Isnin, 27 Februari 2017

KOREA WINTER TRIP ( EVERLAND ) - DAY 3

Assalamualaikum,

Hari ke 3 ke Everland. Memang saje je bagi tempat-tempat jauh di permulaan sebab tenaga masih kuat hahaha.

Awal pagi dah bangun untuk bersiap dan buat bekal. Ke Everland kitaorang naik train dalam 2 jam setengah sebab kami naik train turun naik tu.


Aja excited bila snow turun pagi tu hehehe.


KAMI #MISIJEJAKWINTER HAHAHAHA.



Sebenarnya pagi tu kami ada tersalah train so agak mencabar disitu. nasiblah bila kitaorang tengok appl subway so dapatlah route yang betul semula.
Alhamdulillah dapat jugak ke Everland musim salji tapiiiiiii yang tak best banyak game yang tak buka !!!! menyampah... InsyaAllah next kita pergi musim bunga pulak hehehe. Nak cukupkan semua musim di Everland ni.


Dalam toilet Everland.. Aku memang suka toilet kat Korea sebab bersih sangat walaupun diaorang tak guna air tapi tetap wangi.




Bekalan di Everland selamat masuk perut dah so petang tu agak lapar, jadi makan di LOTTERIA ajelah dengan shrimp burger. Burger ni sedap sangat sampai sekarang pun teringat-teringat aje.


Masa ni sejuk sangat sebab angin kuat.



Belakang tu pintu hijau tu tempat solat yer.. Jangan risau dalam Everland ni pun ada surau. Aku tak masuk sebab cutiii so tak adalah gambar dalam surau tu. Nak minta En Fendi ambik kan habis semua khazanah dia bagi aku pegang termasuk hp. Acaner tu?? huhuhu.






2 orang ni gayat sebenarnya hahahahahaha...


3 gadis takluk Everland hehehehe..


With Miss Aja..


Adik ipar yang agak gelong hahahaha..




Roller Coster tutup bila musim snow harap maklum...









Kali ni ke Korea sebab permintaan En Fendi hehehehehe. Sudah ku kata sekali pergi mesti nak pergi lagi adushhh rindu korea.!!


Nampak tak putih-putih tu dekat pintu pagar?? salji kot...hehehehe sejuknya masyaAllah..


Bila diri dah tak upaya nak hadap cuaca sejuk beginilah jadinya..Bagi aku angin korea lagi sejuk dari angin di London. Dia punya kesejukan tu lain macam ooooo.





Bila jam 5.00pm dah gelap so lagilah aku berselubung.. hidung pun dah start merahhhhhhh.





Sebenarnya masuk kedai sebab terpaksa nak warm kan badan yang dah tak mampu nak hadap kesejukkan di luar hahahaha. hidung aku tu merah sangat dah sampai tahan please jangan usik kang ada yang patah hidung tau..memang aku kena selalu pesan aje risau sesiapa tarik hidung aku. diaorang semua ni bukan boleh caye kecuali Aja hahahahaha.



















Fazly ni kebal betul walaupun suhu negatif. Boleh pulak dia rilex tanpa pakai longjohn huhuhu.


Tengah syok-syok nak bergambar sorang tetiba ada je yang selit huhu.




Yang ni macam biasalah pantang nampak girl cun melecun comfirm suruh ambikkan gambar dia... cehhhh nasib peragai kami sama hahahaha. bila masuk rumah terus tingggg eh kita dah kahwinlah kahkahkah ngok ngek sungguh.Bila kuar aje dari rumah terus tinggggg ehhhh sana sini nampak hensem n cantik choiii.

Bagi aku Everland time winter ada keistimewaannya juga seperti boleh naik slide ais dan beberapa part yang boleh kita main hanya pada musim salji. Tapi kebanyakkannya tutup pada musim ni. Kali ni jugak aku berkesempatan untuk tengok lampu-lampu dalam Everland ni. Perghhhhhh cantik sangat-sangat sampai keterujaan aku tu melampau sangat sana sini nak ambik gambar je.

Jam 8.00pm barulah kitaorang balik ke Hongdae..Masa ni barulah terasa kepenatannya sampai tertidur dalam train. Nasib tak terlepas train. hahaha.


Update kali ini, CNP tak detailkan perbelanjaan dan perjalanan sebab dah buat yang lengkap pada trip sebelum ini, so korang rujuk trip sebelum ini ajelah. Click aje dekat sidebar sebelah ni.

Video selama di Korea akan diupdate di youtube. Seacrh "ciknurulpinky" ok.


Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... |Designed by Whitey Mommy