Jumaat, 1 November 2013

HOLIDAY LONDON : BUNGKINGHAM PALACE - BYE LONDON [PART 8]

Assalamualaikum,

9.45am - Check out hotel memandangkan flight ke Rusia jam 8 malam, so kami ke BUNGKINGHAM PALACE  dulu. Nak tengok beranda yang Petera Willian dan Kate lambai-lambai tangan kat rakyatnya hehehe. Semua beg ditinggalkan dihotel.
1 beg dicaj 1 pound so 5 beg 5 pound = Rm25.27

Tambah nilai Olyster card 10 pound = Rm50.61 untuk 2 orang. Hari ni nak berjalan-jalan sehingga puas hati hahaha.



2 keping gambar diatas ni kes kesejukkan melampau bagi aku. Bila My love cakap dekat depan dia matahari terik mencicit aku lari nak menjemurkan diri. Gambar kedua pula walaupun duduk berjemur bawah matahari tetap sejuk bila angina bertiup. Tak pasal-pasal muka jadi lagu tuuu. Kalau kat Malaysia, Nampak matahari pun nak mengelakkan kan hahaha. Bertapa indahnya Negara Malaysia.


Pondok telefon ni akan aku jumpa setiap kali nak pergi train berdekatan hotel aku. Tapi apa yang aku perhatikan setiap pagi keluar, bersepah gamabr-gambar perempuan bogel di tampal dengan no telefon dan pada belah malam sewaktu pulang ke hotel dah hilang. Mungkin Majlis Perbandaran mereka bersihkan kot hehehe.


Nak ke Bungkingham naik tube dari stesen Edgware Road ( train berdekatan hotel ) ke South Kensington dan tukar tube LINE PICCALILY ke stesen Green Park.

 


Dekat sini siapa duduk atas kerusi  macam dalam gambar diatas ni akan dikenakan bayaran tapi kalau duduk diatas rumput tiada masalah dan tidak dikenakan bayaran pun. Mula-mula selamber duduk tapi lepas 2 minit kemudian ada orang dating Tanya nak duduk bereapa lama hahaha rupanya kena bayar daaaa. Terus bangun dan sambung jalan balik.


Yeayyy dari jauh dah Nampak pagar Istana. Wahhh ramai giler orang rupanya.


Student yang tengah study group. Syok je tengok diaorang ni hahaha.




Ramai jugak menunggu perarakan Change of Guards di istana ni.


Nampak Bigben dari jauh.



Kami pun salah seorang yang menunggu juga. Mahunya tak sekurang-kurangnya dapatlah jugak tengok depan mata hehehe.


Change of Guard sedang berlangsung masa kitaorang sampai. So sempatlah tengok. Tetiba rasa bangga jap bila teringat tentera Malaysia pernah diberi perhormatan untuk menjaga istana ini dulu sebelum ini walaupun seketika.
 




Ramai betul orang dikawasan ini setiap jam 11.30 pagi untuk Change of Guards.








Bergambar berlatarbelakangkan Bungkingham Palace. Cuba korang perhatikan semua gambar aku ni tangan dalam poket baju kan hahaha. Kes tak tahan sejuk wowww.






 
Polis yang menjaga lalu lintas supaya terkawal.
 

 
Dalam taman berdekatan istana.
 
 
Hasil tangan aku ambik gambar ini. Memang pemandangan cantik gilerrrr dekat sini. Tengok gambar ni balik macam sebuah lukisan je.






Ada pertunjukan apa tah selepas itu sebab kami tak tunggu terus jalan-jalan lagi.





Merasa juga duduk atas rumput ni. HAHAHAHA. sekurang-kurangnya feeling duduk atas rumput ni macam study di Londonggggg hahaha. Padahal letih giler asyik berjalan kaki je.




Ok kami nak naik tube untuk ke destinasi seterusnya...


Beginilah keadaan tube  bawah Tanah di London.


Memandangkan flight malam so kami ke Victoria dari Green Park untuk makan Subway.





2 orang makan 5 pound = Rm25.27


Lepas habis makan terus balik ke hotel  ( stesen Victoria terus ke stesen Edgware Road ) Keluar je dari stesen Edgware Road singgah Marks&Spacer berdekatan situ sebab nak shopping baju, coklat dan macam-macam lagi.


Masa ni ternampak coklat ini je terus grab banyak giler sebab murah kot. Kit Kat Malaysia dan Uk memang ada beza dari rasanya. Memang terlupa nak beli coklat Aerooo yang popular tu di Londonggg. Tapi sempat merasa pada hari pertama tiba di London. Beli coklat di Tesco dan Marks&Spencer habis 22 pound = Rm111.34


Dekat sini cashier kita kena buat sendiri. Senang je cara nak  jadi cashier ni hahaha. Aku siap ambik video lagi rekod My love jadi cashier hehehe. Nanti aku upload yer. Walaupun kena buat sendiri tapi tetap ada seorang pembantu kedai ini memantau kalau-kalau kita tak tahu buat, So dia akan ajarkan.

2.45pm papa dan mama pergi makan di kedai Arab, aku dan My love beli bungkus masa perjalanan nak ke Airport. Burger + Kebab 12.60 pound = Rm63.70


Naik tube dari stesen Edgware Road ke Earls Court. Di stesen ini turun dan naik tube line ungu untuk ke Airport iaitu stesen Heathrow Terminal 4. Jam 4.15pm dah sampai airport. Dari stesen Edgware Road ke sini ambik masa dalam 15 minit je. Sampai stesen Heathrow ini, siapa yang nak pulangkan kad Olyster boleh pulangkan dikaunter yang disediakan dan deposit sebanyak Rm25.00 akan dikembalikan.

Dekat sini aku beli sebuat beg unik 4 pound je = Rm20.24 .


 
Kastam border UK dan Rusia sangat-sangatlah strict, sampaikan aku disuruh angkat tangan macam pejenayah dah tu ada ke patut dia suruh aku buka baju coat hitam aku mana boleh sebab dalam tu aku just pakai singlet je. So bila aku cakap dengan kastam tu dia macam blur-blur last-last Khairul cakap Rusia dengan kastam tersebut barulah dia bawa aku ke bilik pengasingan untuk diperiksa. Akhirnya aku dibebaskan setelah di check.  Kasut, stoking, tali pinggang semua kena buka ye bila nak masuk kawasan pemeriksaan kastam diaorang ni. Pulak tu masa dalam perjalanan ke bilik pengasingan aku terjumpa loket salib emas dan aku tunjuk kat pegawai kastam tu terus dia senyum sampai telinga. Siapa punyalah loket tu hehehe. Untung pegawai yang dapat tu kahkahkah...  Dalam airport ni sempat aku gosok-gosok My Love nak beli handbag Micheal Kor sebab aku ternampak Harrods dalam airport London ni, Nasib dapat hehehe.

Jam 8.45 malam flight ke Moscow terbang selama 3 jam setengah . Aku yang Jetlag ni boleh tak sedar bila masa flight berlepas sebab sedar-sedar flight dah nak mendarat di Moscow hahaha. Mahu tak jetlag iyelah dari Malaysia ke Paris beza 7 jam dan dari London 8 jam dan di Moscow pulak 5 jam so mahu tak biul mata aku ni.

Apa-apa pun kenangan terindah di London dan Paris tidak akan dilupakan dalam hidup ini. InsyaAllah mudah-mudahan lepas ini kami kembali lagi disini. Alhamdulillah sepupu aku telah selamat menjadi orang London hehehe. So ada can nak datang sini lagi yeayyyy. Aminn

Ok lepas ini cerita di Moscow dan Volgograd pula yer akan menyusul hehehe.


Bajet yang dibayar dari Malaysia :
 - Tiada -

Bajet Hari KeLima :

Caj Tinggal Beg di Hotel  = RM50.54

Olyster card = Rm50.61

Subway =  Rm25.27

Coklat = Rm111.34

Burger + Kebab  = Rm63.70

Beg Unik = Rm20.24


Total : RM321.17 UNTUK KAMI BERDUA ( tidak termasuk shopping handbag )


Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy