Jumaat, 10 Januari 2014

HOLIDAY 2013 : SINGAPORE - PART 3

Assalamualaikum,

Tepat jam 10am kitaorang check out. Itu pun selepas sarapan pagi yang mama masak kan. Oh ye dekat hostel kitaorang menginap ini ada juga disediakan sarapan pagi secara percuma dan air minuman panas untuk penginap di hostel ini.


Ingatkan nak check out awal supaya sempat pergi Bugis street dan tapau murtabak Singapore last-last semua bangun lambat kepenatan enjoy di USS hahahaha. So check out dan terus ke airport.





Mama sempat beli coklat kejap hehehehe. Semua muka selebet kepenatan hahaha. Termasuk aku yang langsung tak makeuppppp.


So macam biasa kita naik train untuk ke Airport Changi yer.

Lavender - Tanah Merah - Changi Airport





Nampak mamat pakai kemeja putih tu?? Aku rasa pilot kot .. Waktu aku dan adik-adik aku lalu dia bagi laluan tang nadia terus dia buat bodoh je hahaha. So nadia pun lagi suka duk dekat dia wakakakaka.

 
Cheff Afifa


Budak comel Masturina



Masih ingat pasal tiket unlimited selama 3 hari di Singapore yang kitaorang beli tu kan? Masa hari nak balik tu kitaorang return balik di kaunter yang sama masa beli so dapatlah deposit $10 = Rm 26.00 seorang. Kebetulan masa kitaorang kat kaunter ini ada couple suami isteri dan anak kecik tanyakan pada My love nak beli tiket apa so My love suruh ambik macam kitaorang punya hehehe.



Mama dan mama mertua tayang handbag baruuuuuuuuu... Bau kedai lagi tauuuu. Ini mama aku punya kerjalah suruh pakai handbag baru masa balik Key Ell hahahaha.


Termasuklah aku sekali yang join this group. Group shopping handbag hahahaha.


Group Supra's Girl


Kami dah nak balikkkkkk Malaysia... hehehe seberang je pun hehehe..

 
Moscow I miss youuuu


Kalau sesat dalam Airport boleh rujuk signboard yang terdapat dalam ni. Korang jangan terperanjat kalau Nampak polis atau askar Sibgapore ronda-ronda dalam airport ini sambil pegang senapang atau anjing yer. Aku lari dulu lagi Nampak anjing hahaha. Anjing diaorang pun secara selamber dekatkan hidup dia dengan beg-beg kita.



Besar jugak airport Changi tapiiiii KLIA juga terbaikkk.


Check in
 

Sementara tunggu urusan check in.


Ini kes menunggu kitaorang shopping dekat duty free. yahoooo impian ku tercapai juga disini. !!! Akhirnya hehehe. Nak tahu apa jom pi usha dekat Instagram yer..


Ok nama dah kena panggil yer so marilah kita tinggalkan airport ini.



Nampak bus putih tu?? itulah yang akan transfer kita ke flight. Macam dekat Doha lah pulak aku rasa hahahaha.


Bye-bye Singapore.. InsyaAllah kita dating lagi nanti... Tepat jam 1.50pm flight terbang pulang ke Malaysia.


Tepat jam 3.20pm selamat sampai Airport Subang.. Alhamdulillah..




Aku 1 flight dengan Hans Issac dan family dia. Tapi dia tu susah senyum cover dengan Rayban hitam je. hehehe


Ada pameran dalam Airport Subang tuuu. Ada duit lebih pun belum tentu bagi green light beli motor ni.. baik tambah rumah..


Inilah hasil borongan di Singapore. Isi dalam kita show off dekat Instagram ajelah kannn hehehe.

Akhirnya tamatlah sudah Family trip ke Singapore. InshaAllah tahun depan kita ke jeng..jeng..jeng insyaAllah.


Bajet seorang percutian ke Singapore 3 hari 2 malam ialah :

Rm593.00 (tidak termasuk shopping hehehe )

 

2 Orang Sayangkan Cik Nurul

wahhh syoknyer shopping beg baruuu...
mesti mahal kan...

Jumaat, 10 Januari, 2014

@Nory Zoulkefle

Tak derlah dear... sale kan tu yang beli kalau tidak jangan harap hehehe

Khamis, 16 Januari, 2014

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy