Selasa, 26 November 2013

HOLIDAY BUKIT TINGGI PADANG INDONESIA 2013

Assalamualaikum,

Padang Bukit tinggi 12 - 17 Okt 2013

Assalamualaikum,

Cerita Indonesia up! Hahaha siapa follow Instagram dan Facebook dah tahu dulu kannnnn ;)

12 Oktober 2013 jam 3am dah bangun untuk bersiap ke Lcct sebab penerbangan ke Padang Indonesia jam 7.30am, walaupun bangun pagi buta tetap mandi tau, tak selesa kot nak berjalan tapi tak mandi haha.

 
Tengah nak drop bag di kaunter

Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia setelah seminggu menjadi perantauan di negara orang. 1st time selama hidup inilah pertama kali beraya jauh beribu batu dari Malaysia. Seronok beraya di negara orang, pelbagai gaya, pakaian, telekung dan ragam orang dapat dilihat dan alhamdulillah kami diterima menjadi tetamu untuk sembahyang raya di masjid. Satu pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan. 


Dalam Masjid di Maninjau
 

 
Kes telekung tertinggal punya pasal so sehari sebelum ligan pergi cari telekung baru. nampak tak kesan lipat tuuuu.

Di AirPort kami dijemput oleh Hidayat iaitu Supir yang selalu mengambil kami tak kala ke Padang Indonesia ini. Sekarang pemeriksaan imigrasi Indonesia sangat-sangat ketat. Habis semua beg akan dibuka dan discan banyak kali.

Alhamdulillah akhirnya Ayumieza Travel telah melebarkan sayapnya ke Bali Indonesia setelah usahasama dengan pihak Indonesia berjalan lancar. Sebelum ini kami hanya bertapak di Padang, Bandung dan Jakarta sahaja kini rezeki ke Bali pula.

Shopping, jalan-jalan sekitar bukit tinggi dan shopping kain sulam, beg kulit, dan pelbagai lagi memang menyeronokkan apabila tiba di sini. Tak ingat dunia oooo jutawan segera kan hahaha. Ohhh tak lupa jugak ronda-ronda di sekitar Maninjau yang danaunya sangat-sangat indah. Ada juga terserempak dengan Mat Salleh yang menginap disana dan katanya Maninjau nyamannnn sangat....




 
Pallazo itu adalah 100% dari bakal butik online shop saya. Tungguuuu.

 
Disneyland Indonesia hahaha sebenarnya ini di Jam Gadang Bukit Tinggi je. Suka aku dengan budak yang pakai kostum Sin Chan ni. Pandai di mainkan peranannya. Siap suruh aku ambik gambar dia supaya buat kenang-kenangan. 5 ribu rupiah je upah diaorang ni.




 
Lapar selepas shopping so adik iparku Dila pergi beli sandwish burger
5 ribu rupiah = Rm1.50 sahaja. Barang shopping tak paying tayanglah kali ni hahaha korang pun dah boleh jangkakan apa yang aku beli bagai semua.

 
Malam hari aku dan My love naik Honda iaitu motosikal untuk berjalan-jalan sekitar kawasan tempat tinggal sambil mencari makanannya sambil menghirup udara segar di sini. Akhirnya semua makanan yang teringin ditekak aku sudah selamat masuk perut seperti bakso, sate, ketupat tahu, pecal, ikan bakar pecal lele, murtabak Mesir, murtabak bandung, ayam goreng, nasi goreng, soto, teh botol, ais jeruk dan teh ais. Yang best sekali selama di sini aku beli 2 kotak besar teh botol tapi dalam gelas punya hahaha ambik ko setiap hari aku minum teh gelas ni puas hati!!!




 
Ketupat tahu

 
Murtabak Bandung dan Murtabak Mesir

 
Nasi goreng siang malam

 
Bakso

 
Sate padang


Mee goreng

Oklah lepas ni kita nak ke sinun pulaaaa hahaha.... Di rahsiakan dulu ya sebab projekrahsia belum dijalankan lagi hahaha. Dah jalan baru boleh kita War-War kan yer.



 

 
Beg sudah beranak. Masa pergi hanya beg hanya 2 sahaja bila balik sudah jadi 5 kooo hehehe.

 
Tudung bawal purple tu hadiah dari salah satu took kedai di pasar atas yang selalu tegur aku setiap kali ke sana. Terima kasih ya ibu..


 
Akhirnya khatam sudah entry Indonesia. Kali ini ringkas je update entry ke Indonesia sebab korang blog godek-godek dalam entry-entry yang lepas. Bukan main detail aku update so cari sendirilah yer. Setiap tahun Bukit Tinggi ni memang aku kunjungi sebab aku dah jatuh cinta sama ini tempat hehehe.
 
Kepada yang teringin pergi melancong sekitar Indonesia tetapi budget kecil boleh emailkan kepada Ayumieza travel untuk mendapatkan sebut harganya yer.

dengan tajuknya travel ke Indonesia.




3 Orang Sayangkan Cik Nurul

wahh syioknnyer holiday sakan...

Selasa, 26 November, 2013

@Nory Zoulkefle

hahahaha dah rupa indon dah nurul ni hahahaha

Isnin, 02 Disember, 2013

Salam. Nak tanya. Kalau ambil supir sahaja di bukittinggi berapa yer?

Khamis, 13 November, 2014

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy