Rabu, 8 Februari 2017

KOREA WINTER TRIP - DAY 2 (NAMI ISLAND)

Assalamualaikum,

Hari ini ke Nami Island.. Jam 5am dah bangun, setle apa yang patut dan menu bekal hari ini ialah nasi goreng kampung oleh Chef Aja. Memang kitaorang nak cut kos untuk makanan untuk penjimatan hehehe.







Bawa roti sandwich sekali untuk makan dalam perjalanan. Kitaorang tak naik pun ITX tapi kitaorang ambik subway stop stop tu.


Inilah dapur cute kami selama di Korea. Walaupun kecik comel aje tapi kitaorang happy dan merindukan GH ni.


Yeayyy bekal dah siap.. Termos air pun beli kat Korea jugak. bawa air kopi dari pagi sampai malam masih panas lagi..Tak rugi kot beli hehehe.


Inilah laluan setiap hari untuk ke Station Honggik. Exit 3 dan jalan 3 minit dah sampai GH hehehe. Korang tengok hari kedua rumput semua nampak lagi kan?? tunggulah sikit hari lagi hahahahahahaha.


Mamat ni dah lah hensem lepas tu baik hati pulak suruh ada ahjumma duduk kat tempat dia sebab kasihan kot. sebelah dia tu adik dia hehehehe.


Tempat shooting Train To Busan hehehehehe.. Bila teringat drama tu terus macam gerunnn.


Dalam Subway pun jadi untuk posing hahahaha.



Tukar train untuk ke Nami Island. Masa ni ada askar korea, menyesal pulak aku tak bergambar dengan mamat tu adehhh menyesal sekarang tak guna dah..








Marilah beli tiket untuk ke Nami Island. Mulanya ingat nak naik Zip Wire last-last takut keras kejung dengan suhu yang turun mendadak so kitaorang cancel hehehe.


Tunggu Ferry sampai..


 Dalam Ferry tak sanggup dah duk luar.. habis kering muka..




Nasib Ferry lalu aje kalau tak memang dah beku habis sungai ni pun.


Nampak tak muka aku dah start kering yang amat... kesalahan dia ialah kurang minum air.. iyelah sana toilet mana ada air so nak g toilet kerap tu yang malas.


Sebelum start jelajah Nami, kitaorang sepakat nak guna khidmat Naminara Tour Bus. Kitaorang ambik yang 10,000 won untuk 45 minit. Ada je yang 5,000 won tapi dia tak stop untuk bergambar tempat2 best. So jimatlah masa nak jelejah tempat-tempat best seluruh Nami ni.



Tempat ni first Kiss Winter Sonata tau... hahaha tapi bengang aku tak leh bergambar dekat patung YouJin dan Jungsang berdiri sebab ada photoshoot apa tah grrrrrgggrrrr !!!


Sejuk-sejuk layan nasi goreng memang terbaik... tapi masalahnya nasi goreng pun sejuk apa citer.. Lapar punya pasal telan ajelah.



Jangan tertipu dengan cahaya matahari tuuuuuu. Terang bukan main lagi tapi suhu -3'c



Mata aku berair sebab terlampau sejuk...






Dah macam kumpulan Backstreet Boy aje aku tengok hahahaha.





Suka tengok gambar tepi sungai...nyaman ajeeee...


Sempat merasa Jangjangmeeun. Sedap bak hang... Halal ok..


Dekat area Surau & Library kedai makan halal ni.


Padang dalam Nami Island.. 


Sambil shootingg produk baruuuuuu.


Jomlah balikkkkk penat dahhhh.


Sampai rumah, masing-masing dah tahu tugas.. so masak nasi dulu baru mandi. Siap semua baru panaskan lauk dan masak telur. Ikan bilis goreng sambal mak aja buatkan hahaha. Telur beli aje dekat kedai berhampiran. Sedapnya makan panas-panas.


Bila tengah malam semua dah tidur, siapa nak sidai kain kena sapu lantai dulum, barulah sidai kain  sebab situ aje yang panas. Bawah tu kan ada heater.




Update kali ini, CNP tak detailkan perbelanjaan dan perjalanan sebab dah buat yang lengkap pada trip sebelum ini, so korang rujuk trip sebelum ini ajelah.
 Click aje dekat sidebar sebelah ni.












Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy