Rabu, 31 Oktober 2012

DAPAT HADIAH DARI MY LOVE

Assalamualaikum,

Hehehehe seronoknya bila balik je dari kerja terus My love bagi bungkusan hadiah..buka..buka je terus melompat kegembiraan sebab barang yang dah lama menjadi idaman ku akhirnya ada depan mata hehehehe.

Thanks You sayang...i love you so muchhhhhh..


Gelang tangan emas putih akhirnya berada di genggamanku hehehehe...


Sebenarnya ini adalah hadiah dari My love sebab aku sihat selepas pembedahan sebelum puasa tempoh hari. Love you sayang....

Selasa, 30 Oktober 2012

HONEYMOON DI KOTA PERANCIS

Assalamualaikum,

Cerita nak basi dah baru gedik-gedik nak update hehehe.. Jawapan macam biasa ada aku kisah ?? ;)
Alhamdulillah selepas pulang berhari Raya di Terengganu tempoh hari, terus My Love bawa pergi honeymoon untuk yang dah keberapa puluh kali entah hehehe.

Seronok dan terkejut serta teruja bercampur baur masa mula-mula dapat tahu..Almaklumlah nak pergi tempat sejuk kan hehehe.

Permulaan My love saje-saje tengok dekat Groupon last-last ada diskaun untuk penginapan di Kota Perancis untuk Bilik Suite !!! Bilik Suite Untuk 2 Hari 1 malam RM50.00 selepas diskaun 80% huh siapa yang nak tengok saje dok HEHE.

Oklah anda layan jelah gambar-gambar kami honeymoon di Kota Perancis Pahang yer T_____T


 
Bilik Penginapan kami yang sangat-sangat besar
 
 
 
Laluan untuk ke Bilik air..Kiranya bilik Makeup tidak sekali dengan bilik tidur.
 
 
Bilik Air yang sangat luas...berejam duduk dalam tab mandi tu hehehe
 
 
 
 
Ruang Bilik
 
 
Ruang Makan
 
 
Ruang Tamu
 
 
Ruang Dapur
 
 
Suasana di waktu malam
 
 
Pandangan bilik penginapan
 
 
Makan malam yang sempat di makan ialah Pizza Itali
 
 
Spagetti Seafood
 
 
Fresh Oren
 
 
Ok gambar penulis blog harus di gelapkan hahaha...
 
Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat to My love sebab sudi bawa " baby " dia ni berjalan-jalan, Alhamdulillah ada je kejutan sepanjang tahun 2012.
Moga Allah murahkan rezeki kami aaminnn
 

Selasa, 23 Oktober 2012

EYESHADOW MISS ROSE CLUTCH MERAH

Assalamualaikum,

Hari ni nak update Mega Sale Aidiladha iaitu eyeshadow Miss Rose yang terbaru...Memang baru sangat-sangat sebab baru sampai dalam kontena terus sapu hahaha.
- Yang bestnya eyeshadow Miss Rose kali ni didatangkan dalam bentuk clutch, sekali orang pandang tak akan perasan itu adalah eyeshadow hehehe.
- Eyeshadow jenis krim dan memang tahan lama serta tidak mudah luntur.
- Terdapat 100 Warna-warna yang sungguh cantik
- Adunan color dalam 1 bekas, tidak perlulah peningkan kepala nak campur-campur color eyeshadow hehehe.




Harga Promosi CNP : RM45.00!!!


Berminat sila isi order form dibahagian bawah blog ini yer.

Selasa, 9 Oktober 2012

NAK KULIT MUKA KELIHATAN GEBU??

Selamat pagi semua,

Minggu ini CNP nak buat sale untuk naturactor hijau yang sangat-sangat best dan sentiasa sold out memanjang. Memandangkan ramai yang selalu email CNP tanya bila sale naturactor hijau ini dengan bangganya CNP nak umumkan sale untuk naturactor ini bermula dari


9 Oktober 2012 hingga 12 Oktober 2012 dengan harga
RM35 SAHAJA!!!
selepas dari tarikh ini harga kembali normal yer harap maklum.
 
 
Ada ke yang menunggu untuk entry kali ni? HAHAHA. Salah seorangnya dah dapat teka siapa dia kahkahkah. Oklah kali ini CNP nak review 1 benda penting sebelum memulakan makeup dimuka,  malah secara tak langsung menggebukan kulit muka anda. Korang nak tahu apa dia yang CNP maksudkan? Iainya adalah




Nacturactor code 171 yang berwarna hijau. CNP sendiri telah mencubanya dan yang bestnya ramai budak office tanya pakai apa hehehe. So inilah rahsia CNP kelihatan gebu macam cucuk vitamin C hahaha. Korang jangan risau, Naturactor ini diperbuat dari tumbuh-tumbuhan dan ianya dari Jepun. Korang mesti tahukan macam-mana ketatnya proses pembuatan barang disana, tambahan lagi produk untuk kecantikkan, lagilah bertambah ketat proses penghasilannya.




Korang boleh tengok gambar rajah diatas untuk rujukan. Untuk pengetahuan korang,  Nacturactor ni juga tidak menutup pori-pori kulit muka, malah ianya akan mencantikkan, menggebukan dan menutup cela di kulit muka anda. 1 bekas nacturactor ini tahanlah paling tidak 6 bulan, itupun tengok cara pemakainnya jugaklah sebab setiap individukan lain-lain jenis kulit muka.

Cara penggunaanya ialah :

Guna span untuk menyapu nacturactor ke kulit wajah supaya ia tidak kelihatan seperti bertompok-tompok. Ambik sedikit sahaja tau, ikut kesesuaian muka kitalah. Selawat dulu sebanyak 3x supaya bertambah berkat.




Selain itu jugak, terdapat jugak nacturactor untuk dijadikan base makeup. Tengok kecerahan kulit korang kategori mana, sebab setiap kod berlainan color bila di sapu di muka. Hasilnya memang superrrrr bestttt. Percayalah. InshaAllah petang ni CNP nak g ambik stok makeup, so sesiapa nak order boleh email di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com CNP jual dengan harga istimewa tau, so sesiapa berminat boleh email me ye.

Ini contoh yang CNP dapat tunjukkan pada anda semua. Adik CNP kulit wajahnya sangat teruk, iyelah pergi balik kolej bawah matahari yang panas hehehe. Now CNP tengah ajar dia produk mana yang perlu dia pakai.



Muka adik Nurul jenis berminyak dan banyak cela.


Setelah memakai Nacturactor hijau, mukanya kelihatan gebu dan kesan cela jugak sudah tidak kelihatan lagi bukan? hehehe.Berminat just email me ok..Love you alll.

Berminat sila isi order form dibahagian bawah blog CNP ini yer...
 
Sebarang pertanyaan sila email ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com




Jumaat, 5 Oktober 2012

TUTORIAL MAKEUP MATA GADIS KOREA

Assalamualaikum,

 Kali ini CNP nak bagi tip bagaimana nak nampak mata sepet menjadi bulat dan besar. Sebenarnya CNP pun mempunyai mata yang sepet ibaratnya kalau kuar tak pakai eyeliner memang kelopak mata macam tak der tau. Nak buat macam-mana dah keturunan sebelah mama sepet macam cina hahaha.

Memandangkan My love CNP tak izinkan buat tutorial video, so CNP gigih berusaha mencari tutorial video yang mudah difahami dan diikuti oleh anda semua. InsyaAllah lepas ni CNP akan buat tutorial bergambar yer khas untuk anda semua.

Bagi yang dah lama mintak tutorial ni CNP mintak maaf ye sebab agak terlalu lama masa diambil untuk diupload tutorial yang diminta.






Salah satu benda makeup yang amat penting bagi CNP bermata sepet ini ialah 2 barang ini, iaitu eyeliner gel dan eyeliner liquid + eyeliner pensel. Serius sangat-sangat best dan ramai orang Korea pakai untuk makeup style Gyaru youuu hehehe.




Inilah Gel eyeliner yang CNP pakai sewaktu keluar rumah setiap masa. Tidak kiralah untuk ke office atau beriadah. Harga RM15.00 Sahaja



Yang ini pula 2 in 1, iaitu mempunyai eyeliner jenis marker pen dan pensel..Yang ini juga CNP akan pakai setiap masa. Sangat cantik tau mata kita macam ala-ala gadis Korea gitu hehehe. Harga RM15.00 Sahaja


Berminat boleh isi order form dibahagian bawah blog CNP ini ye. Sekiranya ada persoalan sila emailkan ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com
 
 
Harga Promosi hanya dari 1 Oktober hingga
 5 Oktober 2012 sahaja !


Jangan balas email Invoice yer kecuali bukti pembayaran sebab sistem akan block selain 2 perkara yang dinyatakan tersebut.
Harap Maklum!


Rabu, 3 Oktober 2012

MERAH MAK NGAH DI PAGI SELASA

Assalamualaikum,

Minggu ni blog memang tak sunyi sebab mood memblogging wujud secara tetiba dan harus mengambil peluang ini sepantas kilat hehehe. Pagi tadi ada checkup dengan doktor so agak lewat ke office. Tema hari ini ialah MERAH hahaha..hari ini juga CNP pergi jumpa doktor dengan bibir berwarna merah cili youuu. Nasib doktor tu tak terperanjat :)

Ohh ye nak bagi tahu minggu depan or esok CNP akan bagi tip untuk segarkan kulit wajah dan kelopak mata sewaktu kita tengah tidur. InsyaAllah ye. CNP dah amalkan selama sebulan dan perubahan memang agak ketara.





InsyaAllah esok juga CNP akan bagi tip-tip penjagaan kulit wajah yer. apa yang di catitkan adalah 100% amalan yang telah lama CNP amalkan. Ada ke orang yang sudi nak tahu ni? hehehe.

Love youuu...Siapa nak request tutorial sila email ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com yer dan insyaAllah CNP akan cuba tunaikan memandangkan kesihatan dah beransur pulih seperti sediakala. Mana-mana yang dah request tapi belum CNP tunaikan boleh email lagi sekali ye, mungkin CNP terlepas pandang time tak sihat tempoh hari.

Oklah bye keyboard dah tercabut hahahahahahahahahaha.

Selasa, 2 Oktober 2012

MATA SEPET KELIHATAN BESAR

Assalamualaikum,

Wah tetiba mood blogging muncul hehehe apa lagi terus on laptop dan karang ayat :) Minggu ini agak penat sikit sebab banyak order dari customer saya. InsyaAllah CNP akan buat yang terbaik untuk anda semua.

Baru-baru ini CNP menerima satu email dari customer bertanyakan tentang tutorial untuk mata sepet, memandangkan mata CNP pun dalam lingkungan sepet juga mudahlah untuk buat tutorialnya hehe. InsyaAllah dalam masa terdekat CNP akan buat tutorial bergambar ye..

Barang-barang makeup yang penting untuk bermata sepet ni adalah eyeliner, eyeshadow warna gelap, mascara dan celak. 4 benda ni adalah pelengkap untuk menjadikan mata anda kelihatan besar. Korang juga boleh rujuk tutorial video ini tau


Inilah makeup simple CNP setiap hari untuk ke office..Masa ni blusher dan lipstik lupa nak touchup sebab dah lambat nak ke office hahahahaha...kantoiiii.




Sesiapa yang follow Instagram Cik Nurul Pinky mesti dapat lihat update terbaru dari saya hehehe..Esok CNP ingat nak try makeup dengan lipstik merah ngeh..ngeh..ngeh..



Oklah bye bab nak tengok cerita Adama dan Hawa :)

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy