Selasa, 15 Disember 2015

KE KOREA KITA ( DAY 5 ) GWANGJANG MARKET - ITAEWON

Assalamualaikum,

Jam 7am pergi ke kedai runcit untuk shopping sayur tapi kalau hari ahad kedai banyak buka lewat sikit sebab pergi gereja.





Jam 11am keluar guesthouse terus ke Gwangjang market atas permintaan mama nak tengok kain silk. 




Inilah supermarket yang kami dok beli sayur, air, beras semua hehehe.


Dari guesthouse ke Hongik naik bas 7706 ( 1100 won = Rm4.40 )



Direction to Gwangjang market :

Hongik Univ Station Line 2 - City Hall Line 1 - 
Jongno 5(o)-ga Station Line 1 Exit 8
(1250 won = Rm5.00)




Keluar aje dari Underground Exit 8 ni terus jalan ke depan hingga jumpa pasar. Jangan terkejut bila tengok banyak kedai makan kat bahagian depan sebab macam-macam makanan ada termasuklah segala mak nenek masakan b*b* hehehe. ( pintu masuk Gwangjang Market ni dekat orang pakai baju pink tu )



Kalau sesat cari orang "baju merah" untuk tanya apa-apa direction kedai ok.




Rupanya setiap hari ahad, Gwangjang market TUTUP !!! Frust giler mama aku tapi nak buat macam mana sebab aku lupa nak buat research pasal psara ni hahaha almaklumlah ingat ke makeup aje muda katakan...


Ada sikit aje kedai yang buka itupun bukan SiLk mama nak.


Pintu yang kami keluar dari Gwangjang Market ni hehehe. Time ke Itaewon kami tak naik train di exit 8 malah kami teruskan perjalanan dengan jalan kaki ke depan sebab nak pergi tengok sungai cantik tu hehehe.



Cantik dan nyaman aje kat sini, tapi selepas hujan pakoko daun kuning tu terus togel hehehe. Nasib sempat ambik gambar dulu.














Masa dekat sini MasyaAllah bestnya dengar alunan air sungai tu, dah lah sejuk malah jernih sampai ke dasar. Geram aje tengok ikan kat dalam tu sampai rasa nak tangkap !!!!. Dalam 15 minit jugak kami dekat sini untuk bergambar, ambik video dan tengok orang sedang bercinta hahahahaha.


Arah jalan... boleh rujuk sini masa jalan kaki boleh nampak sebab dia ada kat lantai jalan.






Bincang balik destinasi seterusnya kata sepakat minta ke Itaewon, memandangkan kami secara tidak sengaje lalu di kawasan sungai cantik di bandar Korea Cheonggyecheon Stream so ambik kesempatan untuk bergambar dekat sungai tu sebagai bukti tinggal jejak hehehe. Selepas dah puas bergambar, perjalanan di teruskan semula.






Suasana dalam train setiap hari, 



Sempat beli Roti Boy di Korea untuk atas perut sementara sampai Itaewon. 1000 won tak silap seketul hehe.



Pantang nampak kerusi budak kecik ni.. Bangkurah nama diberi hahaha.



 Direction to Itaewon :


Jongno 5(o)-ga Station Line 1 Exit 8 - Itaewon Line 6 
( 1250 won = Rm5.00 )




Keluar Subway belah kiri korang mesti nampak Hotel Hamilton ni.


Keluar aje dari underground naik tangga seperti dalam gambar, terus jalan kedepan, (Ankara Picnic tu belah kanan korang masa naik tangga keluar dari subway tu) sehingga jumpa kedai Mr Kebab belah kanan. 


Jalan terus aje selepas keluar dari subway tadi. Pemandnagan kat sini indah sangat. Makanan halal merata sebab ni kawasan arab street lah. Tapi macam biasalah makanan halal memang mahal sikit.






Wajib jumpa Mr Kebab sebelum teruskan perjalanan ke Masjid Itaewon. Mr Kebab ni nak kata harga murah tak jugak tapi murahlah dari kedai lain hehehe.



Tepi kedai Mr Kebab ni ada simpang ke kanan ( rujuk gambar tempat mama aku berdiri tu betul-betul simpang tu berhadapan  HELIOS) so korang ikut aje jalan tu terus sehingga jumpa Supermarket Arab jual pelbagai barang halal.Kebanyakkan orang Arab / Islam makan dan tinggal disini. Bila korang dah lepas supermarket arab yang ada disebelah kiri kanan jalan korang teruskan perjalanan yang agak mendaki sehingga jumpa simpang. Disimpang ini ambik ke kiri. Masuk simpang tu korang akan nampak restoran halal Siti sarah, Muree dan banyak lagi. Kalau korang jumpa restoran tersebut maknanya korang dijalan yang betul untuk ke masjid Itaewon.



Mesti jumpa Supermarket Halal dulu. Kebanyakan orang Arab berniaga kat sini. Segala kelengkapan bahan masakan di Malaysia pun ada jual kat sini juga.


Teruskan mendaki sehingga jumpa simpang 3 tak silap terus belok kiri.


Jalan disini agak mendaki dan mencabar sikit hahaha almaklumlah bawa orang tua so banyak jugaklah berhenti. Aku ok aje sebab nak bagi diaorang happy dan enjoy kan so ikut kan jer. Korang kena jalan sehingga jumpa pintu gerbang color biru untuk masuk ke masjid Itaewon tu. 








Selama sejam kami disini sempat solat zohor dan asar. Alhamdulillah ramai yang bertegur sapa disini siap bersalam lagi sesama jantina yerr. Tak sangka aku ramai jugak penduduk Korea yang beragama Islam.




 Selepas selesai solat kami meneruskan misi penuhkan perut dengan makanan halal korea. Dari pintu gerbang masuk tadi terus jalan kedepan sehingga jumpa restoran EID color merah. Anak owner kedai ni study di UIA. Masuk aje kedai ni owner dah bagi salam. 




Kali ni kami order Bulgogi set 10,000 won = RM40.00 seorang. Air kosong dan makanan tambahan seperti kimchi, sup, dan lain-lain boleh refill secara percuma. Aku refill 2 kali sebab sedap dan selepas habis makan owner hidangkan kami air tea lemon sedapppppp sangat.






Sempat bergambar bersama owner kedai Eid.. Hari Isnin kedai ni tutup yer.




Aiskrim Arab hehehe.



Sejuk beku pun masih makan aiskrim. Aiskrim diaorang sedap sebab lembut dan mampat.




Dari Itaewon balik Guesthouse dalam jam 6.30pm. Masa ni sejuk yang amat siap cari tempat untuk panaskan badan sebab tangan dah sejuk macam ais batu hehe.








Kentang Cheese memang sedap kot sebab yougurt dia yang mengancam...


Kesian mama masa ni tak tahan sejuk hehehe.




Masa tengah aku dok busy Selfie, datanglah ahjumma ni tengok aku buat apa lepas tu dia ajak aku bergambar sekali so layankan aje hehehe. Lepas habis bergambar dia sambung balik sapu sampah ket tepi jalan hehehe. cute betul



Nampak bangunan Helios ni baru ke kanan tepi kedai Mr Kebab tau.


Suasana di Itaewon @ Arab street.


Memang selama di Korea, asyik makan, makan dan makan aje hahaha.. Jalan jauh pun satu hal so kalori terbakar hahaha.


 Direction to Mopu-gu (Guesthouse ) :


Itaewon station Line 6 - Mopu-gu Office Line 6 Exit 3
( 1250 won = Rm5.00 )


Pertama kali turun di station Mopu-gu Exit 3, kalau ikutkan lagi dekat dengan Guesthouse just jalan kaki dalam 7 minit sampai rumah tanpa perlu naik teksi. Berhenti sekejap  tanya budak 7eleven baru jumpa jalan ke Guesthouse. Alhamdulillah orang Korea sangat baik dan ramai yang membantu kami pada mulanya lost jalan ke guesthouse.

Jam 7.30pm sampai Guesthouse. Jam 8.30pm turun pergi supermarket dengan papa, Dila, Nazurah dan En Fendi untuk beli telur, air mineral, sabun mandi dan timun. Kami kongsi duit beli barang dapur sebab ramai-ramai makan kan. ( 3000 won = RM12.00 seorang )





Bajet yang dibayar dari Malaysia :

-Tiada-

 Bajet Hari Ketiga  :

Bus ke Hongik Univ station = 1100 won (Rm4.40)

Train ke Gwangjang Market = 1250 won (Rm5.00)

Train Gwangjang ke Itaewon = 1250 won (RM5.00)

Bulgogi Set  = 10,000 won ( Rm40.00)

Train City Hall ke Mopu-gu= 1250 won ( Rm5.00 )

Barang dapur = 3000 won x (Rm12.00)


Total : 15,600 won = RM71.40 untuk 1 orang

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.


Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy