Rabu, 8 Julai 2015

BENDA WAJIB ADA WAKTU RAYA SETIAP TAHUN

Assalamualaikum,

Wah sedar tak sedar dah masuk hari ke dua belas Umat Islam di seluruh Dunia berpuasa. Bila dah masuk pertengahan puasa, lagu raya mula berkumandang di radio masa itulah "mood" raya datang hahahaha.







Teringat Hari Raya sebelum ini, malam raya mesti sibuk tolong mama, nenek dan saudara di dapur menyiapkan juadah Hari Raya. Juadah wajib semestinya Lontong ok. Kiranya kalau tiada juadah lontong ini ibaratnya tak lengkap kot. Tapi untuk tahun ini, aku memang siap-siap dah simpan stok Mamee Chef Lontong ni dalam beg sebab bila tersangkut dalam jem masa nak pergi beraya tu kan boleh lah aku kenyangkan perut aku dulu dengan Mamee Chef Lontong ni hahahaha.



Sedihnya tahun ni Hari Raya tak semua adik-beradik aku balik ke kampung, tugasan kerja demi Negara perlu diutamakan. Macam biasa semua merungut sebab tak dapat makan juadah lontong di pagi raya. Untuk ubati hati lara adik-beradik aku yang tak dapat balik ke kampung tu, aku telah beri kejutan buat mereka semua dengan Mamee Chef perisa lontong yang pertama dikeluarkan. 

Dengan 3 step siap !!!


 
So korang bolehlah nak tambah tempe, kacang panjang, sengkuang dan apa-apa bahan yang korang selalu letak. hehehe

 
Kiranya walaupun mereka semua tidak dapat pulang beraya, tetap dapat makan lontong dengan adanya Mamee Chef perisa lontong menggunakan pes khas Chef Ismail yang membuatkan  rasanya sama dengan hidangan sebenar. Lepas ni korang semua pun mesti wajib cuba tau, bawa balik kampung sekali stok Mamee Chef Lontong banyak-banyak. Siapa yang baru sampai di pagi raya tak perlu kelam kabut nak masak lontong hanya guna Mamee Chef Lontong sekejap aje dah siap. Mudah bukan ? sedap pun sedap ok.



Bagi aku Mamee Chef perisa lontong ini sangat unik dan kualiti mie nya dibuat dengan menggunakan teknologi mie tarik tau. Wowwww.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mamee Chef Lontong ni boleh click Facebook Mamee Chef Lontong : https://www.facebook.com/mymameechef?fref=ts dan hashtag #mameecheflontong

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy