Rabu, 30 April 2014

PERCUTIAN KE RUSIA DALAM MINGGUAN MALAYSIA

Assalamualaikum,
 
Dapat email dari wartawan Lisa yang entry percutian aku ke Rusia akan keluar pada 27 April 2014 dalam Mingguan Malaysia.. berdesup kooo pagi ahad tu mencarinya hahaha. Tq ye wartawan Lissa


Siapa yang dah dapat Mingguan Malaysia ahad lepas, selamat membaca coretan kita tu yer hehehe. Nak tengok banyak gambar boleh pergi ke sidebar sebelah kanan ni dan click entry Rusia ok.

Byee....



Sabtu, 26 April 2014

KIT PERMULAAN MAKEUP

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ada kesempatan update blog. Oleh kerana ramai yang email bertanyakan pasal tutorial makeup simple so dengan ini cnp telah berjaya mencari kit makeup yang sesuai untuk permulaan belajar makeup. InsyaAllah, cnp akan buatkan 1 tutorial khas kepada pelanggan cnp yang membeli produk ini.

Sebelum ini, barang Benefit semuanya loose item dan bersize besar. Bagi cnp untuk permulaan belajar makeup rasanya agak tak rasional kalau nak beli size besar terus kan so cnp cuba mencari set yang size kecil tapi lengkap. Inilah jawapannya
 
SET BENEFIT SEXY LITLE STOWAWAYS !!!



Didatangkan dalam kotak khas yang comel seperti diatas...


Sesuai dijadikan hadiah ( pihak cnp ada juga buat pengeposan hadiah yer )


1set lengkap ada 10 item iaitu :-

  • it’s potent! brightening eye cream to fade dark circles, 3.0g Net wt. 0.1 oz

  • the POREfessional PRO balm to minimize the appearance of pores, 7.5 mL, 0.25 US fl oz.
  • hoola bronzing powder, 3.0g Net wt. 0.1 oz.
  • BADgal lash mascara, 4.0g Net wt. 0.14 oz.
  • stay don’t stray stay-put primer for concealers & eyeshadows, 2.5 mL, 0.08 US fl oz.
  • ooh la lift instant under-eye brightening boost, 2.5 mL, 0.08 US fl oz.
  • chachatint mango-tinted lip & cheek stain, 2.5 mL, 0.08 US fl oz.
  • sun beam golden bronze complexion highlighter 2.5 mL, 0.08 US fl oz.
  • bella bamba a 3D brightening pink face powder, 3.0g Net wt. 0.1 oz.
  • “that gal” brightening face primer, 7.5 mL, 0.25 US fl oz.



  • Pre-Order dibuka pada
    21 April hingga 25 April 2014
     
    Harga Promosi Pre-Order Sahaja :
    RM50.00
     
    Pembelian Borong minima 6 pcs
     
    Untuk order ada 2 cara iaitu :
     
    1. Whatsapp Only 012-2281492
    2. Isi Order Form di atas blog ini
     
    Tutorial akan diberikan selepas order ditutup


    Khamis, 17 April 2014

    SETIAP MINGGU = 1 TUTORIAL

    Assalamualaikum,


     
     
    Sorry balik dari Kursus demam lak pulak, so blog tak dapat diupdate. sorry ye. Ok tahu hutang entry Bali belum terlaksana kannn. InsyaAllah minggu depan. Entry preview pun hold habislahhhh huhu.. Oklah start minggu depan insyaAllah akan ada 1 tutorial setiap minggu untuk anda semua. Harap keadaan CNP sihatlah yer..
     
    Tq pada yang doakan saya cepat sembuh byeee..

    Isnin, 14 April 2014

    KISAH BULAN JANUARI

    Assalamualaikum,

    Tak tahu nak update apa minggu ini. Sorry entry Bali esok publish.. Sebenarnya minggu lepas semua entry autopublish sebab kita kena pergi Kursus Biro Tatanegara hahahaha.

    Tetiba Nampak gambar ni dalam folder, so upload ajelah dari blog terbiar kosong kan ^___^

     
    Menyesal tak pergi rumah Cik Adeng kalau tak mesti dapat makan Soto. Hahaha.. Ini gambar sebelum sepupu En Fendi, Adam balik semula ke UK. Datang Malaysia sebab nak lari dari Winter, ada hal kerja di sini dan melawat nenek di Selayang.
     
    Bye..... ZZZzzzzzZZZZzzZzZZZzz
     
     
     

    Jumaat, 11 April 2014

    BERANGAN AJE

    Assalamualaikum,

    Dapat gambar ni di Instagram ada orang tag tak silap.. Pinkkkkkk ok !!! tapi dekat sini mana ak cari katil color macam ni hah??? Sweet giler kan..

    Mampu berangan ajelah hahahaha...


    Khamis, 10 April 2014

    BAU KEDAI !!

    Assalamualaikum,

    Ini kasut bau kedai di Bali ooooo. Jenama Reebok harga di Malaysia RM200.00 tapi di Bali hanya 200,000rp = Rm60.00 sahaja hehehe. Kebetulan ada jualan cuci gudang katanya ^_^



    Dah selamat di rasmikan Jumaat minggu lepas untuk main badminton hehehe...

    Sekian...



    Rabu, 9 April 2014

    SIAPA TAHU SILA EMAIL KITA

    Assalamualaikum,

    Mana nak cari beg macam girl ni bawa? Ini pun snap masa tunggu flight nak ke Bali bulan Mac baru ni hehehe ingatkan nak Tanya tapi tak sempat pun nak panggil huhuhu... Cantik kan color pink dia siap ada tarikh lagi tau.. unik kot..


    Siapa tahu sila email kita yer... ^______^

    Selasa, 8 April 2014

    AKTIVITI ANAK DAN MAMA

    Assalamualaikum,

    Aktiviti anak beranak hahaha ehh tak lah anak dan emak aje. Memang rutin setiap hari Sabtu, waktu bersama mama aku. Mana dia nak pergi aku turutkan aje dan hari Ahad adalah waktu bersama mama mertuaku. Kadang-kadang aje aku bawa sekali arung terus hehehe. Nasib en suami memahami hehehe. I love you lebih lah en Fendi !!!



    Datang ambik mama, sementara tunggu selfie duluuuu... Kes dah lambat so keluar hanya pakai krim gebu, bedak dan liptint aje hehehehe.
     
     
    Aktiviti kali ini ke Sogo, mulanya nak pergi cari kain baju raya tapi idoklahhhh sebab mama dah terjebak dengan sale di Sogo hahahaha.

     
     Kerana sale di Sogo mengancam, so aku pun selit sehelai baju untuk mama bayarkan sekali wakakaka.. Bagus betul punya anak kannn hehehe. Balik dari Sogo terus cuba macam dalam gambar diatas ini.
     

    Byeeee....

    Isnin, 7 April 2014

    HADIAH BIRTHDAY

    Assalamualaikum,

    Hadiah birthday ke 28 tahun !!! Thank you so much En suami sebab hadiahkan idaman hati beta hehehehe. Benda yang tak jangka dan dengan berkat sabar akhirnya impian jadi kenyataan. Percutian ke Pulau Bali juga adalah memori terindah pada hari lahirku. Syukur Alhamdulillah.



    Lepas ni I kena kerja kuatlah nampaknya sebab birthday En suami jatuh pada bulan Ulangtahun perkahwinan. Setiap tahun bulan 7 memang aku kopak koooo, tambahan birthday papa pun sama dalam bulan tu T____T


    Jumaat, 4 April 2014

    TEMPAT SAMA BUNGA CINTA LESTARI

    Assalamualaikum,

    Kebetulan??? Kalau tidak pasti ketemu dengan Bunga Cinta Lestari di Bali !!!


    InsyaAllah isnin ini update entry last di Bali ok.. Senyum sikitttttt ^___^

    Rabu, 2 April 2014

    CUTI-CUTI SABTU

    Assalamualaikum,

    Oklah kepada yang email bertanyakan aku buat review produk tak untuk Instashop semua, Jawapan Yes aku buat hehehe.. Apa-apa produk nak review boleh terus email ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com insyaAllah aku akan bantu korang dan yang penting buat masa ini aku bagi free aje untuk review produk korang janji email pada aku ok.  


    Sabtu lepas I jadi bujang kejap sebab En suami ikut My family balik kampung ada kenduri dan jenguk atuk nenek di Terengganu but aku tak dapat cutiiiii !!! Pagi sabtu  lepas, adik iparku Dilla temankan pergi The Garden sebab sebetulnya aku ada event disana. Event apa rahsia dulu sebab belum dapat greenlight untuk dipertontonkan lagi hahaha.

    Jam 10.45am kitaorang dah terpacak dekat mall tau. Wahhh hebat betul kalau tak lepas subuh tarik selimut balik daaaa hahahaa. Kali ini memang aku tak masuk mana-mana butik handbag pun sebab nanti Dilla bising hahahaha.

    Pagi tu singgah Kampung baru jap layan nasi lemak. So dalam Mall tu kitaorang berdua memang banyak jalan aje sebab sarapan berat giler kan almaklumlah aku dalam proses turun berat badan hahahaha. Lama tak makan nasi lemak katakan ^___^



    OOTD :
     
    Shawl : sponsored Erna Marlina
    Tshirt : USS Singapore
    Seluar : Brand Outlet
    Jacket : Sungai Wang
    Handbag : DKNY
    Kasut : Bonia



    Patutlah aku terkejut masa sampai Mall ni sebab jumpa banyak orang dengan pelbagai pakaian dengan karakter kartun kegemaran masing-masing, rupanya ada Anime Karnival daaa.. Sempatlah aku tarik mamat ni untuk bergambar sebab hensem laa hahahaha.


    Jumpa booth MH370 haruslah tak lepaskan peluang kannn. Sempat jugaklah menyoretkan sepatah dua perkataan. InsyaAllah kalau sempat minggu ini ada tutorial ok..

    Aku akan cuba selitkan tutorial setiap minggu 1 tutorial memandangkan dah lama sebenarnya aku pending tutorial ini. hehehe. Kesian pada semua yang dok email aku maaf yer..

    Selasa, 1 April 2014

    BATIK LIP LAP LIP LAP

    Assalamualaikum,

    Setiap Khamis memang kena pakai Batik kannnn. So setiap balik kampung di Terengganu memang aku wajib pergi Pasar Payang kennnnn En Fendi hehehe. Aku dengan mama memang hobi sama so senang cerita ajelah hahaha...




    Dekat bunga depan tu kalau tengok real live penuh dengan batu youuu berkelip-kelipan hahaha. Corak ini dan baju batik ni aku beli tahun lepas daaa 2013 punya bulan berapa tak ingat sebab ada beli lagi next next tu kira ampun maaf ajelah yer hehehe..



     
    Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy