Khamis, 28 November 2013

RUTIN BULANAN

Assalamualaikum,

Yeayyy esok jumaat !! tetiba je. Seronok sangat sebab lusa cuti dan nak ke kenduri kahwin member sek rendah dan menengah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan lama yang dah bertahun tak jumpaaaa.

Oklah bulan November turn adik bongsuku Masturina bersuka ria outing dengan kakak kesayanganya ini hahaha. Aku ada 3 orang adik perempuan so kami akan ikut giliran setiap bulan untuk keluar shopping bersama-sama.  Ada ketika barulah kitaorang keluar dengan kesemua adik-adiku termasuk mama untuk " girl talk " !


 
Nampak aje adik aku tu macam sempoi tapi bila shopping ambik ko kiri kanan penuh dengan shopping bag baju, kasut dan seluar. Baru tingkatan 3 tapi bab-bab shopping memang menurun dari kakak dan mama dia hahaha. choiii.
 
Sekarang dia pun dah pandai nak match dan mix kan apa-apa jenis baju, seluar dan tudung. Kata ada fb, twitter dan IG kannnn. Rujuk sana sudahhh.
 
Inilah 1st time dia jejak Sg wang, saje je aku heret ke sini. Dan apa yang pasti dia jakun dengan harga baju yang ditawarkan rasa nak bolot semua katanya. Bankrup oii kakak mu ni. So bila duk dalam ni aku lepas kan dia untuk pilih sendiri apa yang dia mahukan. Citarasa dia dengan aku memang lebih kurang je so aku tak pernah kata NO dengan pilihan dia. Aku just sedia duit dan bayarrrrrrr ! PITAM !!
 
Next month keluar dengan budak kecik ni lagi cari barang sekolah dia pulak.. pitam lagilah jawabnya huhu.
 
p/s: korang perasan tak kulit wajah aku dan adik aku Nampak smooth dan gebu kan? Kalau nak tahu rahsia dia boleh je email aku yer. Malas nak kecoh-kecoh dalam blog lagi sebab dalam proses testimonial diri sendiri. 50% ada perubahan sudah dari yang duluuuuu. Lama lagi kot nak up entry pasal ni. Kita kasi yang sape rajin email aje untuk kecoh pang pung pang dalam email jer. Yang bestnya kulit wajah dah bebas cela plus berat badan makin susut hehehe.
 
 
 

Selasa, 26 November 2013

HOLIDAY BUKIT TINGGI PADANG INDONESIA 2013

Assalamualaikum,

Padang Bukit tinggi 12 - 17 Okt 2013

Assalamualaikum,

Cerita Indonesia up! Hahaha siapa follow Instagram dan Facebook dah tahu dulu kannnnn ;)

12 Oktober 2013 jam 3am dah bangun untuk bersiap ke Lcct sebab penerbangan ke Padang Indonesia jam 7.30am, walaupun bangun pagi buta tetap mandi tau, tak selesa kot nak berjalan tapi tak mandi haha.

 
Tengah nak drop bag di kaunter

Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia setelah seminggu menjadi perantauan di negara orang. 1st time selama hidup inilah pertama kali beraya jauh beribu batu dari Malaysia. Seronok beraya di negara orang, pelbagai gaya, pakaian, telekung dan ragam orang dapat dilihat dan alhamdulillah kami diterima menjadi tetamu untuk sembahyang raya di masjid. Satu pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan. 


Dalam Masjid di Maninjau
 

 
Kes telekung tertinggal punya pasal so sehari sebelum ligan pergi cari telekung baru. nampak tak kesan lipat tuuuu.

Di AirPort kami dijemput oleh Hidayat iaitu Supir yang selalu mengambil kami tak kala ke Padang Indonesia ini. Sekarang pemeriksaan imigrasi Indonesia sangat-sangat ketat. Habis semua beg akan dibuka dan discan banyak kali.

Alhamdulillah akhirnya Ayumieza Travel telah melebarkan sayapnya ke Bali Indonesia setelah usahasama dengan pihak Indonesia berjalan lancar. Sebelum ini kami hanya bertapak di Padang, Bandung dan Jakarta sahaja kini rezeki ke Bali pula.

Shopping, jalan-jalan sekitar bukit tinggi dan shopping kain sulam, beg kulit, dan pelbagai lagi memang menyeronokkan apabila tiba di sini. Tak ingat dunia oooo jutawan segera kan hahaha. Ohhh tak lupa jugak ronda-ronda di sekitar Maninjau yang danaunya sangat-sangat indah. Ada juga terserempak dengan Mat Salleh yang menginap disana dan katanya Maninjau nyamannnn sangat....




 
Pallazo itu adalah 100% dari bakal butik online shop saya. Tungguuuu.

 
Disneyland Indonesia hahaha sebenarnya ini di Jam Gadang Bukit Tinggi je. Suka aku dengan budak yang pakai kostum Sin Chan ni. Pandai di mainkan peranannya. Siap suruh aku ambik gambar dia supaya buat kenang-kenangan. 5 ribu rupiah je upah diaorang ni.




 
Lapar selepas shopping so adik iparku Dila pergi beli sandwish burger
5 ribu rupiah = Rm1.50 sahaja. Barang shopping tak paying tayanglah kali ni hahaha korang pun dah boleh jangkakan apa yang aku beli bagai semua.

 
Malam hari aku dan My love naik Honda iaitu motosikal untuk berjalan-jalan sekitar kawasan tempat tinggal sambil mencari makanannya sambil menghirup udara segar di sini. Akhirnya semua makanan yang teringin ditekak aku sudah selamat masuk perut seperti bakso, sate, ketupat tahu, pecal, ikan bakar pecal lele, murtabak Mesir, murtabak bandung, ayam goreng, nasi goreng, soto, teh botol, ais jeruk dan teh ais. Yang best sekali selama di sini aku beli 2 kotak besar teh botol tapi dalam gelas punya hahaha ambik ko setiap hari aku minum teh gelas ni puas hati!!!




 
Ketupat tahu

 
Murtabak Bandung dan Murtabak Mesir

 
Nasi goreng siang malam

 
Bakso

 
Sate padang


Mee goreng

Oklah lepas ni kita nak ke sinun pulaaaa hahaha.... Di rahsiakan dulu ya sebab projekrahsia belum dijalankan lagi hahaha. Dah jalan baru boleh kita War-War kan yer.



 

 
Beg sudah beranak. Masa pergi hanya beg hanya 2 sahaja bila balik sudah jadi 5 kooo hehehe.

 
Tudung bawal purple tu hadiah dari salah satu took kedai di pasar atas yang selalu tegur aku setiap kali ke sana. Terima kasih ya ibu..


 
Akhirnya khatam sudah entry Indonesia. Kali ini ringkas je update entry ke Indonesia sebab korang blog godek-godek dalam entry-entry yang lepas. Bukan main detail aku update so cari sendirilah yer. Setiap tahun Bukit Tinggi ni memang aku kunjungi sebab aku dah jatuh cinta sama ini tempat hehehe.
 
Kepada yang teringin pergi melancong sekitar Indonesia tetapi budget kecil boleh emailkan kepada Ayumieza travel untuk mendapatkan sebut harganya yer.

dengan tajuknya travel ke Indonesia.




Isnin, 25 November 2013

HADIAH BUAT TEMAN

Assalamualaikum,

Pernah tak korang rasa binggung nak buat kejutan pada teman, anak, adik beradik atau sesiapa sahaja untuk sambut hari lahir atau apa-apa sambutan sekali pun ??? Perkara ini memang selalu menghantui cnp setiap tahun dan akhirnya adik cnp memberi idea ini untuk memudahkan orang lain supaya tak jadi macam cnp ini hahaha.

Hahhh sekarang usah risau lagi sebab Inidiarinurul akan membuat PAKEJ HADIAH untuk anda semua. Korang hanya pilih barang yang terdapat dalam blog ini  dan isi order form dengan tajuk pakej hadiah. Kami akan bungkuskan dengan secantiknya menggunakan kotak khas, direbenkan dan jangan lupa sertakan sekali ucapan anda untuk kami letakkan dalam kotak tersebut. Mudah bukan? Pasti si penerima terkejut dengan kehadiran hadiah yang tanpa disangka-sangkakan ini.

Ok cnp sertakan cara-cara untuk order Pakej Hadiah ini :


 
Click makeup shop untuk membuat sebarang pilihan barang yang hendak di berikan kepada si penerima.
 
 
 
Selepas pilih barang, sila scrool pada bahagian atas berdekatan header blog dan akan Nampak Order form seperti ini. Isikan butiran anda dan pada Product Order sila masukkan code : PAKEJ HADIAH ok untuk kami gubahkan hadiah tersebut.
 
 

Pilihan customer pertama  barang makeup. ( Barang dipilih sendiri oleh customer )
 
 
Pilihan customer kedua Shawl untuk adinda tersayang katanya. ( Shawl ini telah habis stok sebab saya reviewkan dalam email sahaja sebelum ini, insyaAllah lepas ni saya review di blog dan Instagram )
 
InsyaAllah kami akan bagi service yang terbaik untuk anda semua. Terima kasih atas sokongan anda semua terhadap perniagaan online kami. Yang bertanyakan bila kami nak buka butik diatas Tanah insyaAllah suatu masa nanti. Itulah impian cnp juga selama ini.
 
Kepada customerku tersayang, setiap pembelian anda walapun 1 pcs, kami tetap berikan free gift untuk anda semua.
 
Jangan lupa follow Instagram Inidiarinurul yer.
 
 
 
 
 
Sebarang pertanyaan boleh email ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com yer. InsyaAllah cnp akan menjawab dengan pantas sekali. Kalau lambat reply maknanya cnp berada diluar tapi pada hari yang sama juga akan dibalas.
 
 


Jumaat, 22 November 2013

BEDAK ARAB KOKURYU

Assalamualaikum,






RM35.00 SAHAJA !!
dan akan mendapat free gift dengan setiap pembelian bedak arab ini.


( Gambar tanpa edit sebab tu Nampak jerawat atas dahi hehe )
 
 Kokuryu Super Summer Cake (bedak arab) didtgkn dgn Kokuryu Beauty Sponge.
 
Menggunakan teknologi jepun dan dibuat di Filiphine.

Bedak Arab merupakan powder digabungkan dgn krim kecantikan secara saintifik mbentuk powder, foundation,moisturizer dlm satu. Bedak Arab ni kiranya 3 dlm 1.Bedak ini merupakn formula kecantikan yg unik dan sesuai utk semua kulit.Didtgkn dgn warna yg halus, tidak menggelapkan kulit, mampu melindungi jeragat,parut dimuka anda dan senang aje BASAHKAN SPONGE dan terus sapu ke muka anda.


 
* PERLU DIINGATKAN... SEBELUM MASUKKAN SPAN DALAM PLASTIK PASTIKAN SPAN TU KERING DULU.. JANGAN TERUS MASUKKAN SPAN YANG BASAH DALAM PLASTIK COZ NANTI BERBAU BUSUK DAN BERKULAT !!!!
 
Anda akn kelihatan cantik semulajadi walaupun berjemur di bawah sinaran matahati malah akan melembapkan kulit muka anda.
Akan kelihatan lembut, gebu, bercahaya, berseri, cun dan yang penting terasa ringan di muka (tak melekit lansung!)
 
 KELEBIHAN BEDAK ARAB:

-halal dan boleh dibawa solat
-harga yg berbaloi dan tahan 3-4 bulan
-3 in 1(powder,foundation n moisturizer)
-tahan selama 8 jam
-bedak ni boleh serap ke dlm kulit dlm masa 1 minit dan mberi kesan semulajadi
-sangatt berkesan bila berpeluh lagi cantik,shining dan glowing
-bedak ni wangi
-bedak ni ikut darah pemakai
-boleh cover kulit bminyak
-melindungi jeragat dan jerawat
-dpt mgecutkan jerawat
-muka semakin gebu dan lembut
-UV protection



Berminat sila isi order form diatas blog ini yer.
 

Khamis, 21 November 2013

HOLIDAY RUSIA : MOSCOW LAST EPISOD [PART 11]

Assalamualaikum,

9am dan Check out apartment yang disewa selama di Volgograd Rusia. Owner rumah sangat-sangat baik dan ramah.


Airport Volgograd

 
Bersedia merantau ke Moscow pula.


Beli air ni dekat mesin. Ingatkan air mineral biasa rupanya air mineral perisa strawberry. Sedappp.


Makanan dalam flight menuju ke Moscow.
 
 
Flight ke Moscow jam 12.45pm menaiki flight S7 selama 1 jam setengah.

 
Jam 2.45pm selamat sampai di Moscow. Hello Moscow !! Tapi aku takutlah naik flight S7 ni hahaha. Semua flightlah aku takut senang cerita.
 
 
Sampai je Airport Moscow kitaorang tukar duit di money changer yang ada dalam airport ni. Beg-beg yang mana besar gedabak semua simpan kat locker yang disewa dalam airport ni jugak. Kitaorang just bawa baju yang nak di pakai je kelam begpack. Tak payahlah nak angkut semua beg yang berat gedabak tuuu. tak sanggup ooo. Kos sewa locker 540 ruber untuk 2 malam = 54.00
 
Selesai semua urusan di airport, jam 4.30pm terus gerak naik train dari airport untuk ke hotel penginapan yang telah di book awal-awal oleh Khairul.
Kos naik train 320 ruber = Rm32.00 untuk 2 orang
 
Kitaorang menginap di Beta Hotel. Segala urusan check in Khairul urusankan sebab diaorang banyak berurusan dalam bahasa Rusia. Yang paling aku tak boleh blah dapat bilik tak ada aircond dan diberi kipas kecil atas meja !!! Katanya sebab tak request nak aircond choiii. Khairul lagi best bilik bisnes class ok pun tak ada aircond alas an yang sama diberikan. Tapi tak apa nasib duduk tingkat tinggi melangok so angina sejuk juga masuk dalam bilik.
 
 
Inilah bilik aku dan My love.


Toilet yang bersih dan besar. Ada drama tau dalam toilet ni sebabnya aku nak minta towel so bila aku cakap English, cleaner tu cakap Rusia so jadilah ayam dan itik hahaha. En Suami boleh pulak dia gelakkan aku. Last-last aku tunjuk towel barulah dia faham.


Towel di tepi tab tu lah jadi pengalaman ayam dan itik. Wah barulah aku faham peribahasa itu haha.

 
Sabun, shampoo, Losyen semua bagailah untuk kegunaan dalam toilet.


 
Selipar bilik tu aku bawa balik Malaysia.
 



Lepas check in, mandi, solat semua terus bersiap keluar cari makan. Kitaorang makan Subway je kebetulan betul-betul depan hotel. Hanya 308 ruber = Rm

 
Pemandangan bangunan-bangunan cantik je disekeliling kitaorang. Lepas selesai makan kitaorang balik hotel untuk rehat dan sambung tidur balik hahaha. Esok misi untuk jelajah Moscow so badan kena cukup rehat.
 
ZzzzZZZZZzzzz
 
*************************************************************************************
 
10am dah keluar untuk jalan-jalan di Moscow. Badan rasa segar dan bertenaga je sebab tidur betul-betul cukup cuma mata aku je sejak sampai Rusia asyik gelong je.
 
 



Ok beli tiket train siap-siap. Kat sini pun beli kad macam di London tu.


Hahaha ni waktu temankan mama pergi toilet. Biasalah kalau Nampak cermin kan.
 


Nampak tak patung beranak tu??? Itu adalah symbol bagi Negara Rusia kalau tak salah aku. Adalah beli 4 5 ketul untuk kenangan dan bagi kekangkawan. Tapi ada sorang member ni boleh pulak dia cakap ini patung nak letak abu mayat choiiiii !!! Berasap aku dengar !!! Sila googlelah sejarahnya kalau nak tahu.



Souvenir aku habis 510.00 ruber = Rm51.00 di sini. Macam kad atas ni pun En suami sempat beli 3 4 kotak untuk main saje-saje hujung minggu almaklumlah aktiviti hujung minggu lepak dengan adik beradik kannnn.








 Tempat yang wajib dikunjungi setiap Negara yang aku pergi ialah Hard Rock Café !!! Aku beli 2 pasang tshirt dan En suami ada beli beberapa pasang lah dekat sini. Puas hatiiii.
 
Tengahari tu kitaorang makan McD je tapi yang terkejutnya sos cili siapa nak kena extra caj. Ambik koooo. Diaorang dating Malaysia patutlah ambik sos macam tak cukup dulanggg sebab freaa kan. Makan McD 407.00 Ruber = Rm40.70 untuk 2 orang.


 Jom cuci mata dengan gambar yang sangat banyak yer di Moscow.


Sekitar kawasan train bawah Tanah di Moscow. Ya Allah cantiknya ukirannya. Macam tak percaya cantik macam ni kat kawasan train. Ingat dalam istana tau.



Dalam banyak Negara aku pergi rasanya kawasan train di Moscow paling cantik dan bersih.




Escalator tertinggi kot sebab elok balik dari Moscow, tengok majalah 3 ada masuk pasal escalator tinggi ni. Tak silap ketinggian dia melangkau 10 tingkat bangunan. Aku kalau dah pandang depan jangan harap nak tengok bawah rasa nak jatuh pun ada. Tapi sini cctv ada je sepanjang escalator ni.





Kitaorang sesat so kena Tanya Polis kat situ hahaha.




Ini Restoran, tapi kitaorang tak singgah cuma Khairul je pernah makan disini sebelum ini.







 























Dalam bangunan belakang papa dan mama aku tu ada mayat alaa aku lupalah nama dia tapi orang besar Rusia jugaklah yang telah diawet dan disimpan dalam tu. Masa kitaorang dating dah tutup untuk tengok mayat tu hehehe.


















 Sampai je sini terus Instagram kat adik iparku Dilla. Iyelah kami dah jejak Negara
 fast n furious 6 shooting hehehe.


















Restoran makanan tapi tak pasti sama ada halal atau tidak.


Cantik kan bangunan yang terdapat di Moscow ni. Semuanya warna- warni.

 
Muka terpaksa senyum walaupun keletihan yang amat. Masa ni jam 7pm tapi tetap cerah. Di Rusia masa aku dating ni musim panas dan waktu siang lagi panjang dari malam.
Oklah nak ZzzzzzZZZZzz.

 
Ini pemandangan yang sempat aku ambik gambar pada jam 3.30 pagi ok. Gelap hanya 3 jam sahaja dari jam 11 malam hingga 3 pagi. Mula-mula papa aku terkejut juga jam dah 11 malam tapi masih ada budak-budak main bola dipadang depan hotel aku ni. Pastu jam 3.30am dia bangun nak toilet terkejut ingat dah terlajak tidur rupanya matahari dah timbul walaupun jam baru 3.30 pagi. Mahu tak sakit kepala dan mata kitaorang nak setting hehe.

 *****************************************************************
 
Sebab nak habiskan cepat entry di UK dan Rusia so inilah kaedahnya kalau Nampak bintang panjang tu maknanya next day ok hehehe. 
 
 
9.00am keluar shopping souvenir untuk terakhir kali. Habis dalam 1000 ruber = Rm10.00 je. Rupanya berdekatan hotel kami terdapat sebuah pasar yang menjual pelbagai benda pun dengan harga murah. Dah nak balik baru tahu cehhh. Tapi nak masuk pasar ni kena bayar 3 ruber = Rm0.30
 

Malaysia ada ke yang jenis panjang macam ni??


Happy je mama untuk shopping saat-saat akhir.

 
 Roti daging dan ayam. Dalam ni ada kedai halal dan Khairul cakap roti ni sedap so aku suruh dia belikan sekali untuk aku. Memang sedap jugaklah roti ni.



Kalaulah aku tahu berdekatan hotel penginapan ada pasar jang jual pelbagai barang tak perlulah aku beli  souvenir di Bandar semalam. Kata dalam pasar ni giler murah huhuhu.






Giler rambang duduk dalam pasar ni. Macam-macan Nampak nak beli fuhhh parah. Tapi korang kena pandai tawar menawarlah.


11.45am check out hotel Beta dan terus menuju ke train untuk ke airport. Train 4o ruber untuk 2 orang.


1pm kami selamat sampai di train menuju ke airport. Masa sampai ni pintu train belum buka lagi so melepaklah depan pintu dia dengan panas terik masyaAllah. Train ini menuju ke Airport selama 45 minit. Kos 640 ruber untuk 2 orang = Rm64.00






Kenapa kitaorang sanggup duduk depan pintu train tadi?? sebab nak dapat seat depan sekali sebab ruang dihadapannya agak luas.


Yeayyy dah sampai airport Moscow. Airport Moscow pemeriksaannya memang sangat-sangat ketat almaklumlah penah kena bom kan dulu.


Barang yang telah diberanakkan hehehe. Tengok sambil menunggu flight boleh lagi tengok teduhan kasih ahahaha. Dah boring aku ajak My love lepak Coffea house minum
hot chocolat 75 ruber = Rm7.50 segelas.


Masa untuk Check in ...

 
Waktu untuk pulang ke Malaysia... Rindunya dekat adik-adiku di Malaysia. Perjalanan dari Moscow ke Doha mengambil masa selama 6 jam. Tibanya di Doha flight delay selama 1 jam so bersabarlah menunggu. Tepat jam 1.20 am flight terus terbang ke bumi Malaysia. Boleh dikatakan selama perjalanan 12 jam aku tak jamah seketul makanan pun hanya jus oren peneman jiwa. Tak lalu rasa nak demam je. Jawab papa dah duit dah habis memang rasa nak demama hahahahaha.


Yeayyy dah sampai Malaysia tepat jam 8.30am Alhamdulillah. Tunggu beg dan kastam terus keluar menuju ke ERL. Adik-adikku dan adik ipar menunggu kitaorang di Kl Sentral je. Terpaksalah bawa kereta sebijik dan Mpv sebijik sebab tak muat nak sumbat beg. Dah terberanak hehehe.


Biasalah kan waktu balik dari mana-mana tempat pun akan lesu waktu pergi bukan main cergas kan.


Hadiah untuk mama mertua dan adik-adikku / ipar.
 
Tamatlah sudah entry Holidayku ke Doha, Paris, London, Volgograd dan Moscow . Inilah kenangan terindah dalam hidupku setakat ini. Terima kasih Ya Allah atas rezekimu. InsyaAllah moga Allah makbulkan permintaan aku untuk ke sana kelak. Moga lepas ini aku akan kembali menjejaki Negara ini dengan adik beradiku / ipar untuk sama-sama merasa main salji pulak hehehe aaminn.
 
InsyaAllah entry di Rusia ni aku akan update detal-detail perbelanjaan disana tengah nak kumpul maklumat.
 
Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan boleh emailkan pada aku ye di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


Next entry Holiday Indonesia pulok... lepas tu holiday sinun pulok hehehe. lepas tu ??

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy