Selasa, 8 Januari 2013

BANDUNG - HARI KE 2

Assalamualaikum,

Hari kedua ni kami semua bangun awal terutamanya mama i lah kan yang dah tak sabar-sabar nak mulakan shoppingnya. Bila tengok jam alahai kedai pun belum buka mama oiii, lupa ke yang kita lambat sejam dari Malaysia. HAHA

 
 
Sarapan pagi terus di hantar ke bilik penginapan masing-masing dan menunya setiap hari ialah nasi goreng atau mee goreng, keropok,buah dan air kopi atau nama di Indonesia Tora Bika yang sangat-sangat sedap ooo. Hari ini juga bilik aku diupgrade ke yang lebih besar dari yang sebelum ni alhamdulillah. Sebenarnya memang kami book bilik yang besar tapi ada kesilapan sikit so tu yang kami kena menginap di bilik sebelum ni dulu.Lagipun aku tak kisah pun just nak tidur je, almaklumlah keluar pagi dan akan muncul kembali setelah petang menjelma.

 
Bukan main ceria lagi muka tu yer. 
 
 
Jutawan yang mahu shopping sebentar lagi hehehe


 Kak Kema yang rilex sepanjang masa hehe.
 

Bukan main lagi mak-mak darasss. Hala nak pergi bukan main lagi cergas yer.


9.00 pagi kami mula mengatur langkah menuju ke Pasar baru setelah mama dan kakaknya sampai ke tempat penginapan kami. Mama mertuaku tinggal dirumah kakaknya. Dari Guesthouse ke Pasar baru kami berjalan kaki je dan mengambil masa dalam 10 minit je. Kalau penat sekali pun depan Guesthouse boleh sewa beca dalam 15ribu rp je duit kita dalam RM4.50 . Sepanjang hari disini air masak menjadi peneman setiaku. Semasa nak keluar tadi kami terserempak dengan orang Surabaya yang juga bercuti di Bandung. Sangat baik dan ramah malah siap mengalukan aku ke Surabaya dan dia janji sekiranya aku ke sana dia nak bawakan kami semua jalan-jalan. Seronoknya aku dengar kalau ada yang dah ajak macam ni hahaha.


 
 
 
 Ok fine, muka nampak tembun, kesilapan membawa inner tudung huhu
 
 
 Barang harian dijual di kaki lima. Tapi harganya memang sangat-sangat murah.
 
 
Laluan potong ke pasar baru. Alahai teruja bila nampak pasar baru kooo hehehe
 

Sampai je ke Pasar baru kami terus ke Lantai 2 memandangkan ikut jadual perjalanan yang aku telah siapkan. Iyelah haruslah mencari barang yang telah di listkan terdahulu. Di lantai 2 adalah deretan kedai kain yang sangat-sangat cantik. Macam aku jenis pilih kedai mana yang tak ramai orang, baru survey kain-kainnya. Kalau terpikat baru aku tawar harga sehingga aku dapat harga yang memuaskan hati. Iyelah kalau g kedai yang ramai orang ko nak tawar pun dia main tarik tali baik tak yah buang masa je. Last aku memilih kedai Glamour untuk membeli kain lining dan lace untuk 12 orang. Memang sangat-sangat berbaloi ok beli kain disini, dahlah dapat lace yang kalau di Jakel dalam harga rm200++ semeter. Sebelum ke sini aku dah survey harga dulu di kedai kain Jalan Tar.

 
 Mencari lace dan lining untuk kami adik-beradik dan dayang-dayangnya
 
 
 Plihlah mama selagi boleh.
 
 
 Sampai tertidur si bongsuku ini hehehe.
 
 
Kedai yang menjadi pilihanku
 
 
 
Kebanyakkan kedai kain menyediakan air dan makanan ringan untuk para tetamu yang datang membeli di kedai mereka.
 
 
 
Setelah setle beli kain, kami terus ke LANTAI JASA atau lantai paling bawah sekali untuk membeli cenderamata kenduri kahwin nanti. Disini adalah tempat pemborong untuk barang-barang cenderamata. Kat sini jugaklah aku beli gift untuk kawan-kawan office,blog dan sanak saudara. Harga jauh lebih murah dari dijual depan pasar baru. Lepas ni kalau datang sini aku dah tahulah mana nak beli gift-gift ni hehehe. Fuhhh akhirnya lega kain dan gift untuk kenduri kahwin nanti dah selesaikan pada hari pertama. So lepas ni bolehlah berpecah untuk beli barang masing-masing hehehe.

 
 Rambang mata untuk pilih cenderamata yang bersesuaian dengan tema nanti.
 
 
 Apa yang korang nak ada disini dari A hingga Z
 
 
 Close up sikit hehe
 
 
Bukan main lagi mama tersenyum gembira bila barang yang diidamkan telah dapat hehehe.
 
 
Dalam kesibukan mencari barang cenderamata untuk kenduri, En Suami dan papa telah menyempatkan diri menempah kemeja dan seluar, manakala En suami menempah blazer untuk di pakai bulan 6 nanti InsyaAllah.
 
 
Masih runding harga lagi sebelum kainnya dipotong. Servicenya sangat cepat. Hari ini tempah esok malam staff diaorang dah hantar ke hotel.
 
 
Pilih-pilih ye ibu-ibu dan bapak-bapak
 
 
Hasil shopping belah petangnya pula
 

Dari pasar baru kami sewa angkut untuk bawa barang kami yang berkotak-kotak ke Guesthouse selepas itu kami keluar semula mencari makan tengahari. Ingat yer, Sebelum sewa angkut tu sila deal harga dulu ye kang dia hentam harga lipat kali ganda plok.
 
 
 
Suasana dalam angkut yang sangat-sangat best. 1 angkut ni hanya family kitaorang je yang ada.
 
 
Mamaku sayang
 
 
Papaku sayang.. Dekat Bandung, aku langsung tak mekeup just pakai foundation aje.
 


Jangan pelik bila ada anak muda masuk angkut bawa gitar sambil menyanyi. Berapa rupiah korang nak bagi pun mereka terima.


 
 
Tengahari kami makan di Restoran masakan Padang di Alun-alun. Kalau jalan kaki dari pasar baru dalam 20 minit jugaklah tapi kalau naik angkut tak sampai 10 minit dah sampai. 11 orang penumpang hanya 15ribu rp iaitu bersamaa RM4.50 je. Kena pandai-pandailah tanya orang sebelah yang naik angkut juga untuk bertanyakan harganya dari tempat situ ke sini. Sebab ada member kena ketuk dari pasar baru ke Jalan Dago 50ribu rp SEORANG ok bukan 1 angkut giler mahal kan. Time makan tu hujan turun dengan lebat sekali almaklumlah bulan Disember memang musim hujan di seluruh Negara Indonesia dan juga musim cuti sekolah Indonesia so agak padat dan harga tidaklah murah sangat.
 
 
 
 Air kosong dan air basuhan tangan wajib dapat setiap pelanggan. Lauk-lauk masakan Padang memang sedap ooo
 
 
Siapa yang datang Bandung WAJIB cuba Teh botol dan Ais jeruk. 


Selepas selesai makan kami ronda-ronda mencari barang lagi dan misi berjaya hahaha. Jam 6.00 petang baru sampai Guesthouse, masa ni badan pun dah terasa sangat-sangat penat almaklumkan dah shopping suku hahaha. Barang memang banyak so kami sewa angkut sekali lagi dengan harga 50ribu rp untuk 11 orang dan beberapa buah kotak lagi.








Selesai mandi dan solat dalam Jam 8.00 malam bermulalah operasi mencari makan hahaha. Nasib disekitar Guesthouse ada gerai makan dan air. Malam ni aku makan nasi uduk yang seakan-akan nasi lemak dan es jeruk. Fuhhh kat sana memang setiap hari aku minum jus jeruk, sedappp. Bersebelahan gerai air jeruk tadi ada mamat jual murtabak mesir dan manis. Aku cuba kedua-duanya sekali iaitu murtabak mesir ambik special punya dalam 24ribu rp dalam RM7.50 dan murtabak manis 18ribu rp bersamaan Rm5.60 je. Murtabak manis aku ambik intinya kacang + keju + coklat fuhhh sedapppppp ko ! Alahai terliurlah plok sekarang ni ^_________^

Lepas kekenyangan apa lagi gosip-gosip jap dan terus ZZzzzzZZZZ

Bersambung Hari ke 3 di Kota Bandung esok yer.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

17 Orang Sayangkan Cik Nurul

best kalau dpt shoping barang kawin kt sana kan..

Selasa, 08 Januari, 2013

bunda datang...salam kenal..

Rabu, 09 Januari, 2013
Tanpa Nama

Kak..sy nk melawat bandung dlm bulan 10 nt..sy nk tahu harga tempah blazer kt sane..mahal x?

Khamis, 19 September, 2013

@Tanpa Nama

Salam dear,

wow bestnya ke Bandung bulan Oktober hehehe. blazer kat sana harga mengikut jenis material kain yang kita pilih. tapi harga tak derlah semahal di Malaysia.

Rabu, 25 September, 2013

@Cik Nurul Pinky

salam sis , nak tnyee tempah blazzer tu kat level berapa and ape nama kedai die ye? nak pergi bandung bulan january ni..harap sngt dpt membantu

nabilah_0692@yahoo.com

Khamis, 28 November, 2013

@Nur Nabilah Nordin

dah email dear..

Isnin, 02 Disember, 2013

Salam, kak, nak tanya apa pilihan barang cenderahati perkahwinan dan harganya, mahal tak.???? Klu nk tempah baju kat mana yek... Bulan mac ni nk g bandung... Tq

fizahood@gmail.com

Jumaat, 14 Februari, 2014

salam sis..bleh bg tau nama kedai utk tempah blazer & level brape?
dlm pasar baru bleh suggestkn kedai2 kain & telekung yg murah?
cenderahati mcm baju bandung atau fm nk beli kt mane yg murah?
thanks sis...

Sabtu, 15 Februari, 2014

As'salam kak..boleh email dkt saya x..kedai2 utk beli kain lace yg mura2..barangan pengantin dan kedai blazer tu..supaya senang saye untuk mencari nnti..saye 1st time nk ke sane..insyaallah next week saya akan ke sane..mohon share kak..email address: ninierashid.nr77@gmail.com...

Rabu, 26 Mac, 2014

As'salam kak..mohon share kak kedai2 utk beli kain lace yg mura..kedai brangan kawin/hantaran dan kedai blazer tu..memudahkan saye utk kesana nnti..saye 1st time akak kesana..mohon share bg tips kak..boleh email kan ke ninierashid.nr77@gmail.com or watsapp ke 0143382360..tq

Rabu, 26 Mac, 2014

Salam kak.. sy nk tny pasal tabita harap akk boleh kongsi sama ..email sy anamalianah@yahoo.com

Selasa, 01 Julai, 2014

Kak..tlg email sy anamalianah@yahoo.com

Selasa, 01 Julai, 2014

@Ana Malianah

Fizzahood, asmah, ninie Rashid dan ana malianah

semua pertanya boleh whatsapp atau email saya yer.

Selasa, 05 Ogos, 2014
Tanpa Nama

Salam, kak, nak tanya apa pilihan barang cenderahati perkahwinan dan harganya, mahal tak.???? Klu nk cari kain untuk nikah kat mana yek... lantai berapa?13 sept ni nk g bandung... Tq
email saya " Su_erma87@yahoo.com.my

Rabu, 03 September, 2014

@Tanpa Nama

lantai paling bawah sekali

Selasa, 23 September, 2014

As'salam kak..mohon share kak kedai2 utk beli kain lace yg mura..kedai brangan kawin/hantaran dan kedai blazer tu..memudahkan saye utk kesana nnti..saye 1st time nk kesana buln 3 thun dpn..mohon share bg tips kak..boleh email kan ke nurulkhairiah90@gmail.com or watsapp ke 0149870446..tq

Jumaat, 25 September, 2015

As'salam sis..mohon share kak kedai2 utk beli kain lace murah & jahit sekali & kedai blazer tu..saye 1st time nk kesana buln 4 ni...mohon share... if sis boleh email kan ke syelamiharbi@gmail.com or watsapp ke 0192923680..tqs sis

Jumaat, 11 Mac, 2016

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy