Selasa, 14 Oktober 2014

KIDZANIA

Assalamualaikum,

Cuti sekolah bulan September baru ni sempat luangkan masa dekat adik bongsuku Masturina Nazurah. Permintaan nak ke Kidzania aku tunaikan. Memang bagus untuk budak-budak sekolah supaya mereka tahu apa yang mereka minati untuk dialam pekerjaan nanti.

Aku beli online siap-siap kes malah nak beratur panjang beli tiket masuk. Kalau rezeki terpijak boleh beli separuh harga dalam groupon. Harga tiket seorang Rm60.00 dan dewasa Rm35.00 seorang. Macam biasa adik aku akan bawa kawan baik dia waktu kecik iaitu Haiqal. Diaorang ni mana-mana pergi memang bersama walaupun holiday luar Malaysia. Nama pun jiran muhibah kan hahahaha.



Adik bongsuku bersama kawan baik dia Haiqal @ jiran depan rumah. Memang berkawan sejak kecil lagi. Mana pergi mesti berdua ni kena bawa.
 


Inilah cita-cita utama dia. Sanggup tu belajar dan skor giler-giler subjek berkenaan dengan pilot hahaha.


Dalam Kidzania memang cantik dan suasana yang best sangat-sangat. Aku ni pun teruja lebih kot bila masuk sini apatah lagi budak-budak kan. Oh kat sini hingga umur 17 tahun boleh join Kidzania.

 

Dah penat dari Jam 10am hingga 3pm dalam Kidzania, budak-budak ni ajak makan Jooney Rocket so layankan ajelah. Macam ni lah kot bila ada anak nanti hehehe. Ikut aje janji bahagia.
 

 



Aku gembira sebab mereka berdua ni gembira. Adakalanya aku terlebih manjakan adik aku ni tapi bila result exam turun aku akan rampas segala mak nenek yang aku bagi sehinggalah result exam dia naik kembali. Macam tahun ni PSP kena rampas sehinggalah habis ezam PT3. Inilah amanah dari mama dan papa yang diberikan kepada aku so aku kena pegang amanah tersebut. Bila kita tahu kita ada keluarga kita kena sentiasa berhubung bertanya khabar dan hulurkan apa yang patut supaya adik-adik gembira. Ingatlah keluarga sangat penting dan mereka tidak akan membuang anda sesekali KECUALI anda sendiri yang menghindari dari keluarga anda. Kalau siapa terasa munasabah diri balik naaa.

.................. Semoga Berjaya dalam Exam PT3 adikku sayang ^____^



2 Orang Sayangkan Cik Nurul

gudluck adik

Selasa, 14 Oktober, 2014

Wowww dah macam pegawai KEPDN pulak kena rampas2 yek hehe.. Goodluck sis! Jemput Singgah: Apa Nak Masak Bila Raya EK?

Selasa, 14 Oktober, 2014

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy