Rabu, 18 September 2013

ALASAN PADA MULANYA TQ SO MUCH PADA AKHIRNYA

Assalamualaikum,

Ya Allah kenapalah mood berblog makin menjauhkan diri !! ini yang buat aku menyampah sangat-sangat huhu. Banyak draf yang tergendala disebabkan virus M aku ni huhu.

Oklah ni nak cerita bertapa aku syukur sangat-sangat dengan paksaan dari mama. Ceritanya begini. Dalam perjalanan aku pulang dari kemaman, mama call Tanya esok hari aku free ke? so aku terus jawab freeeeee gitu.

Sekali balik rumah mama terus bagitahu dia nak angkut semua anak dia pergi tengok wayang Tanda Putera ! Ko boleh bayang tak perasaan aku dan adik-adik masa tu?? macam-macam alasan kitaorang bagi tapi satunya mama tak nak terima sampai mama cakap jangan nak bagi seribu alasan kalau kita bangsa melayu tak pergi tengok cerita sejarah Negara kita macam mana kita nak tahu kisah dulu-dulu sebelum merdeka. Ok kami terus setuju.

Kami tengok MBO di Festival City je dekat sikit dengan kawasan rumah aku. Adik bongsu aku belanja kakak-kakak dia ni popcorn dan air kooo terkezuttttt jugaklah sebab banyak betul duit sikecik tu. Hehehe mahu tak banyak asyik pow je kerjanya ! Dalam jam 1.45pm wayang bermula dengan nyanyian negaraku. Ok 1st time dapat pengalaman baru tetiba bangga kejap jadi anak Malaysia.

Mulanya adik aku semua siap menguap bagai tapi last-last semua kusyuk sampai adik bongsu aku nak kencing sangat-sangat pun dia terpaksa tahan sebab tak nak lepaskan babak-babak yang memang kami tak pernah tahu pun selama ni. Tisu tak payah cakap 1 bungkus habis.

Banyak perkara yang aku dan adik-adik tak tahu akhirnya kami dah tahu perjalanan Negara Malaysia sebelum ni. Sedih, suka, kelakar dan bangga adalah perasaan aku untuk cerita ini.

Bila wayang habis kami semua cakap thank you mama sebab bawa kami tengok cerita Tanda Putera walaupun aku tahu ramai orang melayu sendiri yang perlekehkan cerita ini. Yang aku terkejut wayang penuh untuk cerita Tanda Putera masa aku tonton ni. Syabas Datin Paduka Shuhaimi Baba atas jalan cerita yang sangat-sangat best.




Thank You mama sebab sedarkan anak-anakmu ini.

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy