Selasa, 25 Mac 2014

AL-FATIHAH MH370

Assalamualaikum,

Ya Allah kuatkanlah hati keluarga para penumpang MH370. Engkau yang Mengetahui segalanya.

Semalam diadakan sidang media khas yang diumumkan oleh PM kita. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku dah keluarga memang terkejut dan turut bersedih. Air mata memang mengalir laju tak payah nak cakap. Berakhirnya pesawat MH370 di lautan Hindi. Ya Allah sekiranya Kau boleh memberi keajaibanMU di mata dunia, Kau makbulkan permintaanku ini.

Seluruh dunia sedang bersedih.. walaupun tiada saudara-maraku yang terlibat tapi aku tetap turut bersedih. Kubur tanpa batu nisan adalah sesuatu yang sangat perit untuk diterima seseorang apatah lagi yang hilang itu adalah orang yang kita sayang.

Marilah kita semua sedekahkan Al-fatihah untuk penumpang MH370. Doa kami iringi untuk semua penumpang MH370 yang pergi menemui Sang PenciptaNya.

 
 

2 Orang Sayangkan Cik Nurul

akak menangis masa tgh driving nak g kerja tadi. rasa mcm hilang terus semangat...
salam takziah buat mereka. al-fatihah..

Selasa, 25 Mac, 2014

@Sue-Rya Qistina

SAMALAH DENGAN NURUL KAK...

Rabu, 02 April, 2014

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy