Isnin, 14 Januari 2013

BANDUNG - BYE BYE BANDUNG HELLO MALAYSIA


Assalamualaikum,

Ada ke yang dah muntah pink minggu ni baca blog CNP pasal Holiday ke Bandung?  ^_____^



Jam 8.00 pagi dah keluar dari guesthouse untuk ke Kartika Sari. Sebelum tu aku dan My love singgah ke Mart iaitu macam 7eleven di Malaysia untuk beli air sementara menunggu kakak mama mertaku sampai untuk bawa kitaorang ke Kartika Sari.


Kartika Sari Jalan Haji Akhbar yang kami pergi ni memang berdekatan jugak dengan guesthouse tempat kami menginap.Dari guesthouse ke Kartika sari naik angkut hanya 1000 rp bersamaan RM0.32 sahaja untuk seorang, tapi kena berjalan kaki ke depan sikit dari guesthouse ke kanan dan terus kedepan sehingga jumpa jalan besar simpang, lintas jalan tu dan naik angkut dari situ. Lepas aje nampak Hotel Hilton ke depan sikit baru turun dan lintas ke seberang dan terus jalan ke depan sehingga nampak lebel KARTIKA SARI. Kalau kurang faham apa yang aku tulis ni boleh je cakap dekat supir tu nak ke sini.Balik pun sama dan tambangnya juga sama.



Kami beli 10 jenis Brownise dan sebab nak bawa naik flight kami mintak staff disitu untuk packing dalam kotak untuk mudah di bawa. Ambik koo 1 kotak yang sederhana besar jugaklah untuk kami berdua itu belum masuk family aku punya wakakaa.
Balik Malaysia dalam seminggu dah licin hahahaha. Sesiapa ke Bandung tak cuba Brownise Kartika Sari memang rugi lah.

Tahu sumerdang, sangat-sangat sedap. Macam tahu di Malaysia cuma tahu ni dia agak lemak dan rasa masin-masin sikit.Dimakan bersama sepotong cili pada tapi cili padi tu aku buang hahaha. Inilah makanan wajib aku cari bila ke Bandung.


Jam 12.00 pm Check Out dan Van sampai.
Inilah separuh dari barang-barang yang sempat aku snap sebelum masuk ke van untuk di hantar ke Bandara @ Airport.Separuh naik dulu bersama-sama dengan barang ini dan separuh lagi akan di hantar kemudian.



Jam 1.30pm Check in dan drop beg. Kesemua berat barang-barang dan beg adalah 120kg, sampai staff Airasia tanya ini barang apa HAHAHA


Sebelum masuk ke ruangan menunggu, pastikan dah bayar airport tax tau. Di bandung hanya 75 ribu rp bersamaan Rm23.52 , pastikan sticker airport tax telah di lekat di atas boarding pass masing-masing yer. Sebelum tinggalkan kaunter hanrus check yer. Kang tak pasal-pasal kena tahan di kaunter imigrasinya macam sepupuku ^_____^


Makan di perkarangan Airport untuk kali terakhir, aku makan bakso dan ais jeruk dekat sini. Harga sendiri mahu ingatlah yer. Biasanya harga yang papa bayar tu siap leh dengan makan nasi 1 family tapi kat sini minum air dan aku je yang makan kena harga cekik darah hehehe.


Di ruangan menunggu, flight delay ke Malaysia selama 1 jam, sempat juga aku paw My love untuk kali terakhir set Aromaterapi made in Bandung. Comel je set ni. Bolehlah pasang di Bilik baru siap nanti hehehe. Adik bongsuku memang dengan gitar tak boleh dipisahkan. Kali ni dia beli Ukulele pulok dengan harga 75 ribu rp bersamaan Rm23.52


Set Aromaterapi


Ukulele


Yeayy flight dah sampai, sedih pulak aku nak tinggalkan Bandung. InsyaAllah aku dan My love akan kerap berulang alik ke sini lepas ni atas urusan bisnes yang kami jalankan disini. Moga Allah murahkan rezeki dan memberi ruang kepada kami yang baru mula nak bertapak disini.


Inilah family aku cuma tiada dalam gambar adik lelaki aku yang berada di Rusia dan aku mestilah yang ambik gambar  ^_________^

Tq jugak kepada pihak Airasia kerana upgradekan tempat duduk kesemua keluargaku ke bahagian hadapan sekali walaupun kami tidak membeli Hot Seat. Tq so much !! Lain kali beri lagi tau hehehe,



Penerbangan selama 2 jam aku layan movie sambil makan magie Bandung dan coke..Papa dan afifa pun sama-sama join makan magie hahahaha. Nasib adik bongsuku tidur kalau tak macam-macam dia nak.


Inilah barisan keluargaku yang sedang menunggu barang dan beg sampai.

Kami bahagi-bahagikan Troli dan setiap sorang akan bawa barang. Dari jauh Pihak Kastam dah nampak kami dan suruh kami ke tepi. Bila dia minta resit pembelian semua barang, kami tunjuk dan tunjukkan sekali kad kahwin. Alhamdulillah lepas. Terima kasih ye pihak Kastam. Diluar Airport, kawan papa telah menunggu untuk mengambil kami untuk pulang. Yang lain semua naik van bersama barang-barang kecuali aku, adik iparku Dila, Afifa dan Kak kema naik ERL.


Inlah familyku dan family mertua. Alhamdulillah holiday penutup tahun 2012. Tahun 2013 holiday pada bulan 6 nanti.. Nak tahu kemana tungguuuuu ^___________^
Alhamdulillah akhirnya tamat sudah entry Holiday ke Bandung kali ini.
Sesiapa nak tanya pasal Bandung iaitu Hotel, supir dan Pakej Holiday ke sana boleh email ke
cnp_ciknurulpinky@yahoo.com
dengan tajuk " BANDUNG "

p/s : masih mencari mood untuk update cerita Holiday ke Singapore ^______^

6 Orang Sayangkan Cik Nurul

Tanpa Nama

best story ni. ade ke airasia direct ke bandung? kl ke jakarta ade lh kn

Selasa, 16 April, 2013
Tanpa Nama

ni yg 120kg tk kene denda ker?

Selasa, 16 April, 2013

@Tanpa Nama

Dear dah lama ada flight airasia ke Bandung hehehe.

Khamis, 18 April, 2013

@Tanpa Nama

Tak kena denda sebab kami tunjuk bukti kad kahwin.

Khamis, 18 April, 2013

Good news untuk peminat Brownies KARTIKA SARI & AMANDA

Pre order dibuka sekarang.

Pick-up point area: Putrajaya, Nilai, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 17th nov 14

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

WhatsApp/sms dazlina +60192633431

Jumaat, 07 November, 2014

kenapa kalau tunjuk kad kahwin tak kena denda? saya cadang nak borong karti,a sari tu tp risau pula tak lepas kastam. nak borng byk kalau boleh dlm 20-30 kg juga la.kalau letak dlm luggage kena buka ya?

Rabu, 21 Januari, 2015

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy