Khamis, 22 Ogos 2013

HOLIDAY : KOTA PARIS [PART 3]

Assalamualaikum,

Bersambung lagi entry Paris yeayyy... Mood sudah mari untuk update  ^___^

20/6/2013

Paris bukanlah sebuah Negara seperti yang aku gambarkan iaitu sebuah Kota Cinta yang besih tapi disebaliknya Paris adalah Negara yang agak kotor. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan disekitar bangunan mesti ada bau yang tidak menyenangkan dan hancing. Cuma di sekitar bangunan monumen aje terjaga kebersihannya. Betul kata teman internetku yang Paris bukan macam dulu. Iyelah datang Paris pun orang Negro yang berlambak dekat sini.


Airport Paris Charles de Gaulle 


Untuk prepaid hp dan internet memang kitaorang tak beli di airport terus sebab harga dia sangat-sangat mahal oooo. So kitaorang hanya beli di sekitar hotel penginapan je nanti.



Dari Airport Paris Charles de Gaulle ke Stesen Gare du Nord iaitu melewati 9 buah stesen untuk sampai ke destinasi bernilai 9.50 euro = Rm41.79 untuk seorang 1 hala,  tapi siapa ambik dari airport ke stesen ni dia caj agak mahal berbanding dari stesen lain sebab almaklumlah mesti banyak perlancong kan.


Inilah mesin alternative untuk beli tiket train kalau di kaunter beratur panjang.

Station Train di Airport  Paris Charles de Gaulle


Berbincang seketika untuk hari pertama sebab urusan google map semua bagai ni aku pass kat adik lelaki aku sebab dia pernah datang London sebelum ni cuma Paris je baru dia nak menelaah seketika tapi Alhamdulillah banyak tempat yang kami semua nak pergi akhirnya tercapai juga.


Sementara tunggu kaum lelaki pergi beli tiket kami bergambar berdua dulu hehehehe. Sebelah saya tu adalah mama @ kawan baik. Hahahaha. Muka aku memang langsung tak pakai apa-apa sekalipun faoundation sebab perjalanan yang lama nanti buat aku tak selesa plak.


Inilah kaunter beli tiket yang aku bagitahu kat atas tadi kalau kaunter ini penuh barulah pergi beli tiket train di mesin seperti dia atas nunnn.


5 buah beg untuk 5 orang tapi beg paling besar tu kosong sebenarnya hehehehe tunggu balik nanti baru ada isi kannnnnn. Nampak tak dua orang lelaki di kaunter tu?? Lama benar dekat situ rupanya menanya itu ini dekat kaunter tu.


Mula-mula sebelum terbang ke Paris aku ingat nak beli map dia siap-siap tapi nasib tak sempat nak beli sebab dekat airport dia bersepah map untuk Negara dia. Serius sampai je Paris korang mesti ambik lebih dari 1 map ni yer sebab kita mesti asyik buka tutup kan so cepatlah lunyaiiiii.


Naik pening aku tengok peta Paris ni tapi ini semua aku pass kat My Love dan Khairul untuk setlekan. Dekat Paris ni bukan semua orang akan layan kita kalau kita nak tanya apa-apa dalam bahasa English yer, diaorang lagi layan kita kalau kita bercakap dengan bahasa kita sendiri dan tunjuk lah peta tu kat dia mana tempat kita nak tuju. Walaupun diaorang bercakap dalam bahasa diaorang tapi diaorang masih tunjuk arah jalan ke mana hendak tuju. Masa inilah baru aku faham perpatah AYAM & ITIK !!!


Stesen yang akan dilalui boleh rujuk dekat atas pintu train macam dalam gambar ni yer. Aku rasa semua Negara mesti ada pertunjuk macam ni kan..


Suasana dalam train. Sini jangan sesekali sebut NEGRO kalau kita nak bercakap tentang diaorang sebab kaum dia memang penuh dekat sini sampai aku berfikir ni Paris ke Afrika??? Kitaorang gelarkan mereka gagak hitam je hehehe.


Dalam train menuju ke hotel penginapan, nasib terjumpa mamat Paris ni. Alhamdulillah bila Khairul Tanya dia dalam English dia balas balik siap bantu bagitahu arah mana untuk ke menara Eiffel dan butik-butik handbag. Mamat Paris ni memang baik dan terbaiklah hehehe.


Mat peta tengah sahkan arah mana untuk keluar hehehe.


Masa di Airport Paris juga,  kitaorang terus beli tiket untuk bas dan train untuk kegunaan 1 hari, almaklumlah baru sampai kan mengantuk belakang kira so 1 hari ni berjalan-jalan jelah kerjanya hehhe. Harga tiket untuk 1 hari seorang 6.90 euro = Rm30.35.


Kalau korang tak pasti tempat yang dituju dan tiada orang Paris yang layan pertanyaan korang, terus je cari kaunter Paris Tourisme dan diaorang akan melayan korang dengan bahasa English. Khairul sedang bertanya itu ini untuk sahkan lokasi Hotel.


Yeayyy dah sampai di Station Gare du Not . Station ni kiranya macam Kl Sentral iaitu pusat berkumpul semua train.

Cantik jugak ukiran dalam Station Gare du Not. Masa duduk dalam ni pun aku dah sejuk apa tah lagi nak keluar pintu tu huhuhu. Tapi bagi orang Paris waktu summer ni panaslah bagi diaorang. Aku yang keras kejung walaupun summer T___T



Now dah keluar dari Station train tadi so misi mencari hotel penginapan yang telah di book awal-awal dari Malaysia.



Alhamdulillah jam 11am, kami sampai ke tempat penginapan tapi belum boleh masuk. Dalam jam 2pm barulah kami dibenarkan masuk kerana bilik sedang dibersihkan. Inilah hotel penginapan kami selama di Paris. Hotel ini pun Khairul book secara online. Untuk penginapan family room 2 bilik Rm560.00 semalaman. Yang bestnya hotel ni sangat-sangat dekat dengan station train tadi. Adalah dalam 5 minit jalan kaki. Khairul memang cari hotel penginapan berdekatan dengan metro senang sikit katanya.




Inilah pandangan depan hotel penginapan kami. Kalau korang nak tahu sebenarnya tingkap-tingkap ni adalah toilet yer. Diaorang kat sana memang suka tingkap sebesar alam dalam toilet.



Masuk je pintu bilik penginapan terus jumpa katil ni.



Dari bilik yang atas tu ada laluan ke bilik yang kedua ni. Bilik ke dua ni agak besar dan luas ada 1 katil Queen dan 1 katil bujang. Untuk perlancong macam kami ni, hotel biasa-biasa dah mencukupi sebab untuk tidur je. Masa balik hotel pun dah malam so tak perlu yang mahal-mahal sangat. Sebelum keluar jalan-jalan, mama masak nasi dulu dalam periuk nasi elektrik yang kami bawa dari Kl. Nanti balik dari jalan-jalan boleh terus makan kan sebab nasi dah masak.



Pemandangan dari bilik penginapan kami. Kami berada di tingkat no 4. Buka tingkap ni terus angin sejuk masuk. Nak mandi pun fikir banyak kali hahahaha. Nasib ada air panas sedap sikit nak mandi. Sebelum kami keluar berjalan-jalan kitaorang mandi dan solat jamak siap-siap. Dekat sini botol air kosong memang sentiasa ada dalam beg sebab kalau masuk toilet sini 100% hanya guna tisu ok.



Cantikkan tangga berpusing dalam hotel ni hehehe. Kat hotel ni walaupun 5 tingkat ada je lif. Cuma sekali masuk lif tu untuk 3 orang je sebab comel sangat lift dia.


Padangan belakang hotel, sekali pandang macam dalam cerita Fast n Furiouslah pulak hehehe.


Singgah di kedai Kebab Arab MK Halal dulu untuk isi perut yang kelaparan. Kedai ni batul-betul sebelah station train tadi. Kedai makan Halal kat sini bersepah dan agak mudah untuk makan. Khairul cakap selalunya kedai makan pertama yang dia masuk selama dia melancong ke Negara orang adalah kedai agak mahal sikit. Memang betul pun cakap dia sebab selepas kitaorang jalan-jalan disekitar tempat penginapan memang jumpa kedai Arab yang jauh lebih murah dari yang 1st ni.


Inilah menunya. Makan untuk 5 orang + 1 botol coke = 33.80 euro = Rm148.68. Hidangan dia memang dalam size yang besar. Memang puas hatilah makan.



Sambil makan pun masih buka peta hehehe.


Ini makanan My love dan aku. Mana tahu size hidangan besar kalau tahu ambik 1 set je kongsi. Korang Nampak tak nasi tu? itu bukan nasi tau tapi buah bali. Kat sini nasi dia tukarkan ke bali untuk dijadikan nasi. Aku tak boleh telanlahhh.


Papa dan mama aku kongsi sebab diaorang takut tak habis dan memang tak habis pun. Papa aku ambik mix kebab memang layan lahhhh.


Tertarik betul aku dengan bunga merah tu. Pandai dia hias dekat balkoni. Ingat ye tingkap tu toilet ok hahaha.



Restoran Pizza memang banyak dekat sini kata Parisss kan. Tapi tak semua Halal yer.

Berjalan-jalan sekitar hotel penginapan.


Domino's pizza dekat sini size besarrrrr.



Walaupun musim panas bagi orang tempatan di Paris, tapi angin dia tetap sejuk. Sekali angina bertiup mulalah aku bersin. Aku mana tahan sejuk ooo.

Papa selama dekat sini pantang aku pegang kamera terus suruh ambik gambar dia hehehe.


Kalau My love aku pakai jacket tu maknanya sejuklah sebab dia agak susah nak pakai jacket bagai nih.


Khairul memang dia kebal betul. bagi dia suhu masa ni panas. Bolehlah 6 tahun duk maian salji mahu tak kebal.


Dekat Paris laluan untuk basikal memang telah dikhaskan. Kalau korang dengar loceng berbunyi sila pandang kiri dan kanan yer sebab diaorang bawa basikal boleh tahan laju jugaklah. Dekat sini kena betul-betul patuh pada lampu isyarat walaupun untuk berjalan kaki. Kalau tak kena saman lah.

Jam 2.30pm kami keluar dari hotel berjalan-jalan dan shopping !

Misi utama ke  Arc de Triomphe, sebab sekitarnya terdapat pelbagai butik-butik baju,handbag dan macam-macam lagi. Sepanjang di Paris, Train (MRT ) adalah kenderaan rasmi kami. Untuk kesini perlu melalui station  Chatelete - lesHalles Auber - Charles de Gaulle - Efoile (turun di perhentian ini ) Dekat sini kami tanya dekat minah Paris dan nasib dia tolong tunjukkan arahnya. Kelirunya selepas turun train tu, sebab ada 2 terowong laluan jalan kaki dan tiada dwibahasa English untuk mudahkan kami tahu arah yang sebenar. Last kami terpaksa bertanyakan kepada orang-orang kat situ untuk ke Arc de Triomphe.


Bila keluar je dari Mrt, terkejut beruk bila menara Arc de Triomphe terpacak depan mata ini. Ini baru Arc de triomphe, kalau Kaabah comfirm dah menangis aku ni.



With My Family.. InsyaAllah ada rezeki kami akan datang lagi dengan membawa kesemua adik-adiku.


My love with me  ^____^  Dekat sini pelbagai drama dapat aku tengok secara live. Nak kiss macam mana semua aku tengok hahaha.

Mama dan Papa tersayang. Merekalah harta saya dunia dan akhirat. Mama mertua tak dapat ikut sebab busy dengan butiknya. Kan masa ni dah nak dekat puasa so banyaklah tempahan jahitan.
Arc de Triomphe


Muka gembira tak ingat ko masa ni.



Bangunan sekitar Arc de Triomphe


Selamber je My love pergi tepi beca tu dan suruh aku ambik gambar. Dan-dan masa tu pulak mamat bawa beca tu pandang ke kiri.


Senyum mama yer. Mahu tak senyum depan dia ni sebenarnya penuh dengan deretan butik-butik handbag.


Khairul dengan mama. Masa ni cahaya matahari memang terik, baru terasa panasnya tapi sekali angin bertiup terasa sampai ke tulang ooo.


Tengah-tengah jalan aku selamber berhenti ambik gambar Arc de Triomphe. Nasib masa ni lampu isyarat tengah merah.


Mata mama sudah mula melilau ke kiri dan kanan.


Senyum mama ^_____________^


Nampak tak deretan bangunan belakang aku tu? hah itu ada restoran dan butik-butik handbag, baju dan macam-macam lagi.



Dekat sini nak masuk butik apa sekali pun kena beratur dulu. 1st butik LV kitaorang beratur. dompet yang aku nak dah sold outttttt !!! fuhh geram kot. Dahlah dekat Airport Doha dompet Selvator pun sold out. Kata salegirl tu musim Summer banyak rakyat dari China borong kat sini. Last kita tukar beli barang lain.


Nampak tak orang ramai yang beratur tu???


Nampak butik ni terus 2 orang ni berlari kat banner ni suruh aku ambik gambar. Lepas tu terus berdesuppp masuk dalam butik.


Suka mama sebab dapat bergambar banyak-banyak hehehe.



Pintu gerbang ni sebenarnya dalam tu butik tau. Sempat juga Khairul Tanya itu dan ini kat mamat tu.




Masa ni My love dah tunjukkan aku Butik Gucci betul-betul kat depan kitaorang ni.


Masuk pintu lain dan keluar pintu lain kat butik Gucci ni hahaha.


Dalam banyak-banyak handbag dalam butik Gucci ni ada 1 design je yang aku tak pernah nampak dekat Gucci Klcc mahupun di Pavillion. Cantik jugaklah handbag tu cuma dia besar dan bagi aku cantiklah untuk kaum ibu. Frust sebab tak sempat nak curi ambil gambar handbag tu hahaha. Harga dia aku ingat dalam RM8000. Kalau dekat Malaysia dah berbelas ribu dahhh comfirm.


Berjalan dan masuk butik itulah rutin disini hehehe. Apa yang aku beli??? Rahsia hahaha. Ada setengah boleh tunjuklah ada setengah tak boleh nak show off sangat !

Butik LV dekat sini memang banyak cawangan.




Cantik giler bangunan ni bila di balkoni dia letak semua bunga color merah. Kontralah dengan bangunan dia calor white pearl.


Selepas puas masuk keluar butik, kami terus ke Menara Eiffel. Sekarang Menara Eiffel masih dalam renovation. Dari jauh aku dah Nampak Menara Eiffel terus aku tepuk-tepuk pipi nak surekan aku tak bermimpi disiang hari. Lepas dah comfirmkan barulah aku senyum sendiri.

Menara Eiffel




Dengan semangatnya berjalan ke Menara Eiffel


Berhenti rehat seketika sebelum sampai ke Menara Eiffel. Waktu ni My love boleh ternampak minah Paris tengah buang air disebalik pokok. Fuhhh patutlah bau hancing je sekitar Paris ni. Serius Paris sangat kotor bukan seperti yang aku gambarkan iaitu sebuah kota cinta yang cantik dan bersih.



Alhamdulillah akhirnya sampai juga di Menara Eiffel. Ya Allah masa ni aku bagaikan mimpi je dapat bertentang mata depan Menara Eiffel ni.


Apa lagi mari posing yer. Papa dan mama pantang kamera dipegang comfirm cepat-cepat posing ooo.



Seronok aku tengok papa dan mama happy. Tapi bila aku cakap kat mama nak pergi Disneyland Paris dia cakap tak nak pergi sebab teringat adik-adikku yang tak dapat ikut so aku ambik keputusan tak pergi Disneyland Paris. InsyaAllah dimasa akan datang.



Gambar kami berdua harus ada. My love pun sakan macam aku juga. Teruja pun iya gak hehehe. Serius aku suka gambar ni macam happy dan freestyle.






Kami tak sempat naik sebab tengah renovation dan beratur tersangat-sangat panjang.


Masa ni mama ternampak drama cium-cium bagai hahahaha.

Kalau nak beli souvenier jangan beli kat Souvenier shop bawah Menara Eiffel ni tau sebab agak mahal. Kitaorang beli jauh sikit dari sini. Kalau berani cuba Tanya-Tanya orang jalanan yang jual kat sekitar Menara Eiffel ni. Murah je sebenarnya kalau kena tempat.

Tak kira dimana harus bergambar hehehe. Cuaca berangin mulalah hidung aku jadi merah dan sok sek sok sek.



Elok tengah syok-syok ambik gambar dalam setengah jam,  hujan pun turun agak lebat. Apa lagi kami terus menapak ke station Mrt yang berdekatan. Kang demam pulak esoknya naye je tak boleh nak gi jalan-jalan ke tempat lain.


Station Mrt Vente de Billets


Masa ni tengah tunggu Khairul check peta untuk naik Mrt balik ke hotel semula. Biasalah mat peta kan. Tak sure laluan mana just Tanya orang disekitar tu je. Korang Nampak tak palang besi macam dekat station train kat Malaysia tu bila turun tangga dalam gambar ni? Nak jadi cerita mama aku punya tiket tak boleh scan, so ada mamat Paris ni tolong mama aku dengan scan tiket dia dan suruh mama aku lalu dulu dan dia lompat je palang besi ni sebab nak bagi laluan kat mama aku. Ada yang baik dan ada yang kasar sikitlah penduduk di Paris ni.



Mrt dekat sini ada yang 2 tingkat dan ada yang 1 tingkat. Kebetulan masa nak balik ke tempat penginapan ni Mrt yang menuju kesana jenis 2 tingkat so merasa jugaklah aku hehehe.



Suasana dalam Mrt 2 tingkat. Masa naik kena berdiri dulu lepas berhenti station berikutnya ramai yang turun terus kitaorang duduk. Dalam train ni macam-macam kitaorang borak dan gelakkan. Sampai mat-mat saleh tepi kitaorang senyum dengan telatah kitaorang. Masa ni barulah rasa kaki sakit, badan letih dan semua adalah hahaha. Bila berada dalam train kena selalu berjaga-jaga pick pocket. Selalunya budak kecil yang akan main peranan bila mak bapak dia tengah leka bersembang dengan kita untuk cover anak dia tengah buat kerja mencuri tu. Setiap naik train memang aku akan ingatkan familyku suruh pegang kepala zip beg.


Air masak dan manis memang sentiasa ada. Macam aku jenis tekanan darah rendah bila pening sikit aku cepat-cepat minum air manis untuk tak nak bagi pengsan dan lemah. Hari ini saje dah beli 2 botol air iaitu Lipton dan Tangina oren = 4.60 euro = Rm20.23.


Yeayyy dah sampai Station  Gare du Not kembali. Tak sabar nak sampai hotel penginapan masa ni.


Sampai hotel jam 5pm waktu Paris. Balik terus makan nasi dengan lauk kari ayam Yeos dalam tin. Fuh nikmat betul nasi panas dan lauk pauk dalam tin masa dekat sini, pulak tu angin sejuk bersepoi-sepoi lagilah nikmat hahaha.

Air mineral dekat sini kawasan bandar 1 botol 2 euro = Rm8.80, so pandai carilah air mineral yang murah. Setiap kedai berlainan harganya. Kalau dekat hotel penginapan aku TRADER adalah kedai paling murah dia macam mini marketlah. Dekat kedai ni air mineral baru  0.20 euro = Rm0.88 je fuhh banyak beza ooo.

Balik konon-konon rehat sekejap untuk betulkan otot-otot badan. Baring atas katil dulu kononnya sebab dah janji dengan yang lain-lain, malam nanti nak gi makan  kebab dan cari sourvenier. Tapi yang sedihnya semua tertidur sampai keesokkan hari. Jam 8pm baru Paris betul-betul gelap. Musim panas disini siang panjang dan malam pendek. My love je tertidur selepas jam 8pm.

Nasiblah masa dalam flight dari Doha ke Paris aku setting mata sesiap dengan makan ubat tahan muntah supaya aku tak jetlag bila tiba di Paris. Kalau tak, pening kepala ooo. Inilah pertua aku bila travel mana-mana.

Oklah bersambung ke episode seterusnya yer. Entry raya akan dipublish selepas entry Europe trip ni habis hehehe.

* Aku akan buat perbelanjaan yang telah dikeluarkan semasa berada disana yer. Untuk pembelian dalam internet dari Malaysia aku akan listkan di entry penutup nanti ok.


Bajet yang dibayar dari Malaysia :

 Hotel Penginapan Rm560.00 x 1 malam

Bajet Hari Ketiga :

Tiket Mrt dari Airport ke Hotel penginapan Rm41.79 x 5 = Rm208.95

Tiket Mrt untuk kegunaan 1 hari Rm30.35 x 5 = Rm151.75

Makan Pagi ( Kebab Arab ) = Rm148.68 untuk 5 orang makan

Air minuman = Rm29.91


Total : RM539.00 untuk 5 orang


 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy