Jumaat, 11 Januari 2013

BANDUNG - HARI KE 5

Assalamualaikum,

Buat kepada pembaca blog saya yang drop komen nanti saya akan buat 1 entry khas untuk menjawab sebarang pertanyaan dari anda semua. Boleh drop komen di bawah blog ini atau email kepada saya yer.

Oklah bersambung kembali Cerita di Bandung :-

Jam 9.00 pagi My love dah keluar menuju tempat beli Gardus atau kotak sebab kotak-kotak yang dibeli semalam tidak cukup ok tidak cukup heheheh. Matilah masa lalu Kastam nanti T______T hanya naik beca ke tempat membeli kotak dan hantar pulang kembali pak cik tu hanya ambik 1000rp aje bersamaan RM0.32 aje. Ya Allah memang aku tak akan bagi sebanyak tu walaupun dia minta sebegitu. So My love kasi lebih buat belanja.



Gerai makanan halal yang terdapat luar guesthouse.


Inilah guesthouse tempat kami menginap selama berada di Bandung


Beca untuk disewa


Bersiap sedia My love nak g beli kotak


Jam 9.30 pagi, terus menuju ke Pasar baru. Hari ni saje gatal naik beca pulok. Tapi best naik beca sebab kita akan tahu banyak jalan-jalan potong untuk lagi cepat sampai ke tempat yang dituju. Kos dari guesthouse ke Pasar baru hanya 10 ribu rp bersamaan RM3.20 . Hari ini nak setlekan beli  perfume & kacuk-kacuk untuk diri sendiri, kawan-kawan dan bos i HEHEHE. Perfume dekat sini memang sangat-sangat best dan wangiannya memang tahan lama dan menyerupai original. Kedainya dari dulu sehingga sekarang tak berubah-ubah. Dari pintu masuk Pasar baru, bersebelahan escalator naik ke atas ada lorong sebelah kiri, so ikut jalan tu terus ke depan sehingga jumpa Stor Perfume, terletak disebelah kanan bila kita jalan terus tadi. Nak tahu betul ke tak stor perfume ni betul-betul bawah tangga atau escalator.



Tempat beli kacuk-kacuk di pasar baru. Kedai dia sebelah kanan sekali berhampiran tangga. Jangan risau banyak kedai yang jual kacuk-kacuk ni hehehe


Inilah deretan perfume-perfume yang terdapat di tempat ini. Setiap tahun ke Bandung pasti ke kedai akak ni. 


Jam 12.00 pm barulah kami pulang ke guesthouse kembali sebab nak menuju ke rumah kakak mama mertuaku pula, iyelah dia jemput datang makan tengahari tak akanlah nak tolak kan. Macam-macam adik-adikku request nak lauk itu ini, pulak tu mak cik pandai masak harus tak dilepaskan HAHAHAHA. Dari guesthouse ke Jalan Rajawali mengambil masa 20 minit dengan menaiki beca. Kami menyewa 5 beca dengan kos 20 ribu rp sebeca. Naik beca lagi cepat sampai sebab dia ikut jalan potong sana sini. Secara tak langsung aku sempat jugaklah melihat kehidupan orang-orang Bandung.



Adik-adikku dan mama  dan sepupuku berada dalam beca ni.


Gerai jual minyak petrol di tepi jalan.


Mama dan kak kema


Afifa paling takut naik beca tambah-tambah kalau sorang-sorang lagilah hahahaha


Roadtax kereta di Bandung


Kami lawan arus hahahaha, masa ni agak jem sikit sebab Indonesia tengah cuti sekolah atau libur.


Inilah ANGKUT sejenis kenderaan macam bas kat Malaysia. Dia ada pelbagai warna dan setiap warna ada tempat tertentu yang di tuju.


Parabola di Indonesia. macam kita Astrolah.


Bukan main lagi yer siap kis-kiss youuu


Sepupu My love yang menetap di Bandung. Rindu dekat Kak leni


Teh botol yang wajib setiap orang mencubanya. Dia ada pelbagai perisa dan ini adalah perisa Original


12.30 pm Sampai-sampai aje lauk semua dah terhidang so apa lagi yang ditunggu MAKANNNNN. dahlah perut tengah lapar hehehe. Macam-macam lauk mak we ( panggilan mak cik di Bandung ) masak.


2.00 pm Selepas makan dan solat kami terus ke Pasar baru lagi HAHAHAHA kemaruk dengan Pasar baru lah pulak kan. Misi kali ini nak cari kain sulam,kain pasang, Butik handbag dan kerepek-kerepek untuk terakhir kali. Disini juga jangan lupa makan cendol dia yang best dan original santan tau. Perghhh sedap betul. Tapi ralat aku terlupa nak beli dan tengok adik aku je makan huhuhu.



Bila kita nak beli baru dia masuk santan

5.00 pm Dari Pasar baru berjalan kaki ke alun-alun mengambil masa selama setengah jam. Fuh kali ni cepat betul kami berjalan sebab My love nak belikan dompet kulit untuk adik lelaki aku nun jauh di Rusia, Abang Aji dan adik lelakinya sekali. Sini pun dompet kulit yang dijual ditepi-tepi jalan tu kulit 100% tau kalau tak percaya masa dah pilih yang mana berkenan ko suruh tukang jual tu bakar dompet tu. Tak semestinya yang jual dalam shopping complex tu 100% kulit tau bab bila aku suruh bakar 1000 alasan so aku blah je. Dari Alun-alun ke guesthouse kami menaiki beca je nak cepat., dalam 15 minit sampai. Kosnya 10 ribu rp bersamaan Rm3.20 sebeca. Ingat sebelum naik beca atau angkut kena tanya dulu harganya kang tak pasal-pasal kena ketuk kaw-kaw punya.




Pilih-pilih ye bang..



Deretan dompet kulit yang terdapat di alun-alun aje. Di tempat lain jarang ada jual dompet kulit macam ini.


7.00 pm barulah sampai ke guesthouse. Mandi, solat dan rehat sebentar terus kemas beg. Fuyoooo beg dah beranak menjadi 5 beg dari 2 beg mula datang tempohari, belum masuk lagi beg-beg papa,mama dan adik beradikku. Wahhh macam nak sewa 1 lori ko bawa gi Airport :)


8.00 pm Keluar mencari makan malam. Macam biasa dah ketagih makan nasi goreng special, murtabak mesir, jus jeruk untuk terakhir kali. Giler tak sedih ko dekat sini sangat-sangat best, dahlah makanannya sedap dan murah malah orang disekitar situ sangat-sangat baik.


9.00 pm Pakaian yang dipakai selama berada di Bandung hantar dobi. Pagi hantar malam dah siap kesemuanya ada dalam 20 helai baju termasuklah seluar. Kesemua kos mendobi ialah 30 ribu rp bersamaan Rm9.20 sahaja dahlah aku ambik dobi express pulak tu sebab takut esok tak sempat, terkejut koo murah giler HEHE.


ZzzzzZZZZZZzzzzzz

Tunggu episod terakhir isnin ni yer.

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy