Isnin, 21 Oktober 2013

HOLIDAY LONDON : MACHESTER UNITER [PART 6]

Assalamualaikum,

Jam 5.30am waktu London dah bangun untuk bersiap ke Machester United. Inilah tempat impian My love sekian lama almaklumlah penyokong tegar MU katakana termasuklah aku sekali hahaha.

p/s : Siapa ada kenalan, saudara atau adik beradik yang tinggal di Kota London atau berdekatan dengan Kingston boleh email kan pada CNP tak ada benda urgent nak Tanya dan minta pendapat. Sesiapa yang sudi bantu boleh email ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com Pertolongan korang sangat-sangat CNP harga tq.



Jam 6.30am keluar dari hotel menuju ke stesen Edware Road terus ke Victoria menaiki tube.

 
 
 
Hari ni dah beli card Olyster setiap sorang sebanyak 5 pound = Rm25.60 termasuk deposit. Inilah mesin dia senang je cara gunanya.


Ok dah sampai stesen Victoria.


Terus ke London Victoria Coach Station, sini adalah sentral untuk semua bus ke destinasi seterusnya. Kitaorang saje ambik naik bus untuk ke MU hehehe.









Harus posing wow hehehe... biasalah mama dan saya memang tak dapat dipisahkan cewahhhh.


Inilah laluan untuk ke stesen bus menuju MU. Nampak signboard besar tu ?? jalan terus je ke depan.


 

 

 

Sebelum naik bus harus buang air dulu yer. Bayaran masuk 0.30 pound = Rm1.54 sekali masuk untuk seorang hehehe.


Pintu 18 - Jam 8.10am naik bas National Express ke Aberdeen. Kitaorang naik ke Aberdeen sebab tempat pertama bus ini berhenti di Machester United. Harga tiket dari London menuju MU seorang 45.5 pound = Rm232.92


Beli 2 botol air Orange dan mentos bersamaan 3 pound = Rm15.36 , Sini promosi kalau beli 2 botol hanya 2 pound je.


Cantik kan perumahan di sekitar London ni. Geram je macam nak beli sebijik je tapi bukan duduk sini pun hahaha. Ohhh sekarang adik sepupu aku dah tinggal di London hoyayyyy ada can ni hahahha. Perjalanan ke MU mengambil masa 4 jam yer.


Sepanjang perjalanan di highway ada 3 kemalangan dan jem sikit lah.


Cantik kan pemandangan hijau ni. Dalam perjalanan ini kitaorang bawa bekal sandwish makan dalam bus. Bus pulak jenis 2 tingkat tu dan kitaorang semua duduk di tingkat atas. Nasib baik kalau duk tingkat bawah comfirm aku pening oooo sebab tangga dia block di bahagian tengah bukan macam bus 2 tingkat di Malaysia tangga di depan. 


Sejuk je mata memandang... redup je dan cuaca memang sejuk walaupun ada matahari.


Biri-biri yang gebu dan bulu maha lebat hahaha. Nasib tak sempat culik sekor bawa balik Malaysia.

 
Yeayyyy dah sampai Perkampungan Machester United. Nampak tak macam berkabus tu kan. My love mula tak nak pakai jaket konon-konon tahan sejuk sekali dia mengigil kesejukan sebab jaket tertinggal di hotel wakakaka.

Inilah perumahan yang terdapat di Bandar MU ini. Serius sangat-sangat nyaman dekat sini. Cuma bila ada perlawanan bola sepak barulah jem yang amat dekat sini.


12.45pm sampai di stesen bus MU. Turun dari bus Coach tadi terus lompat naik bus persiaran yang lalu lalang di Bandar MU tu untuk ke tempat makan dan stadium Machester United. Kitaorang ambik tiket unlimited 1 hari 5 pound = Rm25.60 seorang dan berhenti di stesen terakhir sekali.

 
 
Bangunan yang terdapat disekitar Bandar MU. Terkejut aku diaorang belajar nak ambik lesen kereta guna mini cooper kooo, kita pakai kancil je hahaha. 



Tak silap sini adalah University Machester United. Cantik, nyaman dan sejuk je Bandar MU ini. Kalau di Kota London pun aku tak tahan sejuknya tapi disini lagi sejuk.


Dekat Universiti MU ramai pelajar Malaysia dan ala-ala macam perkampungan Arab je. Aku suka pemandangan disini lepak-lepak atas rumput sambil study dan macam-macam lagi. Lagipun pelajar Malaysia yang berselisih dengan kami siap bertegur sape lagi. Macam itulah anak Malaysia kan.


Harga minyak di United Kingdom


Misi mencari tempat makan kegemaran Khairul sewaktu kesini sebelum ini. Cari sampai jumpa kooo hehehe


Yeayy dah sampai. Makan di Al-Jazeera kebab. Kebab mix ayam + kambing dan nasi briani 12.25 pound = Rm62.71 seorang. 1 pinggan dia boleh makan untuk 2 orang tapi aku macam biasalah mula-mula lapar konon boleh habis last-last bungkus sebab tak habis hahaha.


Papa dan mama yang kelaparan. Iyelah makan sandwish je kot dalam bus tadi.


Inilah keadaaan dalam kedai Al-Jazeera Kebab. Mat salleh ni ingat aku nak ambik gambar dia kot hahaha.


Ini kebab mix ayam + daging + kambing papa, mama dan My love punya. Order sorang satu pulak tu hehehe.


Ini nasi briani mix ayam dan kambing aku punya hehehe. Sebelah ayam dia bagi kooo. Terkejut aku sampai papa gelak-gelak dekat aku. Nasi dia memang sedap sebab aku makan nasi saje pun boleh layannnn.


Sayur campur yang fresh. tambah berapa kali pun tak pe dia bagi free je.


Oh kebab ko sangat sedappppp. Percayalah kalau pergi MU korang kena cari kedai Al-Jazeera ni yer.


2.30pm lepas makan, naik bus 41 ke MU. Lepas tu tukar bus no 250 pula. Kalau korang kurang faham nanti bila sampai sana boleh je Tanya orang disekeliling situ untuk ke MU ni. Tiket bus boleh beli dalam bus tu sendiri kalau tak nak beli yang unlimited 1 hari tu.


Signboard dah Nampak yeayyyyyyy.


Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke tempat yang dicari.


Tiket masuk stadium MU ini 16 pound = Rm81.91 seorang, kitaorang ambik Tour & Museum. Setiap tiket yang dibeli akan dapat kad dan tali MU macam My love aku pakai ni. Wajib ok kalau tak tidak dibenarkan masuk sebab ada pintu kita kena scan bar code dekat kad tu. Mula-mula mama tak nak masuk tapi papa cakap datang jauh-jauh tak masuk rugilah so mama pun ikut masuk sekali hahaha.


Mula-mula hanya papa je suruh aku ambik gambar dekat Piala ini lepas tu mama selit dan Khairul dan My love pun join sama sehingga terhasillah gambar ini hahaha so cool !!


Papa so cute !!! Dekat sini memang banyak gambar papa, My love dan Khairul so terpaksalah aku korbankan gambar aku huhu sebab jadi kamera girl untuk mereka.



So sweet lah papa dan mama aku ni hehehe. Inilah harta aku dunia akhirat.

Old Trafford Manchester !!!


Inilah Tour guard kitaorang.  Dia akan beri penerangan disetiap sudut dalam stadium ni. Best giler masuk stadium MU ni sebab macam-macam perkara diberitahu dan kitaorang dapat masuk ke tempat-tempat permain vip dan vvip. Kiranya setiap sudut kitaorang dah jelajah.



Inilah tempat coach bola sepak duduk. Dekat setiap seat tu dah tertulis nama coach tersebut. Dasyat kan hehehe.



Muka puas hati dapat ke tempat yang diidam-idamkan selama ini.

Jangan terkejut tengok padang dia ada Tanah je hehehe ini disebabkan diaorang setahun 2 kali akan tukar rumput padang tersebut.


Barulah aku tahu rupanya pada tahun 1958, flight yang membawa pasukan MU masa tu terjatuh dan semua permain terkorban di Munich.

Papa dalam Stadium Machester United.

My Love dalam Stadium Machester United


Dan dan.... Cik Nurul Pinky pun turut ada sama dalam Stadium Machester United ini yeayyyy


Mama pun teruja ok hehehe.


Berpeluang ke bilik persalinan permain MU.
 






Inilah baju original yang di pakai Rooney semasa perlawanan sebelum ini .. Frust Beckham dah keluar MU so tak der baju dia huhu.



Logo MU yang terdapat dalam stadium ini.


Gambar Beckham sewaktu mula-mula menyertai dan kemenangan pasukan MU.


Gambar Rooney semasa remaja hehehe. Gambar-gambar ni hanya terdapat dalam stadium ini je.




Hahaha Khairul dan My love buat gaya Alex Ferguson semasa setiap perlawanan. Dah ada gaya tuuuuu. Sampai mamat situ tegur kenapa buat gaya tu sambil gelak hahahaha.



Inilah pintu laluan ke luar padang oleh pemain MU.

 
Satu-satunya coach bola sepak yang bertahan selama 26 tahun !!!



Cute tak CNP hahaha choiiiii !!


Inilah bakal pemain MU lepas ni hahaha.





Aku tak shopping sangat tapiiiiii My love shopping tak ingat dunia dalam ni... Dalam ni aje habis dekat 180 pound = Rm921.44 tapi berbaloi dengan apa yang dia beli.


Ok setelah penat pusing-pusing segenap ceruk Stadium Machester United, setle shopping dan ambik gambar masa untuk pulang ke Bandar London.


6pm, Balik ke London naik train line warna kuning dari Old Trafford Station ke  Machester Picalilly. Seoarang 2.60 pound = Rm13.31 . Kitaorang nak cepat so ambik train tak naik bus macam masa mula-mula sampai MU tadi. Kitaorang naik train ni dia lalu di tengah-tengah jalanraya so bolehlah tengok pelbagai ragam orang disini. Ramailah juga naik train ni tanpa beli tiket tapi kitaorang beli je tak berani sekali akena check mati ooo.


Inilah trainnya dari Old Trafford Station ke  Machester Picalilly


Ok dah selamat sampai ke Stesen Machester. Untuk balik ke London, kitaorang naik train pulak saje tukar-tukar angina so merasa jugaklah naik bus dan train hehehe. Alamak harga tiket aku lupa nanti aku update balik ok !! Nampak train warna merah tu? train tu lah kitaorang naik untuk balik ke London.


 


Sementara menunggu panggilan train ke London lepak sini dulu. Kat dalam stesen sini anjing nak naik train sekali pun boleh huhu aku asyik berpeluh je mengenangkan anjing satu train ngan aku tu. Bukan kecik tau tapi Bulldog !!! Lagi satu ada seorang remaja ni naik basikat pergi kaunter nak beli tiket dengan basikal dia tu hahaha. Macam-macam ye benda yang aku tak tahu sekarang dah tahu. Kalau di Malaysia sebarang kenderaan kena parking kat luar bangunan dan binatang tak dibenarkan naik sekali hehe.

Dalam stesen ni aku beli air mineral 1 botol 3 pound = Rm15.36, mahal ke tak terpaksa beli dah dahaga kan.


8pm - perjalanan ke Paddington London bermula dan masa perjalanan ialah selama 2 jam. Dalam perjalanan ini aku ternampak macam istana lama je tapi sangat-sangat cantik.
 
 11.30pm - tiba di london station terus ambik train di underground  Euston Square untuk ke  Stesen Egware Road. Berlari-lari kitaorang sebab takut terlepas train terakhir. Train dari Machester  delay hamper 1 jam tapi aku tak sedar apa yang jadi sebab tidur keletihan dalam train sepanjang jalan sedar-sedar My love kejut kata dah sampai.
 
 
Sampai hotel terus mandi dan makan magie memang nikmat sangat-sangat. Dalam jam 1.30am saje je turun bawah sekali mak datuk sejuk dan benrangin terus cancel keluar dan terus naik ke bilik hotel Zzzzzz.
 
 

Bajet yang dibayar dari Malaysia :

 Tiket bus ke Machester United = Rm232.92.00 x 5

Bajet Hari Kempat :

Card Olyster = Rm25.60 x 5 orang 

Toilet = Rm1.54 x 5 orang 

Air minuman =  Rm30.72

Tiket bus dibandar MU = Rm25.60 x 5 orang 

makan kebab = Rm62.71 x 5

Tiket masuk Stadium Machester United = Rm81.91 x 5

Shopping di Stadium Machester United = Rm921.44

Train ke Machester Picalilly = Rm13.31 x 5



Total : RM1084.07 untuk 5 orang ( tidak termasuk kos shopping Rm921.44 )


2 Orang Sayangkan Cik Nurul

sis nmpk kurus.diet ke

Isnin, 21 Oktober, 2013

@Cik Cammy Lia

Yup dear hehe.. Nampak eh hehe. sis ikut petua orang hehehe.

Khamis, 24 Oktober, 2013

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy