Jumaat, 30 Mei 2014

KIMONO MEDINA

Assalamualaikum,

Salam Jumaat !!! Minggu ini office sunyiii aje. Ramai yang cuti tak apa aku bagi peluang dekat family yang ada anak untuk cuti.. aku?? siaplah korang nanti hahahahaha.

Oklah nak tunjuk kimono handmade !! mama mertua buatkan dan kita just sarong aje. Kebetulan ada event di rumah sepupu My love so apa lagi pakai ajelah hahaha.

Memandangkan aku suka PINK so aku letak line pink di pengelangan lengan dan dekat badan.

Aku namakan KIMONO MEDINA hehehe...

 

 
 
 
 
 

Khamis, 29 Mei 2014

CERITA LALU

Assalamualaikum,

Kisah lalu tapi dalam tahun 2014 juga lah yer... Lari tajuk kejap !! Siapa pergi ke Melaka Sabtu ini event Nuffnang tu??? Hai..hai.. lah kat kita yer... Cuak gak ni hehehe.


 
4 orang Puteri + 1 orang Putera ( tiada dalam gambar ) Pn Norizan dan En Mohd Azemi

 
Afifa (second last ) bersama My mom


 
Bersama anak sepupu aku hehehe.

 
Masturina (adik bongsuku ) bersama My mom

 
Dr Nadia ( Adik No 2, aku sulong ) bersama pengantin hehehe. Nadia ni single lagi youuuu hehehehe.
 
 
Ok byeee !!!
 
 
 
 

Isnin, 26 Mei 2014

KONJAC / MAKEUP GOURD SPONGE RATAKAN FOUNDATION DIWAJAH

Assalamualaikum,

Akhirnyaaa blog update !! Terima kasih yang sudi datang di Pembukaan Butik ColourPalace Sabtu baru ini. Sayang korang keta-ketat hehehe

Oklah memandangkan ramai yang dok Tanya aku pakai span apa untuk foundation muka so aku reviewkan lah. Mungkin ramai yang perasan kot foundation yang aku pakai Nampak smooth aje. Kebetulan stok dah sampai so baru aku war-warkan.

Sebenarnya aku guna KONJAC/Makeup Gourd Sponge setiap kali pakai foundation di wajah. Itulah rahsiaku hehe. Pakai Gourd Sponge ni best sebab dia ratakan keseluruh wajah foundation kita tu takadalah bercampuk macam tepung gomak.

Dalam masa yang sama jugak aku guna span ni untuk cuci wajah dengan sabun pembersih wajah, so saki baki makeup yang tak tanggal tu akan tertanggal bila kita gosok dengan span ni. Yang bestnya dekat celah-celah hidung atau tempat terselit pun senang cuci sebabnya hujung span ni tiruskan hehehe.

Nama je Makeup Gourd Sponge tapi macam-macam boleh buat dengan span ni. Terbaiklahhhhh...



Pelbagai pilihan color  KONJAC/Makeup Gourd Sponge ni, dan aku punya mestilah color Pink !!!
 
 
 
Ini kalau nak cuci wajah menggunakan span ni... Macam aku ada 2pcs span ni sebab satu untuk foundation dan satu lagi untuk cuci muka.
 
 
 
Aku sertakan sekali tutorial cara penggunaan KONJAC/Makeup Gourd Sponge, untuk memudahkan korang rujuk.


Ini pula tutorial cara untuk korang basuh KONJAC/Makeup Gourd Sponge, Bukan main ikut suka aje nak tonyoh yer hehehe.


HARGA : RM20.00
 
promosi :
Beli 5 pcs FREE 1pcs
 
 
 
Next entry InsyaAllah CNP buat tutorial dia yer hehehe.
 
 

Ahad, 25 Mei 2014

GRAND OPENING BOUTIQUE

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya penat lelah terbayar juga terima kasih Ya Allah... Dengan rendah hati CNP ingin menjemput anda semua ke
 
Grand Opening Butik CNP di Colour Palace The Strand Kota Damansara pada
24 Mei 2014 ini.

Mohon hebahkan pada sahabat handai dan kenalan yang lain yer TQ.

InsyaAllah CNP akan berada di sana dari jam 10am. Boleh kita berkenal-kenalan secara depan mata kannn. Ada free gift istimewa pada hari pembukaan khas dari CNP.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda semua pada CNP. InsyaAllah lepas ini website rasmi " Inidiarinurul Contemporary " akan diwujudkan khas untuk sebarang pembelian tudung, baju dan barang makeup. So di blog ini hanya tempat review ajelah lepas ini hehehe.



Gambar nak ke Office pagi tadi hehehe. CNP menggayakan Shawl Medina color Magenta.


Jumpa nanti yer !!! Save tarikh ini
24 Mei 2014 ^______^


Khamis, 22 Mei 2014

MERINDUI TEMPAT INI

Assalamualaikum

Tetiba rindu giler tempat ini LONDON !! Nak ke sini lagi InsyaAllah kalau ada rezeki lagipun sepupu En suami memang menetap disana dan sepupu aku pun sedang belajar juga disana. So untuk ke sana kiranya senang kalau nak pergi jalan-jalan ada orang bawakan cuma pitihhh ajo tiada hahaha.

Kenangan kat sana hehehe. Kitaorang kesini backpackers aje. Janji peta ada jalan hahaha. Itulah cabaran yang kitaorang suka. Ini mesti ada kawan papa dan mama aku dok baca hehe. Silalah baca dengan penuh senyuman.










Bila akan ke sini lagi ??? Belum ada jawapan lagi. Dalam shortlist belum aku bubuh nama London untuk kembali ke sini lagi setakat ini, tapi ke lainnn tu ada. Main salji juga, mulut keluar asap, suhu bawah 10'c hahahahahahaha. Trip akan datang bawa 1 batallion baru puas hati. InsyaAllah dengan family dan family mertua serta adik beradik kita angkut untuk holiday. Cuma menunggu masa aje. InsyaAllah. belum ada green light untuk hebahkan. Pergi kerja sambil bercuti lah trip kali ini.


Setakat ini sahaja luahan hari ini kahkahkah. Ehh jangan lupa ke Pembukaan Butik ya 24 Mei 2014 !!!


Rabu, 21 Mei 2014

MISI PROJEK RAHSIA CNP

Assalamualaikum,

Siapa follow Instagram aku mesti pernah Nampak hashtag ni #projekrahsiaCNP hehehe. Hari ini barulah aku nak pecahkan rahsia tu hehe. Bulan Mei aku busy giler sebab siapkan stok untuk di hantar ke Butik Colour Palace di The Strand Kota Damansara.


Jemputlah datang dan sila hebahkan pada kawan-kawan anda yang lain yer. InsyaAllah CNP akan berada di sana pada hari pembukaan.

 
Semasa proses mengunting kain...


Bila dah siap haruslah CNP pakai dulu untuk pastikan kualiti dan keselesaan barang keluaran Cnp hehehe.

Pada hari pembukaan semua Shawl & tudung Square harga Promosi iaitu Rm30.00 dan kebawah ok !!!


Jumpa di sanaaaa....





Jumaat, 9 Mei 2014

HOLIDAY TRIP KE BALI - PART 3

Assalamualaikum,

Entry yang ramai email Tanya bila nak sambung hahaha. Ok nah sila baca yer hehe.

16 mac 2014

Jam 8am baru terjaga semula kes "tidur sebentar selepas subuh " so tak dapat tengok matahari naik huhu tapi kami tetap ke pantai kuta. niat di hati nak ambik gambar je tapi last2 terjebak mandi kooo..best gilerrr kot mandi sini. naik teksi untuk ke pantai sebab nak cepat sampai kena 50,000rp kalau jalan kaki dalam 7 minit gitu hehehe.


 
Nampak pintu gerbang tu?? sini banyak pintu gerbang macam tu .


 

 
Kes nak selamatkan beg dari kena air laut hahahaha.. candid !!!




Dalam sejam juga di Pantai Kuta, terus cabut balik hotel. Siap call supir bagitahu ambik jam 10am hahaha..

 
Adik iparku yang join sekali holiday kali ini.


Uncle ini pantang aku ambik selfie mesti dia duk belakang aku dengan pelbagai gaya hahaha.



10.30am terus check out hotel then terus ke pantai padang-padang satu jalan ke uluwatu.. sempat juga tengok tempat Julia robert shooting cerita it pray love.


 
 11.30am terus ke uluwatu menikmati pemandangan disana hehehe. caj masuk 20,000rp (50,000)sebab supir bagitahu kitaorang domestik hahahaha.. rezeki kitaorang dari mula datang sini memang murah.





 
Masuk sini wajib pakai tali kuning di pinggang. memang adat diaorang macam tulag tapi dekat kaunter bayaran masuk diaorang tarik kita untuk dipakaikan tali ini dan sekali tu dia akan bagi kita pisang so jangan ambik banyaklah pisang tu beli sebungkus cukup.










Kalau siapa pakai skirt or seluar pendek diaorang akan bagi kain warna purple untuk tutup aurat gituuu.





Kolam khas untuk monyet berenang. 1st time aku jumpa. Dekat sini monyet diibaratkan tuhan mereka bagi yang anuti agama Hindu.



Selepas sejam setengah di Uluwatu kitaorang terus ke Pantai Padang-padang. MasyaAllah cantik giler pantai ini. Nak ke pantai Padang-padang kena lalui lorong celahan batu ni.




 
Kalau berselisih dengan orang nak naik atau turun sebelah pihak kena berhenti bagi laluan hehehe.


Siapa sangka turun dari celahan batu terus Nampak pantai yang cantik giler ni. Kalah pantai Kuta hehehe.















 
 1.15pm kami pulang untuk jalan-jalan. berhenti di tepi jalan untuk makan masakan padang.
4 orang makan 90,000rp

3.15pm singgah di factory outlet.. shopping kasut hehehe.. kasut sukan Reebok 200,000rp bersamaan Rm60.00


 
Tengok lauk masakan padang ni alahaiii sedappnyaaaa hehe.



4.30pm terus lepak di kuta untuk spa... kitaorang ambik pakej spa yang sama dan fuhhhh sedapnya... keletihan 3 hari hilang kot hahaha. ambik angin dan bergmbar buat kali terakhir di sekutar kuta.


 
Hard Rock Café Bali. Hari pertama jejak Bali dah shopping segala makhluk dalam ini hehe.












 




 
 
seorang 75,000rp untuk satu jam.
 
 
Nikmat ooo spa dulu sebelum balik Malaysia. Nasib masa tak cukup aje kalau tak aku suruh dia spa satu badan hehehe
 



 
Sila selamatkan penyu-penyu yang comel ini hehehe.


  
 7.15pm makan malam di Burger King.. 2 orang 120,000rp . Supir jemput di kuta dan terus ke airport.
 
 
Masa dalam airport, dila ingat kita salah airport sebab kami je kelompok melayu dan yang selebihnya adalah mat salleh kooo.. siap dila cakap kita dah smpai new york kooo...berakhir sudah percutian selama 3 hari 2 malam di pulau Bali..
 
 
 
 
 
 
Dapat wifi laju je update itu ini nama pun blogger kan hehehe.
 
 
 Bye-bye Pulau Bali, insyaAllah kami datang lagi.. Memang Bali terbaik dan best sangat-sangat. En suami suka bercuti ke sini sebab tak banyak keluar duit untuk shopping hahaha. Masa balik dapat seat 1 row dengan adik-adik ipar. Adoii aku ni dahlah penakut naik flight so apalagi dia usik aku macam-macam. Tobat dah lepas ni nak duduk sebelah en suami aje hehe.
 
Tq so much En suami sebab tunaikan impian kita nak ke Bali sempena Birthday. Impian menjadi reality hehe. Now balik kerja kuat-kuat untuk kumpul duit semula hehehe.
 
Next holiday ke mana kita yer??? hehehe moga Allah perkenankan doaku aamin.


 
 Bajet Hari Ketiga :

Teksi ke Kuta = RM15.00 /4 = RM3.75
Masuk Uluwatu = RM5.60
 
Makan tengahari Nasi Padang = RM6.40
 
Makan malam Burger King = RM16.80

Total : RM32.55 untuk 1 orang  (TIDAK TERMASUK SHOPPING )
 


 
 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy