Selasa, 9 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA PART 1

Assalamualaikum..

Maaf semalam tak sempat pos entry baru. Masa tak sempat.. lari lintang pukang sekejap. Ini pun update dari hp hahaha.

Jam 5am kami ke airport Klia 2 dari Bandar Warisan memandangkan Juwa sepupu En suami ada tinggal situ so kami bermalam sana je.

Dah masuk beg semua terus pergi cari sarapan. Makan di Johnny Rocket set sarapan pagi sangat berbaloi. Terjumpa pulak dengan penyanyi AF1 Khaeir. 









Jauh jugak nak menapak ke flight tapi tak apalah sepanjang jalan aircond hehehe.. Last check sebelum masuk flight siapa pakai heel or kasut yang ada bling-bling or manik semua kena tanggal untuk scan dasyatttttt. Macam dekat airport Doha pulak. Tepat 7.50am waktu Malaysia kitaorang terbang menuju ke Indonesia. Pilot yang bawa kami masa ni Pilot perempuan ! Kagum sekejap !!!



Jam 8am waktu Indonesia kami selamat sampai di Bandara International Minangkabau. Alhamdulillah.. aku gayat kronik bila di tempat tinggi so selalu kena bahanlah.. 


Lepas ambik beg dan check Kastam Indonesia, kitaorang terus keluar cari trapel / kereta sewa ke destinasi pertama iaitu Danau maninjau. Ramai jugak mat salleh lepak sini.. Satu hala harga kereta sewa 370,000rp kebetulan masa datang tu mereka semua tengah krisis minyak sebab kerajaan mereka nak tarik subsidi minyak..


Muka happy dah sampai Indonesia.. aku tidur aje dalam perjalanan ke Danau Maninjau.


Kereta beratur sampai 3km sebab nak isi minyak punya pasal... 

Jam 11am waktu Indonesia alhamdulillah selamat sampai ke tempat yang dituju.. Hari pertama tak banyak aktiviti cuma melawat kawasan sekitar je hehehe... Cuma kali ini rezeki aku dapat tengok gunung berapi tak aktif sebab sebelum ni  asyik dapat seat dalam flight tak fokus ke gunung berapi ni...





Macam nak baring aje atas awan ni hahahaha...

Ok sambung Part 2 pulak esok...


2 Orang Sayangkan Cik Nurul

Assalam nurul,
Salam perkenalan...
tak sabar nak tunggu next entry pasai bukit tinggi..
sha pun ada plan nak g sana..
tp nak tunggu review dari nurul la..
he3..cepat2 upload ceritera bukit tinggi yer..
anyway jemputla singgah & join blog sha juga :)

Khamis, 11 September, 2014

@ArY ShA = AmZaR FaYyAdH

wsalam.. salam perkenalan jugak untuk awak.. pergilah sana memang terbaik dan best sangat-sangat...

Selasa, 23 September, 2014

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy