Selasa, 28 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015 ( II )

Assalamualaikum,

Raya ketiga dah ada di Keramat !!! Sepatutnya pagi raya ketiga baru turun Kl tapi adik-adik aku kerja so sekali jalanlah jawabnya hehehe..

Raya ketiga kita beraya sakan dirumah sanak saudara belah MIL aku. Best jugak beraya dengan saudara mara En Fendi sebab boleh dikatakan semua kaki selfie youuu ^________^

Korang layan gambar ajelah yer hehehe...







 




 
Ini gambar untuk Raya ke 4 hehehehe...


Tunggu bahagian ( III )

Isnin, 27 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015 ( I )

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin yer semua yang mengenali saya. Ampun maaf dipinta andai saya terkasar bahasa dan ada terbuat salah silap. Tahun ini turn beraya bersama family saya di Besut Terengganu. Happy kot jumpa geng kaki selfie hahaha.

Tahun ini kali pertama beraya tanpa color tema untuk satu family saya memandangkan kalau ikutkan raya pertama pagi baru bertolak ke kampung tapi last minit hari rabu malam bertolak balik. Kelam kabut cari baju raya untuk En Fendi almaklumlah mulanya ingat nak pakai jubah je pun hahaha. Buat pertama kali pagi raya pakai baju jahitan sendiri fuhhh tetiba rasa bangga sekejap ^___^

Rindu kat arwah atok, pertama raya tanpa aboh. kalau aboh ada masa kitaorang sampai tu dah sibuk suruh pasang pelita bagai hehe kenangan yang akan dikenang. Tahun ini papa dan ayahngah ambik alih pergi cari minya gas untuk pasang pelita kui..kui..kui.. Rindu semua ahli keluarga yang telah pergi Alfatihah.

Jemput layan gambar yer semua.... hehehe...





 
 Amani anak sepupu saya tapi amani ni dah anggap anak sendiri hehehe.

 
I, masturina, fathini dan Dr Anis.

 
 
 Bersama adik-adik saya.. Masa ni Dr Nadia otw balik kampung hehehe..

 
3 beradik.. Tema merah + hijau
 


My Papa !!!!! I love youuuu so much...


CNP with Dr Anis hehehe..
 

 
Tema ikut suka hati apa ada sarung aje !!! HAHHAHA


 Bersama satu-satunya nenek yang ada. Tetiba rindu mok..

 
Berjalan Raya dirumah sepupu sepapat




Ibu Amani, inilah sepupu/kawan suka duka gaduh baik


 Muka budak 29 tahun hehehehe.. Tahun depan insyaAllah masuk 30 tahun.





 
Happy bukan main Dr Nadia. Kalau ikutkan dia tak boleh cuti raya pertama, entah macam mana jam 10am raya pertama tu dia call papa cakap dapat cuti & nak balik kampong jugak hehehe.. so drivelah dia sorang-sorang balik Besut !!!
 
 
Jumpa di bahagian ( II ) yer hehehe..
 
#kosongkosong
 
 

Sabtu, 25 Julai 2015

HAPPY ANNIVERSARY KE 7 TAHUN

Assalamualaikum,

Mesti terkejut tetiba ada entry time cuti hujung minggu kan hehehe.. Aippp hal-hal special aje akan di upload walaupun hujung minggu hehehehe.


25 Julai 2008 - 25 Julai 2015 = 7 Tahun !!!
 
Pejam celik, Alhamdulillah hubungan halal dah masuk 7 tahun ! Tq En Fendi sebab jaga saya sebaik ini dan selalu turutkan permintaan saya walaupun pada mulanya jawapan NO ^____^
 
Adakalanya waktu pillow talk, saya selalu merungut kenapa kita tak ada cahaya mata lagi tapi ayat positif En Fendi buatkan saya terima Qada dan Qadar Allah ini.
 
" Allah tak bagi kita rezeki lagi sebab kalau dia bagi sekarang mungkin kita tak dapat didik dia dengan sempurna sebab sama-sama busy, tak pun Allah nak kita kerja kuat + kuat beribadat + ada ilmu baru dia kurniakan baby, semua perancangan Allah sangat indah dari perancangan kita "
 
Lepas dengar ayat En Fendi ni terus saya tak fikir apa-apa dah... Berusaha sudah cuma Tawakal sahajalah dengan rezeki Allah.
 
Terima kasih dengan doa dan pelbagai hadiah dari mekah untuk usaha mendapat zuriat. Terharu bila ada pembaca blog ini poskan padahal kenal melalui alam maya sahaja.
 

Memandangkan anniversarykan so kena cari hadiah sama. En Fendi belikan kasut Timberland macam dia pakai. Katanya setiap kali holiday trip boleh pakai sama-sama hahahaha... waduhhh romantisss gitu..

 
dannnnnnnnnn
 
Honeymoon Trip !!!!
 

 
Terima kasih atas budi baik En Fendi, semoga Allah dapat membalasnya..
 
(^_____^)
 
 

Rabu, 8 Julai 2015

BENDA WAJIB ADA WAKTU RAYA SETIAP TAHUN

Assalamualaikum,

Wah sedar tak sedar dah masuk hari ke dua belas Umat Islam di seluruh Dunia berpuasa. Bila dah masuk pertengahan puasa, lagu raya mula berkumandang di radio masa itulah "mood" raya datang hahahaha.







Teringat Hari Raya sebelum ini, malam raya mesti sibuk tolong mama, nenek dan saudara di dapur menyiapkan juadah Hari Raya. Juadah wajib semestinya Lontong ok. Kiranya kalau tiada juadah lontong ini ibaratnya tak lengkap kot. Tapi untuk tahun ini, aku memang siap-siap dah simpan stok Mamee Chef Lontong ni dalam beg sebab bila tersangkut dalam jem masa nak pergi beraya tu kan boleh lah aku kenyangkan perut aku dulu dengan Mamee Chef Lontong ni hahahaha.



Sedihnya tahun ni Hari Raya tak semua adik-beradik aku balik ke kampung, tugasan kerja demi Negara perlu diutamakan. Macam biasa semua merungut sebab tak dapat makan juadah lontong di pagi raya. Untuk ubati hati lara adik-beradik aku yang tak dapat balik ke kampung tu, aku telah beri kejutan buat mereka semua dengan Mamee Chef perisa lontong yang pertama dikeluarkan. 

Dengan 3 step siap !!!


 
So korang bolehlah nak tambah tempe, kacang panjang, sengkuang dan apa-apa bahan yang korang selalu letak. hehehe

 
Kiranya walaupun mereka semua tidak dapat pulang beraya, tetap dapat makan lontong dengan adanya Mamee Chef perisa lontong menggunakan pes khas Chef Ismail yang membuatkan  rasanya sama dengan hidangan sebenar. Lepas ni korang semua pun mesti wajib cuba tau, bawa balik kampung sekali stok Mamee Chef Lontong banyak-banyak. Siapa yang baru sampai di pagi raya tak perlu kelam kabut nak masak lontong hanya guna Mamee Chef Lontong sekejap aje dah siap. Mudah bukan ? sedap pun sedap ok.



Bagi aku Mamee Chef perisa lontong ini sangat unik dan kualiti mie nya dibuat dengan menggunakan teknologi mie tarik tau. Wowwww.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mamee Chef Lontong ni boleh click Facebook Mamee Chef Lontong : https://www.facebook.com/mymameechef?fref=ts dan hashtag #mameecheflontong

Ahad, 5 Julai 2015

HILANGKAN KOTORAN WAJAH DENGAN FACIAL MASSAGE 5 IN 1

UPDATE 3/7/2015 :
Video tutorial oleh CNP sendiri.

Assalamualaikum,

Siapa nak wajah cantik dan mulus di pagi raya??? Meh cuba facial massage ni insyaAllah segala concealer dan kesan makeup di wajah hilang sepenuhnya. Tak percaya cuba korang cuci wajah dengan pencuci wajah dan tangan serta bandingkan dengan pakai facial massage ini.

video


Sah untuk promosi raya sahaja, CNP bagi diskaun sebanyak rm22.00 ok !!!!
 




Benda wajib gadis-gadis Korea guna untuk cuci wajah.


Fungsi setiap "Kepala" facial massage
 
 
 Berminat whatsapp 012-2281492


 bye.... ^____^

Jumaat, 3 Julai 2015

LEPAK MINUM

Assalamualaikum,

Wahh terkejut dok setiap hari dalam minggu ni blog update? kui kui kui.... mood baik gitu..
Cerita minggu lepas, lepas tarawikh terus lepak minum kat Starbucks Karak. Almaklum semua adik beradik aku balik so marilah kita chit-chat berjemaah sekali bincang stok Raya.


 
 
 Adik bongsu aku ni tengah usha website dalam proses pembikinan. Bab grafik, design, model memang itu kerja dia.


InsyaAllah bila website dah siap kitaorang akan war-war kan. Nak buat konsep setiap pembelian akan dapat FREE GIFT ok dok??



Doakan kejayaan kami yer. Nak senang bukan mudah tapi jatuh bangun dalam perniagaan ni memang ada. Sabar dan redha ubat terbaik moga ada hikmahnya.

Byeee....



 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy