Khamis, 1 Ogos 2013

IFTAR DI GOMBAK

Assalamualaikum,

Haiyaaa hari ni cerita pasal Iftar dan makanan lagi hehehe. Kali ni kami berbuka puasa di Taman Sri Gombak iaitu dirumah adik papaku. Kali ni keluarga mertuaku pun aku angkut sebab memang dijemput sekali. Udah kenal 5 tahun kot hehehe.

Hidangan pada malam tu memang sedap ooo iaitu sayur campur, sup tulang, Ikan siakap 3 rasa, murtabak, kuih bakar. Menjejes mata aku tengok ikan siakap tuuu rasa dan dan tu jugak nak makan tapi nasib ada iman tetttttt.



Tudung kelabu tu mama saya dan tudung merah mama mertuaku. Tengok ni gaya adik ipar dan adik bongsuku.


Sidang akhbar berlangsung wakakakaka. Bagusnya Cheff Afifa hidang lauk. Hidang je tau jangan sumbat dalam mulut sikit dah lah wakakakakaka.


Dari kiri cepat jalan.... eh silap dari kiri adiku Nadia, Dila adik iparku dan adik bongsuku Masturina. Dua-dua orang tu masih single ok.. siapa nak kenal boleh pm aku  ^_____^



Kesian My love demam masa ni, tengok kat atas dahi dia ada tampal kool fever lagi hehehe. Tapi bila dalam jam 11.00 malam terus baik sebab nak pergi shopping kat Jalan Tar hahaha.

 
Kaum Adam duduk sini.

 
Close up sikitttt.


Ini mamaku dan adik iparku si Dila, sama-sama tengah ratah Ikan siakap 3 rasa sampai licin pinggan tuuu. Bila tengok balik gambar ni macam menyesal pulak tak join sekaki hehehe.


Amani tu tengah berdrama dengan ibu dia hehehe. Nak kena budak kecik toet ni..ishhh geramnya mummy yu nak gomol Amani..



Ini belum cukup korum lagi..tunggu malam raya dan pagi raya penuhhhh ok rumah atok di Besut. Bakar lemang lagi ke tahun ni wahai Syahmie???



Jam 12 malam sampai sini mak datukkkk ramainya umat.. Ok aku sempat jugaklah shopping beberapa helai kat sini memang heaven gilerrr. Nak rasa macam ni pun setahun sekali aje so jangan lepaskan peluang yer hehe.


Mood nak kerja dah hilang ke lautttttt. Mood nak balik kampunggggggg !!!!

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy