Jumaat, 19 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA - PART 4

Assalamualaikum,

Kembali lagi untuk Part 4 !!! Kali ini update suka-suka aje tak adalah detail sangat sebab nak suruh korang rujuk entry sebelum-sebelum ini kalau nak detail holiday ke Bukit Tinggi ni ye. Atau dalam kata sebenar tak ada mood nak update ! Adushhh kejujuran telah terselah maafkan anak dara ini hahaha.



Bangun pagi aje terus request nak makan lontong haha. rasa macam best pulak main-main order aje. bertuah menantu bagi mama mertua saya. peace !!


Hari terakhir di Maninjau, adik ipar ajak naik bukit untuk tengok pemandangan dari atas. Aku mulanya malas tapi akhirnya layan ajelah kalau tak ikut sekarang bila lagi kan.. Ya Allah ciptaanMu terhebat !!! cantik sangat pemandangan dari atas bukit.


Kolam-kolam ni air dia sangat-sangat jernih dan sejuk malah air dia sentiasa mengalir dan tidak bertakung.


Bakso memang tak boleh dipisahkan bila datang Indonesia! Wajib ok


Petang-petang macam biasa ronda Danau Maninjau sambil tengok gelagat orang-orang sana.



Penat ronda sekeliling Danau berhenti makan untuk kali terakhir sebelum balik Malaysia. Nasi goreng dan mee goreng siang malam. Ya Allah sedap kot masakan diaorang ni tak tahu nak cakap macam manalah hahaha.

Esok last entry balik Malaysia sudah. Kena kerja kuat semula kumpul duit untuk next holiday insyaAllah. Reward untuk diri sendiri.

Bersambung Part 5 !!

 

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy