Rabu, 9 Januari 2013

BANDUNG - HARI KE 3

Assalamualaikum,

Hari ke 3 ni lagi cepat kami suami isteri bangun iyelah ada misi sebenarnya. Setelah selesai urusan di pagi hari dalam jam 7.30 pagi waktu indonesia kami berjalan kaki sekangkang kera menuju SALOON. Misi di pagi hari ialah cuci rambut, potong rambut dan creambath. Ya ampun bestnya creambath di Indonesia ni. Terus terasa kulit kepala ku segar bugar dan boleh pulak aku terlelap masa di wat creambath. Datang Indonesia wajib buat creambath ye. Kat Malaysia memang ada tapi harganya faham-faham sendirilah ye. Aku, My love dan adik aku yang bongsu hanya 445 ribu rp bersamaan Rm138.00 je Ya Allah murahnya kan. Kalaulah dekat Malaysia dapat murah seperti ni memang setiap minggu ku hulur kepala hehehe Harga ni termasuk Bodyspa untuk ku. Itu cerita hari esoknya pula ye bab temunjanji esok pagi hehehe just bayar dulu untuk book tempat.




Kami adalah customer pertama yang datang hehe.


My love teruja sangat-sangat sampai dia cakap turn dia dulu hehehe..I ok je janji you bayar ^____^


Siap tertidur time cuci, dekat Indonesia 2x cuci rambut iaitu sebelum dan selepas potong rambut


Sebelum aktiviti saloon berjalan, baik aku posing-posing hehehe.


Inilah gaya aku di hari ke 3. Color block ok


Inilah banner Saloon, tempat kami service rambut ^___^


Inilah bangunan Saloon kami tu. Ada 3 tingkat iaitu Saloon rambut, bodySpa dan pakaian pengantin.


Dalam jam 11 pagi barulah kami gerak ke Pasar baru. Misi hari ini nak cari telekung kain cotton 100% , kain sulam untuk jubah dan kain baju kurung. Alhamdulillah semuanya tercapai. Ingat ye ada sesetengah perniaga ambik kesempatan bila kita minta telekung cotton 100%. Nasib baik kakak mama mertuaku ada so dialah yang pandai bezakan. Semi cotton dengan cotton sepenuhnya memang seakan. Dalam jam 1.45 tengahari barulah kami keluar dari Pasar baru. Masa ni lah baru perasan lapar HAHAHAHA.




Mama dan-dan suruh aku ambik gambar dia berlatar belakangkan pintu bilik penginapan mama.


Inilah kedai telekung yang menjadi pilihan aku.


Tak silap aku kedai telekung ni di Lantai 1.. kesian kakak ni, kaw-kaw aku mintak harga yang aku nak almaklumlah cuti sekolah Indonesia so ramai orang. Eksyen betul.


Jam 2.00 pm kami makan nasi Padang lagi, betul-betul berhadapan Pasar baru tapi rumah makannya agak terlindung sikit. Sedap kooo dahlah murah memang berbaloi-baloi ok. Adik-beradik aku kalau datang Indonesia kalau tak makan tunjang memang tak sah. Sampai boleh gaduh-gaduh tau disebabkan tunjang ^_____^ Kami makan 5 orang 1 meja hanya 85 ribu rupiah maknanya tak sampai Rm30.00 termasuk air lak tu. Air pulak bukan yang biasa-biasa Jus aispukat, Jus jeruk, teh O ais dia memang terbaiklah.


Dalam jam 2.30 pm kami terus menuju ke Jalan Dago dengan menyewa angkut sahaja. 1 angkut untuk keluarga kami seramai 11 orang sahaja, kosnya hanya 45 ribu rp bersamaan RM13.00. Dekat Jalan Dago ni Facrory Outlet dia memang bersepah-sepah. Walaupun bersepah-sepah tapi kena pandai pilihlah ye. Aku memang suka shopping dekat sini disebabkan banyak terdapat baju dan seluar berjenama antarabangsa dengan harga yang sangat-sangat murah. Macam hari ini aku shopping 2 helai seluar jeans jenama Zara dan Guess dan My love shopping 3 helai baju tak sampai 500,000rp  kiranya dalam Rm160.00 je. Ya Allah memang aku sakan giler tambah-tambah My love pun tengok cun berkenan terus masuk shopping beg hahaha.


Donatello adalah factory outlet berkenaan dengan kasut sahaja. Hanya ada sikit-sikit je handbag. Setiap kali ke sini Donatello ni adalah tempat wajib kunjung bagi diri aku. Dekat sini saje aku borong 4 pasang kasut. Aku jadi sakan yang amat masa dalam ni. Mana aku nampak kasut cantik dan comel terus aku rembat walaupun My love cakap jangan beli lebih dari 2 pasang nan ado aku dengar hahaha. My love hanya beli sepasang sandal je dekat sini dan papa beli sepasang kasut kulit.




4 pasang kasut untuk aku sorang, My love sepasang sandal je


Muka puas hati dapat shopping kasut. Handbag dan kasut memang hobi aku mengumpul dan pakai match color baju.


Alang-alang dah ke Bandung, aku terus jumpa Wakil Tabita disana. Ini baru suku yang lain ada dalam bilik hotel,  banyak kot dalam kotak besar khas untuk customerku sayang. Siapa berminat boleh email pada CNP ok. Set Exclusive dengan harga yang sangat-sangat berbaloi. 

Dah puas shopping semua, dalam jam 6 ptg, kami naik angkut yang hantar kami tadi semula terus menuju ke Guesthouse. Dago ke Pasar baru dalam setengah jam jugaklah. Tapi tak terasa sangat sebab kita akan leka dengan aksi-aksi di sekitar jalan menuju ke sana.

Setelah sampai ke guesthouse berehat,mandi dan letak semua barang, kami terus ke Jalan Rajawali untuk makan sebab katanya nasi gorengnya enak bangat. Nasi goreng + telur dadar hanya 10 ribu sahaja bersamaan RM3.20. Sebelum sampai ke sini kami sempat singgah di Jalan Sudirman untuk makan sate Padang. Tapi aku rasa makan sate padang depan Pasar baru lagi sedap dan best hehehe.Biasalah nak cuba tempat lain pulok kan.


Sate Padang sedapnyaaaa tetiba terliur masa siapkan entry ni.


Makan di gerai aje. Rilex dan santai. Sebelum nak makan tu ushalah dulu tempat makan tu bersih ke kotor. Nasib kakak mama yang bawa ke sini, sah-sahlah dia tahu mana tempat bersih dan sedap. Tapi  bagi aku sedap lagi depan Pasar baru :)


Inilah gerai sate tepi jalan  yang kami makan tu. Alamak aku lupalah harga sate ni berapa tapi murahlah jugak.

Dalam perjalanan ke Guesthouse dari tempat makan tadi, aku sempat singgah gerau jus iaitu betul-betul berdekatan guesthouse kami menginap, sampai empunya gerai tu dah kenal muka aku ni hah hahaha. Jus jeruk dan Espukat hanya 9 ribu rp je dalam Rm2.90.

Masuk je bilik tidur terus beristifar tengok hasil shoppingan. Nampak gaya kena tambah berat bag lah jawabnya.  Rupanya sepupu aku bagitahu belakang guesthouse kami tinggal ni ada tempat borong kerepek-kerepek yang dijual di pasar baru dengan harga lebih murah. Siap boleh request nak yang baru masak lagi tau. Bukan takat tu je kat sini juga adalah kawasan borong untuk kraftangan yang unik dan sangat-sangat cantik. Harga pun lebih murah tau.


Oklah nak ZzzzzzZZZ dulu ye..

Bersambung esok untuk hari ke 4 di Kota Bandung.

3 Orang Sayangkan Cik Nurul

hi u...kalau nak tau nama kedai mkn depaan pasar baru tu boleh? ade landmark x? dari main entrance pasar baru tu mana arahnya ye klu jln kaki? tq u ^_^

Rabu, 09 Januari, 2013

erkk.. kak.. mcm mana bole jumpa agen tabita kat sana?? murah tak kalau kat sana?? ley wassap saya?? 017 777 4101

Khamis, 02 Oktober, 2014

di Bandung, kt mana ye nk beli set Tabita tu?

Selasa, 06 September, 2016

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy