Rabu, 31 Julai 2013

BERIFTAR DI RUMAH FAMILYKU

Assalamualaikum,

Alhamdulillah acara tahunan yang selalu family aku  adakan setiap kali Ramadhan menjelma ialah Iftar bersama keluarga yang " perantauan " di Kuala Lumpur. Hehehe.

Tahun ini menu ringkas je iaitu Nasi putih, Sup tulang dan sambal belacan disediakan oleh mama dan papa ku cuma aku tolong potong bahan je. Kentang goring ikan bilis tempe disediakan oleh mama mertuaku. Cuma untuk kali ini Cheff Ifa ( adik ku ) dengan rela hatinya menyediakan santapan yang mendapat permintaan ramai iaitu Chicken chop black paper. Fuhh ingatkan mula berbuka ramai akan makan nasi dulu rupanya sangkaan aku meleset, chicken chop dulu yang dihabiskan. Oh sebelum berbuka diadakan sekali majlis tahlil di ketuai oleh abg Roffi.

Selesai solat Magrib barulah mereka semua menjamu selera dengan makan nasi pulak. Wahhh budak-budak bukan main best lagi boleh lari sana sini kat luar tu.



Boleh dikatakan semua ahli keluarga, sepupu, anak saudara yang tinggal di Kl ni datang masa majlis Iftar di rumah papaku. Ini bahagian kaum adam.

 
Ini pulak bahagian kaum hawa. Apa lagi bila dah jumpa kaum kerabat, gossip sana sinilah dan kebetulan album masa holiday di London dan Paris papa dah siapkan, macam-macam ceritalah keluar sambil tengok album tu. Lepas ni ada rombongan Cik Kiahlah ke London yer hehehe.


Makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah dan ditambahkan dengan tetamu yang datang membawa jaudah masing-masing memang penuh 1 mejaaaaa.


Nampak Chicken Chop di setiap pinggan tu???? Licin koooo semua makan hehehe. Alhamdulillah


Macam-maca ragam comel ada masa ni. Dengan Amani ( anak sepupu aku ) buat drama kononya air dalam botol dia tak sedap siap baling lagi botol tu kat ibu dia dan terus g ambik botol air anak sepupuku lagi sorang tanpa rasa bersalah terus minum macam dalam botol tu ada air oren pulak yer... padahal air samaaaa je iaitu air masak ok. Botol je lain sebab ada gambar kartun tu yang dia jadi minat lebih kot...




Inilah Si Amani tuuuu. Kebetulan tarikh lahirnya sama dengan aku dan dia panggil aku Mummy Yu dan My love Daddy Fendi...

 
Adik aku yang bongsu ni kalau nak ambik gambar mesti buat muka pelik-pelik nasiblah geng dia Si Fathini tak ada sebab study di Terengganu. Yang belakang tu adik iparku ok. Nantilah aku kenalkan orang baru dalam familyku ok...

 
Budak Autaaaa lebihhhh, tapi aku kalau setiap kali jumpa memang gomol dulu budak ni hehehe sebab geram.


Tepat jam 12 malam barulah rumah kembali kosong huhuhu. Thank you semua yang sudi dating ok. Kepada Long itulah mama aku dah bagi chicken chop tu bawa balik hehehe tapi ko tak nak kang dah menyesal hehehehe. Setiap keluarga yang pulang memang dibekalkan lauk yang sama masa berbuka untuk bersahur pulak. hehehe..

6 Orang Sayangkan Cik Nurul

wahhhh seronoknya!

Rabu, 31 Julai, 2013

wa..bestnya berbuka puasa beramai-ramai. nak jugak moment mcm ni tapi kena tunggu balik kampung. hehe

Rabu, 31 Julai, 2013

chicken chop feberet nory tu....
sedapppnya...

Rabu, 31 Julai, 2013
Khamis, 01 Ogos, 2013

@IMaH

ini untuk "perantauan" yang kerja kat Kl hehehe

Khamis, 01 Ogos, 2013

@Nory Zoulkefle

Yeayyy kita samaa

Khamis, 01 Ogos, 2013

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy