28 November 2011

BIG SALE SET MAKEUP CNP

Salam semua,

Minggu ini ada promotion baik punya tau :) siapa nak jimat duit baik beli set makeup untuk kali ini, kebetulan selepas ni tutorial makeup Gyaru akan menyusul so apa kata anda semua rebutkan peluang keemasan ini yer.



Disini CNP akan nyatakan harga-harga barang makeup sekiranya beli berasingan ye, dan kita tengok berapa banyak duit kita boleh dijimatkan hehehe.


Eyeshadow + Blusher = RM15.00
Concealer Stick = RM15.00
Beg Makeup = RM15.00
Concealer = RM12.00
Mascara = RM10.00
Eyeliner = RM10.00
Celak = RM3.00
----------------------------------------
Jumlah RM80.00

----------------------------------------

Tapi untuk promosi ini hanya RM50.00 sahaja untuk set makeup diatas, dan anda telah jimat sebanyak RM30.00 Sesiapa yang telah membeli set makeup diatas anda layak membeli Naturactor dengan harga RM25.00 sahaja.

"Promosi sah sehingga 28 November 2011"

Berminat sila emailkan kepada CNP dengan tajuk "set makeup rm50.00" ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com

Sabtu, 26 November 2011

CONTEST " LIKE FB " BY CNP

Assalamualaikum,


Hari ni Cik Nurul Pinky ( CNP ) tetiba sahaja nak adakan contest untuk anda semua supaya anda semua dapat memenangi hadiah. Kali ni senang je caranya hanya click..click je hehe.


 Caranya mudah je,


Pergi ke Inidiarinurul Blog Fan Page, LIKE FAN PAGE, pastu post dekat wall tersebut

'
'
'
'
v

" yahoo ! Join #contest inidiarinurul.com "


Contest ini akan tamat pada 25/11/2011 ini. Pemilihan pemenang untuk kali ini CNP gunakan khidmat Random.org berdasarkan post yang pertama mewakili angka 1 dan seterusnya. Sorang HANYA LAYAK POST SEKALI SAHAJA !

Hadiahnya ialah Naturactor dan Compact powder Mac.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Masih ingat tak kepada Contest sebelum dan selepas ? Nak tahu siapa pemenangnya ???


Pemenangnya ialah


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
http://sesucintaku.blogspot.com/2011/10/contest-sebelum-dan-selepas-by-cnp-cik.html




Tahniah dari CNP, sila emailkan nama dan alamat untuk pengeposan hadiah dengan tajuk email " PEMENANG CONTEST "  di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


Yang tidak berjaya sila cuba lagi di Contest lain ok.

Jumaat, 18 November 2011

CNP BIG SALE BERMULA ( 14 - 18 Nov 2011 )

Assalamualaikum,

BIG SALE berlangsung selama 5 hari sahaja iaitu pada 14 nov hingga 18 nov sahaja. So jangan lepaskan peluang ini yer.Terima kasih atas sokongan anda pada CNP yer. Disebabkan ramai yang bertanya boleh tak tukar barang selain naturactor hijau tu jawapannya boleh! Sesiapa tak nak naturactor hijau boleh tukar kepada Concealer yer..



Set brush Bobbi Brown 24pc + Naturactor hijau @ Concealer ( pilih salah satu ) + Pos HANYA RM80.00 sahaja! Stok sangat terhad so siapa cepat dia dapat. Berminat terus email pada CNP di email cnp_ciknurulpinky@yahoo.com ok dengan tajuk BIG SALE ! Harga asal set brush 24pc ini ialah Rm80.00 tidak termasuk pos.

Jumpa lagi yer.....


Rabu, 16 November 2011

VITAMIN C DAN E RAHSIA CNP ;)

Assalamualaikum pembaca blog inidiarinurul ( wah bajet hot, ada ke orang sudi nak jenguk blog ni )

Hari ni tak der update pasal makeup tau, tapi hari ni nak kongsikan 1 benda yang sangat berharga dengan korang. Ada tak antara anda semua yang langsung tidak mengambil sebarang Vitamin untuk kehidupan seharian anda?

Sebelum ini pun CNP memang langsung tak pernah mengambil sebarang Vitamin, tapi selepas adik CNP membebel setiap hari di telinga ni terus ajak dia g beli Vitamin. Now CNP dah makan 2 jenis Vitamin untuk kehidupan seharian iaitu Vitamin C dan Vitamin E semestinya untuk mendapatkan kulit muka yang gebussss..Serius CNP tak tipu tau. Dah lama pun CNP makan dan sekarang Alhamdulillah tiada sebarang masalah di kulit muka. Muka sentiasa nampak gebu dan kemerah-merahan gituuuu.

InsyaAllah ada masa CNP upload gambar Vitamin yang CNP amalkan tu yer. Ohh lupa pula nak bagitahu, air masak pun kena minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari tau supaya toksin-toksin dalam badan cepat disingkirkan.

Lepas ni cepat-cepatlah ke Farmasi untuk mencari Vitamin-vitamin yang sesuai ok. Kalau ada nak tanya apa-apa, macam biasalah ye just email me. Love you all secara banyak sangat   ^________________^





Inilah wajah CNP yang tebaru, hanya berbekal Facemist, naturactor hijau, krim muka dan loose powder ( kes mood makeup tak der ) Muka nampak gebusss kan dengan mengamalkan pemakanan Vitamin C dan E, sebelum makan Vitamin tu selawatlah 3x supaya bertambah berkat aminnn. 



Inilah facemist Etude house yang CNP canangkan tu..tapi sekarang packing dia dah lain tak sama macam ni dah tau.. Ini benda wajib yang ada dalam beg makeup CNP setiap hari. Sebelum makeup, selepas makeup dan ketika muka rasa penat dan lesu JUST SPRAY SAHAJA. Kesegaran secara tiba-tiba akan muncul percayalah. Sesiapa nak minta CNP tolong belikan just email saya yer.


Jumpa lagi ^___^

Selasa, 15 November 2011

TUTORIAL MAKEUP A TO Z

Assalamualaikum,

Hari ini CNP akan tunaikan tutorial makeup dari A hingga Z yang dah lama CNP janjikan, so korang boleh cuba pada diri anda sendiri yer.  Ada masalah yang kurang difahami boleh terus email pada CNP ok.

TATACARA SEBELUM MAKEUP


1. Sebelum makeup benda WAJIB yang perlu dilakukan ialah bersihkan dulu wajah.

2. Gunakan tisu lembab untuk sapu disekeliling muka untuk mendapatkan kesegaran kulit muka sebelum makeup. Boleh juga menggunakan ketulan ais batu dan sapu di seluruh muka mendapatkan kesegaran muka.

3. Moisturizer benda yang sangat penting perlu dipakai sebelum makeup, ini kerana untuk makeup menjadi tahan lama dan tidak mudah nampak rekahan di muka.




Wajah model diatas adalah berjerawat,kesan parut jelas kelihatan dan berminyak. Untuk mendapatkan hasil yang cantik sila ikuti langkah demi langkah dengan teliti yer.


TUTORIAL :

1. Semburkan facemist untuk segarkan muka.


2. Pakai moisturizer untuk lembabkan kulit. Sekiranya kulit jenis kering perlulah lebihkan moisturizer tersebut dan sekiranya muka berminyak hanya pakai sedikit sahaja.

3. Tutup segala jenis jerawat,eyebag,parut jerawat dengan concealer. Tidak dilupakan juga dibahagian tepi hidung turut perlu diberi perhatian.

4. Pakai foundation diseluruh muka termasuk bibir. Untuk pemakaian harian tidak digalakkan memakai foundation jenis STICK ini kerana dia akan menutupi liang roma kulit muka kita.Kecuali untuk makeup pengantin yang hanya dipakai untuk 1 hari sahaja.

5. Habis satu sapuan foundation tadi, sila sapu second round foundation dengan cara dap..dap sahaja.

6. Lepas tu pakai liquid foundation untuk menampakkan muka kita menjadi glow ( sikit je dengan cara dap..dap.. je - yang ini kena warna cerah sikit dari warna kulit muka )


7. Compact powder – hanya dengan cara dap..dap.. je untuk menampakkan sapuan sekata dan tahan lama. ( color pilih sama kulit )

* Dalam 1 hingga 2 jam baru kulit muka dengan makeup akan bersatu dan seri kecantikkan muka akan naik.

8. loose powder perlu disapu di seluruh muka dengan menggunakan berus. ( sekali lalu sahaja )

Untuk solekkan di bahagian kening, sila rujuk tutorial sorok kening ye.


9. Mula makeup mata dengan meletakkan loose powser di bahagian bawah mata supaya eyeshadow yang jatuh mudah disapu.

10. Sapu eyeshadow base dahulu secara dap..dap.. je menggunakan berus atau span.

11. Drop color di bahagian kelopak mata sahaja

12. Tarik kening keatas dan barulah blend secara membulat dengan menggunakan berus blend supaya menampakkan lagi tone color secara semulajadi.

13. Sapu kajal secara dalam dan luar dengan gunakan berus, sapu secara naik keatas dan gunakan berus untuk blend kajal dan base eyeshadow tadi.

14. Pakai mascara untuk melentikkan bulu mata tersebut.

15. Sebelum pakai bulu mata, potong lebihan hujung bulu mata tersebut, sapu gam dan buat mcm bentuk “ u “ untuk regangan sikit hehe.

16. Pakai mascara secara ZigZag. Untuk bulu mata bahagian bawah pula pilih mascara jenis sikat.

17. Baru bersihkan loosepowder dibawah mata tersebut.

TEKNIK MANCUNGKAN HIDUNG

18. Gunakan warna gelap dari kulit betul-betul di tulang hidung, ( guna berus serong sikit ) Then baru sapu ke tepi hidung kiri dan kanan.

19. Bawah mata just highlightkan untuk dinner or wedding sahaja.

SHADDING PIPI

20. Warna gelap, dap..dap..kan je dari sideburn ke bawah untuk shadding. Sapu blusher di tulang pipi secara naik ke atas. Jangan sesekali sasapu diatas shdding tadi.

TIP : Kalau blusher warna pink, lip pun mestilah warna pink baru naik serinya hehe.

21. Kalau muka jenis bulat, shadding di keliling muka untuk menampakkan kecil sedikit.

22.Lipstik pun perlu blend, kalau bibir kecil lebihkan sikit kebawah. Bentukkan bibir guna lipliner. Last sapu lipgloss untuk menampakkan bibir comel.

23. Habis makeup semburkan balik facemist tadi untuk menampakkan muka glow sikit dan kecilkan pori-pori dan freshkan kulit muka secara tidak langsung.

Nak tengok hasil setelah model tadi dimakeupkan??? sila scrool ke bawah yer hehehehehe  ^ _ ^




Makeup akan sekata dengan kulit wajah kita dalam masa 2 jam. Inilah hasil yang sempat CNP hasilkan. Lepas dah makeup bagai ni terus g lepak Starbucks.



Dibahagian mata, CNP banyak mainkan soket dihujung matanya disebakan matanya jenis bulat dan bundar.
Sekiranya ada yang kurang faham silalah email pada saya ye dan yang ingin order apa-apa jenis barang makeup silalah email saya juga.



Oklah CNP buka pada anda semua untuk tentukan promosi akan datang, Barang makeup apa yang anda semua nak CNP buat sale ? Sila drop komen di bawah entry ini yer, InsyaAllah CNP akan tunaikan.


Jumaat, 11 November 2011

CONTEST " SEBELUM & SELEPAS " BY CNP @ CIK NURUL PINKY


Sticky Post entry, entry lain sila scrool ke bawah yer :)

PERHATIAN !!!

HARAP MAKLUM, SILA EMAILKAN PADA SAYA SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN BARANG MAKEUP ATAU PERTANYAAN LAIN UNTUK MENDAPATKAN BALASAN SEGERA DARI SAYA..SEKIAN TERIMA KASIH.


Morning semua,


Hah now tetiba je teruja nak buat contest sal makeup-makeup ni hehehe..Korang macamlah tak tahu yang CNP ni memang hantu makeupkan :) Korang nak hadiah tak??? So kalau nak hadiah dari saya silalah join contest yang saya adakan ini..InshaAllah hadiah yang saya sediakan tidak mengecewakan anda semua...


Macam biasa sebelum nak masuk sesuatu contest mesti ada syaratnyakan,  so sila patuhi syarat yer dear.


1) Contest kali ini terbuka untuk teman-teman di dunia blog ataupun di dunia facebook.


2) Peserta hendaklah membuat satu entry tentang gaya makeup " Sebelum dan Selepas " diblog serta WAJIB stiky post entry tersebut sehingga tarikh akhir contest. Pserta dari facebook, sila upload gambar dan sertakan sekali link blog CNP di facebook anda, serta namakan folder album tersebut dengan nama  Contest By CNP dan berikan link facebook tersebut di komen entry ini.


3) WAJIB menjadi follower blog inidiarinurul.com dan LIKE di facebook inidiarinurul.


4) Pastekan banner contest blog CNP di sedebar blog anda dan sertakan linknya sekali ye untuk memudahkan orang lain turut sama memeriahkan contest ini.


BLOG TITLE

5) Peserta wajib menyertakan gambar sebelum makeup dan selepas makeup. Hasil makeup tersebut MESTILAH DARI HASIL KERJA ANDA SENDIRI.


6) Jangan lupa untuk memberitahu step by step cara makeup anda yer,  untuk memudahkan orang lain mempelajarinya.


7) Cik Nurul Pinky @ CNP dan beberapa juri akan mengadili contest ini...hehehe saya mencari seorang pemenang sahaja tapi kalau rezeki lebih, pertambahan hadiah akan diberitahu kemudian yer.


8) Contest bermula 17 Oktober 2011  dan akan berakhir 11 November 2011 hehehehe cantik kan tarikh tutupnya ;)


9) Sila dropkan link blog anda di ruangan komen entry ini ye untuk memudahkan penilaian dibuat.


Sedikit renungan buat kita semua :-


" Kecantikkan adalah milik semua, cuma kita yang diberi amanah untuk menjaganya ke jalan Allah "



Contoh gambar " sebelum dan selepas " yang di makeup oleh CNP untuk 1st time selepas menghadiri kelas makeup hehehehe..sorry yer ada banyak kekurangan lagi yang perlu CNP perbetulkan hehehe..


sebelum selepas new


Jangan lupa sertai contest ini yer :)


Rabu, 9 November 2011

PROMOSI NATURACTOR LAST JUMAAT INI ( 11.11.2011 )

Salam semua, semoga anda semua dilindungi rahmat Allah hendaknya aminn.

Oklah disini Cik Nurul Pinky ( CNP ) nak ingatkan pada anda semua yang tarikh akhir harga promosi hampir tamat pada 11 Nov 2011 ini. Last order untuk harga promosi RM25.00 hanya diterima sebelum jam 12.00 malam ye sayang.
Naturactor hijau memang sangat best bagi CNP, sebab dia menutup cela di muka malah menggebukan kulit secara tidak langsung..CNP dah cuba anda bila lagi hehehe. Cepat rebutkan peluang ini untuk dapatkan naturactor pada harga promosi.



Naturactor hijau, buat masa sekarang stok masih ada sebab baru sampai dari Jepun. So apa tunggu lagi email pada saya di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com

Selasa, 1 November 2011

HOLIDAY..HOLIDAY..HOLIDAY..

Selamat Tengahari semua,

Sorry ingatkan semalam nak makeup ala-ala Gyaru tapi disebabkan kepenatan luar biasa muncul terus tak jadi, hanya nampak katil dan bantal je. Sejak 2 menjak ni memang saya sibuk sikit kesana dan kemari hehehe.

Oklah ni nak tayang gambar masa pergi bercuti di Singapore bulan 5 baru ni hahahaha punyalah lama peram. Peram sebab ubahsuai blog ambik masa berbulan-bulan so CNP akan cuba habiskan entry pasal holiday di Singapore dulu barulah kita update semula pasal makeup ok..Asyik makeup je kang jemu lak T ___T




Di Harrods hehehe. Gambar dalam Airport Singapore masa ni. Cuba tengok muka CNP, hanya krim muka sahaja CNP pkai tapi dalam beg tu facemist memang tak akan tinggal. hehehe bila muka rasa letih je terus spray dan kesegaran akan muncul semula hehehe. Nak order facemist etude house bagitahulah nanti bila CNP ada masa insyaAllah akan tolong belikan.



MR HARRODS... yang hensemmmmmm. CNP kalau travel memang nan ado nak pkai handbeg, hanya beg silang yang memudahkan pergerakkan. Mana nak tengok peta, mana nak pegang handbeg hehehehe.



MR HARRODS.... I kiss youuuu..masa ni ada mat saleh tengok terus dia candid gambar saya sambil cakap nice hehehehe. Adoiiiii malu je tapi saya wat rilex je ;) InsyaAllah malam ni upload entry percutian di Singapore ok.

Oh ye kalau nak tengok percutian CNP yang lain just click " travel " di bawah header blog ok. Love youuuu.
 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy