Rabu, 24 September 2014

HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum,

Rutin hujung minggu aku dan En F, keluar dating kemana-mana sahaja tempat makan yang berkenan di hati. Hati En F lain sikit so kena jagalah sebab nanti tak dapat " habuan " dari dia hahaha. Ok Nampak macam ayat bodek disitu..... Kali ini kami memilih untuk lepak di Hard Rock Café Kuala Lumpur. Lepas magrib terus ke sana. Sejak dah kahwin ni aku memang gian nak keluar malam aje almaklumlah sebelum kahwin mama dah bagi warning balik rumah sebelum jam 6.45 malam. Aku patuh je syarat mama biasalah anak perempuan kannn.

Pada yang sudi komen diblogku, maaf belum sempat melawat ke rumah korang tapi sempat reply semua pertanyaan korang. InsyaAllah minggu ini aku singgah rumah korang yer. Tapi mana yang pakai google blog tu aku tak dapat tinggal jejak. Tak tahu sebab apa... sedih kottt.



Dinasihatkan booking awal sebelum dating kalau tak sila beratur tunggu giliran yer. Aku kalau bab beratur ini moh kita pergi tempat makan lain ajelah hahaha.


 
Jus Lemonade memang menjadi pilihan utama aku....
 

Nachos's Chesee ambik size besar boleh makan untuk 4 atau 5 orang


Menu aku...Aku kan mana boleh dipisahkan dengan ayam hahaha.. Apa menu pun tak apa janji ada ayam.. Serius ayam aku ni boleh makan untuk 2 orang kot haha. last tak habis kot.

 
Menu En F... burger HRCKL memang terbaik dan sedap. Patutlah ajak aku makan sini.
 

Selfie sebentar hahaha. En F dah tak sabra nak ngap tuuu tapi aku siap warning jangan makan lagi selagi tak selfie dulu ngeh...ngeh..ngeh...



Akhirnya barulah gambar pemilik blog muncul hahahaha. Abaikan wajahku yang berjerawat yer. Baru balik dari segala mak nenek punya program. Bye....


Instagram aku private so siapa nak follow @ciknurulpinky,  invite aku dulu nanti aku approve. Muaahhhhh

Selasa, 23 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA - PART 5

Assalamualaikum,

Hari terakhir di Maninjau.. Jam 8.30am pemandu dah tercegat depan rumah untuk hantar kami ke airport Padang. Perjalanan dalam 2 jam lebih gitu. Sampai Padang cari makan dululah buat kali terakhir layan tekak hehehe..


Check in Jam 12.30pm, drop beg dan Airasia bagi kami hotseat secara percuma lagi untuk kami semua... Tq!!!

Bye..bye Padang tahun depan jumpa lagi hahahaha...


Aku sebenarnya nak duduk dengan En F tapi last-last adik dia mengada tak nak tukar sebab nak ambik video aku gayat masa flight nak terbang.. menyampah kot !!!


Selepas lampu tali pinggang dipadamkan baru aku rasa legaaaa tapi sikitlah selagi belum turun flight ni tanganku basahhhhh hahahaha.. Jangan gelakkan aku ! Abaikan muka tanpa coletan makeup hahaha.. Pagi hari hoii tak ada mood nak tenyeh-tenyeh muka.


Ciptaan Allah yang sempat aku snap..


Selepas sejam penerbangan akhirnya sampai airport Klia2... Yeayyyyyy.. Malaysia ohh tanah airku.. buat drama swasta kejap T__T


Habis sudah kisah ringkas percutian kali ini hehehehe...

Byeee..




Jumaat, 19 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA - PART 4

Assalamualaikum,

Kembali lagi untuk Part 4 !!! Kali ini update suka-suka aje tak adalah detail sangat sebab nak suruh korang rujuk entry sebelum-sebelum ini kalau nak detail holiday ke Bukit Tinggi ni ye. Atau dalam kata sebenar tak ada mood nak update ! Adushhh kejujuran telah terselah maafkan anak dara ini hahaha.



Bangun pagi aje terus request nak makan lontong haha. rasa macam best pulak main-main order aje. bertuah menantu bagi mama mertua saya. peace !!


Hari terakhir di Maninjau, adik ipar ajak naik bukit untuk tengok pemandangan dari atas. Aku mulanya malas tapi akhirnya layan ajelah kalau tak ikut sekarang bila lagi kan.. Ya Allah ciptaanMu terhebat !!! cantik sangat pemandangan dari atas bukit.


Kolam-kolam ni air dia sangat-sangat jernih dan sejuk malah air dia sentiasa mengalir dan tidak bertakung.


Bakso memang tak boleh dipisahkan bila datang Indonesia! Wajib ok


Petang-petang macam biasa ronda Danau Maninjau sambil tengok gelagat orang-orang sana.



Penat ronda sekeliling Danau berhenti makan untuk kali terakhir sebelum balik Malaysia. Nasi goreng dan mee goreng siang malam. Ya Allah sedap kot masakan diaorang ni tak tahu nak cakap macam manalah hahaha.

Esok last entry balik Malaysia sudah. Kena kerja kuat semula kumpul duit untuk next holiday insyaAllah. Reward untuk diri sendiri.

Bersambung Part 5 !!

 

Khamis, 18 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA PART 3

Assalamualaikum,

Bersambung kembali Part 3... Aku rasa entry Bukit Tinggi kali ini kurang lengkap sebab setiap tahun ke sini so kalau nak tahu lebih lengkap korang scrool entry Bukit Tinggi yang lain tau..


Jam 11am aku dah terpacak di Aur kuning untuk shopping telekung. Sini padat sikit dengan orang sebab tempat borongankan dan kebetulan hari aku pergi ni hari orang sini keluar belanja atau shopping. Sempatlah borong 15 helai telekung. Sebulan sehelai kita guna hahahaha.. ok tipu !


Yeayyy dekat Pasar atas dahhhh. sini nyaman sikit ada aircond. Macam biasa datang sini tokey kedai hidangkan aku teh botol sambil pilih kain dan corak sulam.


Ada dalam dalam 20 helai aku borong kain sulam. Macam biasalah ada kiriman orang dan stok untuk aku sentiasa kena ada hehehe.


En F memang suka tiap kali aku pilih kain dan sulam lepas tu dia yang akan pilih mana-mana color dan sulam khas untuk aku. Begitulah setiap tahun. Janji cantik aku jalan je.


Design fresh dari oven ok !!!


Tengahari lari kejap dari shopping untuk isi perut. Mulanya nak makan nasi kapau tapi last-last ke restoran sederhana makan nasi Padang. Perghhhhh sedap oooo.


Sabar menunggu makanan sampai hehehe..


Ok sambung shopping selepas perut kenyang hehehe..


Keropok ubi. Setiap kali datang memang aku selalu borong keropok ni buat makan dengan nasi or mee goreng kat rumah.


Hotdog goreng telur 1000rp menyesal beli dua je sedap kot. Adik ipar aku sampai bantai 10 cucuk dia beli. Korang jangan risau sini semuanya halal.


Sambung shopping di pasar lereng pulak hahaha.. macam-macam aku capai kat sini sampai kena ketuk dengan En F pun ada hahaha.


Kenangan 2014 disini. InsyaAllah 2015 pun akan ada gambar kenangan disini jugak. Borong kain kot stok setahun hahaha.


Keluarga belah aku memang suka ke sini sebab nyaman dan terbaik untuk shopping kain sulam. Kalau ikutkan perancangan memang diaorang join sama tapi last minit semua cancel sebab ada kelas, meeting dan exam. InsyaAllah tahun depan moga diaorang semua akan sampai ke sini lagi aaminn.

Bersambung Part 4...

 

Rabu, 17 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA PART 2

Assalamualaikum,

Lama berhenti rehat untuk entry Indonesia. Tak apa insyaAllah lepas ini sentiasa berupdate hahaha. Percaya dalam terpaksa ajelah yer. Ok lepas ni kena selalu update sebab Mr F dan sound kenapa blog lama tak update hihi.

Program hari kedua ialah ke Pasar Jumaat !! Sebab itu aku nak sangat-sangat ke sini hari Khamis. Aiskrim tradisional dia memang daebak !!!!! Makanan kat Indonesia siapa yang tak melantak dengan sepuasnya memang rugi ooo. Ok itu aku !!


Sempoi aje nak ke Pasar Jumaat hehehe. Udara kat sini nyaman sangat-sangat. Aku mandi air gunung dan sejuknya masyaAllah, tapi sebab memang kena mandi walaupun sejuk aku jirus ajelah walaupun jeritan aku mungkin dengar sehingga 10 buah rumah jiran sebelah hahaha melampau kooo. Adik ipar aku cakap ni bukan setakat boleh join program jirus ais tu tapi lebih lagi sejuk dari ais hahaha.


Pecal atau boleh minta tambah ketupat nasi. Aku pilih dua-dua hahaha tamak haloba memang macam ni.


Inilah rupanya ketupat pecal. Sedap ooo. 8000.00rp


Aiskrim Tradisional yang bestnya sebab dia pakai santan dn susu coklat. 1000rp aje.


Dekat sini kedai makan dalam tenda iaitu macam khemah. Sekeliling ditutup dengan kain. Uni ni memang selalu jadi pilihan aku setiap kali makan sate minang. 10000.00rp


Adushhh teringat kot bila tengok gambar sate ni hahaha.


Kami makan dalam tenda yeayyy. Kami cuba belajar kehidupan di tempat yang kami pergi untuk sesuaikan diri. Alhamdulillah setakat ni mana kami pergi ok je..



Pemandangan dalam pasar. Ramai yang sibuk membeli barang dapur. Ada jugaklah mat salleh beli barang kat sini. tegur gitu-gitu aje.


Aku borong sakan tea, kopi dan tora bika cappucino memang daebak ooo. Rasa nak pergi beli lagi aje. hahaha 1pcs 1000rp.

Petang hari kami ronda-ronda sekitar tasik Maninjau sambil minum teh botol je. Saje hari kedua kitaorang nak rilex-rilex. Rasa tenang tanpa internet disini. Aku memang kuatkan diri supaya tak beli mana-mana internet. Aku nak rehatkan minda.Malas nak fikir hal kerja hahaha.

Dalam jam 4pm kitaorang naik ke Bukit tinggi dan bermalam disana. senang esok pagi bangun bersiap terus shopping !!!

Malam hari aku bantai makan Murtabak mesir dan murtabak coklat keju adushhhj sedapnya. Ok aku semua makanan kena dengan tekak aku memang aku akan cakap sedap hahaha. 

Bersambung Part 3 ok..

 

Selasa, 9 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA PART 1

Assalamualaikum..

Maaf semalam tak sempat pos entry baru. Masa tak sempat.. lari lintang pukang sekejap. Ini pun update dari hp hahaha.

Jam 5am kami ke airport Klia 2 dari Bandar Warisan memandangkan Juwa sepupu En suami ada tinggal situ so kami bermalam sana je.

Dah masuk beg semua terus pergi cari sarapan. Makan di Johnny Rocket set sarapan pagi sangat berbaloi. Terjumpa pulak dengan penyanyi AF1 Khaeir. 









Jauh jugak nak menapak ke flight tapi tak apalah sepanjang jalan aircond hehehe.. Last check sebelum masuk flight siapa pakai heel or kasut yang ada bling-bling or manik semua kena tanggal untuk scan dasyatttttt. Macam dekat airport Doha pulak. Tepat 7.50am waktu Malaysia kitaorang terbang menuju ke Indonesia. Pilot yang bawa kami masa ni Pilot perempuan ! Kagum sekejap !!!



Jam 8am waktu Indonesia kami selamat sampai di Bandara International Minangkabau. Alhamdulillah.. aku gayat kronik bila di tempat tinggi so selalu kena bahanlah.. 


Lepas ambik beg dan check Kastam Indonesia, kitaorang terus keluar cari trapel / kereta sewa ke destinasi pertama iaitu Danau maninjau. Ramai jugak mat salleh lepak sini.. Satu hala harga kereta sewa 370,000rp kebetulan masa datang tu mereka semua tengah krisis minyak sebab kerajaan mereka nak tarik subsidi minyak..


Muka happy dah sampai Indonesia.. aku tidur aje dalam perjalanan ke Danau Maninjau.


Kereta beratur sampai 3km sebab nak isi minyak punya pasal... 

Jam 11am waktu Indonesia alhamdulillah selamat sampai ke tempat yang dituju.. Hari pertama tak banyak aktiviti cuma melawat kawasan sekitar je hehehe... Cuma kali ini rezeki aku dapat tengok gunung berapi tak aktif sebab sebelum ni  asyik dapat seat dalam flight tak fokus ke gunung berapi ni...





Macam nak baring aje atas awan ni hahahaha...

Ok sambung Part 2 pulak esok...


 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy