Jumaat, 26 April 2013

MEGA SALE SEMPENA PILIHAN RAYA

Assalamualaikum,




Inilah member card Inidiarinurul.com, kepada customer yang membuat pembelian pada tarikh promosi ini secara automatiknya akan mendapat keahlian. Kelebihan ahli ialah akan mendapat free gift setiap kali pembelian tanpa limit pembelian. Contohnya beli celak kening berharga RM3.00 juga akan mendapat free gift. NO LIMIT PEMBELIAN OK


PROMOSI 1









Lip gloss Bobbi sahaja




10 barang makeup basic diatas adalah berharga RM100.00 SAHAJA TERMASUK KOS POS LAJU SEMENANJUNG !!! 


PROMOSI 2


 Konjac Span Now RM10.00 sahaja !!

PROMOSI 3


LipTint Now RM10.00 sahaja !!

PROMOSI 4


Charcoal Mask Now RM12.00

PROMOSI 5


Mask Aloe Vera 4 keping Now RM10.00
 
PROMOSI 5
 


 
Eyeshadow Mini Miss Rose Now RM15.00 sahaja!

Untuk order sila isi order form yer. Harga promosi tidak akan diguna pakai selepas tamat promosinya. 

 
 

Sekiranya barang makeup yang anda mahu tidak terdapat 
pada promosi kali ini jangan risau, emailkan terus kepada CNP untuk mendapatkan harga promosi untuk item yang anda mahukan.

cnp_ciknurulpinky@yahoo.com

Khamis, 25 April 2013

COPYRIGHT PROTECTED RASMI INDIARINURUL.COM

Assalamualaikum,

 
Nampak tak logo kat atas ni??? Hah ini adalah logo copyright protected rasmi Inidiarinurul.com , now setiap gambar wajib kena ada logo ini untuk mengelakkan gambar-gambar dari blog tidak diciplak sesuka hati. Thanks you kepada yang sudi email kepada CNP bagitahu ada setengah gambar dalam blog CNP telah diciplak dan tiada kredit pun kepada Inidiarinurul.com.
 
Sorry sangat-sangat sebab minggu ini tak sempat update sangat, busy dengan order Mega Sale yang sangat-sangat banyak Alhamdulillah kepada customer CNP yang percayakan Inidiarinurul.com.
 
Minggu depan InsyaAllah ada tutorial berkenaan penjagaan wajah. Tungguuuuu tau.
 
 
Alhamdulillah hari ni last day ganti puasa setelah pulun gila-gila sebelum pergi holiday... siapa tak ganti puasa lagi cepat-cepat mulakan dari sekarang. Ramadhan pun akan muncul lagi 3 bulan sedar tak sedar kan :)
 
 

Isnin, 22 April 2013

ESOK MEGA SALE !!!!

Assalamualaikum,

Yeayyy akhirnya Mega Sale kembali lagi di Inidiarinurul.com, Kali ini banyak barang makeup akan dijual dengan harga promosi. Harga promosi ini sah hanya pada tarikh diatas. Oh yeee set makeup basic juga akan dijual ye khas untuk pada yang baru berjinak-jinak nak mulakan makeup-makeup ni. 

Dengan setiap pembelian pada tarikh promosi ini, dengan automatiknya anda akan mendapat member card dari Inidiarinurul.com. Kelebihan member card ini ialah dengan setiap pembelian akan datang tanpa limit pembelian,  anda akan mendapat free gift. Kalau tak sebelum ini untuk mendapatkan member card, perlu membuat pembelian sebanyak rm200 baru mendapat keahlian.


Nak tahu apa barang makeup yang di jual esok?? Tunggu jam 8am yer.

Khamis, 18 April 2013

EVENT PRIMADONA

Assalamualaikum,

Ya Allah banyaknya entry berderet dalam draf huhu..belum ada kesempatan untuk publish semuanya WALAUPUN ENTRY NI SEBENARNYA TAHUN LEPAS PUNYA..InsyaAllah akan cuba upload secepat mungkin sebelum bulan 6 muncul. Sekarang tengah busy dengan projek tudung..material,jahitan dan kualiti semuanya memerlukan ketelitian daripada CNP sendiri sebab saya seorang yang sangat-sangat CEREWET ok. Semuanya nak bagus dan berkualiti sahaja..

Oklah ini adalah Event Primadona yang telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bulan 4 tempoh hari. Terima kasih pada Primadona team sebab sudi terima CNP dalam event ini. Geng TAMT pun join sekali tau dan geng kami yang paling kecoh memeriahkan event ini hehehe.

So CNP hidangkan gambar-gambar je ye sebab nak wat ayat apa pun dah tak boleh..Otak beku selepas balik dari Sogo hahahaha.





Bersama owner Event ini NURUL...eh nama sama pulak hehehe..

 
 
 






Rindu sangat-sangat dengan Geng TAMT !!! Byeeee

Rabu, 17 April 2013

COLOR BLOK OREN + KUNING

Assalamualaikum,

Minggu depan ada SALE!!!!!!

 
Hari ni tak sempat nak upload gambar sebab semalam busy dengan order yang Maha Banyak... Terima Kasih Ya Allah atas rezekimu limpahkan padaku. aaminnn

Hari ni Random entry jelah yer daripada tak update langsung kan hahaha. Ok bulan 5 ni duit nak kena keluar lagi untuk sambungan bayaran domain dan hosting blog ni heheh. Ini kes kita pass ke My love bab-bab akaun ni sebab dia yang jaga akaun inidiarinurul.com
Oklah dah melalut sampai ke laut..


Keluar dengan My mom n Dad untuk shopping set bilik tidur auwwww sweetnyaaa. Awal pagi tu dalam jam 10 pagi kami zasssss ke PWTC kan ada Matta Fair. Ada kerja sikit disitu. Lepas setle hal kat sana terus jalan-jalan cari makan hehehe.
 
 
 
Balik dari kerja ada bungkusan atas namaku..macam pelik je bab setem semua dari Hong Kong. Rupanya My love belikan charger hp Samsung warna PINK untuk isteri kesayangan dia oppppsss dah kahwin ke???  TETTTTTTTT !!!
 
 
OKlah esok sambung lagi yer..
 

Selasa, 16 April 2013

EYESHADOW MISS ROSE MINI 36 COLOR

Assalamualikum,

Minta maaf sebab semalam tak dapat update ada hal yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah hari ini terupdate juga entry ini dengan barang makeup baru hehehe. Buat pembaca blog dari Sabah dan Sarawak terima kasih kerana shopping di blog CNP ini.

Oklah kali ini CNP nak review produk Miss Rose cuma beza kali ini adalah Miss Rose Mini iaitu mengandungi 36 color. Ramai yang minta CNP keluarkan produk eyeshadow jenis " comel " untuk memudahkan masuk ke dalam handbag. Alhamdulillah kali ini CNP berjaya mendapatkan stok ini.

Now Miss Rose Mini Eyeshadow ni pun telah layak diterima masuk ke dalam pouch makeup bag CNP hahaha..Kiranya dalam handbag CNP ada lagi satu handbag khas untuk makeup-makeup ni ;)



Warna-warnanya memang best-best dahlah tahan lama pulak tu..Eyeshadow Miss Rose ini jenis krim bukan macam powder tu tau dan itulah yang membezakan eyeshadow ini dengan yang lain.



Semua color ada cuma tenyeh aje kat mata hehehe..Boleh je kalau nak buat kontra color. Oh ye kalau kita tengok gadis-gadis arab punya solekan mata memang cantik dan mengancamkan ? Kebanyakkan mereka-mereka ni mengggunakan brand Miss Rose iailah brand inikan berasal dari timur tengah kerana ramuannya memang dari sana.
 
Harga RM20.00 Sahaja
 
Promosi dari 16 April  hingga 30 April 2013


Berminat? Isi order form dibahagian bawah blog CNP ini yer.
 
Sebarang pertanyaan boleh email cnp_ciknurulpinky@yahoo.com

 

Isnin, 15 April 2013

EYEBAG OH EYEBAG SILA PERGI JAUH !!!

Assalamualaikum,

Siapa tergolong dalam kategorI " mata panda " ?? Hehehehe saya !!!!! Iye CNP pun tergolong dalam kategori mata panda. Mana tak datang pandanya dah tidur pun jam 1 pagi setiap hari. Bukan setakat CNP aje malah My love, adik CNP, Nadia juga tergolong dalam kategori ini. Itu belum termasuk lagi aktiviti hujung minggu keluar berdating sampai jam 4 pagi hahaha. Adatlah hujung minggu je masa harus di peruntukkan bersama yang tersayang.

Macam CNP, seminggu CNP akan pakai sebanyak 3x untuk  membuatkan mata kita segar dan tiada lagi kelihatan seperti mata panda. Setiap pagi CNP bangun awal so bila tak cukup tidur masaklah mataku. Kalau CNP pakai eye mask ni mesti wajib pakaikan sekali untuk My love sebab mata dia lagilah macam panda kerja 24 jam aje kan.

Oklah korang nak tahu rahsianya?? Setelah mencuba sendiri dan nampak perubahannya terus CNP jatuh hati tau.



Charcoal Eye Mask

 
 
Inilah rupanya Eye Mask ni. Macam CNP akan pakai dah dekat nak tidur iaitu setelah segala-gala kerja CNP selesai. Sebab apa CNP suka pakai semasa nak tidur?? ini disebabkan nak bagi mata betul-betul rilex dan biarlah dia betul-betul kering mask ni. So kita tahu dan rasa berbaloi bila beli, sebab kita pakai sehabis-habisan. Setengah orang akan pakai selama 30 minit atau 45 minit je tapi bagi CNP itu pun belum memadai. Kalau tak caya cuba korang pegang mask korang setelah habis 45 minit masih rasa lembab-lembab kan?? Itulah tandanya mask ni fungsinya belum habis sepenuhnya.
 

 
 
Waktu ni wajah baru selesai facial, dengan badan letih sangat-sangat apa lagi terus tampal dan boooommmm tidur dengan senang hati. Pagi keesokkan bangun mask dah kering giler, bila time buka tu jangan tarik kuat-kuat ye nanti rosak kulit disekitar bawah mata tu. Just tarik perlahan-lahan dia tak melekat pun.
 

 
Kelihatan mata panda kan ??? Besar macam bola golf lak tu ishhhh malunya nampak sangat tidur lambat dan kurang waktu tidur hahahaha

 
Bangun pagi Taraaaaaa aikk mana mata panda i??? ohh dah hilang yeayyyyy esok boleh ke office dengan gembiranya ^_______________^
 
 
Kepada yang berminat untuk order boleh terus isi order form yer.
 
6 pasang = ( 1 KOTAK )
 
RM18.00
 
* pembelian 5 kotak dan keatas akan dapat harga borong yer.
 
Next entry : Review Mask Pelembab Wajah...patutnya minggu ni tapi insyAllah esok CNP akan update.
 
 

Jumaat, 12 April 2013

UPDATE CHARCOAL MASK UNTUK HILANGKAN KOTORAN DI WAJAH

Update 11/4/2013 :
Memandangkan sambutan amat menggalakkan dan email pun datang tak putus-putus, CNP harap anda semua dapat bersabar ye menerima balasan Invoice dari pihak kami. Minggu ini sahaja dengan setiap pembelian Charcoal Mask ini anda akan dapat Mask Pelembab wajah secara PERCUMA !!!!!

Assalamualaikum,

Ayoyo mentang-mentanglah i bagitahu siapa follow Instagram ( IG) CNP, orang tu akan dapat tahu produk apa yang CNP gebang-gebangkan. Hari ni buka IG terkejutnya berderet tengah tunggu "approve" daripada CNP untuk follow ^_____^

1st, siapa yang follow IG CNP pasti tahu apa produk yang CNP nak update di blog untuk direview di IG dulu, dan yang bestnya Produk Mask Charcoal dari Hong Kong telah sampai ke tangan CNP minggu lepas. Apa lagi dan-dan tu jugak mencuba tau sebab dah tak sabar punya pasal.

Aktiviti WAJIB setiap minggu iaitu setiap hari Ahad,  memang CNP akan buat facial wajah atau lebih manja disebut " manja-manjakan wajah " , memandangkan kebetulan minggu lepas produk ni sampai tu yang terus cuba dan keputusannya sangat-sangat berbaloi walaupun terpaksa order jauh-jauh sampai ke Hong Kong. Hahaha. Mask ini sangat popular tau di kalangan artis-artis Hong Kong untuk penjagaan kulit wajah mereka.

Ok jom Review Mask Charcoal ni :



Hitam pekat likat tapi wangi tau, so bila sapu di wajah tak adalah bau semacam je sebab mask ini wangi so rasa tenang je time tengah-tengah baring tu.



Tengok kulit wajah CNP semasa tengah pakai mask ni dah macam Dayang Senandung tapi tak apa hasilnya memang umpppp. Yang bestnya adik ipar pegang kulit wajah terus cakap lembutnya  dan dan tu terus dia cuba sekali cehh.


Setelah rasa betul-betul kering disekeliling mask tu baru boleh cabut keluar tau. Macam CNP pakai selama 1 jam bab sambil-sambil pakai mask ni CNP ambik kesempatan baca novel hehehe. Oh yer time pakai mask ni janganlah pulak bercakap, gelak atau apa-apa aktiviti yang boleh kedutkan wajah tau nanti tak betul-betul tegang ooo hasilnya. Untuk keluarkan mask ni harus bermula dari bawah dagu.



Inilah hasilnya selepas keluarkan mask dari kulit wajah. Yang terkejutnya, inilah 1st time pakai mask bila nak cabut dia tak pecah-pecah dan elok je jadi macam topeng muka. Mask ni bagi CNP kurang rasa sakit berbanding mask-mask sebelum ini. Salah satu  sebab kaum wanita malas pakai mask sebab takut rasa sakit semasa mencabutnyakan tapi percayalah mask ni sangat best dan kurang rasa sakit. Kalau sakit jugak kiranya banyaklah kotoran-kotoran dalam liang pori wajah kita. Tapi tak pe mask ni menolong untuk keluarkan kotoran tersebut dan wajah kita pun segar dan bersih tak gitu?



Inilah Charcoal Mask Cream dari Hong Kong


Dalam Tiub yang senang untuk di bawa kemana-mana


Produk ni siap ada sticker Hologram lagi tau. Ramai sedia maklumkan produk-produk wajah dari Negara Korea, Jepun, Hong Kong perlu melalui 1 saringan yang ketat sebelum keluar dari kilang dan dipasarkan.


Sebelum ini CNP guna brand Daiso je tapi time nak pakai dia sangat-sangat melekit dan cepat kering malah time nak cabutnya pula dia jadi pecah-pecah sampai habis sink kat rumah kotor kehitaman.



Last,  selepas selesai mencabut mask ni haruslah pakai mask penyegar untuk segarkan wajah dan untuk menutup kembali liang-liang roma yang telah dirawat tadi. InsyaAllah minggu depan CNP reviewkan mask untuk segarkan wajah yer. Now siapa beli dalam minggu ni mask penyegar ni dapat free tau so cepat ambik kesempatan ini k.



Inilah salah satu sumber inspirasi penjagaan wajah CNP iaitu pelakon Song Hye Gyo. Tengok kulit wajah dia sangat segar dan mulus bukan??


Rutin mingguan untuk mask wajah wajib dilakukan seminggu sekali memandangkan kehidupan kita dikelilingi habuk kan. Vitamin harian pun jangan dilupakan tau. Inilah kunci wajah yang sihat. Dulu CNP perlu makeup tebal-tebal sebelum kuar rumah tapi kini itu semua tak perlu dah dengan amalkan vitamin Shaklee InsyaAllah.


HARGA : RM20.00



Sebarang pertanyaan berkenaan Mask Charcoal & Vitamin Shaklee ini boleh email
Next entry : Mask Penyegar Wajah

Bye....



 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy