Isnin, 30 November 2015

PERSEDIAAN KE KOREA

Assalamualaikum,

Wah lama betul CNP menyepi kali ni kan hehehe. Oklah lepas ni selama 10 hari korang akan mengadap entry di blog ini, jangan muntah sudahlah yer. Kali ni CNP akan bawa korang berjalan ke Korea hahahaha. Alhamdulillah selama 10 hari 9 malam di bumi Korea banyak mengajar CNP mendekati diri dengan Allah. 

CNP pergi dengan family termasuk papa, mama, mama mertua, adik bongsu, adik ipar dan En Fendi. Semuanya secara backpackers je memandangkan bajet ciput hehehehe.

Oklah Part 1 ini mengenai persediaan ke Korea memandangkan CNP pergi pada 18 Nov hingga 27 Nov 2015. Suhu dalam 10'c hingga -3'c 

CNP dan family memang setiap travel trip wajib ambik insurans Travel walaupun sesetengah orang cakap membazir tapi itulah yang penting sekiranya berlaku sebarang kemalangan di luar negara. 

Macam CNP kalau bulan Mac beli tiket flight, bulan April setlekan guesthouse pulak then lepas tu baru start kumpul duit untuk Korea. Bukan sekali gus keluarkan duit untuk flight dan Guesthouse pengsanlah kalau macam tu hahaha.




Start tukar duit masa bulan Mei 2015, masa tu rate 1000 won Rm316.00 sehingga minggu akhir nak fly tukaran menjadi 1000 won Rm386.00 giler tinggi ok. Masa di Korea tukaran kat sana lagi mencekik darah dalam Rm400+++

Kitaorang tukar di Mid Valley dan Bukit Bintang.


Duit Korea.


Inilah duit Korea.

Jadual Perjalanan


Inilah Journal Korea Trip yang telah CNP study sebelum ke Korea. Almaklumlah 1st time kan ke sana so kenalah study betul-betul hehehehe.

Peralatan Winter.


Dari Malaysia CNP dan family hanya beli sehelai baju sejuk je sebab dekat Korea semua baju sejuk murah giler-giler dari Malaysia, tambahan dah dekat nak snow lagilah diaorang bagi diskaun. Semua barang winter beli dekat Daiso aje kecuali baju sejuk Pink tu di Uniqlo itupun pakai untuk tidur aje sebab pakai dekat luar baju pink tu tak dapat menampung kesejukan suhu di Korea. Barang Daiso lagilah tak lut huhuhu. Mafla oren tu sangat-sanagat membantu warmkan leher. Beli dekat Universal Traverler. Dekat Underground subway banyak jual barang winter, so boleh je beli kat situ sebab murah pun murah.


Adapter Plug


Adapter plug jangan lupa bawa kang tak caj bateri hp, kamera,ipod semua kang hehehe. Korea plug dia jenis macam Indonesia ada 2 lubang tu.







Nasib baiklah adik ipar aku si Dila google pasal Korea terjumpa Website Korea Tourism Organization. Siapa yang pergi Korea dalam tahun 2015 boleh ke KTO untuk dapatkan kad T-money dan segala maklumat tentang Korea disini dengan syarat daftar jadi member KTO dan bawa detail tiket flight. Setiap tahun promosi dia berlainan. Alhamdulillah jimat duit beli T-money hahaha. Korang boleh rujuk di website Korea Tourism Organization 


3 Hari sebelum fly barulah kelam kabut packing barang hehehe. CNP bawa 3 bag jenis beranak punya sebab 1 bag isi makanan penuh termasuklah mini rice cooker.


Ubat-ubatan




 Setiap kali travel ubat-ubatan memang wajib bawa persediaan kalau sakit demam semua. Nasib bawa ubat sebab selsema teruk dan demam. 


Baju harian


Bawa tshirt 3 helai aje pun sebab tshirt pakai belah dalam bukan nampak pun kan hehehe yang penting baju sejuk kat luar tu hehehe..Long John jangan lupa bawalah yer.


Makanan




Inilah stok makanan selama 10 hari 9 malam di Korea untuk 7 orang. Hehehehe pergi musim sejuk memang cepat lapar.



Bajet yang dibayar dari Malaysia :

* Kiraan mengikut rate tukaran bulan Mac 2015
Guesthouse Apartment Hongdae 9 Hari 8 Malam = Rm532.00 untuk 1 orang 


Guesthouse Incheon Airport Yegrina 2 Hari 1 Malam = Rm71.00 untuk 1 orang

Flight Airasia = Rm528.00 pergi balik ( promosi Rm219.00)


Kos makanan dibawa dari Malaysia = Rm43.00 (Rm300.00 untuk 7 orang)

Insurans travel = Rm80.00

Sewa van hantar dan ambik di KLIA = Rm65.00


Total : RM1319.00 untuk 1 orang

6 Orang Sayangkan Cik Nurul

Tq kongsi.sgt2 membantu. nanti update lagi tau. sebab korea antara destinasi dalam whishlist nak pergi.

Rabu, 02 Disember, 2015

@IMaH

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA HEHEHE.. INSYAALLAH TAHUN DEPAN SAYA PERGI LAGI BULAN 10 TAK SILAP JOMLAH JOIN HEHEHE

Rabu, 09 Disember, 2015

Nurul,ticket flight tu beli time AA buat promo ke?Guesthouse tu nak survey kat mana?

Khamis, 10 Disember, 2015

@Emy Omar

Yup masa ada promosi kebetulan masa tu saje2 je buka tetiba dapat harga murah terus book. Guesthouse nurul ada link kan just click je di Airbnb tak pun nanti akak bagi email nanti nurul link kan aje ke email akak.

Isnin, 14 Disember, 2015

As'salam sis, klu tak keberatan boleh sy nk detail itinerary sis yg buku tu...as reference utk sy nnti :) ...klu sis tak keberatan boleh email kt sy di email sy ? ila_shahalam@yahoo.com

Rabu, 09 Mac, 2016

bestnya jalan2 korea..:)

Selasa, 14 Jun, 2016

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy