Khamis, 8 November 2012

PERCUTIAN DI BUKIT FRASER 3-4 Nov 2012

Assalamualaikum,

Fuhhh penatnya bila pulang dari bercuti pendek bersama keluarga tersayang. Masa nak pergi bukan main lagi keterujaannya hehehe adatlah bila bercutikan.

Kami kesana selama 2 hari 1 malam dan menginap di Banglo Bank Negara Malaysia iaitu berada berhampiran puncak bukit Fraser. Suhu sangat sejuk malah kami semua dapat bermain dan pegang kabus. Ohhh seronok betul pengalaman tersebut. Bila check di Facebook, rata-rata update Kl hujan tapi di bukit Fraser langsung tak hujan.



Siapa yang ada Instagram CNP mesti dah tengok gambar ni dulu kan hehehe...No makeup masa holiday hehehe. Sebelah tu yang berbaju hitam ialah adik bongsu CNP :)



Kabus tebal dibelakang mama-mama hehehe.
 
 
Kabus di tengahari...


Banglo Bank Negara Malaysia


Cantiknyaaa bunga dijadikan huruf.


Kesejukkan hehehe.


Pakai stokin oooo

 
Cik Des minum kopi panas dan bibik lak muka comel hehehe.


Bbq bermula hehehe.

* Tengah bengang bab setengah gambar tak boleh upload huhu..

Di gambar pada pagi hari kedua.
 
 
Pemandangan di waktu pagi hari ke dua.
 
 
Bersedia untuk jogging
 
 
 Adik-beradik bersedia untuk jogging

 
 Pa, Ma, Cik Des dan Mama jogging sambil berjalan hirup udara segar.

 
Pemandangan dari puncak Fraser.
 
 
Hah ini cerita yang tak boleh aku percaya yang diri aku mampu lakukan adalah jogging dari puncak Frase iaitu tempat banglo Bnm sehingga pintu masuk Bukit Fraser dekat jam tu.. Huhuhu tak boleh aku bayangkan kami berjalan kaki selama 1 jam untuk turun ke bawah. Fuyooooo. Ingatkan bila sampai bawah papa akan ambik untuk naik keatas tapi yang amat mendukacitakan kunci kereta My love terbawa sekali time jogging huhuhu. Menapak pula naik ke puncak Bukit Fraser mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai. Apa lagi sampai-sampai terus cari makanan ooo laparrrrrr. Memang aku sendiri tak percaya yang aku berjalan kaki dari atas hingga ke bawah dan naik semula ke atas. Aku saje gurau ngan family cakap Bukit Fraser boleh tukar ke Bukit " Nurul " sebab dah jelajah hahahaha.. 
 
 
 
 
 
 Bukti sampai ke bawah joggingnya. Wahai anak-anaku,cucu-cicitku percayalah mummy kamu ini pernah jelajah Bukit Fraser di masa muda hahahaha ayat tak nak mengalah.


Adik-adiku semua join kecuali adik lelakiku tiada bab belajar di Rusia.


Me dan Mamaku yang comel lagi sepet matanya hahaha.

Inilah saje kisah percutian singkat kami sekeluarga. seronok bila pergi ramai-ramai hehehe.. Alhamdulillah setiap tahun memang menjadi aktiviti kami sekeluarga.

Minggu depan insyaAllah akan ke Genting Awana plok sebab papa dapat rumah rehat Bank Negara dekat sana hehehe.
 

9 Orang Sayangkan Cik Nurul

Wahhh,bestnya jenjalan...cantik pulak tu tempat dia

Khamis, 08 November, 2012

Wah best CNP g Bukit Fraser hehehe..BNM nyer bangle tu utk staff je ke? Berapa rm semalam ye? View cukup best..part bbq tu best kan..hehee

Khamis, 08 November, 2012

wahhh best la nurul...akak tak penah sampai lagi ke sini....bile laa dpt pergi ni...akak suke kalo cuti2 kat tempat sejuk gini....ketiak tak rimas org kate hahaahahahaah

Khamis, 08 November, 2012

ala nak ikut..:(

Khamis, 08 November, 2012

@Cik Adieb

Memang cantik sangat2 dan nyaman hehehe

Khamis, 29 November, 2012

@intanfirdaus247

Hanya untuk staff BNM sahaja dear...tapi cnp tak tahu berapa harga 1 malam bab papa cnp yang booking..

Khamis, 29 November, 2012

@lieyalatif

Memang ketiak sentiasa kering je kak..nak keluar peluh tu memang sangat-sangat susah..24 jam kena stokin je..

Khamis, 29 November, 2012

@hazanis

ala dah balikkkkk hehehe

Khamis, 29 November, 2012

wak pon X penah pegi Fraser hills jugkakk.. Uhhhu

Isnin, 10 Disember, 2012

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy