Isnin, 17 Jun 2013

SIBU SARAWAK

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya aku pulang kembali ke Semenanjung setelah hampir seminggu berkampung di Sibu Sarawak atas urusan kerja rasmiku. Aku kesana pada 7 June hingga 13 june 2013. Terpaksa pergi awal dan berpecah dengan group yang sepatut hadir sama-sama disebabkan tiket flight sold out !!! Inilah pengalaman pertama aku ke Pulau Beruit. Banyak perkara yang boleh aku belajar dari sini, iyelah aku kan jenis membazir memanjang so bila pergi sini insaf jugaklah aku. Kita bersyukur sebab kemudahan elektrik dan air kerajaan sediakan tapi disana air tadah air hujan dan elektrik pulak terpaksa guna generator sehari RM9.00 cuba korang bayangkan sebulan dah berapa kan??



 Bot Express yang aku naik. Inilah bot yang terbalik di Sungai Rejang tu. Semua suruh Al-quran aku baca sebelum naik hehehe.


Dalam boat selama 1 jam 45 minit


Macam inilah kehidupan orang sana menggunakan boat sebagai pengangkutan rasmi.



Perjalanan ke Pulau Beruit.. Sakit pinggang rasa macam nak patah tapi itulah kenangan terindah dalam hidupku yang orang lain tak semua dapat merasa pengalaman tersebut.



Selama disana no makeup ok... natural je cuma pakai foundation pastu baru teringat pencuci muka tak bawak huhuhu ambik ko seminggu tak cuci.





Inilah tong tadahan air hujan untuk disimpan seisi keluarga.




Orang-orang kampung disini sangat-sangat mesra ok. Layanan kelas pertamalah diaorang bagi... Tq so much penduduk Pulau Beruit.


Bersama Dayang. Maaf gambar-gambar bersama dengan bos-bos tak dapat disertakan yer... Private sikit hehehe.






Atas Feri untuk pulang semula ke Sibu....

 



Bye..bye Sibu InysaAllah kita jumpa lagi..




Terima kasih aku ucapkan kepada Wilayah Sarawak Utara kerana memberi layanan kelas pertama untuk kami semua. Inilah kenangan terindah bagi aku sebab pertama kali dapat peluang ke Pulau perkampungan Sahabat. Maaf kepada mana-mana gambar yang tak dapat diletakkan disini atas urusan private. Kalau ada lagi lawatan sebegini cepat-cepat hello nurul yer hehehehe.

Mia sayang ko sebab bawa aku pergi jalan-jalan selama tinggal sana. I love you so much lah hehehehe...


Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy