Khamis, 25 Julai 2013

ANNIVERSARY 5 TAHUN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini genaplah 5 tahun kami menjadi pasangan suami isteri yang HALAL hehehe. Macam tak percaya je dah masuk 5 tahun sebab rasa baru semalam je diijabkabul sebagai isteri kepada Zeli Effendi.

Walaupun dalam masa 5 tahun ini kami belum dikurniakan zuriat tapi kehidupan kami tetap ceria. Tq My love sebab memahami malah tidak pernah mengeluarkan kenyataan " Anak " kepada aku tapi orang sekeliling pula yang sentiasa bertanya. Terima kasih atas doa kalian untuk kami cepat mendapat zuriat TAPI aku juga mempunyai perasaan sedih setiap kali perkara itu dibangkitkan. Aku bukan sesiapa hanya makhluk Allah dan segalanya juga aku berserah padanya. Moga-moga tahun ini kami mendapat khabar gembira dariNya Aaminn.


Tahun ini sangat-sangat bermakna buat diriku dan My love sebab kami di beri rezeki untuk menjejakkan kaki ke Kota Percintaan (Paris ) dan Kota Shopping (London) serta ke Moscow ( lain entry aku cerita yer ) Terima kasih sangat-sangat buat My love sebab sudi bawa isterimu yang cute ini ke sana walaupun dipercepatkan sebulan awal dari tarikh sebenar. Ini disebabkan kami terus ke Konvokesyen adik lelakiku di Moscow. Destinasi angan-angan ketika kecil telah menjadi kenyataan Alhamdulillah Ya Allah.

So seperti tahun-tahun lepas kami menyambut Anniversary kami dengan melancong berdua tapi disebabkan tahun ini jatuh dalam Bulan Ramadhan dan dah honeymoon bulan lepas, so kami berbuka puasa berdua sahaja di tempat belum diberitahu oleh My love ( konon-konon nak buat kejutan lah tuuuu )

Moga-moga My love bagi hadiah yang aku minat dan sukalah jangan beri hadiah aku tak suka dan tak minat sudahlahhhh... hehehehe.

To My Love ,

Terima kasih kerana menjadi Imam saya selama 5 tahun ini dan terima kasih kerana menjaga dan melayan kerenah saya selama 5 tahun ini jugak. Terima kasih sebab sudi jaga kedua ibubapa saya seperti mana awak jaga mama awak.  Saya sayang awak sampai ke Jannah Aaminn. Hehehehe nak request hadiah Handbag boleh???? wakakakaakaka...

Tengah pening ni nak belikan hadiah Anniversary untuk My love apa? hurmmmm nanti difikirkan yer... ada idea???

Oklah byeeee tak sabar nak tunggu habis kerja dan berbuka puasa with My Love...



1 Orang Sayangkan Cik Nurul

happy anniversary...
kita senasib, still belum ade rezeki anak lagi...
tapi golongan macam kita ni byk kelebihan taw, terutama kasih sayangg yg lebih dari suami...
kan...kan...kan...

Khamis, 25 Julai, 2013

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy