Rabu, 21 Januari 2015

EVENT DI BANGSAR SOUTH CITY

Assalamualaikum,

Sabtu lepas 17 Jan 2015 ada event di South City Bangsar.. Adoiilah kenapa bagi peta pusing sekian alam kan senang bagitahu kat Pantai dalam aje senang citer. Satu jam makan buah langsat tau dok..
 
Nasib sempat sampai sebelum bos i sampai kui kui kui... Hidangan malam tu sedappp ooo.

Melaram jugaklah malam tu tapi nasibbbb baikkkk mama mertua i sempat jahitkan baju i pakai tu sebelum menjelang petang hahahaha.. Cantik tak instant shawl kita??? Stok belum ready lagi nanti dah ready kita update yer... 


 
 
 
Sekian coretan untuk hari ini yer...


 


Isnin, 12 Januari 2015

BELI CELAK VIVA DAPATKAN SCRUB BIBIR SECARA PERCUMA

Assalamualaikum,

Pembukaan pertama pada tahun baru 2015. Kali ini Cnp akan update stok celak Viva. Bertalu-talu orang tanya Cnp pasal celak ni tapi almaklumlah celak ni memang sangat-sangat hottttt ko.

Stok tak banyak dah tapi siapa yang berkenan nak order boleh terus whatsapp Cnp yer. Setiap pembelian celak ini akan dapat FREE scrub bibir lagi. Hadiah sempena tahun baru gitu.




Siapa pernah dengar celak VIVA ? Kebanyakkan MUA memang akan guna celak ini. Itupun cnp tau masa belajar makeup dulu-dulu dan rakan-rakan terdekat. Macam biasa cnp akan cuba dulu dan memang ada bezanya dari segi warna yang Nampak agak natural color coklatnya tidaklah terlalu hitam dan cair.



Memang cnp tak tipu tapi stok celak VIVA ni susah nak restock balik sebab sebelum ni cnp cuba restock balik dari bulan 10 hari tu now dah bulan 1 baru muncul kembali.

Oklah disini cnp bagi tutorial lukis kening untuk nampak lebih cantik dan kemas. Untuk tutorial sorok kening boleh rujuk SINI, tapi nampak gaya macam kena buat tutorial sorok kening ni balik sebab banyak gambar dah hilang. InsyaAllah lepas ni yer.



Gambar : Pak Google
  
Hehehehe sambil buat kerja sambil dengar layan lagu ^____^  puan empunya blog pun nak tunjuk jugak kening dia selepas pakai celak viva ni hahaha. Suka sangat-sangat color dia nampak coklat natural gituuuu. Muka tanpa edit ok sebab tu nampak parut jerawat kat dahi tuuu hehehe. 

Kepada yang berminat 
nak order celak viva ini boleh 
whatsapp 012-2281492 untuk order yer.





Rabu, 7 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru buat semua.. Azam tahun lepas semua dah tercapai ke?? Macam aku ada 1 perkara yang belum tercapai, InsyaAllah tahun ini moga diberi rezekinya aamin. Tentang anak memang setiap hari itulah doaku semoga dimakbulkan.

7 tahun menanti dengan penuh kesabaran. Aku bukanlah sesiapa hanya hambaNya juga tapi aku percayakan Qada dan Qadar Allah. Walaupun ada penyakit sekalipun kalau Allah nak bagi Dia tetap akan bagi dengan apa cara sekali pun tapi walaupun kita tak ada penyakit sekalipun kalau Allah tak bagi itu HAK Dia. Aku redhaaaa. Bukan tidak terasa walaupun sebesar hama tengok orang lain ada baby tapi hakikat yang kena terima aku bukan sesiapa yang ada KUASA untuk mendapatkan itu semua, hanya DOA punguat hidupku.

InsyaAllah isnin 12 Jan 2015, ada produk baru akan saya reviewkan... Tunggu yer. Rindu sungguh nak update blog insyaAllah lepas ni setiap minggu ada aje coretan dan produk-produk yang terpilih akan dipublishkan.

Oklah belanja 2 keeping gambar untuk tahun ini hehehehe..




Tahun ini trip ke mana kita yer.... adushhh takut sungguh nak naik flight sekarang, kalau dulu laju je kemas baju semua sekarang ni siap ada masa untuk berfikir sekejap hehehe. Tak apalah itu urusan Allah.

Setiap pembelian di blog ini akan mendapat Scrub bibir secara percuma ok !!!!

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy