Selasa, 16 Julai 2013

HOLIDAY : 1st DAY MALAYSIA - DOHA [PART 1]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah walaupun banyak kerja yang nak kena siapkan dalam minggu ni, Entry ni tetap di upload walaupun sikit lewat hehehe. Ok..ok.. jom  aku nak citer pasal percutian aku sekeluarga selama 2 minggu. Lepas ni muntah pink lah korang sebulan entry pasal percutian ni hahaha.

Tarikh 18/6/2013 adalah tarikh keramat bagi aku dan keluarga tunggu selama ini. Percutian kali ini hanya 4 orang sahaja terlibat disebabkan adik-adikku yang lain ada kelas so selamat tinggallah kalian hehehe. Nasib aku cuti pada hari ni walaupun flight kami jam 9 malam tapi jam 3.30 petang kami telah cabut ke KLIA.

Kami ke Klia menaiki ERL Express tapi dari rumah ke Kl Sentral, Suami kakak sepupuku yang tolong hantarkan Tq Abg lan !!



Masa nak beli tiket ERL, papa dan suamiku menggagau cari duit sebab terlupa nak bawa duit RM hahaha mentang-mentanglah nak pergi UK terus terlupa duit Ringgit Malaysia kooo... Tak patutnya hehe. Tapi akhirnya jumpa jugak setelah korek punya koret walet masing-masing ^___^


Dalam Train Erl...Senyum lebar mama i tau sebab misi kami sama je hehehe... Nak tahu misi apa kena tunggu sampai ceita percutian ni habis dululah :) 





 Inilah tiket ERL ke KLIA, kami ambik yang Express punya so harga tiket Rm35.00 seorang x 2 orang iaitu suamiku. So total Rm70.00. Perjalanan mengambil masa 28 minit sahaja.




Dekat-dekat nak jam 5 petang kami tiba di KLIA tapi tak boleh check in lagi kaunter belum dibuka. Kebetulan beg mama i tu sama color dengan set beg beranak kami. Mama dapat beg tu sebab Airasia bagi kepada pemegang Kad Kreditnya.


Mama sudah berkobar-kobar untuk perjalanan jauh hehehe..




Haruslah anaknya yang comel ini join sekaki.. Eh muka kami sama ke??


Ya Allah sedapnya aku tengok nasi lemak ni dah lah buat entry ni waktu tengahari Bulan Ramadhan... silap timelah huhu.


Memandangkan masa keluar rumah tadi aku tak makan apa-apa pun sebab teruja nak g holiday kan so masa kat KLIA perut aku minta di isi so apa lagi singgah Old Town dalam KLIA ni order nasi lemak gambar atas ni tanpa rasa bersalah. 4 orang makan dan minum kena RM57.60


Yeayyy kaunter check in dah buka pada jam 6.10pm... terus berdesuppp aku dan suami beratur untuk check in. Siapa yang dah check in kat website boleh g ke kaunter drop beg je tak yah susah-susah nak beratur panjang bagai. Alhamdulillah dapat staff kaunter yang peramah dan bagi seat sederet kami ber 4 dan siap ucap selamat jalan kat kami.  Kitaorang naik kelas Ekonomi je tapi pada yang sesiapa naik kelas Business depan kaunter check in pun dibentangnya karpet... dari beli tiket bisness baik duit tu aku buat shopping wakakakaka.

6.30pm kami sempat solat asar kebetulan lagi sejam Magrib so kitaorang tunggu sebab nak jamak terus dengan Isyak.


Tiket ni dibeli pada bulan Mac 2013 dengan harga RM2883.00 pergi balik. Passport pula reniew pada bulan Mei baru ni so ke Rm300 sebab aku buat 5 tahun punya terus senang kerja aku... tiket kami tak dapat beli MAS punya sebab dia tak ada untuk waktu balik ke Malaysia dari Moscow.

8.00pm kami naik train ke platform seterusnya untuk penerbangan Antarabangsa. Aku ingatkan macam LCCT selepas check kastam dah boleh beli air bagai sementara nak tunggu flight kan so aku belilah air ribena konon-konon nak minum dalam flight nanti tapi akhirnya aku kena habiskan dekat pemeriksaan Kastam tu jugak sebab diaorang akan scan lagi sekali sebelum masuk ke dalam flight huh alohhh nasik dan minum kalau buang menangis aku.



Jam 9.20pm kami sekeluarga diterbang oleh flight Qatar Airways. Giler besar flight kami naik ni siap ada seat VVIP ditempatkan khas betul-betul dibelakang pilot punya area.

Baru je dapat seat terus diberinya tisu basah dan gula-gula sebelum penerbangan. Maybe sebab tak nak bagi telinga sakit kot masa nak terbang tu. Serius besar seat dia walaupun kelas Ekonomi, patutlah ada member-member baru balik umrah bagitahu diaorang lagi suka naik Qatar dari Emirates. Hahahaha aku pulak yang teringin nak naik Emirates tapi melepass...


Barang-barang seperti earphone, blanket, bantal dan toilet kit pun diberikan kepada setiap penumpang. Aku siap bawa balik blanket dia dan kumpul toilet kit banyak-banyak sebab cute sangat-sangat. hahaha. Selamber je sebab ada orang kulit hitam lagi selamber siap balut badan dia dengan blanket tu dan terus turun flight.


Inilah entertaiment kami selama 6 jam setengah dalam flight ini. Sepanjang perjalanan tengok movie memang tak dan habis dah lelap lepas terjaga tengok movie lain then terlelap lagi sehinggalah sampai di Doha.


Inilah toilet kit yang aku cakap comel tu. Pergi balik naik flight ni dalam 10 beg aku dapat hehehe.



Inilah barang-barang yang terkandung dalam toilet kit tersebut. Ada berus gigi, stokin, penyumbat telinga dan penutup mata untuk tidur.


Masa ni sakan duk tengok apa isi dalam toilet kit tu hahaha.


En Fendi, awak ada ambik sekalikan bantal ni??? walaupun kecil tapi sedap dan gebu ko bantal Qatar...


Mama dan papa duduk sebaris dengan kitaorang juga . Seat dalam flight ni 3+3+3 tapi sebelah mama tiada orang dan sebelah aku pun tiada orang.


En Fendi dah mengadap movie tak dilayan sekeliling kecuali bila pramugari datang je hehehehe.


Pemandangan dalam flight Qatar . Depan selepas didnding tu adalah VIP dan depan VIP barulah VVIP.


Masa ni mata semua dah segan-segan nak buka almaklumlah selalu tidur awalkan hahaha.


Bosan punya pasal aku main game jelah.. habis semua game aku main last-last tertidur.


Sila offkan handphone yer Encik..


Layannnnn movieee


Sepanajng perjalanan jauh ni aku dan mama memang beli stokin khas untuk tak nak bagi kaki sembab. Yang ni aku beli kat guardian RM80.00 dapat 2 pasang. Memang serius kaki aku tak sembab dan kaki pun tak sakit snagat kalau banyak berjalan.



Yeayyyyy kami dah tidur... Jam 11.00pm aku tertidur dan terjaga jam 1.00am. Masa terjaga tu pramugari tengah bagi air jus kepada penumpang yang belum tidur.


Makanan disediakan bersama menu. Hebat macam dekat restoran lah pulak. Yang bestnya walaupun kami tidur nyenyak sekali tapi time makan je mesti terjaga sebab tak tahan bau aroma makanannya hehhe.



Inilah menunya...


Taraaaaa inilah pilihan aku. Serius sedappppp tambah-tambah roti dan butter dia fuhhh rasa nak mintak seguni kot.. Jangan risau, makanan diberi selepas setengah jam flight berlepas.


Chicken sandwish dan biskut diberikan kepada penumpang  satu jam setengah  sebelum sampai Doha. Chicken sandwish dia paling sedappppppp.


Eh dah bangun kembali dan tengok movie..aku pulak layan Home Alone..


Memang kenyanglah duduk dalam flight ni. Diet dah entah kemanalah masa ni hehehe. Kerana terlampau sejuk dalam flight aku selsema + batuk dan bersin je. Kalau aku penat duduk, aku bangun dan ronda-ronda sekaitar flight ni.



Memandangkan seat sebelah aku tak der orang so aku buat katil dapatlah tidur nyenyak macam dekat rumah wakakaka.



Selama perjalanan aku selalu tengok screen ni untuk tahu bila sampai, suhu dan waktu destinasi di tuju. Perbezaan waktu Malaysia dan Doha ialah 5 jam dan suhu pada masa ni iaitu jam 12 malam waktu Doha ialah 32'c huhu panas ooo . Suhu macam tu kat Malaysia waktu tengahari je.



Jam 11.30malam waktu Doha kami selamat sampai. Turun je dari flight ada bus panjang datang jemput semua penumpang untuk dibawa ke Tempat transit. Kalau kelas Bisness, kereta mewah akan datang jemput.

Bajet yang telah dibayar :

Tiket Kapal Terbang Qatar pergi balik : RM2883.00
( M'sia - Doha - Paris &  Moscow - Doha - Malaysia )

Bajet Hari Pertama :

Makan di Klia ( Old Town ) untuk 4 orang  : RM57.30

Total : RM57.30

Jumpa di entry yang seterusnya yer. Doha ke Paris...............


9 Orang Sayangkan Cik Nurul

heheh bestnya.. akak pun kalau naik flight, bantal dan blanket pun cilok gak . hahaha pitam kalau ada pramugari baca ni. hehehe

Selasa, 16 Julai, 2013

tiket tu harga utk sorang ke awk?

Selasa, 16 Julai, 2013

@Puan Mimi

Hahahaha kalau tak ambik rasa menyesal lak hahaha boleh mcm tu..

Selasa, 23 Julai, 2013

@cik dyla

Yup untuk seorang..

Selasa, 23 Julai, 2013

xsabr nk tggu entri sterusye.. :)

Selasa, 23 Julai, 2013

@NUNU EERA

Sabar yer akan di update lepas ni hehehe

Rabu, 24 Julai, 2013

Tp naik emirates diorang mtk lik blanket. Heheee. Pastu takde dpt apa2 kit pun utk org dewasa. Klu utk knk2 mmg berlambak2 dpt gift. Tiket mahal. Tp selesa la..mkn pun sedap. Heheheee.

Isnin, 19 Ogos, 2013

bole share tak u beli tiket flight ke paris london then u transit doha yer?beli on9 ke agent?

Selasa, 04 Ogos, 2015

boleh share x u beli tiket flight on9 ke tru agen?then u transit ke doha ke?

Selasa, 04 Ogos, 2015

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy