Rabu, 19 Mac 2014

HOLIDAY TRIP KE BALI - PART 1

Assalamualaikum

Bali 14 Mac 2014, Memang dah dirancang oleh En suami sejak bulan Januari 2014 lagi, konon-konon nak buat kejutan pada aku hahaha. Kebetulan mama aku member Airasia so kitaorang dapat seorang untuk flight pergi balik dan hotel 3 hari 2 malam Rm435.00 seorang

12.45pm Keluar rumah. Park kereta di Lcct rm16 perday ( untuk 3 hari 2 malam )
Waktu nak ke airport Dari tempat parking kereta, Ada teksi baik hati tumpangkan  kami hingga ke balai pelepasan ..Alhamdulillah. rezeki kami murah dari permulaan perjalanan kami untuk holiday.


Keluar rumah jam 12.30pm , hanya en fendi yang kena kerja dulu diwaktu pagi dan yang lain memang cuti pada hari jumaat tu.


Muka gembira adik iparku hehehe. Kali ini aku holiday bersama adik ipar pulak memandangkan bulan Dis 2013, aku dah holiday dengan adik beradik aku. InsyaAllah next time nak datang ramai-ramai ke Bali..


1.30pm drop beg di kaunter dan terus g makan mcd. Aku minum air milo je dan fendi makan.

4.20pm flight ke Bali take off... Beli makanan online siap2. Masa dalam flight pramugara Ak1364 tegur kami suami isteri ke sebab kitaorang duduk tak sekali, saje biarkan kerusi ditengah kosong untuk letak barang hahaha. dan bila cakap yer terus dia cakap
 "  Bali honeymooonnnnn " hahaha.

Nasib dalam iPad dah siap2 download movie Kalau tak menung jelah hehe. macam biasa isi borang dalam flight Kita pass pada en suami je hahaha.

7.15pm sampai Airport Bali... Ya Allah cantiknya dan besar international airport dia macam dekat Doha je. Sampai airport,  flight tak Ada parking so kena tunggu dalam 15 minit. Giler penuh mat salleh datang Bali. Dalam airport Bali Ada wifi so cepat2 update dah sampai Bali  Kat Kaum keluarga di Malaysia. 

Airport Bali yang baru.. Oktober 2013 tahun lepas baru siap untuk International flight sahaja, flight domestic masih menggunakan airport lama.





Dari airport ke hotel tune kuta kitaorang ambik teksi airport Hanya 70,000 ribu untuk sebuah teksi muat 5 orang. Padahal dah terang-terang dekat papan harga tu tulis hanya 55,000rp. Cehhh !!

Berdekatan airport kuta jalan kartika plaza banyak hotel dan kedai Jual pelbagai barang Cuma kena pandai Tawar jelah.. Siapa duduk area Kuta memang berbaloi sebab dekat dengan Legian hahahaha. Untung oooooo.


Macam kitaorang book Tune Hotel di Kuta sebab dari hotel ke pantai Kuta hanya 10 minit dan ke Legian pun hanya 10 minit so sangat berbaloi ok.



Macam aku , sebelum book memang check dulu bilik termasuk aircond, towel atau tak sebab setengah bilik tak disediakan ye kemudahan ini. Dia ada caj sampingan.

Bilik Aku dan En suami


Bilik adik iparku


Tapiiiii dalamnya ada connecting room hahahaha... Honeymoonlah sangat kan yer hahaha.


 Dimana-mana mesti ada patung-patung hindu. Sebab dekat Bali agama Hindu yang utama.

9pm Keluar makan... Berdekatan hotel Hanya terdapat KFC so makan jelah Nasib halal. 159,000rp Bahagi 4. Bak kata adik aku Khairul, tempat makan yang 1st jumpa pasti agak mahal hahaha.. memang betul lepas dah habis makan jalan depan sikit bersepah kedai makan halal dengan harga jauh lebih murah kah..kah..kah..

Berjalan di sekitar kuta... Fuhhh heaven giler.. Kebanyakkan shopping complex tutup pagi dalam jam 2am ..Fuhhh best ya hahaha. Tempat wajib ialah Hard Rock Cafe lah kan...


Sekitar Kuta dan Seminyak.. Kitaorang just jalan kaki sahaja, sambil melihat kehidupan di Pulau Bali ini.





Hari pertama sampai dah shopping 5 pasang baju di Hard Rock Café dan Hard Rock Hotel hehehehe..






Mesin beli selipar Fipper.. Jangan risau pasal size sebab dia dah sediakan ukuran kaki siap-siap hahaha..


Kebetulan lepas shopping tu nak cari topup so kitaorang tanyalah di kedai mart yang Ada di sepanjang jalan kuta Fuhhh 150rp untuk simcard aje belum termasuk pulsa. Sekali kitaorang jumpa telekomsel 24jam selepas Hotel Hard Rock Cafe dan Restoran canyon belok kanan... Dia caj 3ooorp Sahaja untuk simcard... Nasib baik panjang Akal fikir dulu hahaha Kalau tak menyesal tak Sudah.



Dalam office Telekomsel


Kalau pergi Bali, memang setiap kedai akan meletakkan jambangan bunga seperti ini, sebab bagi diaorang untuk halau roh jahat pada perniagaan mereka dan diberi murah rezeki. Oh yer kalau siapa nak ke Bali harus check dulu HARI NYEPI dia jatuh tarikh bila. Macam tahun 2014 Hari nyepi jatuh pada 31 Mac 2014 dimana seluruh Bali akan sunyi dan mereka hanya duduk dalam rumah tanpa keluar dan pasang lampu. Penerbangan ke Bali pada tarikh tersebut pun tiada. Perniagaan semua tutup. Katanya Hari Hantu merayau.


Datang Indonesia mesti cari air ini... Teh botol yukkk 650,000rp. Beli air mineral 3500rp
12.45am balik hotel setelah bersiar-siar disekitar Kuta hingga Seminyak jalan kaki hahaha. Mandi, solat dan boooommm tidur. Fuhhh bestnya. Dekat Bali memang ramai mat saleh sampai agak confius sama ada ni indonesia atau londonggg hahaha.

Itulah cerita hari pertama di bumi indonesia Pulau Bali !!!


Bajet SEORANG yang dibayar dari Malaysia :

 Flight + Hotel = Rm435.00 untuk 2 malam


Supir = Travel agensi sendiri

 Bajet Hari Pertama :


Mcd Lcct = Rm20.00


Teksi Airport Bali ke Kuta = Rm5.10 (70,000rp)


Kfc di Kuta Bali = Rm11.50 (159,000rp)


Total : RM36.60 untuk 1 orang



5 Orang Sayangkan Cik Nurul

akak pakai travel agency apa?

Rabu, 28 Mei, 2014

akak pakai travel agency apa?

Rabu, 28 Mei, 2014

akak pakai travel agency apa?

Rabu, 28 Mei, 2014

@Mohd Ariff Bin Abd Rashid

email atau whatsapp saya yer..

Isnin, 02 Jun, 2014
Tanpa Nama

sis travel agensy ape yer

Isnin, 10 November, 2014

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy