Khamis, 4 Februari 2016

KE KOREA KITA ( DAY 8 ) - MYEONGDONG

Assalamualaikum,

10am pagi ni dah keluar untuk shopping buat kali terakhir. Esok pagi dah nak gerak ke Guesthouse berdekatan airport. Hari ni borong banyak skincare untuk kegunaan sendiri dan kiriman orang. Paling jauh kiriman dari Arab Saudi kauuuuu. Yang penting murah dari Malaysia. So sangat-sangat berbaloilah kan.

Macam biasa sebelum keluar haruslah makan sarapan sepenuh-penuh perut almaklumlah seharian kot berjalan nanti hehehe.




Macam biasa aktiviti wajib posing depan tempat penginapan hehehe. Hari ni aku pakai baju besar sebab nak cover lapisan baju belah dalam pulak. Sejuk ke tulang. Aku rasa macam nak bungkus aje seluruh badan hahaha.







Siapa peminat Teme?? Pelukis jalanan di London tu??? Aku salah seorangnya siapa ada tshirt limited edition dia lagi tau hahahaha.

Bus ke Honggik station 1100 won = Rm4.40



Family aku gerak dulu ke Station Honggik, aku dan Dila pergi Pejabat Pos Korea untuk pos poskad ke Malaysia. Bila jalan ke pejabat pos, gaya macam hidup di Korea berdua aje hahahaha.

Honggik Station - Namdaemun 50 won = Rm2.00 

Kitaorang turun di Namdaemun sebab mama dan mama mertua tak puas shopping kat sini so kitaorang drop aje 2 orang mama tu kat Namdaemun market. Kami teruskan berjalan kaki ke Myeongdong. Ala tak sampai 10 minit pun dah sampai. Tapi kitaorang masukl dalam bangunan sebab tak tahan sejuk hahahaha.


Dekat Myeongdong korang pasti akan terjumpa mascot kucing ni sebab dia promote cat cafe. En Fendi dan dila aje masuk 9000 won = Rm36.00 free air. Kucing dalam cat cafe ni adalah kucing terbuang yang dikutip hehehehe.


Suku hasil shopping sebab lapar so makan dulu hehehehe.


Papa sentiasa ikut aku so masa mama ke Namdaemun, papa tetap cakap nak ikut aku jugak hahahaha. Kalau ikut mama nanti bosan hahahahaha. Kesian papa tak tahan sejuk tapi katanya best.




Kucing-kucing dalam cat cafe tu. Korang boleh main dengan kucing ni tapi tak boleh dukung.


Nasi goreng Yognae pilihan kami sebab ada di Myeongdong. Tapi di sini best lagi berbanding Honggik sebab ada pasta dan buah hehehe. 


Kami makan dengan senang hati lagi, kalau tak kencang side dish boleh tambah hehehe syok ooo. Toilet dia pun terbaik ko macam dekat hotel.

Nasi goreng seafood 5500 won = Rm22.00


video



Ok dah sedia nak pergi ambik 2 orang mama di Namdaemun. kitaorang tinggal dari jam 11am now jam 6pm baru pergi ambik balik hahaha. Dekat Myeongdong ni kalau nampak tempat tersorok sikit dan cun korang boleh je solat kat situ.




Lepas ambik mama teruskan perjalanan balik ke rumah. Kesian mama dia cakap sejam tunggu kitaorang dah lah dengan sejuk gila hahahahahaha.

Myeongdong ( City Hall station ) - Honggik Station 1280 won = Rm5.20

Sampai depan station Hongik, terus tahan teksi untuk balik guesthouse Rm15.00


Sebelum tu aku sempat buat sesuatu di pipiku hahahahaha... rahsiaaaaa.


Kebas pun ada pipi tu... tapi aku bukan buat benda haram tau...


Sebelum buat apa-apa dekat pipi tu hehehe. masa ni terpaksa pakai menatang telinga tu sebab dah kebas.


Pipi dagu semua merah.


Muka gembira dalam ketakutan gituuuuu.. tapi doctor dia hensemmmmmmmm sangat.


Sempat beli sayuran untuk sarapan pagi esok hahaha.


Anak korea kat sebelah aku tu.. mana datang tah sesat hahahahaha...


Beginilah kehidupan orang dari negara panas ke negara salji hahahahaha.

Kali ni aku tak tulis bajet sebab habis dalam Rm50.00 sahaja tak termasuk shopping. Untuk route train boleh rujuk entry sebelum ni ok sebab pergi Myeondong dah 2x hahahaha.

Next entry Day 9 ok ....


Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy