Rabu, 26 Mac 2014

ENCHANTEUR PARIS BODY LOTION & PERFUME


[sponsored post]
*scroll down for new entry*

Assalamualaikum,

Balik dari Bali muka gelap daaaaa... tapi bahagian tangan tetap seperti biasa kahkahkah.. nak tahu rahsia dia????? Jom , CNP nak kongsikan apa yang CNP rasa setelah mencuba produk baru dari ENCHANTEUR PARIS. Ini perkongsian ikhlas yer bukan main tangkap muat je.

Selama di Pulau Bali, CNP memang bawa losyen Enchanteur sebab CNP nak cuba sendiri kehebatan losyen ini. Buat pengetahuan korang, losyen yang melekit memang bye-bye ajelah jawabnya sebab CNP memang tidakkkkkkk suka dengan losyen yang melekit ok. Alhamdulillah walaupun keadaan di Bali agak panas dan bila CNP sapu losyen ini di tangan, iye memang CNP akui losyen Enchanteur tidak melekit malah sentiasa berbau harummmm gitu.Oh yer semasa disana CNP bawa losyen yang mengandungi SPF24++ hehehe.



 
Di Bedugul Bali, cuaca sangat sejuk dan membuatkan kulit tangan CNP agak kering so CNP just sapu losyen Enchanteur Paris dan kulit CNP kembali normal semula.. Manakala di Tanah Lot pula, cuaca sangat panas so CNP cepat-cept sapu diseluruh tangan untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi tangan dari menjadi gelap hahaha. Kiranya dicuaca sejuk dan panas losyen ini tidak melekit dan amat selesa malah sentiasa berbau harummmmm gitu.

 
Ditanah Lot yang panas terik !!



Jom ikut CNP untuk penerangan produk losyen Enchanteur Paris ini :-




Serum Badan ENCHANTEUR  Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++ ~ satu serum, pelbagai manfaat

Sinar matahari yang terik amat ditakuti oleh wanita. Ia mampu memberikan kesan teruk kepada kesihatan dan penampilan kulit seperti tona kulit tidak sekata, gelap dan hilangnya kelembapan. Ramai wanita mengambil langkah-langkah seperti mengelak aktiviti luar, memilih pakaian tertutup serta membawa payung ke mana sahaja. Kini dengan serum badan ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening Body Serum dengan SPF24++, wanita tidak perlu risau akan sinaran matahari. Serum badan pelbagai manfaat ini memberikan kulit anda perlindungan matahari, mencerah dan melembap kulit selama 24 jam untuk kulit cerah, halus dan berseri. SPF 24++ produk ini  melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB yang menyebabkan tona kulit gelap serta pati Licorice yang mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Ia juga diperkaya dengan  Penghidratan Hyaluronic bahan pelembap terkenal digunakan di dalam produk pembersih wajah buat pertama kali ditambah ke dalam serum badan ini, memberikan kelembapan selama 24 jam. Tekstur produk berasaskan air yang mudah meresap ini bukan losyen satu fungsi, tetapi serum badan dengan pelbagai manfaat.

Losyen Badan ENCHANTEUR  Paris Triple Whitening ~ 3 bahan pencerahan berformulasi mencerah tiga kali ganda

Bahagian - bahagian tertentu pada badan wanita adalah lebih gelap dari bahagian lain terutamanya  lutut, siku dan dibelakang leher.  Losyen Badan ENCHANTEUR  Paris Triple Whitening dengan paduan hebat pati Sakura, Licorice dan Vitamin B3 yang bertindak secara berterusan menghasilkan tiga manfaat mencerah membuatkan tona kulit lebih sekata dan bermaya. Vitamin B3 yang menyekat pembentukan melanin bagi mencegah pigmentasi. Dapatkan tona kulit sekata dengan manfaat pati Sakura yang menghalang aktiviti tyrosinase kulit dan kulit bebas tompok hitam akibat pendedahan kepada sinar UV dengan pati Licorice. Gunakan losyen ini setiap hari dan raikan kulit cerah, sekata dan bermaya yang dikagumi semua.

Losyen Badan ENCHANTEUR  Paris Firm & Repair ~ membantu memperbaiki keanjalan kulit dan merawat kulit rosak dalam satu malam

Gaya hidup yang sibuk dan penuh tekanan serta kurang tidur membuatkan para wanita terdedah kepada penuaan kulit pra matang yang membuatkan kulit kelihatan kusam dan kendur.  ENCHANTEUR  Paris memberikan anda kulit yang sentiasa sihat dan bermaya dengan Losyen Badan ENCHANTEUR  Paris Firm & Repair yang diperhebat dengan Micro Collagen yang membantu memperkuat dan memperkaya tisu badan sambil mengekalkan kegebuan kulit supaya sentiasa kelihatan keremajaan.  Swiss Edelweiss pula melindungi kulit daripada radikal bebas akibat sinaran UV dan bertindak secara pro-aktif dalam satu malam untuk merawat kulit yang rosak. Formulasi mudah meresap ke dasar kulit untuk bertindak, ia menggamit sukma, menenangkan dengan haruman lembut membuat anda terjaga dari lena dengan kulit yang sihat, remaja dan gebu.

Losyen badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh ~ segar & tidak melekit dengan perlidungan UV

Wanita moden kita mengamalkan gaya hidup aktif. Oleh itu mereka perlu menggunakan perlindungan UV. Penggunaan produk perlindungan  sinaran UV yang lazimnya melekit dan tidak meresap sepenuhnya menjejaskan keselesaan diri . Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh dengan perlindungan UV optimum membuatkan anda berasa segar dan yakin tanpa rasa tidak selesa. Formulasi berasaskan air produk ini mudah meresap ke dalam kulit, menjanjikan penampilan kulit tidak melekit mahupun berminyak. Pati Licorice dalam produk ini memberikan dan mengekalkan tona kulit cerah. Usah gusar kulit akan kering, pati Aloe Vera losyen ini mengekalkan kelembapan kulit. Haruman bertenaga dan menyegarkan adalah pelengkap kepada produk hebat ini. Miliki kulit cerah, segar dan lembap sepanjang hari walaupun seharian sibuk dengan aktiviti luaran yang padat.
 
Serum Badan ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++ dipasarkan pada harga RM11.50 (botol 135ml) dan RM19.90 (botol 275ml). Manakala Losyen Badan ENCHANTEUR  Paris Triple Whitening, Losyen Badan ENCHANTEUR  Paris Firm & Repair dan Losyen Badan ENCHANTEUR  Paris Light & Fresh dipasarkan pada RM 8.90 (botol 150ml) dan RM14.90 (botol 300ml). Rangkaian produk penjagaan badan ENCHANTEUR  Paris boleh didapati disemua pasaraya, pasaraya hyper dan farmasi utama. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web ENCHANTEUR di www.enchanteur.com.my ataupun layari laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
 

Pilih haruman kegemaran anda:




          ENCHANTEUR Paris Belle Amour (Cinta Indah) – Paduan asmara bergemerlapan yang membuatkan hati anda bergetar dan mengusik jiwa. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.

 
          ENCHANTEUR Paris Mon Amie (Sahabatku) - Persahabatan adalah antara elemen paling berharga dalam dunia wanita. Mon Amie ialah inspirasi kepada keintiman persahabatan sesama teman-teman wanita yang berkongsi kisah-kisah hati mereka tentang cinta pertama antara satu sama lain. Penghasilan wangian ini merupakan kombinasi oren lemon sitrus segar bersama bergamot yang diperkuatkan dengan sentuhan buah-buahan epal merah, disadur ketenangan jambangan indah peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih bersatu dengan asas ambar berkayu hangat. Diinspirasikan daripada bayangan kegembiraan, ia membuatkan anda berasa amat menawan, mudah bergaul, bersemangat dan baik hati. Haruman ringan ini merangsang permulaan hari anda dan sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat-sahabat.

 
          ENCHANTEUR Paris Adore (Pujaan/Menawan Hati) – Unik dan haruman yang tidak mudah dilupakan bagi mencipta perasaan bak selebriti. Kedua-dua wangiannya berasaskan bunga dan buah-buahan. Bauan pertama mengandungi kombinasi lembut bunga melur liar, semalu merah jambu, violet yang diadun dengan nota buah-buahan termasuk laici, plum manis berempah, buah delima dan pear emas. Haruman signatur menawan ini merangsang kembali nostalgia janji temu pertama yang memerlukan anda menonjolkan daya tarikan dan keyakinan bagi memberikan tanggapan manis yang berkekalan. Wangian sensual yang bertahan lebih lama selepas kepergian anda.

 
          ENCHANTEUR Paris Captivant (Menawan) –Haruman menawan yang membangkitkan daya tarikan luar biasa dalam diri setiap gadis. Ia dimulakan dengan belaian lembut cassis dan melur serta muguet sebagai nota atas. Ia kemudiannya ditambah paduan epal berjus bersama pic ranum dan meninggalkan jejak haruman kesturi dan ambar yang berpanjangan. Wangian flora berbuah ini meraikan kespontanan anak-anak muda dan keceriaan tatkala anda menonjokan daya tarikan dalam diri, menjadikan anda tumpuan utama orang sekeliling. Si gadis tampak mempesona saat menoleh ke sisi, dengan senyuman penuh sipu. Sempurna sebelum bertemu pasangan romantis masing-masing tanpa disangka!

Yakin & elegan… menggambarkan asas keseluruhan ENCHANTEUR Paris baharu.

Rangkaian minyak wangi ENCHANTEUR Paris didatangkan dalam botol berkaca menawan bersama rona-rona memikat iaitu merah jambu muda untuk Belle Amour, kuning matahari bagi Mon Amie, ungu lembut untuk Adore dan biru firus laut bagi Captivant. ENCHANTEUR Paris dijual pada harga RM26.90 untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama. Untuk keterangan lanjut berkenaan ENCHANTEUR sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/ENCHANTEURMY

Pilihan CNP !!! tapi CNP tetap ada kesemua koleksi perfume Enchanteur memandangkan harga mampu milik dan amatlah Wangi seperti  jenama mahal . Now pergi kerja pakai Enchanteur aje tapi ikut urutan sebab nak pakai semua koleksi dia.. harummmm sepanjang masa di office.
 
 
 
Sebahagian koleksi CNP yang dibawa travel ke Bali tempohari !!!! Walaupun bercuti kita tetap kena Wangi dan harum sepanjang masa ok...

Apa lagi jommmmmm kita pergi borong produk Enchanteur Paris. Berbaloi ok percayalah ^______^


1 Orang Sayangkan Cik Nurul

Tanpa Nama

nk beli kat mana yee

Sabtu, 28 Februari, 2015

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy