Khamis, 10 Disember 2015

KE KOREA KITA ( DAY 3 ) LOTTE WORLD - NAMDAEMUN MARKET - HONGIK

Assalamualaikum,

Jam 11.30am baru keluar rumah. Hari ini lambat sikit sebab papa,mama dan mama mertua nak rehat sakit kaki hahaha. Aku?? Sejuk-sejuk macam ni memang comfirm atas katil lah jawabnya hahaha. Sebelum keluar tengok suhu dulu, sebab boleh pakai baju yang sesuai. Suhu pulak dijangka drop so bertabahlah wahai badan. Semua naik bas dari Guesthouse ke Hongik station.

Baju sejuk buble ni yang aku beli semalam kat pasar Namdaemun. Berbaloi beli kat sini hehehe.



Jadual sebenar hari ini terpaksa dibatalkan dan kitaorang terus ke Jamsil station untuk ke Hark Rock Café di Lotte World. Bagi aku Lotte World tak berbaloi masuk sebab mainan banyakkan untuk budak-budak berbanding Everland, pulak tu beratur untuk main  satu permainan makan masa sejam hahaha. Lotte World pun ada bahagian shopping complex, tang ni aku tolak ketepi memang malas masuk takut terjebak tapi ralatnya lupa borong papero !!!!!!





Naik bas ke Hongik Station (1100 won = Rm4.40)






Direction to Lotte World :

Hongik Univ Station Line 2 – Jamsil Station Line 2 Exit 8 (1450 won = Rm5.80 )

( melalui 20 station untuk sampai )






Keluar aje dari train terus masuk Lotte World dulu sebab kalau masuk Lotte Mall ada jugak sangkut sana sini. Dia ada 2 pintu kiri dan kanan iaitu Lotte Mall atau Lotte Theme Park.





Menunggu yang lain ke toilet. Setiap kali ke toilet botol air tak pernah dilupakan sampai ada ahjumma tanya aku kenapa bawa botol air masuk toilet hahaha. 




Perkara untama ke sini konon-konon nak bergambar di pintu masuk theme park ala-ala Disneyland tu tapi saying seribu kali sayang, rupanya nak kesitu kena beli tiket masuk theme park huwawwwwww


Happy aje semua walaupun macam kanak-kanak dah aku tengok hahahahaha.






Dalam bangunan Lotte World tu agak panas sebab diaorang pasang heater, so bila keluar aje dari bangunan masyaAllah angin bertiup rasa nak masuk balik dalam bangunan Lotte World tu hahahaha.



Aku rasa sejak  duk Korea hampir 2 minggu, semua muka nampak putih dan smooth aje hahaha.






Cantik kan CROWN kat belakang tu heheh terus teringat Dato Seri Vida kan suka pakai crown-crown hahahaha.


Tinggal jejak disini InsyaAllah kalau ada rezeki datang lagi harus tengok ada lagi ke tak jejak yang aku tinggalkan ni hehehehe.





So tak jadilah bergambar terus naik ke tingkat 5 untuk ke Hard Rock Café. Shopping kat sini habis 39,900 won  = Rm159.60 untuk sehelai tshirt. Pejam mata ajelah nak buat koleksi punya pasal.

Lepas habis shopping dan bersiar-siar di Lottle World terus ke Namdaemun market sekali lagi sebab nak bagi mama dan mama mertua aku yang belum puas shopping brooch. Aku bagi diaorang shopping sampai puas sehingga kedai tutup barulah reti nak keluar dari bangunan 
E-lendang tu hahahaha.


Direction to Namdaemun Market :

Jamsil station line 2 – Sadong Line 2 - * interchange ke hoehyeon Line 4  - Namdaemun market (1350 won = Rm5.40 )




Makan kebab dengan En Fendi 4000 won x 2  = Rm32.00 kalau nak lagi sedap boleh pilih yang lain dan harganya pun lainnnn hahaha.


Besar dan sangat sedap kebab dia.


Terjumpa budak Malaysia masa sama-sama beli kebab. Datang berdua je kot ke Korea hahaha. Kalau mama aku comfirm tak lepas hahaha. Terbaiklah awak berdua hehehe.


Pulun makan kebab sebab dah kelaparan sangat-sangat.



Walaupun 2 kali pergi Namdaemun market tetap shopping winter coat lagi. Dalam jam 6pm barulah kitaorang reti nak pulang ke Guesthouse sebab masing-masing dah kesejukan. Disebabkan penat sangat terus balik naik train di Myeondong station berdekatan dengan Namdaemun market je.





Kalau korang sesat atau tercari-cari sebarang maklumat jangan lupa cari “orang merah “ sebab diaorang Information Caounter bergerak. Aku pun tanya mereka station train apa yang berdekatan dengan Myeondong dan City Hall station adalah station paling dekat dengan Myeondong. 

Kelakar giler masa aku cakap nak bergambar dengan nuna baju merah ni, pastu mamat sebelah tu pun cakap " dengan saya tak nak ke " terus aku gelak sambil cakap " JOM dalam bahasa Korea baru senyum hahaha.





Tempat cantik bercahaya ni korang akan jumpa dalam perjalanan ke Station City Hall pada waktu malam. Cantik sangat terus terpegun ambik gambar walaupun masa ni suhu sangat sejuk.

Direction  to Hongik Station :


City Hall Line 2 – Hongik Station Line 2 exit 1 ( 1250 won = Rm5.00 ) 

Keluar aje dari dari Hongik Station, aku tahan sebuah teksi untuk bawakan papa, mama, nazurah dan mama mertua aku pulang ke Guesthouse sebab kitaorang ada misi ke Hongdae lagi hehehe. Lepas bagitahu ahjussi teksi alamat semua, terus dia bawakan family aku ke alamat yang diberi.


video



Kali ini kami ke Hongdae sebab nak ke Hello Kitty Café dan makan Nasi Goreng Seafood yang ramai orang Malaysia makan kalau ke Korea. Masa dekat Hongdae, angin kuat giler sampai menggigil jugaklah  aku.

Nasi goreng Seafood seorang 5000 won = Rm20.00 dan air masak free. Sini masuk aje kedai makan air kosong dia bagi free aje.

Lepak-lepak tengok budak Universiti Korea tambah pendapatan dengan menari dan menyanyi memang best sampai ada sedikit tragedi kat sini hahaha syhhh rahsiaa. Sejuk punya pasal, aku masuk 7 Eleven cari Coffee panas dalam tin untuk minum dan warmkan tangan.
1000 won = Rm4.00




Kitaorang bergambar dari luar aje sebab rasa macam tak berbaloi aje masuk semata makan wafle dan minum air coffee hahaha baik pergi cat cafe lagi berbaloi. Tengoklah next trip mana tahu nak cuba bolehlah masuk makan.



En Fendi minum Caremel Machito 4500 won = Rm18.00 *up size cup


Kesejukan yang melampau bagi aku sampai aku duduk peluk tubuh kot hahaha.

Dalam jam 11pm kitaorang ambik bus 7016 untuk balik ke Guesthouse (1100won = Rm4.40 )



Sampai rumah semua tengah lepak minum air kopi panas sebab kesejukan. Malam ni sejuk lain macam sampai kena pakai penutup telinga sebab telinga dah kebas. Kalau ikutkan setiap hari aku akan update blog live dari Korea, tapi masalah dengan Google sana, so update dalam buku ajelah. Setiap malam aktiviti wajib. Jam 1.24am last aku tengok jam sebelum pengsan dan sedar keesokkan hari hahaha.



Sayur-sayuran yang sangat segar. Beli kat pasar Namdaemun 2000 won = Rm8.00




Walaupun dah makan nasi goreng tadi tetap makan maggie dan bihun sup hahah.. Sejuk so perut cepat lapar gituuu.


Bajet yang dibayar dari Malaysia :

-Tiada-

 Bajet Hari Ketiga  :

Bus ke Hongik Univ station = 1100 won (Rm4.40)

Train ke Jamsil = 1450 won (Rm5.80)

Baju Hard Rock Cafe = 39,900 won x 2 (Rm308.00)

Train Jamsil ke Namdaemun = 1350 won (RM5.40)

Kebab Arab  = 4000 won x 2 ( Rm32.00)

Train City Hall ke Hongik Univ = 1250 won ( Rm5.00 )

Nasi goreng Seafood Yogena = 5000 won x 2 (Rm40.00)

Air tin Coffee = 1000 won (Rm4.00)

Caramel Machito = 4500 won ( Rm18.00 )

Bas ke Guesthouse dari Hongdae = 1100 won ( Rm4.40 )


Total : 109,550 won = RM438.20 untuk 2 orang 

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.



2 Orang Sayangkan Cik Nurul

uyoooo , bestnya kak :( kak sabar nak g korea niih T___T

Khamis, 10 Disember, 2015

@SITI SORFIENA SYASHA

Jom ikut next trip..

Isnin, 14 Disember, 2015

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy