Selasa, 31 Disember 2013

PA CNP ADA PENGUMUMAN

Assalamualaikum,

 

Byeeeeee..... Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempohhhhhh !!!

Jumaat, 27 Disember 2013

BONIA OH BONIA

Assalamualaikum,

Balik dari Port Dickson tempohari, tidur tak cukup, badan letih yang amat dan rehat tak cukup, bangun pagi esok berdesuppp pergi KLCC pulok ada job blogging. Dah rezeki tak kan nak lepaskan pulok kan. So gagahkan diri ini dan macam biasa heret sekali En suami temankan.tapi kat sana dia dating dengan adik perempuan dia dan aku pulak dengan job aku hahaha.

Lepas selesai meeting, badan letih kan so harus pergi terapi diri. Lalu depan Butik Bonia ni terus hati terpikat dengan sesuatu. So untuk aku seketul dan En suami seketul hahaha.

Balik rumah terus boommm ZZzzzzZZZZzzzz.



Abaikan mata dan muka sembab itu yer.

Khamis, 26 Disember 2013

TERAPI DIRI DI SOGO

Assalamualaikum,

Berkerja ke ???

I cuti panjang tauuuu hahaha. Choii gelak jahat.
25 dis hingga 2 Jan 2014 - so I cuti dari hujung tahun hingga tahun depan. Dengar macam lama aje kannnn.

Jualan murah di Sogo !! Mama borong set cadar adalah dalam 4 set dan aku adalah sikit hahaha. Ini gambar yang sempat snap, yang tak sempat ada kat tangan mama hahahaha.




Cadar pun cadarlah janji dapat shopping.. terapi minda hahahaha...

Rabu, 25 Disember 2013

SELAMAT HARI NATAL & HAPPY NEW YEAR

Assalamualaikum,

Aku ambik kesempatan nak wish Merry Christmas buat penganut Kristian dan Selamat Tahun baru buat semua... Azam baru apa yer tahun ni hehe azam tahun lepas macam mana?? Alhamdulillah azam tahun 2013 telah terlaksana dengan izin Allah.







 
 Now aku tengah bercutiiiii so semua update autopublish ok !!! Hehehehe. Masa korang tengah baca entry ini aku dah selamat sampai kot ke tempat percutian untuk tahun ini. Doakan aku selamat pergi dan balik yer. InsyaAllah kalau wifi di tempat penginapan lajuuuu, aku update dari sana yer.

 Daaaaa !!!

Selasa, 24 Disember 2013

PHOTOBOOK

Assalamualaikum,

Yeayyy seminggu hantar order terus zassss berdesupp dipos sampai ke rumah. Services memang tip toplah kann, walaupun free je photobook 40 muka surat ni. Aku bayar Rm8 kos pos je. Semuanya berpunca dari Groupon ok. So nak free kena selalu jeling-jeling disana hehehe.


Masa dalam proses menyiapkan photobook ini. 1 done so tinggal lagi 7 photobook nak kena siapkan yehahhhh.

 
Packing pun cantik dan selamat tau photobook aku ni.


Kecik je photobook ini. Kata free kan hehehe. Lepas ni nak try buat yang size A4 pulok.



 


Thank you photobook. So kepada korang yang teringin nak abadikan gambar terindah korang macam aku ni boleh ke website photobook yer.

Byeeeee.....

Isnin, 23 Disember 2013

KENDURI OH KENDURI

Assalamualaikum,

Hello... minggu lepas sibuk ke kenduri kahwin yang sudi menjemput kita hehe. Sehari sebelum tu,  iaitu hari sabtu busy meneman En suami ke office dia dan aku ke office aku (dalam office En suami jugak ) memandangkan banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum holidayyyyyyyyyyy !!! Biasalah selagi #projekrahsia tak diumumkan selagi itu aku busy..busy..busy.. InsyaAllah tak lama je lagi aku akan umumkan yer. Tungguuuuu.



CNP dengan En Suami..

 
Dengan sepupu En Suami. Masih sekolah menangah lagi si gadis manis ni tau so tak leh nak ngorat harap maklum hehehe


Dengan ibu si gadis manis.
 
 
Spek : Rayban
Wedges : Sembonia
Clutch : Made in Indonesia
Dress : From My butik Online
Shawl :  Alhumairacontemporary
 
 

Khamis, 19 Disember 2013

MENGIDAM SNICKERS SHAKE

Assalamualaikum,

P/S : cammylia sila email kita alamat dan no hp whatsapp awak yer....


 
Tetiba teringin nak minum Snickers Shake. Ada sesiapa tahu dekat sini mana nak dapat? Air coklat dia yang pekat, ada kacang dan memang terbaiklah... Siapa tahu kat mana nak dapatkan boleh roger aku di email yer. Tq semua...

Rabu, 18 Disember 2013

IPAD 2 DALAM TANGANKU AKHIRNYA

Assalamualaikum,

Yeayyy En Suami murah hati sebab bagi ipad 2 dekat saye hehe. Dia pulak beli ipad mini ngeh..ngeh.. aku kan suka semua barang yang besar so aku pilih nak ipad 2 jugakkkk !!

Lepas ini lagilah senang aku nak update blog. Pergi mana-mana cari free wifi update blog. Kebetulan minggu depan nak pergi holiday so bolehlah aku update blog setiap hari selama disana. Tak adalah bersarang seminggu hahaha. Nasib tempat penginapan wifi free.

Thank you ye En suami.. lepas ni nak iphone boleh??? kasi yang awak punya tu pun tak apalah hehehe.



Dimana-mana berada boleh buat kerja dah janji free wifi hehehehe..

Isnin, 16 Disember 2013

PA BARU CNP


Assalamualaikum,
 
Hari ini nak perkenalkan PA baru saya iaitu tukang beri apa-apa maklumat di blog ini. Nama dia CNP DOLLY NOTE ^__^
 
So lepas ini apa-apa maklumat saya akan terus update di CNP DOLLY NOTE ini aje senang kerja kan.
 
Penat betul minggu ini, balik outstation zasss ke blogging job pulok lepas tu zasss ke Cyberjaya pergi dating dengan en Suami kejap di restoran Padi kemudian singgah di Big Bad Wolf pulok untuk beli buku. Hari ini gagahkan diri masuk office mesti meja tak rupa meja punya huwawww.
 
" Boss kepala saya rasa pening sikit, hidung dah merah tanda selsema dan bagi amaran dia nak datang, boleh saya cuti or mc tak ?? hehehe. "
 
 


Byeeee ...
 
 

Jumaat, 13 Disember 2013

AKU DAH JATUH CINTA

Assalamualaikum,

Aku dah jatuh cinta dengan iphoneeee. Aduhhh macam mana hati boleh berpaling tadah pulak sekarang ini hoiii. Harus nak cari seketul ni sebab dah teruja yang amat.

Tapi blackberry dan samsung tidak akan aku lupakan tetap dihati dan dibawa ke hulu hilir sekali. 



Ini koleksi En suami yang memang hantu dengan barang Apple. Sekarang aku pulak yang dah kena rasuk nak pakai iphongggg ni.

Byeeeee.... masih di Port Dickson yo !!



Khamis, 12 Disember 2013

GRAND LEXIS CNP DATANG

Assalamualaikum,

Hello Nurul packing baju dan terus ke PD yer.

Ok Bos !!!

Begitulah aku semalam. Jam 1.45pm berkejar balik rumah packing baju untuk ke Grand Lexis selama 2 malam berkampung disini. Kerja macam aku ni memang adakalanya kena standby aje tapi aku suka dengan kerja ini. Bos pun baik dan bertolak ansur kira bonuslah tu kannnn.

Tapiiii kesian pada En suami sampai Malaysia, isteri sudah berdesupppp outstation. Aku hanya sempat sms je memandangkan masa dapat arahan tu en suami dah dalam flight pulang sini. Ohhh tak sempat nak jumpa tentang mata hehehe. Aku sampai PD je terus aku cuba call dia nasib boleh cakap hehehe.




Oklah nanti aku reviewkan hotel ini yer. Tapiii memang dah ramaikan duk menginap sini. Aku je baru nak rasa hehehe tak apalah Free kan sape tak nak hehehe.

Oklah nak terjun kolam kejap byeeee. booooommmmmmm dushhhhh yahoooooo.


Rabu, 11 Disember 2013

OMEGA GUARD MENGUBAH KESIHATAN CNP

Assalamualaikum,

Promosi Omega Guard datang lagi untuk tahun 2013. Masa inilah kita nak untung sebab beli 6 botol FREE 1 botol lagi.. Iye saya tahu tidak semua mampu beli vitamin ini sekaligus, tapi insyaAllah saya boleh bantu anda untuk dapatkan SET BAJET VITAMIN INI. Just email saya yer.



Dulu badan saya memang lesu 100% bila petang menjelma, kadang-kadang tu mata dapat bertahan sehingga menanti solat Magrib je dan Solat Isyak perlulah saya bangun kembali sebelum Subuh muncul. Masa tu pun kesegaran badan saya bukan 100% dah power full. Kehidupan saya yang bekerja dan bisnesswomen membuatkan tenaga saya cepat berkurangan dan penat yang amat.

Alhamdulillah sejak mengamalkan Omega Guard ni kehidupan saya berubah 100%. Betul saya tak tipu..saya turut memaksa papa dan mama mencuba sekali dan akhirnya bila stok Omega habis menggelupur mintak saya order kembali hahaha. Yang pasti kedua ibubapa saya sihat. Setiap apa yang kita buat DOA, USAHA DAN TAWAKAL mestilah diiringi seiring dengan apa yang kita dah lakukan. 3 perkara tu selalu yang papa saya ungkapkan dari saya kecil hinggalah dewasa.

Dalam masa yang sama saya boleh menurunkan berat badan secara sihat. Inilah rahsia saya menjaga badan untuk kekal sihat dan mendapatkan berat badan idea.


Jom kita tengok siapa yang wajib makan Omega Guard ini :-

  • Asma dan lelah ini kerana Omega berperanan mengelakkan kesejukanMengalami
  • Ingin menurunkan berat badan
  • Penyakit gout
  • Penyakit Kulit seperti alahan seafood, resdung,Ekzema dan gatal-gatal
  • Penghidap Sakit jantung dan darah tinggi
  • Penghidap Kanser
  • Ingin meningkatkan daya tumpuan dan mengingat seperti pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu
  • Mengalami sakit dan keradangan sendi
  • Mengalami kebas-kebas tangan, kesejukkan kaki dan tangan terutama wanita lewat
Oh yer Omega Guard diperbuat daripada  Minyak Ikan Terbaik Di Dunia 

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.



Keratan Akhbar Kosmo

Memandangkan Bulan Disember ini CNP buat Promosi Harga Runtuh, so anda akan dapat harga yang memang-memang super duper rendah. Untuk customer yang membuat pembelian dengan CNP, InsyaAllah CNP akan guard anda sehingga berjaya.
 
Sebarang pertanyaan boleh email dengan tajuk ' Shaklee ' ke
 
 
Jangan lupa beritahu masalah anda yer supaya senang CNP bantu.
 


Selasa, 10 Disember 2013

DIP N DIP & EMMA MAEMBONG

Assalamualaikum,

Seminggu En suami terbang dan masih menunggu dia pulang ke tanah air. Huhu kali ini tak dapat ikut sebab aku busy dengan kerja so En suami ajelah terbang tanpa isteri tersayang...

Hello En Abang tak rindu saya ke?
Jangan lupa belikan hadiah untuk saya tau ^___^

Walaupun dia berada jauh dari aku tapi setiap 2 jam dia akan call untuk update pasal aku dan dia hehehe. So tak terasa sangatlah En suami tiada disisi.

Ohh En abang tahu tak adik-adik awak culik saya bawa saya jalan-jalan sampai ke e-Curves ? Seronok sangat sampai lupa diri kejap yang diri ini bukan bujang lagi hahaha. Diaorang bawa saya makan Dip N Dip sedappppp sangat tapi saya tak makan banyak sebab bukan pencinta coklat pun cuma saya pencinta HANDBAG !!!




Bagi aku cukup order crepe ini dan air,  itupun tekak aku dah menjerit-jerit cari air masak hahaha. Nanti En suami balik nak bawa dia dating sini pulak tapi I cuit-cuit aje makan sikit hehehe.




Tapiiiiii Dila dan Fazly kejam sebab lepas hantar orang balik dari eCurves dia cabutttt pergi Shah Alam jumpa Emma Maembong tengah shootingggggg !! Tak adilll sebab orang pun nak ikut sekali huwawwwww... Emma I pun rindu dekat you jugakkkkk !!!

Itu sahajalah coretan hujung minggu keluar tanpa awak En Abang. Lain sungguh bila awak tak ada sebab air Chocolate Rm14.00 pun saya terasa mahal hehehehe. Kan best kalau awak ada boleh beli macam-macam hehehe.

Bye awak yang jauh di perantauan... Muaaahhh.

Isnin, 9 Disember 2013

GIFT DARI DISNEYLAND

Assalamualaikum,

Ya Allah masa duduk menunggu adik ipar aku si Fazly habis kerja terus godek blog kejap. Tengok kat draft konon-konon nak bilang berapa lagi yang belum dipublish tapi bila terpandang 1 draft ni terus terkejut berukkkk sebab tak update lagi entry ini padahal dalam instagram dah berkurunnnn.

Nasib Fazly bagitahu dia kena OT selama 2 jam iaitu dari jam 10 malam hingga jam 12 malam so ambiklah masa itu untuk update. Nasib baik fazly sediakan air Chocolate Cream Chip untuk kakak ipar dia yang comel ini hak..hak.. Boleh cover mata yang dah rabak ini.

 
Terima kasih banyak-banyak Kak Mimi . Aku kenal Kak Mimi ni dari zaman Fotopages lagi hinggalah ke blogger hehehe, Jumpa pun dah berapa kali dan yang bestnya Kak mimi sangat baik dan lembut tau hehe. Terkejut bila terima gift dari Hong kong hehehe. I love youlah sama akak hehehe.
 
 

Jumaat, 6 Disember 2013

MEGA SALE NOVEMBER

Assalamualaikum,
 

Harap maklum harga  Mega Sale 2013 berlangsung dari 25November hingga 6 Disember 2013 Sahaja.

Semua barang di bawah ini akan diposkan selepas tarikh Mega Sale tamat tau.


 
 
Pakej A
 
Pensel Eyeliner Dolly Wink
Liquid Eyeliner Dolly Wink 
Black Mascara Dolly Wink



Pakej B
 
Blusher Mac 6 color
Bedak Arab Kokuryu
Celak Kening


Percuma :

Collegen Eye Mask
Dibungkus dalam sebuah kotak cantik 


 
Semua pembelian Mega Sale ini akan dibungkus dalam kotak cantik ini. So kepada sesiapa nak beli untuk dijadikan hadiah untuk teman, saudara atau sesiapa sahaja boleh beli yang ini. Cuma kena bagitahu awal-awal sekiranya untuk dihadiahkan untuk sesiapa sebab nak sediakan kad dalam box tersebut. 


Berminat isi order form di atas blog ini yer .
Sebarang pertanyaan email
cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


ADIK IPARKU ADA PEMINAT

Assalamualaikum,

Wahhh terkejut aku masa baca ulasan ini. Rupanya adik iparku ada peminat yer hehehe.
Oklah ucapan ni khas dituju kepada pengirim ulasan ini :

Dila dah baca komen awak ini dan dia wish selamat pengantin baru !!!


 
Tak sangka rupanya Dila ada peminat dalam diam. hehehe.

Khamis, 5 Disember 2013

POSKAD DARI BERIBU BATU TIBA JUA

Assalamualaikum,

Balik kerja tetiba bibik cakap ada surat.

Ingatkan jemputan kahwin dari member-member rupanya poskad dari Harrod London!!!

Ok lepas ni dah boleh aktif shopping online guna member card Harrods walaupun jauh tetap dapat shopping juga hehehe. Selamat bertenang ye En suami tersayang hahaha.


 
Tq Harrods masih ingatkan diri ini hehehe bluwekkk !!
 
 
 

Rabu, 4 Disember 2013

TQ MAYBELLINE NEW YORK

Assalamualaikum,

Thank you Maybelline New York sebab hadiahkan semua ini pada saya. Saya suka sangat-sangat tau. Diari tu paling comel yang saya pernah dapat dalam hidup. Ok janji nak pakai diari tu untuk update bisnes choiii.


 
Nanti jangan lupa bagi lagi yer.
 
 
Tq Maybelline New York
 
 

Selasa, 3 Disember 2013

KEJUTAN KRIM PUTIH UNTUK FAZLY

Assalamualaikum,

Perasan tak setiap minggu mesti aku update makan dan minum STARBUCKS, hehehe. Biasalah adik ipar kerja sana so kita layan kan aje perut dan tekak tapi kalori tetap dijaga yer.  Tapi hari ini berbeza sikit ke Starbucks sebab dating jam 11.45 malam kooo.

Mata aku ni duk perhati je geng-geng subahat buat kerja sebab tak nak bagi adik ipar aku ni perasan Good Job untuk korang !!! Last aku yang kena tegur ngan dilla adik ipar ku suruh jaga mata bab Nampak sangat ke kiri kanan perhatikan hahaha.


 
Kita jamu perut dengan minuman dan makanannya dulu. Buat macam biasa-biasa je. Walaupun ada kejutan menanti hehehe.

Tepat jam 12 malam :


 
Happy Birthday Fazly !! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. Disebabkan aku tak perasan geng subahat sampai, so baju aku pun melekat sama whitecream tu. melekit ya ampun tapi best dan syok !! patutlah en suami dan adik ipar lari dulu choiii sungguh bukan nak tarik aku sekali hahaha.



 
Khas untuk korang cuci mata hehehe.
 
Bye...
 
 
 

Isnin, 2 Disember 2013

TQ SINGGAH BRO !!

Assalamualaikum,


 
Kebetulan buka bahagian Ulasan nak replylah yang mana dah beri ulasan kat blog kitaaa sekali terpandang 1 ulasan dari blogger terkenal iaitu Bro Eyriqazz. Orang lain mungkin dah banyak kali dia drop komen tapi aku yang baru terhegeh-hegeh nak kecoh-kecoh hahaha.
 
Apa-apa pun tq so much bro Eyriqazz sebab sudi singgah teratak buruk saya yer...
 
** Entry terpendek setakat ini hahaha.
 
*** Keyboard tercabut Zzzzzzz ***
 
 
 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy