Ahad, 30 Jun 2013

PENGUMUMAN !!

Assalamualaikum,

Kepada semua pelanggan kami yang dihormati, Inidiarinurul.com akan mula bercuti pada :-

 
Pihak kami akan menerima last order pada hari Jumaat 14 Jun 2013 Sahaja. Di Harap sekiranya ada sebarang pesanan bolehlah dibuat sebelum pada tarikh tersebut ya.
 
InsyaAllah 1hb Julai 2013 pihak kami akan beroperasi seperti sediakala. Terima kasih atas sokongan anda semua terhadap Inidiarinurul.com
 
Love youuuuuu ^___^
 
 
 

Jumaat, 21 Jun 2013

MISI 50KG

Assalamualaikum,

Misi 50kg akan mencapai matlamatnya. Sekarang baru turun 5kg so banyak lagi usaha untuk menjayakan misi ini. Doakan aku berjaya yer. Lepas mendapat apa yang aku idamkan baru aku cerita motif dan rahsianya yer...


Malaysia boleh !!!!!! HAHAHAHAHAHA

Khamis, 20 Jun 2013

RAHSIA KULIT WAJAH SIHAT DAN MULUS

Assalamualaikum,

InsyaAllah selepas ini CNP akan kongsikan apa yang CNP amalkan untuk mendapat kulit wajah yang sihat. Sekarang tak boleh kongsikan lagi sebab baru beberapa minggu amalkan dan bila CNP rasa keputusan dia mencapai apa yang CNP impikan akan CNP kongsikan tapi sekiranya sebaliknya CNP tak akan kongsikan ok.



Ini gambar 100% original tanpa sebarang edit ok.


Nasib ada gambar ini, kebetulan dalam toilet member yang pegang hp so dia candid gambar selepas sahaja CNP betulkan tudung hehehehe.

Tunggu keputusan CNP mencuba produk ini terlebih dahulu ok.... Apa yang baik CNP akan kongsikan dengan anda semua.


Rabu, 19 Jun 2013

HONEYMOON LAGIIIIIII

Assalamualaikum,

Yahoooo hari yang ditunggu akhirnya telah tiba jua. Hazab betul nak menunggu hari untuk berlepas. Kejap je tup..tup.. dah waktu nak balik Malaysia balik huhu time nak pergi bukan main lama lagi kena tunggu hahahaha.

Semasa anda semua membaca entry ini aku telah selamat berada dalam perut kapal terbang Qatar Airway hehehe. Apa-apa update aku terus update di Instagram dan facebook je. Blog entry lain akan diupdate yer.

Doakan aku dan keluarga selamat pergi dan pulang dengan baiknya yer. Aaminnnn.



Kredit : Google

Selasa, 18 Jun 2013

BAJU KORPORAT

Assalamualaikum,

 Saje je nak upload gambar baju korporat semasa menghadiri Majlis Makan Malam Wilayah Sarawak Utara.... Memori indah dalam kenangan...





Isnin, 17 Jun 2013

SIBU SARAWAK

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya aku pulang kembali ke Semenanjung setelah hampir seminggu berkampung di Sibu Sarawak atas urusan kerja rasmiku. Aku kesana pada 7 June hingga 13 june 2013. Terpaksa pergi awal dan berpecah dengan group yang sepatut hadir sama-sama disebabkan tiket flight sold out !!! Inilah pengalaman pertama aku ke Pulau Beruit. Banyak perkara yang boleh aku belajar dari sini, iyelah aku kan jenis membazir memanjang so bila pergi sini insaf jugaklah aku. Kita bersyukur sebab kemudahan elektrik dan air kerajaan sediakan tapi disana air tadah air hujan dan elektrik pulak terpaksa guna generator sehari RM9.00 cuba korang bayangkan sebulan dah berapa kan??



 Bot Express yang aku naik. Inilah bot yang terbalik di Sungai Rejang tu. Semua suruh Al-quran aku baca sebelum naik hehehe.


Dalam boat selama 1 jam 45 minit


Macam inilah kehidupan orang sana menggunakan boat sebagai pengangkutan rasmi.



Perjalanan ke Pulau Beruit.. Sakit pinggang rasa macam nak patah tapi itulah kenangan terindah dalam hidupku yang orang lain tak semua dapat merasa pengalaman tersebut.



Selama disana no makeup ok... natural je cuma pakai foundation pastu baru teringat pencuci muka tak bawak huhuhu ambik ko seminggu tak cuci.





Inilah tong tadahan air hujan untuk disimpan seisi keluarga.




Orang-orang kampung disini sangat-sangat mesra ok. Layanan kelas pertamalah diaorang bagi... Tq so much penduduk Pulau Beruit.


Bersama Dayang. Maaf gambar-gambar bersama dengan bos-bos tak dapat disertakan yer... Private sikit hehehe.






Atas Feri untuk pulang semula ke Sibu....

 



Bye..bye Sibu InysaAllah kita jumpa lagi..




Terima kasih aku ucapkan kepada Wilayah Sarawak Utara kerana memberi layanan kelas pertama untuk kami semua. Inilah kenangan terindah bagi aku sebab pertama kali dapat peluang ke Pulau perkampungan Sahabat. Maaf kepada mana-mana gambar yang tak dapat diletakkan disini atas urusan private. Kalau ada lagi lawatan sebegini cepat-cepat hello nurul yer hehehehe.

Mia sayang ko sebab bawa aku pergi jalan-jalan selama tinggal sana. I love you so much lah hehehehe...


Jumaat, 7 Jun 2013

EYESHADOW NAKED 2 URBAN DECAY

Assalamualaikum,

Hello..hello..hello hari ni CNP happy giler sebab stok eyeshadow kesukaan CNP dah masuk kedai hehehe. Teruja giler you all, mahu tak teruja bila order je stok ni memanjang out of stok !!!. Oklah malas nak membebel panjang-panjang jom kita tengok eyeshadow stok terbaru ni....



Eyeshadow color Nude yang CNP suka selain Mac. Didatangkan sekali dengan berus 2 in 1 seperti dalam gambar diatas. Di Sephora pun ada koleksi NAKED 2 URBAN DECAY ini. Set ini sangat-sangat memudahkan CNP untuk kemana-mana sebab sizenya melayakkan dirinya masuk dalam makeup case dalam handbag CNP ini hehehe.




Belakang kotak telah diberi keterangan color-color yang terdapat dalam pallete ini.



Teruja tak???? Hehehehe Sabtu lepas bila stok sampai alahaii ramainya yang serbu tak silap dah 3 kotak Sold Out. Kepada yang berminat cepat-cepat isi order form yer dan tunggu Invoice direply oleh pihak kami pada hari ini juga sebab eyeshadow ini permintaan sangat-sangat tinggi so siapa yang buat payment terdahulu akan diberikan keutamaan.


Harga Promosi RM40.00
Pembelian borong minima 5 set akan diberikan harga borong yer. Sila email ke dengan tajuk " borong "


p/s : InsyaAllah CNP akan buat tutorial menggunakan eyeshadow Naked 2 ini. Nantikan yer.



 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy